Tuesday, July 25, 2017

ZAHID PATUT BERDEPAN DENGAN TUN





Sudah agak lama Zahid membisu berhubung serangan ke atas najib dan 1mdb sehingga dipertikai sesetengah pihak akan kesetiannya kepada najib. Malah ada yang sudah kedengaran kewajaran Zahid digantikan dengan Hisham. 



Tetapi melihat kepada statement dan pergerakan zahid seminggu dua ni,  bagai kerbau naik minyak,  saban hari serangan balas kepada pembangkang khusus kepada Tun seolah ingin membuktikan sesuatu. 

Sudah sewajarnya Zahid bertindak seperti sekarang sejak mula lagi,  lafaz kesetiaan bukan sekadar dengan kata kata tetapi dengan tindakan sebagai bukti. Jangan seperti seseorang,   takut hanya pada Allah sekadar kata kata tanpa sikap,   perbuatan ke arah itu. 


Memandangkan serangan dari Zahid sangat hebat adalah lebih wajar bukan secara di belakang atau hanya berani ketika di pentas sendiri, sepatutnya berdepan lebih lebih lagi secara terbuka Tun bersedia berdepan dengan sesiapa sahaja. 


Tiada yang lebih layak, bukan AG,  bukan Hisham, tetapi zahid lah sewajarnya mewakili kesetiaannya pada Najib untuk berdepan dengan Tun bagi mengembalikan maruah umno.

Sangat tidak molek umno serahkan tanggungjawab itu pada Puad,  sekadar berjawatan lantikan politik,  ditolak oleh rakyat di pilihanraya,  umpama mencampak arnab gemuk ke kandang harimau, apa yang boleh dia buat... 



# Tun tentu tahu apa yang Zahid tahu - itu tidak dapat di elakan. 

22 comments:

  1. Si Puad tu giler pangkat & gemar membodek
    Sebetulnya Puad Tak tahu Apa-Apa,, Tak Ada standard langsung nak berdebat dengan Tun M.........

    ReplyDelete
  2. Tak sapa pun suruh Puad wakili Najib
    Tak hairan,bab buat andaian,persepsi,presumpsi,fitnah dan jadi batu api adalah tabiat Pakatoons
    Tak payah sesiapa debat dgn U Tun,dia tak akan stick kpd topik kalau tersepit
    Contoh terbaik bila interview,lain ditanya,lain dijawab
    Kalau di Makhamah bolih kata dia lupa apa tah lagi diforum public
    KD...tak elok laga lagakan org
    Betul tak John Rusa Betina..LOL



    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sapa suruh puad wakili najib.
      Ha ha ha ha.
      Puad ni org JASA. Apa keja JASA?
      Siapa bayar JASA.
      Kebebalan cai najis terserlah.

      Fitnah saman selasa depan. Jgn sesekali tinggalkan zikir ni tiap kali lepas solat.

      Xpayah debat sebab tun m akan merapu.
      Ha ha ha ha.
      Lg la bnyk markah utk najis bila tun m merapu. Apa pyh sgt nk mngaku berani kerani benar takut kerana salah.

      Najis xpernah lg saman tun m dimahkamah. Kalau dipihak yg benar nk takut apa. pyh sgt kona sana sini debat bukan budaya kita .Temberang najis kpd sesama cacai.

      Delete
    2. 5.53
      persepsi apa? andaian apa? persumsi apa? fitnah apa? tulis biar jelas supaya org faham dan jelas. baru org boleh jawab. dedak tak cukup ke tuan?

      Delete
    3. KD...tak elok laga lagakan org
      Betul tak John Rusa Betina..LOL

      Jwpn :-

      Betullah saya cakap sesetengah orang hanya jahil tapi tidak safih, tapi sesetengah lagi mereka jahil disebabkan mereka memang safih.

      Jahil ialah tidak mengetahui disebabkan maklumat dan ilmu tidak sampai kepadanya. Ada pula sadih pula selepas disampaikan ilmu dan maklumat itu ia masih tidak mampu menyerapnya.

      Selepas berbincang panjang tentang hadith "sebaik-baik jihad adalah berkata benar di sini pemerintah (bukan kerajaan) yang jahat" orang yang safih masih tidak dapat melihat dan menilai bahawa KD sekarang sedang melakukan 'sebaik-baik jihad' menurut hadith.

      KD tidak melaga-lagakan manusia di atas kekhilafan pandangan tentang sesuatu isu terutama isu agama, sebaliknya KD sedang berusaha membongkar pengkhianatan amamah yang terbesar di dalam sejarah Islam dan sejarah manusia moden (sama besar dengan sejarah Marcoses di Filipina) dan memberi forum kepada mereka yang ingin turut serta dalam perjuangan ini.

      Pada pandangan saya, KD adalah seorang penjihad.

