Sunday, August 12, 2018

APABILA MENTERI PENGANGKUTAN LEBIH WARAS BERHUKUM DARI MENTERI UGAMA




Kepentingan majoriti dipinggirkan sebaliknya MENTERI ghairah merai MINORITI yang sesat.

PAS SEPERTI LIMAU MASAM YANG TERPAKSA DIPEPAH UMNO SECARA HIPOKRIK UNTUK TERUS HIDUP...



Berhati hati lah ke atas pemimpin umno yang berkata manis...
Pepat di luar rencong di dalam.

RAKYAT SOKONG YANG CERDIK

Cukup cukuplah kutuk NAJIB, umno dan kerajaan lama, kerajaan zalim sudahpun ditewaskan...

Yang kalah, tewas, segera segeralah sedar diri, jadilah pembangkang yang baik untuk rakyat...

Lagipun, belum ada pemimpin umno jatuh miskin, kebulor dan gelandangan sejak kalah PRU, sesetengah pemimpin harta menimbun tak habis makan tujuh keturunan..

Sengkek2 Ketua Bahagian, macam Jamal, peguamnya pun yg paling mahal...

Jadi, hentikanlah cerita umno, tunggu kebangkitan mereka SEMULA..

Dan biarlah kerajaan PH menguruskan pula negara, tak perlulah nak meroyan setiap keputusan Menteri, redha dan tunggu 2023..

Pembangkang perlu setuju kalau kerajaan nak tangkap penyamun walaupun seorang dua mungkin di kalangan pemimpin parti sendiri.

Tidak wajar mempertahan dan melindung pemimpin yang tidak takut Allah, langgar perintah Allah.

Jika umno mengambil sikap rasional ini, sudah tentu rakyat akan kembali sokong dan pertahan umno dalam perjuangannya. 

Macam tak cerdik bila kritik kerajaan yang sudah dipilih rakyat melalui sistem yang sah dan diperkenan Agung.

Rakyat sudah mula serasi dan menghayati kerajaan baru.




Saturday, August 11, 2018

LELONG JE ANAKONDA UNTUK DAPATKAN SEMULA 5 JUTA



Selepas kerajaan Indonesia pulangkan kapal layar mewah EQUANIMINITY.

Kerajaan Singapore, selepas selesai proses dokumentasi,  juga turut akan serah semula Jet persendirian Jho Low yg yang dibeli menggunakan dana 1MDB bernilai SD50 juta yang di rampas..


Inilah bukti kerajaan PH, kerajaan peduli rakyat. Dana awam yang diseleweng dibawa pulang. Pencuri dan perompak dana awam satu persatu didakwa!

Cuba anda bayangkan jika BN masih memerintah, maka akan semakin banyak dana awam dicuri. 

Segala tipu daya dibuat demi untuk menghalalkan cara mereka menyamun wang rakyat ini.

Nak bayangkan kalau lebai Pas memerintah? Tak payah la, puak tu bukan fikir kat rakyat pun. Kerja nak kenyangkan perut dan puak mereka sahaja. 

Lagi satu puak lebai bukan cerdik sangat pun, kes 1MDB pun hidup hidup kena kencing dengan Arul Kanda. 

Isu orang asal Gua Musang yang dah bertahun pun masih tak selesai, nak harap puak lebai selesai isu 1MDB? Bab sembang boleh bagi kat puak lebai, kerja buat memang GAGAL! *

ABUSE OF POWER BY TT


Friday, August 10, 2018

DAH LEBIH 100 HARI, KERAJAAN MAKIN TERSUSUN..

Parlimen lebih berdisiplin. Bebas bertanya soalan termasuk 1MDB. siaran langsung menjadikan apa yang berlaku di parlimen telus untuk rakyat menilai...
Rembau tahu ke tak tahu?  Air Hitam faham ke tak faham?
Najib disekolahkan..
Zahid lebih banyak diam,  tangan sudah tidak merewang dan bergentayangan..
Lawak Ahmad Maselan pun sudah kurang..
Tajuddin pun dah jadi anak kucing..
Kepala bapak.. Pun dah tarik balik ungkapan...
Baguslah. .Kalau semua duduk dan tidak lari.

Tidak ada rusuhan kaum dan ugama..
Negara tidak muflis tanpa gst dan tanpa sst selama dua bulan.
Pengurusan kewangan yang cukup berhemah. Kombinasi lim guan eng/azmin menstabilkan ekonomi dan keadaan. Kerugian di bursa saham dialami di seluruh dunia.

Kapal mewah secara "strategi" dibawa balik ke Malaysia,  jika tiada yang tampil menuntut,  menjadi hak kerajaan untuk memperdagangkannya?
(Akan Diiklan ke seluruh dunia-TunDr.M)-satu lagi langkah berani, strategik dan diluar jangkaan.

Kalau emas rosmah yang dirampas polis,  ada yang menuntut, kita tengok "akal mana" pula yang muncul untuk menuntut equaminity?






Rampasan Kapal Mewah AkuMenanti ini menunjukan betapa seriusnya kerajaan dalam isu 1MDB dan sekurang kurangnya melegakan rakyat.

Kebebasan suara makin tara,  tangani secara hujah dan fakta
Lgbt sudah rosak.. Bukan bunuh mereka,  perbaiki dan cuba bawa balik ke pangkal jalan.. Setakat melabel dan menghukum dengan mulut tidak selesaikan masalah..

Mujahid telah menunjukan pembuka jalan bagaimana Islam yang utama menguruskan pula kepelbagaian kepercayaan dan ugama. Pendekatan berbeza ini sudah tentu dipantau oleh Mufti dan Istana. Masih terlalu awal untuk menilai,  dan masih terlalu awal untuk katakan Menteri terpesong?

NASIB BAIKLAH UMNO PRESIDENNYA ZAHID, KALAU DI TANGAN KJ ATAU KU LI, DAH LAMA BERSATU BUNGKUS. .

Kesilapan terbesar umno selepas kalah PRU ialah memilih Zahid sebagai Presiden dan mengekalkan muka² moron dan membawa pula masuk manusia opportunis, talam dua muka seperti lokeman.

Terus masuk parit apabila berdamping, mengheret dan mempertahan najib laki bini yang bakal berhadapan dengan belasan pertuduhan? Tuduhan sekarang belum puncaknya lagi..

Jika umno di tangan Kj,  sudah tentu banyak perubahan akan berlaku,  selera baru,  pendekatan baru dan jika pun di tangan Ku Li,  akan ada perubahan yang membuat kawan dan lawan hormati. Politik sedar diri,  politik lebih matang dan paling penting keduanya tidaklah begitu dipersalahkan dengan tindakan kerajaan lama.

Penyatuan umno di peringkat bawahan juga boleh ditingkatkan dengan semangat baru dan jumlah kerusi yang ada mencukupi untuk menjadi satu suara melayu yang cukup padu.
Ku Li dan Kj bukanlah otak sempit untuk memainkan isu kaum dan ugama yang hanya akhirnya makan diri dan tidak realistik.

Jika umno di tangan Kj dan Ku Li, situasi hari ini sudah tentu ada harapan sokongan orang melayu kembali semula kepada umno sedikit demi sedikit.

Dengan satu kertas siasatan di tangan SPRM,  kaki Zahid sebenarnya sudah diikat?


life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...