Tuesday, April 12, 2016

FOKUS KEPADA KEPALA....


MENJOLOK KEDUDUKAN MENTERI BESAR JOHOR BERERTI CUBAAN MENGGUGAT KEMUAFAKATAN BANGSA JOHOR.... 
APAKAH INI SATU AMARAN KEPADA BUGIS PEKAN...


Siapa yang memegang tampuk kuasa sekarang yang lazimnya akan mencorakan masa depan negara samada maju atau lingkup.

Siapa yang jadi ketua kerajaan sekarang yang menghayati dan akan membawa rakyatnya samada sejahtera atau sengsara.

Siapa Presiden parti yang mengetuai kerajaan sekarang untuk melaksanakan dan memenuhi perjuangan parti dengan melalui kerajaan sekarang.

Apakah hak rakyat hanya satu hari dalam 5 tahun iaitu hari mengundi dan rakyat tiada apa apa hak di sisi perlembagaan selepas dan sebelum 1 hari tersebut.

Adalah tidak logik, tidak masuk akal dan pariah untuk kita mengaitkan orang lain, menyalahkan orang lain, membangkitkan perkara silam untuk menutup kelemahan kerajaan sekarang, melindung dan mempertahan pemimpin tertentu lebih lebih lagi yang tidak berakhlak.

Jika hari ini rakyat bersikap kritikal terhadap kerajaan kepimpinan Najib, ia sesuatu yang normal, demokratik dan rasional.

Kritik, membantah, menegur dan menasihat adalah hak mutlak semasa dan sepanjang masa yang dibenarkan oleh Perlembagaan melalui pelbagai saluran.

Menangkap, menghukum, memecat dan menzalimi rakyat yang kritikal terhadap kerajaan, adakah ia selaras dengan Perlembagaan (?)

Apa yang rakyat lakukan sekarang adalah betul dan benar, jika pada 2019 ditakdirkan Najib bukan lagi PM, maka pada masa tersebut dengan serta merta mengkritiknya sudah tidak lagi rasional dan berfaedah.
Fokus harus diberi kepada kerajaan dan ketua kerajaan pada masa tersebut.

Do it now...



# Oleh itu tidak lagi relevan untuk mengaitkan pemimpin pemimpin terdahulu yang kini sudah tidak ada kuasa dan pengaruh dengan kepincangan sekarang.

Tolong jangan pamerkan tahap pemikiran rendah, songsang dan muflis idea di blog ini dengan memberi komen menyalahkan pemimpin terdahulu.

18 comments:

  1. Negeri Kedah bolehlah dia sondol. Tapi Johor Darul Takzim, kalau berani cubalah. Siapa nak rasa penangan DYMM Sultan beserta Tengku Mahkota, silalah cuba. Sarang tebuan jgn dijolok. Jgn retak mencari belah, sudahlah....!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lagi satu saya nak tambah.....

      RPK baru2 ini dah dedahkan Syekh Najibul Bullshit tidak percaya pada sesiapa pun, khususnya Bendahari & semua MKT UMNO dia kerana dia anggap mereka itu tak amanah & kaki songlap. Sebab itu duit (derma?) berbillion-billion dia klepet sendiri senyap2 dalam akaun peribadi bank adiknya. Orang jenis ini nak jadi pemimpin kami ke...ehhh, boleh jalan daaaaa.....!!!!

      Delete
    2. berbillion-billion dia klepet sendiri senyap2 dalam akaun peribadi bank adiknya? Tak pernah dengor tu. RPK pun susah nak percaya, dia ikut angin, dulu sokong Anwar, pastu cabut.

      Tapi dari RM2.6 billion yang dlm ekaun2 dia sendiri di Ambank (?) tu aje dah tau tak boleh percaya si Najib.

      Ayoh, kita laungkan mintak Ah Jib Gor unur atau di gantikan.