      Delete
  3. Sudah gaharu cendana pula
    Negara akan bangkrup
    Minyak naik ke paras RM 2.,70 bulan Jun 17
    TH tidak ada duit bayar duit sehingga kan l/k 4000 pendeposit keluar simpanan,dan yang sedih terus tidak dapat tunai Fedhu Haji
    40000 Pengundi hantU Banggla
    1 juta t/tangan petition Selamatkan Malaysia
    Dan yg paling lawak Najib akan ditangkap kalau keluar negara...banyak lagi...LOL
    Dedak itu lebih,tetapi kalau KAHAK itu ayam pun pun jijik...
    Tak cukup KAHAK ke Tuan minta penjelasan yg jawapan dah tahu sendri...

    ReplyDelete
  4. tun ni betul2 terlupa sesuatu ke, atau kadang2 ingat kadang2 lupa. reaksi ucapan beliau di bawah seolah beliau ingat2 lupa bahawa beliau sedang mengata diri sendiri;

    Termangu seketika saya selepas mendengar ucapan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, di dalam majlis “Dialog Tokoh Politik Bersama Cendekiawan Melayu: Hala Tuju Politik Melayu” di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, tengahari tadi, 25 Julai 2017.
    Sebab terbesar kenapa saya termangu begitu adalah kerana mendengar Tun Dr Mahathir bercakap mengenai berkurangnya perjuangan Melayu di dalam parti-parti Melayu di Malaysia sekarang, termasuk dalam isu bahasa, ekoran berpecahnya orang-orang Melayu kepada banyak parti.
    Menggunakan contoh satu signboard dekat rumah beliau yang hanya mengandungi tulisan besar Cina dan tulisan Inggeris, tanpa walau sepatah pun tulisan Melayu, Tun Dr Mahathir dua kali menyebut kemungkinan bahasa Cina akan menjadi bahasa kebangsaan disebabkan perpecahan Melayu ini.
    Kali pertama kemungkinan bahasa Cina akan menjadi bahasa kebangsaan ini mulanya disebut secara umum oleh Tun Dr Mahathir melalui kata-kata berikut: “So eventually may be Chinese will become national language. Why? Because Malays are weak. They are fighting each other and they have become weak.”
    (Terjemahan: “Jadi akhirnya mungkin Cina akan menjadi bahasa kebangsaan. Kenapa? Kerana orang-orang Melayu lemah. Mereka bergaduh antara satu sama lain dan mereka sudah menjadi lemah.”)
    Kedua kemungkinan ini berlaku disebut secara lebih khusus oleh Tun Dr Mahathir melalui kata-kata berikut: “Sepatutnya mereka (orang Melayu) bersatu, kalau ada masalah pun debate within your group. But when you break up into four parties five parties, all of you become weak. Dan kita bila weak, kita hendak sokongan, kita kena cari bukan Melayu-lah. Dan bila kita cari bukan Melayu, sedikit sebanyak there is quid pro quo. You dapat bantuan, sokongan, you kena bagi sesuatu. And we are, all the while we are giving in bit by bit by bit. By 2050 there will be no Malay language.”
    (Terjemahan: “Sepatutnya mereka (orang Melayu) bersatu, kalau ada masalah pun berdebat dalam kumpulan kamu. Tapi bila kamu berpecah kepada empat parti lima parti, kamu semua menjadi lemah. Dan kita bila lemah, kita hendak sokongan, kita kena cari bukan Melayu-lah. Dan bila kita cari bukan Melayu, sedikit sebanyak ada timbal balas. Kamu dapat bantuan, sokongan, kamu kena bagi sesuatu. Dan kita sedang, selama ini kita mengalah sedikit demi sedikit demi sedikit. Menjelang 2050 tiada lagi bahasa Melayu.”)
    Punca terbesar kenapa saya termangu begitu adalah kerana bila diamat-amati dengan teliti ucapan Tun Dr Mahathir ini, kita akan dapati seolah-olah beliau sebenarnya sedang mengata kepada diri beliau sendiri:
    Tun Dr Mahathir berkata, “kalau ada masalah pun berdebat dalam kumpulan kamu”, tetapi Tun Dr Mahathir sendiri bertindak keluar dari parti beliau bila menghadapi masalah.
    Tun Dr Mahathir berkata, “kita bila lemah, kita hendak sokongan, kita kena cari bukan Melayu-lah”, tetapi Tun Dr Mahathir sendiri cari bukan Melayu untuk sokongan.
    Dan, bila Tun Dr Mahathir berkata, “dan bila kita cari bukan Melayu, sedikit sebanyak ada timbal balas”, apakah ini satu pengakuan jujur beliau mengenai perkara-perkara yang sedang dan akan berlaku dalam Pakatan Harapan?

    ReplyDelete
  5. KD..aku pun setuju..nak tengok juga bekas tahanan ISA Zaheed Comedy VS MakaKUTTY!

    ReplyDelete
  6. Anon 7:43 PM.... penjihad atau penjilat. Jihad ke nama nya, semua yang di perkata kan penuh dengan perasaan benci, dengki dan iri hati dan tidak mengambil kira kebaikan LANGSUNG. Yang nampak walaupun sebesar kuman kesalahan kesilapan semata mata.

