Wednesday, July 20, 2016

AKU PUN TERMASUK DARI MEREKA YANG BANGANG...

Aku memang suka merayau di lelain blog termasuk yang tidak sehaluan.

Biasanya di blog ini menjadikan hiburan kerana hujah mereka tidak lebih bersekitar kepada lawak dungus.

Di blog ini lah juga buat aku ketawa terbahak bahak.

Blog yang serius seperti di blog batu batan,  blok syaitan dari britain,  blog mylembuku... Hujah mereka sekadar nak menghalalkan cara dan raja spin dan fitnah untuk dicopypaste oleh pemakan dedak lain.

Di blog sealiran,  isu 1MDB dan mempertahankan Tun masih konsisten.
Pengomen pula seumpama flykite(langau) untuk kacau daun bersepah tanpa fakta.

Tetapi di dalam banyak komen, terdapat satu komen yang menusuk, berbunyi lebih kurang begini:

"Hari ini kalau kita menganggap pemimpin umno dan menteri kerajaan dungus, yang lebih bangang sebenarnya ialah kita,  yang mengundi mereka"

Itu termasuklah aku dan aku setuju 1000%.



Tuesday, July 19, 2016

KENAPA TUN TIDAK DITAWARKAN GENCATAN...

Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS telah menyarankan gencatan perbezaan di kalangan parti pembangkang.

Bila pula agaknya Zahid Hamidi selaku orang kedua dan kanan dalam kerajaan dan parti untuk menawarkan gencatan politik dengan Tun Dr Mahathir.

Monday, July 18, 2016

JANGAN HILANG AKAL...

Logik ke Mukhriz nak gulingkan Najib atas faktor nak jadi PM?  Gila agaknya Mukhriz itu kalau mencari 1001 alasan untuk menjatuhkan Najib?

Lebih gila kalau perjuangan Mahathir sekarang untuk tujuan yang sama?

Pernah dengar ada ungkapan Mahathir ?

Kalau nak jadi PM dan gantikan Najib,  kalau itu lafaz Mukhriz?
Memang hilang akal lah anak Mahathir ini!

Jadi kaji balik,  siapa yang dok fitnah,  dok heboh perkara ini?

Jadi kaji balik,  Siapa juga yang meroyan serta kecewa bangat dan mendesak Mahathir umumkan siapa yang akan ganti Najib?

Setakat yang aku tahu,  Tun Dr Mahathir ada menyatakan bahawa siapa sahaja boleh menggantikan Najib. !!!

Matlamat utama undurkan Najib. Kenapa?  Ia berlegar kepada isu 1MDB,  dari dulu hingga sekarang,  kritikan Tun ke atas Najib masih isu yang sama dan rentetannya.
Tun tidak pernah ubah tiang gol,  yang ubah dan tukar leferi adalah Najib...

Jadi kalau selepas ini masih ada suara yang kata perjuangan Mahathir untuk menjadikan Mukhriz sebagai PM.. Orang itu mungkin baru keluar dari Tampoi atau Tanjung Rambutan.

Jika yang menyebutnya taraf Menteri,  jelas itu pemimpin bengong...

Untuk jadi PM,  kedudukan Mukhriz umpama jauh panggang dari api... Hatta yang dekat, seperti Muhyiddin (sudah hilang jaawstan TPM) Zahid,  Hishamuddin pun belum tentu dapat...

Memang betul,  kalau sekadar standard Najib sebagai PM,  ramai yang boleh,  contoh terbaik yang layak ialah Ahmad Bashah...


Heh

Sunday, July 17, 2016

APAKATA ZAHID DIPELAWA MENGETUAI PARTI BARU...

Antara fakta yang kena diterima ialah penubuhan parti baru sentuhan Tun telah memberi harapan satu pakatan parti pembangkag yang lebih baik sebelum ini.

Dengan terdapatnya kes rasuah terhadap lim guan eng menjadikan DAP agak goyah dan tidak lagi boleh cuba mendabik dada,  ego,  sombong dan cuba memulas tangan rakan parti dalam pakatan.

Kelicikan Tun Dr Mahathir berpolitik masih berbisa dan dengan kesederhanaan yang dibawanya dijangka meningkatkan persefahaman dan toleransi di antara parti pembangkang.

Apapun sejarah di era pemerintahannya,  Tun masih dihormati dan disegani kawan dan lawan dan dalam politik tiada musuh atau kawan selamanya.

Apapun ulasan pandir Menteri UMNO,  penubuhan parti baru menandakan kerugian pada UMNO dan munculnya satu lagi pesaing,  umno menambah musuh. Musuh yang mula bersatu dan berpengaruh.

Akan ada ahli umno yang selama ini menentang dengan senyap akan menyertai parti ini antaranya termasuklah GKCM.

Di pihak PAS, hanya sekitar hadi, Nik abduh dan haron din yang vokal menyokong umno tetapi tidak pada yang lain. Ertinya kedudukan umno tidaklah begitu lukuh dan sebab itulah saranan tuan ibrahim untuk pembangkang melakukan gencatan senjata ditentang keras oleh pecacai umno sedangkan ahli ahli pas sendiri hanya tenang dari memberi ulasan.