      Delete
  2. "jika pada 2019 ditakdirkan Najib bukan lagi PM"? Kita tak mahu tunggu 2019. Atau pun 2018.

    Kita nakkan dia undur atau di gantikan sekarang. Banyak penipuan di buat nya dan kuncu kuncu nya.

    Mengarut sesiapa mengatakan 1MDB dia tak bersalah. Undang undang tubuh (Memoradum & Articles of Association) syarikat 1MDB Perkara 117 mengatakan semua perkara dalam syarikat mesti ada kelulusan bertulis dari nya. Termasuk lantikan Pengarah Urusan dan Lembaga Pengarah.

    Lagi mengarut tidak membenarkan Kementerian Kewangan meletakkan pegawai nya di Lembaga Pengarah 1MDB, tak macam GLC lain. Tak mahu meminta nasihat, cadangan nak beri taklimat pun tak di peduli. Demikian kata Ketua Setiausaha Kem Kewangan di mesyuarat PAC. Pada hal 1MDB di punyai 100% dek Kem Kewangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lah Najib kalah undi popular dan dapat keputusan yang paling buruk dalam sejarah UMNO di PRU13, dasar dasar Kerajaan yang dia buat tak menyenangkan hati pengundi. Termasuk GST.

      1MDB dah terhutang RM50 billion, tanah 500 ekar bekas Lapangan Terbang antarabangsa di Sg Besi "tergadai". Sepatut nya hak Melayu sekurang-kurang nya 30% di situ. Sekarang dah tak tahu apa akan jadi sebab aset 1MDB tak banyak lebih nya dari hutang RM50 bilion itu.

      Melayu pun dah mangkin ramai fedap dgn Najib. DEB di ketepi nya di zaman pemerintahan nya. Biasiswa di beri nya kapada Cina, kaum yg terkaya di negara ini sejak berpuluh tahun, yg beratus jutawan Cina sentiasa menderma hingga UTAR tak mahu terima RM30 million dari se orng jurutawan Cina sabelom PRU13.

      Najib mesti di gantikan secepat mungkin. Kalau tak, lingkup UMNO di PRU14.

      Delete
    2. Siapa boleh terajui Parti Melayu untuk memimpin negara selepas ni?

      Adakah Melayu yang layak dalam Parti Melayu ni?

      Rasanya Melayu dalam PARTI LAIN LEBIH BERKALIBER. Kena tukar sokong parti lain lah nampaknya.


      Delete
    3. 718, korang gantikan Najib saja, tentu ada yang mengganti nya. Yang nagng ke ngong ke tak kira, asalkan jangan yang dengong kan duit dan harta negara.

      Delete
    4. Tak usah risau siapa ganti sbb yang ganti belum tentu teruk..

      Sbb sekarang dah terlalu teruk... tahap tertinggi.

      Delete
  3. Nak "kaitkan pemimpin pemimpin terdahulu yang kini sudah tidak ada kuasa dan pengaruh dengan kepincangan sekarang" ha nya untuk menepis kutukan dan cacian terhadap depa. Dah tak boleh jawab, begitu banyak soalan spt berkenaan 1MDB.

    PAC pun ha nya nak mencucikan si Najib, banyak perbincangan tak di rekod - di tutup microfon, di benarkan - malah di galakkan - dek Pengerusi "Cari Makan" apekenama nye.

    Deflect, kata omputih. Rakyat takkan terima laporan PAC. Isu 1MDB dan RM2.6 bilion takkan selesai. Mangkin banyak soalan keluar selepas laporan 1MDB. Komen Auditor General di atas odit yang di buat dek Jabatan nya telah di rahsiakan dan tak di bincang. Apekenama laporan mcm tuh. Mengarut. Najib sakit perut, terberak berteraburan di katakan tidak. Apa daaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  4. Johor ke, Kedah ke, apa Ah Jib Gor buat atau tak buat dah di curiga rakyat dan pengundi. Bila nak gantikan dia?

