Thursday, April 16, 2015

Mukhriz harus tegas walau hilang jawatan..

Dilaporkan Ketua Pemuda, Ketua Puteri dan Ketua Wanita UMNO Kedah menyarankan Mukhriz bersikap
berkecuali untuk menyatakan pendirian terhadap Najib selaku Presiden dan Perdana Menteri merupakan satu lagi berita baik dalam ertikata demokrasi terus subur di dalam UMNO.

Sudah tentu berita ini diterima dengan hati terbuka oleh Ketua Puteri Malaysia yang mengutamakan perdamaian kedua-dua pihak dan tegasan KJ supaya Mukhriz tidak ditekan untuk membuat keputusan. Malah Najib selaku Presiden dan PM sendiri sudah nyatakan kesediaan dikritik

Kalau rakyat disaran sabar 1MDB sedang diodit kenapa pula Lebai Sudin tidak boleh sabar dengan faktor yang sama. Bukankah kedua-dua pihak Najib dan Mukhriz sedang mencari kebenaran..

Bukanlah sesuatu yang pelik jika Mukhriz enggan berbuat demikian dan rakyat Kedah sudah tentu boleh terima jika Mukhriz dilucutkan jawatan MB Kedah kerana itu adalah atas budibicara PM. Dalam hal ini Kedah tidak ketandusan pemimpin negeri yang hebat seperti Lebai Sudin.

Bagaimanapun ingatan juga telah mereka berikan kepda sesiapa sahaja yang cuba menggugat perpaduan UMNO Kedah perlu berhadapan dengan mereka terlebih dahulu...sesiapapun jangan pandang ringan amaran ini sebelum sesuatu tindakan dibuat...

Inilah krisis dan titik tolak terbaik untuk Mukhriz terus meniti kerjaya politiknya. Ia bagaikan satu peluang yang datang tiba-tiba untuk menguji kematangan dan memperluaskan pengaruhnya tanpa sandaran sesiapa.


DAN APA SUDAH JADI DENGAN BLOGGER KEDAH INI



13 comments:

  1. Assalamulaikum KD

    Tajuk Provokosi...Tetapi amat sesuai didalam keadaan UMNO yg kini berada dipersimpangan. Peperangan penulisan sudah semakin kendur ..nampak gaya blogger pro Najib tidak lagi mahu memanjangkan isu ini.

    Seperti biasa blooger pro Najib suka menumpukan serangan dari pembangkang. PRK sudah semakin hampir ....

    Ramai diantara kita terperangkap dengan dunia maya.Disebabkan maklumat bertali arus maka kita beranggapan ianya benar MEWAKILI rakyat seluruh malaysia.

    Apabila Tun Dr Mahathir mengistiharkan perang penulisan terhadap Najib ramai pro TDM merasakan Najib bakal TERSUNGKUR.Bertali arus komen yg cukup menghina Presiden UMNO Najib yg sah. Komen2 dibantu dengan beberapa blooger menyemarakkan peperangan ini.

    Tetapi ianya tidak MARAK seperti diimpikan...Segala2nya berubah Bila Najib bersuara dan dibantu HANYA beberapa blooger utk menjawab.

    Faham tak kita apa maknanya?

    Dunia maya bkn lagi 100% dikuasai pembangkang.Zaman TDM ya pembangkang kuasai 100%

    Zaman Najib sudah berubah .
    Bloger pro Najib meluaskan jaringan maklumat.Ianya tidak bertumpukan pada rakyat kelas atasan dan pertengahan.Ini yg ramai tidak memahami kenapa PRU 13 UMNO BN tetap menjadi pemerintah Malaysia yg sah mengikut undang2.

    Blooger Pro UMNO mengusai jaringan maklumat menyeluruh. DSAI tersungkur..Red Bean Army gagal manipulasi Fitnah harakah tidak berkesan dan blooger PAKATAN lumpun.

    Faham tak?

    UMNO bukan lagi seperti dahulu zaman kini jaringan maklumat UMNO tentukan kalau tidak TDM memakai baju UMNO sudah lama .......

    dan

    Muhkris tahu bahaya dihadapan...beliau tidak akan berani membuka baju UMNO ..Silap langkah berakhir politik beliau..Masa semakin suntuk..Antara sayang papa atau mengikut tradisi UMNO Taat pd Ketua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka yang bertuhankan duit, kuasa dan pengaruh mungkin berbajukan Najib, Perjuangan yang berlandaskan kebenaran sesuatu yang bukan boleh disekat dengan ugutan dan kebendaan.

      Hebat dan kuat bukan makin sombong dan bermegah diri rasa menang, sebaiknya merendah diri dan menahan diri.