Jika Zahid tidak berani menentang Najib dari dalam, apakata Zahid dipelawa mengetuai parti baru (?)

Saturday, July 16, 2016

"MALAYSIA, KENAPA DICEMBURUI"

Sebenarnya barat tak selesa dgn keberkesanan & keupayaan Erdogan menjadikan Turki kuasa ekonomi & military.

*Turki : Kenapa Dicemburui?*

ISTANBUL - Dari artikel penulis Jordan, *Ihsan Al Faqih, pada media Achahed:*

1. Produk Domestik Nasional Turki di tahun 2013 mencapai 100B dolar Amerika, menyamai pendapatan gabungan 3 negara dengan ekonomi terkuat di Timur Tengah; Arab Saudi, UAE, Iran, dan ditambah dengan Jordan, Syria dan Lebanon.

2. Erdogan membawa negerinya melakukan lompatan ekonomi yang besar, dari rangking 111 dunia ke peringkat 16, dengan rata-rata peningkatan 10 % setahun, yang bererti masuknya Turki ke dalam 20 negara besar terkuat (G-20) di dunia.

3. Tahun 2023 merupakan tahun pembangunan Negara Turki Moden yang sudah dicanangkan oleh Erdogan, yang disasarkan adalah Turki menjadi kekuatan politik dan ekonomi nombor 1 di dunia!

4. Airport Internasional Istanbul adalah airport terbesar di Eropah yang menampung 1,260 pesawat setiap harinya, ditambah Airport Shabiha yang menampung 630 pesawat setiap hari.

5. Turkish Airline meraih peringkat penerbangan terbaik di dunia dalam 3 tahun berturut-turut.

6. Dalam 10 tahun, Turki telah menanam 770 juta pohon Harjia dan berbuah.

7. Untuk pertama kali Turki di masa moden ini memproduksi sendiri Tank baja, pesawat terbang dan pesawat tempur tanpa awak, serta satelit tentera moden pertama yang multi fungsi.

8. Erdogan dalam 10 tahun pemerintahannya telah mendirikan 125 universiti baru, 189 sekolah baru, 510 rumah sakit baru dan 169.000 kelas baru yang moden, sehingga kadar siswa dalam sekelas tidak lebih dari 21 orang.

9. Ketika krisis ekonomi menimpa Eropah dan Amerika, universiti-universiti Eropa dan Amerika menaikkan wang kuliah. Sedangkan Erdogan menghapuska seluruh biaya kuliah dan sekolah bagi rakyatnya dan menjadi tanggungan negara.

10. Dalam 10 tahun terakhir, pendapatan perkapita penduduk Turki yang dahulunya hanya 3,500 dolar setahun, meningkat pada tahun 2013 menjadi 11.000 dollar setahun, lebih tinggi dari perkapita penduduk Perancis. Dan Erdogan naikkan nilai tukar mata wang Turki 30 kali ganda!

11. Di Turki, negara sedang meningkat keupayaan untuk membiayai 300 ribu ilmuwan melakukan penelitian ilmiah untuk menuju tahun 2023.

12. Di antara keberhasilan politik terbesar Turki adalah keberhasilan Erdogan mendamaikan dua bahagian Cyprus yang bertikai. Ia juga melakukan pembahasan damai dengan parti Buruh Kurdistan untuk menghentikan pertumpahan darah, dan meminta maaf kepada Armenia, sehingga menyelesaikan permasalahan yang sudah berlarutan sejak 6 dasawarsa

13. Di negara Turki, gaji dan upah meningkat mencapai 300%. Dan gaji pegawai baru meningkat, dari 340 lira Turki menjadi 957 lira. Dan jumlah penganggur menurun dari 38% menjadi 2%.

14. Di Turki, anggaran pendidikan dan kesehatan, mengungguli anggaran pertahanan, dan gaji guru sama gaji doktor.

15. Di Turki telah dibangunkan 35 ribu laboratorium IT dan data base moden yang melatih pemuda-pemuda Turki.

16. Erdogan melangsaikan defisit anggaran yang mencapai 47B dolar. Sebelumnya baki terakhir hutang Turki ke IMF adalah hanya 300 juta dolar pada Julai lalu. Bahkan Turki memberi pinjaman kpd IMF sebanyak 5.0B dolar. Disamping itu Erdogan juga meningkatkan simpanan negara sebanyak100B dolar.

17. 10 tahun lalu, ekspot Turki hanya 23 B dolar. Sekarang meningkat menjadi 153 B dolar, mencapai 190 negara. Yang paling banyak adalah kereta yang kedua peralatan elektronik. Setiap 3 peralatan elektronik di Eropah, satunya adalah produk Turki.

18. Kerajaan Erdogan mengawali pelupusan  sampah menjadi pengeluar tenaga elektrik yang digunakan oleh sepertiga penduduk Turki. Dan tenaga elektrik sudah dinikmati oleh 98% penduduk Turki.