    ReplyDelete
  7. Hantar orang mengerjakan Haji dari duit 1mdb itu kebaikan ke?

    ReplyDelete
  8. Ada ke fatwa yang mengatakan duit 1MDB itu haram?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda yang jelas halal haram apa nak fatwa lagi

      Delete
    2. kau ni mesti pakai FakWa 'Saint & Sinner' Lim Kim SIAL!

      Delete
  9. Jelas ke halal haram nya? orang cakap awak pun nak cakap tapi itu lah setakat ikut cakap orang je.

    ReplyDelete
  10. Sesetengah perkara mempunyai pengharaman yg jelas.

    1MDB hanya memperolehi wang melalui pinjaman riba daripada Yahudi Zionist semata-mata. Tiada pun wangnya diperolehi melalui keuntungan perniagaan.

    Hukum riba adalah jelas haram melainkan di dalam keadaan dharurat. Syarat dharurat pula ialah 'ghaira baaghin walaa a'diin' iaitu tidak derhaka dan tidak melebihi keperluan.

    Fardhu haji pula adalah fardhu yg kefardhuannya tertakluk kepada istito'ah iaitu kemampuan. Kalau tak mampu tak perlu pergi.

    Dharurat dan kemampuan berjalan di arah berlawanan dan tak mungkin berselisih.

    Maka orang yang menggunakan wang pinjaman riba untuk melakukan haji jawabnya......? Halal kah?

    Sebelum rukun Haji ialah rukun zakat. Sifat fardhu zakat ini tertakluk kepada cukup haul dan nasab. Sekiranya 1MDB ada membuat keuntungan maka ia wajib membayar zakat.

    Kalau zakat pun ia tak bayar maka bagaimanakah ia boleh menggunakan wang pinjaman riba dari zionist untuk menanggung haji orang yang tidak sampai istito'ahnya?

    Apatah pula untuk tujuan membayar hutang riba kepada zionis PIEM ini menjual pula hak dan kepentingan negara kepada negara komunis.

    Itu pun tak cukup maka digunakan wang perbendaharaan negara untuk membayar hutangnya.

    Hanya dengan memahami perkara di atas sudah memadai untuk seseorang mengetahui hukum di sebalik penggunaan wang zionis, komunis dan cukai rakyat untuk menghantar segolongan orang naik Haji...

    ..bagi mereka yang berfikir dengan akal dan bukan seperti keldai yang membawa garam.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  11. Macai-macai ProTun memang suka lupa sejarah. Mungkin sebab IQ serendah 41 atau mungkin kebanyakan dari mereka masih dalam bentuk sperma semasa Tun Dr Mahathir memerintah selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri. Hari ini mereka menyalak mengatakan DS Najib Tun Razak sebagai pengecut dan takut untuk berdebat dengan 'Top Dog' Pakatan Haram.

    Kita imbas kembali apa yang berlaku pada tahun 2013 semasa Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang mencabar Tun Dr Mahathir berdebat dalam beberapa siri debat. Apa jawaban Tun Dr Mahathir pada masa itu? 'Ini kerja taraf budak-budak sekolah sahaja dan tidak perlu dilayan.'

    Persoalan penting yang harus dihadam oleh penganut-penganut 'Top Dog' adalah perlukah Perdana Menteri semasa, DS Najib Tun Razak melayan cabaran budak sekolah dari Tun Dr Mahathir? Kerap kali saya berkata, Tun Dr Mahathir semenjak tiada kuasa sahaja beliau sibuk untuk berdebat. Cuba ajak beliau berdebat semasa beliau berkuasa dahulu. Tidak disumbat ke Penjara Kemunting di bawah Akta ISA sudah cukup baik. Sembanglah 'Top Dog'.

    Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2017/07/apa-jawapan-tun-dr-chedetofficial-bila.html#4uP4zSL5BbK5C0Hy.99

    ReplyDelete
  12. Setuju dengan Anon 2:33 am, amat TIDAK setuju dengan Anon 2:32 am. Tak payah lah kau nak tunjuk bagus.

    ReplyDelete
  13. Lari dari tajuk sikit ye. Lepas ni ramai la dari kalangan Hapraq yang meroyan sebab harga minyak petrol dah dua minggu berturut turut naik. Masa harga minyak turun diam.

    ReplyDelete
  14. JANGAN LA KLUANGMAN MENJADI BATU API SEBAGAI PUNCA PERPECAHAN UMAT MUHAMMAD SAW...

    ReplyDelete
    Replies
    1. JANGAN LA Naktausaja MENJADI PEMUDAHCARA SEBAGAI PUNCA SENGKEK IMAN BUAT UMAT MUHAMMAD SAW...
      HARUS SAMA2 LARANG MUNGKAR SAH...
      HARUS MATA HATI DEDAK.
      HARUS NAMPAK BN DAH PANIK,
      HARUS SEDAR DIRI SEBELUM MASOK BLOG ORG BANRAI TUAN RUMAH.
      Nak tau n lebih pada Taktau.

      Delete

6ANGKA