Sunday, August 19, 2018

TENTANG DAN BANTAH KERAJAAN NEGERI PERAK JIKA MENGKHIANATI MELAYU


Muhyiddin dan Mukhriz kena beri perhatian  isu ini dari sudut politik kerana melibatkan MB dari BERSATU. 
Jangan psndang remeh dan semua mengharapkan Tun sahaja. 

Isu yang panas di Perak,  agak sempit kalau kita nak bercakap pasal cina + dap yang dikhabarkan membuat beberapa tuntutan melampau melangkau kebiasaan terutama soal pajakan tanah kekal.

Oleh kerana ini memerlukan kelulusan negeri terutama Exco Tanah @ MB sendiri,  wajar fokus dan tekanan diberi kepadanya.

Jika secara pentadbiran masih gagal,  peralihan kuasa kepada kerajaan negeri yang baru adalah wajar dan sokong 100%.

Berdasarkan kedudukan kerusi di negeri Perak sekarang,  di masa akan datang,  PAS @ UMNO tidak boleh tidak, wajib diberi kemenangan. Kemudaratan jika ada tidaklah seteruk dan berisiko seperti sekarang.

Jangan menang sorak,  kampong tergadai.

PAS PERLU MINTA PEMIMPIN UMNO BERTAUBAT SEBAGAI SALAH SATU SYARAT KERJASAMA

TUN KE CHINA, JANGAN JANJI JUTA² PEKERJAAN SEPERTI NAJIB...TAPI HABUK PUN TAK ADA...

Dalam negara pengantin baru di raikan..


Bapa pengantin tak datang... 



Saturday, August 18, 2018

KERJASAMA UMNO PAS DIRESTUI

Sebagai manusia aku antara rakyat yang sokong jika umno pas bekerjasama,  bersatu,  kahwin atau apa sahaja istilah yang mahu digunakan.

Yang penting biarlah kerjasama itu jelas,  diumumkan,  ada satu bentuk ikatan atau perjanjian,  apa vissi dan missi.

Khususnya jadi gabungan yang kuat sebagai pembangkang,  bertanggungjawab ke atas rakyat dan negara.

Pantau PH,  kritik PH dan gunakan parlimen semaksima untuk menentang sebarang dasar yang merugikan rakyat dan Islam.

Lebih penting pemimpin tunjuk contoh tauladan yang baik.

Yang aku tidak setuju jangan jadikan kerjasama ini membesarkan lagi fitnah,  bercakap bohong dan kencing rakyat,  lain cakap lain buat.

Rakyat boleh menilai mana satu "peralatkan", mana satu "perjuangan" ke atas bangsa dan ugama.

Tak perlu sebutlah pangkah PAS masuk syurga sebab pas sendiri belum jumpa pintu syurganya.
Tak perlulah kata tanpa umno melayu akan bangsat kerana yang jadi bangsat dan mengemis sokongan melayu sekarang adalah umno.

AHLI DAN PENGUNDI PAS KENA LEBIH BERHATI HATI DI PRK SERI SETIA..


Ku sangka undi PAS masuk syurga.... Rupanya masuk umno.. 
Kikikikiki.. ..

PUTRA PERKASA IBRAHIM ALI

Mungkin pada pandangan Ibrahim Ali mana² wakil rakyat bebas atau melayu umno yang sudah bosan dengan umno atau melayu² yang sudah bosan dengan parti yang sedia ada,  boleh sertai PUTRA.

Mungkin juga yang sedang bercadang nak lompat parti selepas kecewa dengan Presiden sekarang atau kalah merebut jawatan.

Friday, August 17, 2018

SIASATAN KEATAS BANGKAI HIDUP DIBUKA SEMULA (?) CARI KEBENARAN...

Barisan Nasional (BN) mengalu-alukan siasatan terbuka berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana menyifatkan mereka tidak lagi mahu mengusung 'bangkai hidup'.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, berkata, beliau menyokong penuh usul yang difailkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) membuka semula penyiasatan mereka kepada 1MDB, membolehkan rakyat mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

Bahkan menurut mantan Menteri Belia dan Sukan itu, ia juga akan membuka mata BN sendiri sekiranya terdapat perkara-perkara yang tersembunyi selama ini.

"Siasatan terbuka bagus kerana kita mahu rakyat tahu kebenaran tentang 1MDB. BN tidak mahu usung bangkai hidup ni lagi. Kita nak pastikan kita bebas daripada beban ini. Biar siasatan terbuka dan menyeluruh ini dibuat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC)  atau sebagaikan.

"Kami pun nak tahu juga. Sebagai bekas anggota Parlimen mungkin ada perkara yang kami tidak diberitahu jadi kita pun nak tahu juga. Orang kata kenapa sekarang baru cakap begini adalah kerana sebelum ini kita tidak tahu ..ada benda-benda yang disembunyikan daripada kita juga," katanya ditemui sempena Pelancaran Buah Tangan Store KL City Walk, di sini, hari ini.

Terdahulu, Lim, bercakap mengenai perkara itu di Dewan Rakyat semalam, memfailkan usul untuk membuka semula siasatan 1MDB kepada orang ramai.

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...