    ReplyDelete
  5. Jangan mimpi nak gantikan dia jika Melayu terus layu dengan duit ringgit.

    Tak sedar duit ringgit itu datangnya dari titik peluh mereka sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lebih dari mimpi. Ingat, dulu Ah Jib dah buat keputusan nak buang Akya Hasutan yang melindugi hak dan kepentingan Melayu di Perkara Perkara sensitif dalam Perlembagaan negara. Tapi Ketua2 Bahagian, MT, Pemuda dan Wanita UMNO bntah, Ah Jib U turn, tak jadi baung Akta tuh.

      Sekarang depa tuh boleh buat gitu, bantah tingkah laku Najib berkenan 1MDB dan RM2.6 bilion tuh. Dahtu, gantikan dia.

      Delete
  6. The Legacy how they have gone down in history & will be remembered at all times.
    Legasi tercatat dalam sejarah yg akan dikenang sepanjang zaman.

    Lee Kuan Yew:
    Made Spore from 3rd World Country to 1st Word Class Nation.

    Tun Mahathir
    Progressed forward & Transformed Malaysia from 3rd Word Country to be on par with Spore.

    Rosmah & Najib:
    Their bullshittings leaped backward to Deform Malaysia into the Worst 3rd World Country.

    Malaysia is now 3rd World Country with Third World Institutions, such as the police, anti corruption agency, attorney general chambers, parliament, universities & local govts.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju semua nya, melainkan Lee Kuan Yew & Spore. Spore bukan 1st World Class nation. Dia perintah kuku besi, takda kebebasan, Big Brother always on the wall, watching what the citizens do, even in their bedroom.

      Lee Kuan Yew was interested in becoming Secretary General of United Nations, promosikan minat nya melalui diplomatic channels, tapi banyak negara bantah, tak dapat jadi. Ha nya dapat jadi " a Little Emperor" of a "Tiny Red Dot", kata Presiden Indonesia yang sekejap dulu tu.

      Kesian Tun A Razak, kalau dia tahu, tak senang dia dlm kubur nengok anak nya Ahjib punya buruk tabiat macam itu.

      Delete
    2. 2:01 AM ...Terima kasih di atas ulasannya.

      Saya dibesarkan, dapat pendidikan & juga pengalaman kerja di Spura. Yg benar kita kenalah katakan benar. Terutama hal rasuah, kebersihan, alam sekitar, perkhimdatan awam, telekomunikasi, peluang pekerjaan, perumahan, pendidikan, pengangkutan awam, pembuangan sampah, pelabuhan/lapangan terbang kelas dunia, jalanraya tak berlubang & tak putus cahaya lampu, & juga pendapatan per kapita tertinggi di dunia. Saya kagum kebijaksaan & penguasaan bahasa Inggeris & Melayu Lee Kuan Yew tapi tidak setuju dgn polisi Malaysian Malaysia yg diperkenalkan ketika Spura masih dalam persektuan Malaysia. Sikap sombang-bongkaknya, berkuku besi, tahanan politik, membuat meninggalkan negara itu pada pertengahan 70an walau tidak dipersetujui oleh keluarga saya pada mulanya. Saya waktu zaman persekolahan di Spura meminati Tun Razak, Tun Dr. Ismail & Tun Mahathir yg lantang membidas Lee Kuan Yew. 4 sahabat saya berjirah ke Australia & New Zealand tapi saya pilih Malaysia.

      Saya hormati pandangan sdra dan minta maaf jika ada perkataan yg menyinggung. Salam hormat dan Salam Perjuangan.

