Saturday, July 16, 2016

"MALAYSIA, KENAPA DICEMBURUI"

Sebenarnya barat tak selesa dgn keberkesanan & keupayaan Erdogan menjadikan Turki kuasa ekonomi & military.

*Turki : Kenapa Dicemburui?*

ISTANBUL - Dari artikel penulis Jordan, *Ihsan Al Faqih, pada media Achahed:*

1. Produk Domestik Nasional Turki di tahun 2013 mencapai 100B dolar Amerika, menyamai pendapatan gabungan 3 negara dengan ekonomi terkuat di Timur Tengah; Arab Saudi, UAE, Iran, dan ditambah dengan Jordan, Syria dan Lebanon.

2. Erdogan membawa negerinya melakukan lompatan ekonomi yang besar, dari rangking 111 dunia ke peringkat 16, dengan rata-rata peningkatan 10 % setahun, yang bererti masuknya Turki ke dalam 20 negara besar terkuat (G-20) di dunia.

3. Tahun 2023 merupakan tahun pembangunan Negara Turki Moden yang sudah dicanangkan oleh Erdogan, yang disasarkan adalah Turki menjadi kekuatan politik dan ekonomi nombor 1 di dunia!

4. Airport Internasional Istanbul adalah airport terbesar di Eropah yang menampung 1,260 pesawat setiap harinya, ditambah Airport Shabiha yang menampung 630 pesawat setiap hari.

5. Turkish Airline meraih peringkat penerbangan terbaik di dunia dalam 3 tahun berturut-turut.

6. Dalam 10 tahun, Turki telah menanam 770 juta pohon Harjia dan berbuah.

7. Untuk pertama kali Turki di masa moden ini memproduksi sendiri Tank baja, pesawat terbang dan pesawat tempur tanpa awak, serta satelit tentera moden pertama yang multi fungsi.

8. Erdogan dalam 10 tahun pemerintahannya telah mendirikan 125 universiti baru, 189 sekolah baru, 510 rumah sakit baru dan 169.000 kelas baru yang moden, sehingga kadar siswa dalam sekelas tidak lebih dari 21 orang.

9. Ketika krisis ekonomi menimpa Eropah dan Amerika, universiti-universiti Eropa dan Amerika menaikkan wang kuliah. Sedangkan Erdogan menghapuska seluruh biaya kuliah dan sekolah bagi rakyatnya dan menjadi tanggungan negara.

10. Dalam 10 tahun terakhir, pendapatan perkapita penduduk Turki yang dahulunya hanya 3,500 dolar setahun, meningkat pada tahun 2013 menjadi 11.000 dollar setahun, lebih tinggi dari perkapita penduduk Perancis. Dan Erdogan naikkan nilai tukar mata wang Turki 30 kali ganda!

11. Di Turki, negara sedang meningkat keupayaan untuk membiayai 300 ribu ilmuwan melakukan penelitian ilmiah untuk menuju tahun 2023.

12. Di antara keberhasilan politik terbesar Turki adalah keberhasilan Erdogan mendamaikan dua bahagian Cyprus yang bertikai. Ia juga melakukan pembahasan damai dengan parti Buruh Kurdistan untuk menghentikan pertumpahan darah, dan meminta maaf kepada Armenia, sehingga menyelesaikan permasalahan yang sudah berlarutan sejak 6 dasawarsa

13. Di negara Turki, gaji dan upah meningkat mencapai 300%. Dan gaji pegawai baru meningkat, dari 340 lira Turki menjadi 957 lira. Dan jumlah penganggur menurun dari 38% menjadi 2%.

14. Di Turki, anggaran pendidikan dan kesehatan, mengungguli anggaran pertahanan, dan gaji guru sama gaji doktor.

15. Di Turki telah dibangunkan 35 ribu laboratorium IT dan data base moden yang melatih pemuda-pemuda Turki.

16. Erdogan melangsaikan defisit anggaran yang mencapai 47B dolar. Sebelumnya baki terakhir hutang Turki ke IMF adalah hanya 300 juta dolar pada Julai lalu. Bahkan Turki memberi pinjaman kpd IMF sebanyak 5.0B dolar. Disamping itu Erdogan juga meningkatkan simpanan negara sebanyak100B dolar.

17. 10 tahun lalu, ekspot Turki hanya 23 B dolar. Sekarang meningkat menjadi 153 B dolar, mencapai 190 negara. Yang paling banyak adalah kereta yang kedua peralatan elektronik. Setiap 3 peralatan elektronik di Eropah, satunya adalah produk Turki.

18. Kerajaan Erdogan mengawali pelupusan  sampah menjadi pengeluar tenaga elektrik yang digunakan oleh sepertiga penduduk Turki. Dan tenaga elektrik sudah dinikmati oleh 98% penduduk Turki.

