Thursday, April 12, 2018

ORANG UMNO KALAU MENIAGA TULIN MEMANG OUT..

Tahu tak umno sebok benor kempen politik melalui jualan sentuhan rakyat @ jual harga lekong?
Setiap bahagian dok buat kempen ni sejak enam bulan lepas dan makin rancak sekarang kerana menteri pun turun padang.

Motifnya nak jumpa rakyat nak bagitau umno prihatin dan oleh itu undilah umno.. Pusin pi pusin mai memang tu hajatnya..

Bagus tak?
Memang bagus
Berpusu rakyat datang
Undi?
Tetap undi pembangkang..
Why?
Gula² pru
Rakyat makan ayam bukan 5 tahun sekali tapi setiap hari..
Setiap hari ayam mahal..
Termakan budi ayam murah sehari..
Pilih BN.    5 tahun merana lagi dng gst.

BN GAGAL DAPAT UNDI HARI RABU

jualan murah..
Peniaga sekitar marah
Ayam tak laku..
Daging tak laku...
Beras tak laku..
Gula tak laku..
Barang runcit tak laku..

Peniaga marah siapa?
Umno..
Undi siapa?
Pembangkang..

BN GAGAL DAPAT UNDI HARI RABU...

Sekian terima kasih





Hidup Tun

Wednesday, April 11, 2018

JIKA BN MENANG 2MDB BAKAL DILANCARKAN (?)


Jika BN menang PRU14,  BRIM SESUATU YANG DIKATA BAIK,  SUDAHPUN DIPERSETUJUI UNTUK DINAIKAN SEPERTI DI MANIFESTO.(?)

JIKA BN menang PRU14,  1MDB juga dikatakan brilliant idea,  tak salah lancar lagi satu,  namakan 2MDB,  100B modal sekurang-kuragnya. Hutang kalau mampu bayar apa salah hutang lagi. (?)

Jika BN menang PRU14, GST yang selama ini membantu harga barang turun dan banyak projek rakyat dapat dijalankan sudah tentu kalau dinaikan sehingga 20% rakyat akan menyambut baik. (?)

Tolong sambung..



# Selepas PRU adakah akan ada lagi Jualan Sentuhan Rakyat (?)


# Semalam TMJ belanja rakyat di AEON.. Layari sosial media untuk butiran lanjut.(?)

DALAM TEMPOH LIMA TAHUN RAKYAT DIBERI SATU HARI UNTUK MENGUNDI, KENAPA HAK ITU DIGANGGU GUGAT.....

Jika antara pemimpin ada masalah peribadi sesama mereka - itu bukan masalah rakyat.

Jika pihak Istana ada masalah peribadi - dendam peribadi dengan mana² pemimpin - itu bukan masalah rakyat.

Rakyat ada masalah tersendiri,  ada keperluan,  ada kemahuan, ada impian dan berilah kami kebebasan dan ketenangan mengundi tanpa campuraduk yang bukan urusan kami. 

Kesetiaan Anggota Keselamatan hanyalah kepada Raja dan Negara bukan kepada parti atau individu setakat mana pun mereka nak berlakon dekat dan rapat dengan Pasukan Keselamatan terutama menjelang PRU.

Semua pihak ada peranan dan tanggungjawab dan antaranya menghormati hak rakyat untuk bebas dan selamat untuk mengundi tanpa ugutan, ditakutkan, dipergunakan, digula-i, dibohongi, ditipu dan diper
bodohkan.

SPR sewajarnya menjadi jambatan MEMPERMUDAHKAN rakyat untuk menjalankan pengundian.

Merekalah sepatutnya memainkan peranan dan mengambilkira kos, masa, pengangkutan, keselamatan dan keselesaan rakyat untuk mengundi.

Keadilan tanpa berpihak hendaklah sentiasa ada samada secara terangan atau sembunyi.

BUKANNYA DIPERGUNA, MENJADI ALAT PERKAKAS DAN MENJADI PENGHALANG KELANCARAN DAN KEMURNI-AN  PIILIHANRAYA SEBAGAI SALAH SATU KOMPONEN SISTEM DEMOKRASI BERPALIMEN DAN RAJA BERPERLEMBAGAAN. 


PENYARTAAN INI MEMBAWA MAKSUD RAKYAT SEDAR DAN SEDANG MEMERHATI.

Tolong viralkan.








RAKYAT SENDIRI SUDAH BANGKIT BERSUARA DAN LAWAN TETAP LAWAN.. (PUNYALAH NAK MENANG PRU14... BINI PUN JADI CAGARAN.. ASTARGHFIRULLAH HALA'AZIM )


Hampir di semua media sosial masing² demam pilihanraya,  menilai mengulas dan lebih rancak apabila ada sikap dan perbuatan lawak dan songsang dari pemimpin. 

Mana mungkin kita boleh lupa wajah² pegawai kerajaan yang dipergunakan. 

Ia bermula sebaik parlimen dibubarkan dengan kenyataan  peribadi TMJ yang 
mendapat liputan luas dan sesuatu yang
dibanggakan kenyataan itu dibalas secara bijaksana sehingga TMJ membuat ulasan yang lebih sederhana dan berpijak di bumi. 

Kalau burung helang turun ke bawah,  berjinak macam merpati,  sudah tentu ada agenda besar tersendiri. 

Diikuti dengan beberapa lagi insiden dan paling win terkini, mengundi hari RABU,  kalau tak kata bodoh nak kata apa? 
Terpaksalah repair... Cuti umum
Kenapa tidak ditukar sahaja kepada hari Sabtu,  adil untuk semua. 

Dalam masa yang sama,  keputusan kotor itu tidak mudah mengalahkan semangat juang yang ada pada rakyat untuk memastikan umno bungkus kali ini.. 

Pendek cerita,  ikutilah media sosial.. 
Semua dah ada keputusan.. 

Adalah penting rakyat menang kali ini melalui PH bukan atas kepentingan Tun,  anwar atau sesiapa sahaja tetapi sebagai satu permulaan sebuah kerajaan yang menghormati rakyat dengan mendengar pandangan rakyat,  menjaga kebajikan rakyat dan tidak sewenangnya berkomplot sesama mereka untuk mencuri duit rakyat melalui projek mega yang sengaja di ada²kan. 

Setiap kerajaan selepas ini,  setiap lima tahun akan serahkan report card mereka kepada rakyat.  Jangan beri peluang lagi kepada pemusatan kuasa yang melampau. 

Rakyat sudah muak dengan kerajaan yang menabur janji di saat² akhir nyawa dicabut,  sedangkan kamu punya masa untuk melakukannya sebelum ini. maaf,  rakyat tidak sebodoh itu. 

Hingga sampai ke saat inipun,  apa yang kamu janjikan bukan sebenarnya untuk rakyat tetapi lebih kepada cubaan menyelamatkan diri.

TUAN IBRAHIM JANGAN MACAM²...


TERKINI: # Tepat seperti keluhan rakyat,  keputusan hari pengundian 9hb Mei adalah keputusan madah berhelah,  kerana tak tahan dikecam,  terpaksalah umumkan 9hb cuti umum (?)  Apapun PH sudahpun melangkah jauh ke depan,  cuti umum 10 dan 11 Mei kalau PH menang. Takkan itu pun BN nak copy paste. 





Tun Ibrahim masih kekalkan gaya pembangkang manakala Hadi sudah mula gayakan ala Salleh Keruak,  ala Punahsihat..

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...