      Delete
  7. Keep on Barking like dogs these Penjilat Kahak
    Apa ingat nak ganti PM macam main guli ke Inche Othman stated that Malaysia and her all Govt agencies are third rated,wy he is still around here....malu,kutuk negara sendiri tapi masih terhegeh duduk...
    Apa teruk sangat ke Malaysia ni
    Apa dengan turun nya Najib .Semua benda di negara ini statusnya naik first class
    Bangang betul di atas tulis TDM naik Malaysia jadi first class
    Apa di MALAYSIA ini hidup tak selamat...,
    Apa anakx sdr mati tak makan,tak dapat belajar dan hidup macam orang lain didunia ini
    Apa ada ke hari bom meletup...
    Apa sdr tidak dapat menunaikan kewajipan pada ALLAH dgn tenang ke
    So jangan terlalu emotional menulis kerana ketaksuban pada sesaorang
    Tengok pada realiti keadaan sekarang
    Janan ingat orang lain bodoh dan tidak ada akal fikiran untuk membanding buruk baik satu x perkara itu
    Komen di atas semua mempertikaikan Lapora PAC....Habis tu laporan mana nak diterima...Agensi luar negara....dah hancur neara ini macam Iraq,Libya hasil campor tangan luar baru padan muka
    GST....tak ada pun orang Kg mengeluh sangat...dalam sehari berapa sen sangat dia bayar...itu pun dah dibayar balik melalui BRIM..Yg meroyan bising ini orang Urban macam pengomenx diatas yg ego beasr materialistik sombong konon duduk di town.Bila hasil GST dekat 20 bil dapat menampong pendapatan negara dari kejatuhan minyak tak nak bising pun....tauke Cina je yg merana dek GST
    Komen sikit prestasi UMNO pada GE 13....jumlah kerusi UMNO menang sama banyak dengan PR [DAP PAS dan PKR]....Buruk ke tu
    Undi popular...memanglah taboran pengundi di bandar ramai,misalnya kwsn Puchong jumlah pengundi lebeh 90,000 orang,semua anti establishment,satu kwsn Parlimen.Di mana di kwsn luar bandar jumlah macam ini bersamaan 3x kwsn Parlimen....so buatlah perkiraan sendiri pasal undi popular kantoi...
    Never mind,hats off to KD compare to other anti Govt Blog which will never published any remarks contradicts their principles


    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai kenalan termasuk saudara mara kini mengeluh ikat perut untuk meneruskan hidup dek kos biaya hidup semakin hari semakin naik. RM50.00 untuk belanja pasar pun hanya dapat beli sekeciput. Harga ikan, sayur, terutama minyak petrol sangat memeritkan. Tambang pengangkutan awam pun turut membebankan. Ramai kena berhenti kerja & buat kerja sambilan. Peluang kerja menguncup hampir tiada. Takkan yg tinggal di bandar & berpengalaman & berkelulusan nak disuruh kerja buruh kasar di ladang2, restoran2, pencuci bangunan, security guard dgn gaji bulanan RM800-$1,000 sahaja. Dua anak saya dgn lulusan ijazah 1st Class Honour kini terpaksa kerja di Singapore. GST handphone saja dah cukup membebankan rakyat. Kamu, Najib & Rosmah apa tahu tahu......?????

      Delete
  8. Inche Othman
    Do not be so naive....harga barang tak akan turun kalau tak ada GST pun
    20 or 10 yrs ago we can buy nasi lemak for 50 and before GST was implemented about iyr ago can you get nasi lemak costing 50 cents
    You said that 2 of your sons 1st Class Honour had to work in Spore....there is something wrong with both of your sons
    Nobody ask those who are qualified to work as labourers,that is why the govt import foreigners to do this 3D jobs and when this happened people like you are the first barking of govt actions
    Who ask you to buy expensive handphone....this is the problem with those egoistic and materiaslistic urbanites.The rise of cost of living are their own doings.The adopted the principles of Buy what they want and not Buy what they NEED
    Do not presume and create perception we or PM/wife do not know this.What you think we are aliens.......pse stop these nonsense,why not you solve esp your own problem with the relevant authourities esp regarding your 2 sons as is a waste of talent 1st Class Degrees working abroad

    ReplyDelete