19. Erdogan pernah duduk berhadapan dengan seorang anak perempuan yang usianya masih 12 tahun, tampil dalam siaran langsung television, berdebat dan berdiskusi tentang pembangunan Turki masa depan. Beliau hormati kecerdasan dan semangat anak tersebut. Sekaligus beliau didik anak-anak Turki satu contoh dalam berdebat dan berdiskusi serta membaca masa depan.

20. Erdogan adalah teman Israel, begitu menurut kaum sekular Arab. Erdogan berikan tamparan keras kepada Israel, dan dia paksa Israel meminta maaf karena kes kapal Marmara yang ditembak Israel. Dan Turki berikan syarat pembekuan Gaza untuk menerima permintaan maaf tersebut.

21. Erdogan adalah teman Israel??? Beliau berikan kritikan tajam terhadap orang-orang yang bertepuk tangan terhadap pidato Simon Perez dalam pertemuan Ekonomi dunia, dan beliau berkata sebelum keluar ruangan dan pulang ke Turki: "Memalukan kalian bertepuk tangan terhadap pidato ini, padahal Israel telah membunuh ribuan anak dan wanita di Gaza..."

22. Erdogan meleraikan para demonstrasi penentangnya dengan air. Tidak menembak mereka dengan pesawat tempur, atau rudal atau bom-bom molotov.

23. Erdogan menolak anak gadisnya membuka hijab di sekolah. Maka beliau kirim anaknya sekolah di Eropah agar tetap berhijab, sebelum hijab dibolehkan di kampus-kampus Turki.

24. Erdogan satu-satunya ketua negara bersama istrinya mengunjungi Myanmar dan bertemu dengan kaum Muslimin di sana dari kawasan Myanmar yang dapat bencana.

25. Erdogan menghidupkan kembali pengajaran Al Quran dan Hadits di sekolah-sekolah negeri, setelah hilang selama hampir 90 tahun, dihilangkan pemerintah sekular.

26. Erdogan menetapkan kebebasan berhijab di kampus-kampus Turki dan di parlimen.

27. Erdoganlah pemimpin muslim yang membuat lampu di jambatan gantung terbesar di dunia di pantai laut hitam dengan penerangan yang sangat besar bertuliskan "Bismillahirrahmanirrahim.." Padahal, salah satu negara Arab membuat pohon krismas terbesar di dunia dengan menelan dana mencapai 40 juta dolar.

28. Erdogan mengembalikan pembelajaran bahasa Ustmaniyah yang berhuruf Arab di sekolah-sekolah negeri.

29. Erdogan melepas 10 ribu anak-anak muslim yang berumur 7 tahun di jalan-jalan Istanbul, dengan penuh bangga anak-anak tersebut akan memulai kewajiban shalat berjamaah dan menghafal Al Quran.

ALLAHU ALAM

7 comments:

  1. Nak tanya satu perkara - mengapa Turkey nak join EU? Kalau masuk, tak hilang ke watak Islam negara itu? Nak dengor pendapat sesiapa saja di blog ini, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak hilang ke Islaman sesuatu negara bila join sesuatu rangkaian. Bahkan Islam di EU sedang berkembang....

      Delete
  2. x lama erdogan tu. tentera disana adalah pelindung sistem sekular. erdogan tak tunjuk terang2 imej dia ke arah Keislaman, kalau dia tunjuk mmg akan jatuh

    ReplyDelete
  3. Hujan emas di negara orang...
    Hujan batu di negara sendiri...
    Lebih baik negara sendiri...

    *Antara sedar & tak sedar..antara bersyukur & tak bersyukur..ikhlaskn diri, jauhkn hasad dengki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini peribahasa orang dulu-dulu yang suka makan batu.
      Zaman sekarang, semua orang berhijrah untuk mencari
      kehidupan yang lebih baik, ikut Sunnah Nabi.
      Buat apa jadi ulat dalam batu - hidup segan, mati tak mahu.....????
      Inilah yang akan berlaku ke atas Malaysia dalam tempoh terdekat.
      Sekarang ni, pelabor asing dah lari.
      Seagate Western Digital sudah tutup kilang dan pindah ke Thailand.
      3000 orang pekerja bakal menganggor dan ini baru permulaan.

      Delete
    2. Org dulu2 suka mkn batu.???!!!

      Delete
  4. Ernajib:

    1. Bagi rakyat BRIM 500
    2. Bagi rakyat BRIM 900
    3. Bagi duit raya 500
    4. Bagi balik sebahagian 2.6B
    5. Turun minyak sekupang naik sekupang..
    6. Bagi GST 6%
    7. Eh..macam2 la Ernajib biat...kami rakyat pun hidup selesa, tak tertekan..
    burung2 pun berkicauan...

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...