19. Erdogan pernah duduk berhadapan dengan seorang anak perempuan yang usianya masih 12 tahun, tampil dalam siaran langsung television, berdebat dan berdiskusi tentang pembangunan Turki masa depan. Beliau hormati kecerdasan dan semangat anak tersebut. Sekaligus beliau didik anak-anak Turki satu contoh dalam berdebat dan berdiskusi serta membaca masa depan.

20. Erdogan adalah teman Israel, begitu menurut kaum sekular Arab. Erdogan berikan tamparan keras kepada Israel, dan dia paksa Israel meminta maaf karena kes kapal Marmara yang ditembak Israel. Dan Turki berikan syarat pembekuan Gaza untuk menerima permintaan maaf tersebut.

21. Erdogan adalah teman Israel??? Beliau berikan kritikan tajam terhadap orang-orang yang bertepuk tangan terhadap pidato Simon Perez dalam pertemuan Ekonomi dunia, dan beliau berkata sebelum keluar ruangan dan pulang ke Turki: "Memalukan kalian bertepuk tangan terhadap pidato ini, padahal Israel telah membunuh ribuan anak dan wanita di Gaza..."

22. Erdogan meleraikan para demonstrasi penentangnya dengan air. Tidak menembak mereka dengan pesawat tempur, atau rudal atau bom-bom molotov.

23. Erdogan menolak anak gadisnya membuka hijab di sekolah. Maka beliau kirim anaknya sekolah di Eropah agar tetap berhijab, sebelum hijab dibolehkan di kampus-kampus Turki.

24. Erdogan satu-satunya ketua negara bersama istrinya mengunjungi Myanmar dan bertemu dengan kaum Muslimin di sana dari kawasan Myanmar yang dapat bencana.

25. Erdogan menghidupkan kembali pengajaran Al Quran dan Hadits di sekolah-sekolah negeri, setelah hilang selama hampir 90 tahun, dihilangkan pemerintah sekular.

26. Erdogan menetapkan kebebasan berhijab di kampus-kampus Turki dan di parlimen.

27. Erdoganlah pemimpin muslim yang membuat lampu di jambatan gantung terbesar di dunia di pantai laut hitam dengan penerangan yang sangat besar bertuliskan "Bismillahirrahmanirrahim.." Padahal, salah satu negara Arab membuat pohon krismas terbesar di dunia dengan menelan dana mencapai 40 juta dolar.

28. Erdogan mengembalikan pembelajaran bahasa Ustmaniyah yang berhuruf Arab di sekolah-sekolah negeri.

29. Erdogan melepas 10 ribu anak-anak muslim yang berumur 7 tahun di jalan-jalan Istanbul, dengan penuh bangga anak-anak tersebut akan memulai kewajiban shalat berjamaah dan menghafal Al Quran.

ALLAHU ALAM

NAMA BELUM ADA TAPI TETAP ADA AURA....

Aku kena tabik le dengan Tun Dr Mahathir sebab berjaya membuatkan ramai bontot masuk selumbar dengan pengumpulan pemimpin parti pembangkang dan NGO untuk mendengar cadangan penubuhan parti baru.

Dan kena le tabik lagi sekali walaupun parti belum ditubuhkan, nama pun belum ada, mereka bersetuju pula dengan kerjasama yang bakal dibina.

DAP yang terkenal tidak boleh dipulas telinga pun boleh duduk semeja dan akur dengan kerjasama untuk mengenepikan beberapa perbezaan ideologi dan pandangan politik.

Dengar kata PAS pun turut disertai beberapa pemimpinnya yang sudah tentu direstui Hadi sebagai wakil.

Kehadiran PAS sudah tentu memberi tambah nilai kepada parti itu dan jika ada yang mahu melamar, tentulah kena tinggikan mas kahwinnya dan ringan tangan menderma...

Jika ada propaganda yang kata Azizah sambut dengan hambar...Iye kan saja.

Jika ada propaganda kata Hadi tolak...iye kan sahaja.

Jika ada yang kata..penubuhan parti itu tidak pun menjejaskan umno...iye kan sahaja.

Mereka sekadar berkata kata untuk menghiburkan hati sendiri.


Heh..


Friday, July 15, 2016

GARA GARA TUN DR MAHATHIR UMUM PARTI BARU...

Seperti yang dijangkakan mana mana yang berketurunan cacing akan kepanasan...
mana mana yang berketurunan beruk akan bergaruan...
mana mana yang berketurunan ungka akan meloncat dan melompat...
mana mana yang berketurunan anjing akan terjelir lidah kepenatan menyalak...
Mana mana yang berketurunan langau akan viralkan najis...

Semuanya gara gara Tun Dr Mahathir mengumumkan penubuhan parti baru.

Bagi aku yang kurang setuju tetapi tetap relaks dan normal untuk menerima kebebasan dan demokrasi.

Sukahati lah siapa pun termasuk Tun Dr Mahathir nak tabuhkan satu parti atau sepuluh parti asalkan dia tidak melanun duit rakyat.


Heh...

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...