Wednesday, July 26, 2017

KALAU TAK SUCI MEMANG TERKEJUT BEROK

Bagi yang sudah terbiasa makan dedak,  kau cover aku,  aku cover kau pada benda² haram memang sebati jadi amalan,  sebab itulah sampai kiamat pun tak akan jumpa statement² cerdik. 




Begitu juga tahap kepimpinan yang sukar ditemui seperti Hadi sokong Suruhanjaya Diraja ke atas 1MDB yang melibatkan Najib,  takkan jumpa Zahid sokong Najib bercuti untuk siasatan semula 2.6B ke akaun peribadi. 

Tak mungkin ada rombongan ke YDP Agong dari Hishamuddin merayu Ghani Patail dilantik semula. 



Semua ini tidak berlaku walaupun semua mengaku Hanya Takut Pada Allah, mereka tahu segala kemungkinan yang akan berlaku jika ada keberanian sebegitu. Asasnya mereka tahu atas kebenaran atau bukan. 

Bila ia bukan jadi amalan mereka,  terlolong memekiklah mereka, terkejut berok apabila Azizah bersetuju siasatan dibuat ke atas Mahathir jika PH menang PRU14.
Presiden bersetuju Pengerusi disiasat....lalu mereka tafsirkan sebagai porak peranda dan lintang pukang PH.  Hakikatnya mereka ingat Azizah itu macam Hadi dan Mahathir itu macam Najib untuk saling bersekongkol!!!!! 

Mereka ingat Mahathir akan bersembunyi atau lari???? 
Salah orang beb... 




# Sepatutnya segala bentuk siasatan di alu-alukan sebagai satu proses membersihkan diri.  Pemimpin kena sedar mereka harus berlapang dada dan bersedia dengan segala kemungkinan. 


# SIDANG AKHBAR BERSATU BARU SAJA UMUMKAN

sambutan Ulangtahun Pertama BERSATU akan dibuat di Johor pada 8/9/17

Tuesday, July 25, 2017

ZAHID PATUT BERDEPAN DENGAN TUN





Sudah agak lama Zahid membisu berhubung serangan ke atas najib dan 1mdb sehingga dipertikai sesetengah pihak akan kesetiannya kepada najib. Malah ada yang sudah kedengaran kewajaran Zahid digantikan dengan Hisham. 



Tetapi melihat kepada statement dan pergerakan zahid seminggu dua ni,  bagai kerbau naik minyak,  saban hari serangan balas kepada pembangkang khusus kepada Tun seolah ingin membuktikan sesuatu. 

Sudah sewajarnya Zahid bertindak seperti sekarang sejak mula lagi,  lafaz kesetiaan bukan sekadar dengan kata kata tetapi dengan tindakan sebagai bukti. Jangan seperti seseorang,   takut hanya pada Allah sekadar kata kata tanpa sikap,   perbuatan ke arah itu. 


Memandangkan serangan dari Zahid sangat hebat adalah lebih wajar bukan secara di belakang atau hanya berani ketika di pentas sendiri, sepatutnya berdepan lebih lebih lagi secara terbuka Tun bersedia berdepan dengan sesiapa sahaja. 


Tiada yang lebih layak, bukan AG,  bukan Hisham, tetapi zahid lah sewajarnya mewakili kesetiaannya pada Najib untuk berdepan dengan Tun bagi mengembalikan maruah umno.

Sangat tidak molek umno serahkan tanggungjawab itu pada Puad,  sekadar berjawatan lantikan politik,  ditolak oleh rakyat di pilihanraya,  umpama mencampak arnab gemuk ke kandang harimau, apa yang boleh dia buat... 



# Tun tentu tahu apa yang Zahid tahu - itu tidak dapat di elakan. 

JIHAD YANG PALING HEBAT IALAH BERANI BERKATA BENAR DI HADAPAN KERAJAAN YANG SALAH..

Tak ramai yang berani buat.. 
Yang tahu,  yang menyembunyikan fakta,  yang mendiamkan diri,  bersubahat,  agak² selamat ke di dunia dan aqirat walaupun mereka sekadar berkata "saya hanya takut pada Allah"...

Masing² berfikirlah.. 

Monday, July 24, 2017

KENAPA ISU 1MDB ACAPKALI DITOLAK SPEAKER

Penolakan bererti kerajaan takut dan menyembunyikan, satu kemenangan dan kebenaran kepada pembangkang. 

Daripada azalina menafikan semua itu di luar dewan adalah lebih baik speaker membenarkannya dan paling baik PM sendiri menjawabnya. 


Umpama kita bertanding burung merbuk,  tak guna gemersik suara bak buluh perindu diluar gelanggang tapi bila sampai pada masa dan tempat yang sebenar, langsung tak berbunyi.. 

Speaker pun macam AG juga ke "Takut hanya pada Allah sahaja" Macam tak pun... 








# Dalam masa yang sama kerajaan mengaku 1mdb ada kes mahkamah???? 
Apakah kerajaan mengiktiraf tindakan saman sivil  DOJ bukan lagi sebagai campurtangan asing??



SETAKAT MANA ROS BERANI BUBARKAN DAP

Tanpa keujudan DAP, umno akan kehilangan sumber untuk menakut nakutkan orang Melayu. 

Tanpa DAP bagaimana mahu mefitnah Pakatan Harapan dikuasai lim kit siang. 

Sunday, July 23, 2017

ALHAMDULILLAH, SEMUA DAH PAKAT PAKAT TAK TAKUT DENGAN MAHATHIR......




Dah bubar ke belum Parlimen?  Aku nak undi bee end





HISHAMUDDIN SEPUPU YANG PALING KEJAM..

Seperti rasa terkilan dengan kenyataan Rafizi yang menyifatkan Semberong tidak lagi selamat baginya,  kini Hisham pula sengaja menempah maut untuk sepupunya najib dengan mencabar Tun bertanding di Pekan.

Tun sebagai otai politik, kini Pengerusi PH, mempunyai imej yang perlu dipertahan semua komponen,   kehadirannya di mana mana kawasan tidak boleh dipandang ringan atas dasar mesti menang. 

Najib hampir tewas,  kemudiannya buat persempadanan semula dengan kemasukan felda dan kem tentera ke kawasannya, sebab itu boleh menang majoriti lebih 15 ribu tanpa isu, tanpa skandal?? Bagaimana hari ini.. 

Wajar Hishamuddin tarik balik tawaran tersebut,  jangan sampai ada yang susah hati dan tidak tidor lena.. 
Bukan soal kalah,  sukar tewaskan Najib di Pekan.. Tetapi lebih kepada peluang Tun menjelajah Pekan membawa cerita Najib sebenar.. 


Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...