      Delete
    2. Sebelum jadi presiden umno najib memang kuat pengaruh dan sokongan. sekarang pun kuat juga tetapi hanya tinggal kekuatan sokongan kerana wang ringgit sahaja. wang adalah segalanya bagi najib dan disebabkan wang juga segala kemungkinan boleh terjadi..

      Delete
    3. Jaringan maklumat apa yang kuatnya? Jaringan vedio seks Anwar yang diulang tayang beribu kali? Kalau kuat kenapa Anwar tidak tersungkur ke jail dalam tempoh setahun, kenapa ambil masa suku abad?
      Jaringan upahan memang nampak kuat, kalau free service dan ikhlas ada lagi ke jaringan tersebut, kot tinggal tali je, jaring dah kaput.

      DAP sedang giat tambah ahli daftar undi, sedang angkut seramai mungkin penyokongnya yang terlalu besar majoriti ke kawasan kelabu dan strategik - UMNO ada?

      UMNO sekadar arah panglimanya serang Mahathir, boleh menang ke PRU kalau setakat tu...

      Delete
    4. DSAI tetap tersungkur dan terbukti setiap gerakan beliau terakhir mengharapkan sokongan rakyat berakhir dengan kehadiran tidak sampai 100 org di perkarangan mahkamah..

      Ketika bermula era reformasi yg hanya bertahan 1 bulan sebelum TDM bertindak .........UMNO kehilangan majoriti undi melayu.Tanpa sokongan Cina UMNO sudah berkubur.

      Pak Lah gagal menangani DSAI tetapi Najib...BERSIH dan NGO yg berpuluh2 bersatu padu ingin menjatuhkan UMNO menggunakan demonsatrasi jalanan..BERSIH 1/2 ramai meramalkan Najib bakal tersungkur...Sejarah sudah tercatat Najib terus menjadi PM yg steady tak kelam kabut pun. Cuma dikalangan pembangkarng depa gelar Najib Blurr hakikatnya steady.

      Cuma yg pelik dikalangan UMNO yg tidak suka Najib pulak merosakkan imej beliau......Saya yakin Najib tidak akan melaukan tindakan drastik seperti TDM.

      Sikap Najib yg sentiasa membuka ruang dan berhati2 menjaga UMNO agar tidak berpecah akan terus berjalan.

      Zaman Najib UMNO sukar dipecah-belahkan.Muhiydeen pun tahu dan sanggup bersama-sama Najib.
      Mukris pun tahu cuma masa yg akan menentukan...

      Cuma yg sedih sudah terdengar TDM dan beberapa pemimpin UMNO sudah mula mengintai peluang dgn DSAI...Jgan bermain api kelak membakar diri...

      Delete
    5. Apa yang hang pa merepek ini jangan angan - angan syok sendiri , cuba pergi tengok suara -suara rakyat biasa di bawah , Najib menuju kehancuran menjelang PRU 14.

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Kesian dalam ketika merasa kuat dan hebat, kegetaran dalaman dan menipu diri sendiri akhirnya dicerminkan dengan emosi tidak terkawal dan blog ini tidak mengizinkan.

    ReplyDelete
  4. Ko ni siapa sebenarnya? Orang ameno ke? kalau komen dalam blog dakj dgn zam mesti mereka layan gak ko...

    ReplyDelete
  5. Assalamulaikum KD

    1MDB akan terus dimusuhi golongan korporat kapitalis.
    Patutla depa marah sangat 1MDB akan bolot banyak projek la....TDM TDM apa la..

    ReplyDelete
  6. Anak derhaka kepada Bapa. Bapa derhaka kepada Sultan dan Raja-raja Melayu.

    Jadi, kumpulan idola Mahathir ni dah derhaka kepada Agama, Bangsa dan Negara Melayu. Dah timbul,pulak Yahudi Malaysian Soros yang diam-diam tetapi dah mula menyalak. Takut sangat duit dia kat Cayman Island tercampur aduk dengan wang 1MDB ke?

    Penderhaka dahulu dipancung kepala depan pintu gerbang besar istana.

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Pandangan saya, tdm tak sekuat ahjibgor. Tetapi sokongan yg diperolehi bkn 100%. Walaupun ramai yg bersolidiriti dgn presiden ahjibgor, bkn bermakna semuanya angkat punggung. Tp bro, selepas tdm bertanya, kurang publisiti utk flom. Tv dan akhbar pun kurang liputan. Hanya pemimpin politik jer. Flom terus tak berbunyi beritanya. Bagus juga kerana menguragkan tekanan

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete