Saturday, December 2, 2017

SPRM SUCI DALAM DEBU (?)

SPRM sangat sinonim dengan "tangkapan ikan bilis" dan kini menular pula kepada "perkakas parti politik" atau "polirical move"  dan adakah besok muncul pula sesuatu persepsi yang merosakan lagi badan tersebut...

Lebih malang, nama Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri tercemar yang belum dicuci dan disuci.. Menjadi satu simpanan deposit!!!
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/21045/


Ini bukan soal 100% persepsi semata mata tetapi apa yang sedang dilihat oleh mata kasar rakyat... Hingga ke hari ini unexplained!!!

Siasatan dan tangkapan ke atas Isa Samad..
Siasatan ke atas Annuar Musa..
Sudah tentu beratus lagi nama nama lain, cuma mungkin tidak sebesar nama² di atas..


Sudah tentu rakyat bercakap pada nama² besar dan utama kerana mereka public figure dan pada pandangan rakyat mereka memang korup kecuali mahkamah kata tidak..

Oleh itu adalah perlu status mereka dikenalpasti..
Jawapan skema terbaik untuk rakyat adalah permainan "tarik tali antara AG-SPRM.."

Tetapi rakyat tetap persoalkan, berapa lama permainan itu? Sebulan, setahun atau sehingga rakyat lupa..



# Satu kebetulan?
Ketika isu MB Johor didakwa menerima 12 juta dalam isu perumahan seperti yang diberitahu saksi ..http://malayjaya.blogspot.com/2017/11/harapan-adakah-mb-johor-terima-rm12-juta.html?m=1

Tiba tiba muncul kes tangkapan anak saudara Azmin..



16 comments:

  1. Si kepit bila nak di tangkap?, balik2 ikan bilis, bosan dah ngan umno najib...apabila penyamun diberi amanah, diberi kunci peti besi, inilah yg terjadi kepada negara!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berpuluh tahun sejak muda2 dulu saya sering dengar istilah 'klepet'. Baru2 ini kita digegarkan oleh DOJ dgn istilah 'kleptocracy'.

      Laaaaa...anda pula bergempa dgn 'si Kepit', siapa dia tuu...dan ada tak yg 'tersepit' bahana dikepit.....???

      Delete
  2. Pentadbiran Najib dah jadi pentadbiran orang tak siuman....kesian Najib jadi haramjadah disebabkan nasihat yang salah....mudah2an Allah segera menyedarkan dia dan kembali kejalan yang benar.

    Dan kepada seluruh takyat Malaysia ayuh marilah kita sama2 bangkit dari lena kita yang panjang....sadarilah saudara2ku semua bahawa kita semua sedang dipercaturkan oleh puak2 pemimpin yang rakus dan sesat!!....dari itu demi masa depan anak cucu kita dan negara yang kita cintai ,marilah sama2 kita jatuhkan Najib dan kuncu2nya yang jahat dan zalim.Semuga selepas ini negara kita kembali aman makmur seperti dauhulu.InshaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan salahkan "nasihat salah". Ramai dah beritahu tapi sengaja buat.

      Masalahnya ketua dan pengikutnya dah jadi penyamun dan pengikut penyamun

      Delete
  3. Apa nk heran ketua pengarahnya dh kena genggam teloq dgn najib, kau tgk aku, aku tlg kau..💰👜💲

    ReplyDelete
  4. Bila SPRM tangkap perasuah kita marah. Apakah kita ini benci rasuah atau hanya benci UMNO/DSN. Bila puak sendiri ditangkap rasuah kita sokong perasuah dan marah SPRM. Mana prinsip benci rasuah? Checklah pendirian kembali. Kita ditipu untuk percaya 'perjuangan' kita suci. Hakikatnya kita hanya ditipu benci UMMO/DSN. Bila perasuah itu sama puak kita sayang dan pertahan dia. Jadi zombie politik mereka yg bernafsu politik.

    ReplyDelete
  5. Mesej sangat jelas, rakyat sangat suka siasat tangkap dakwa atau lepas tanpa pilih bulu.

    Tetapi hakikatnya SPRM sendiri berpolitik..

    Apakah tidak ada tangan ghaib yang mencaturkan???

    Rakyat suka sangat kalau Najib, zahid, hishamudin, lim guan eng, hadi awang, azmin, khaled nordin, lim kit siang, mukhriz, dr mahathir ditangkap dan didakwa daripada khabar angin yang bertaburan sekarang..

    Apakah mwreka rasuah??? Berdasarkan kemewahan mereka..mana datang sumbernya??? Itupun sprm tak boleh panggil dan siasat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju anon 2:35..

      SPRM berperanan mencegah lebih utama daripada menangkap..

      Contohnya jika seorang Menteri dipanggil siasat setiap dua tahun swcara rutin atau atas laporan..tentulah Menteri tersebut perlu berwaspada jika mahu melakukan korup kerana mata telinga sprm selalu mengawasinya...

      Sekadar contoh
      Pernah kah Najib, zahid, hishamudin, hadi awang, lim kit siang, musa aman dipanggil mengadap sprm?

      Delete
    2. Letih cerita puak umno

      Delete
  6. Ya benar kita tidak sokong rasuah. Siapa pun yang rasuah harus dihadapkan ke muka pengadilan.

    Tapi hari ini yang berlaku ialah pemimpin UmNo yang ditangkap basah mencuri dan merembat wang rakyat bukan saja tidak didakwa, malah buktinya diOSAkan, perbahasan mengenainya dihalang di parlimen dan pendedak A9 diupah untuk mempertahankan pengkhianatan itu dengan menambah lagi sifat khianat mereka.

    Dan dengan niat jahat mereka tubuhkan pula RCI kanggaru tang membuat keputusan tidak menepati standard dan piawaian yang terpakai di mana-mana mahkamah bukan kannggaroo pun.

    Kini MB Johor pula tersabit dengan dakwaan rasuah. Ia bukan datang dari pembangkang tapi dari Exconya sendiri. Anehnya kini yang mahu disiasat ialah 'siapa yang bocorkan maklumat rasuah si MB' ini. Penjahat dibebaskan tetapi peniup wisel mahu diambil tindakan.

    Kemudian di dalam usaha terdesak MB itu untuk kalih tiang gol maka dibangkitkan kisah TSMY bekas MB, padahal ia bukan kisah rasuah pun. Ia hanyalah kisah keputusan eksekutif yang perlu dibuat oleh bekas MB itu.

    Hakikatnya kesemua umat dahulukala yang dibinasakan, mereka itu apabila yang melakukan jenayah adalah orang biasa maka hukuman dikenakan sedangkan apabila yang melakukan jenayah adalah pembesar ia dilepaskan.

    Adakah ini rekaan saya? Tidak sama sekali. Ia adalah khabar baginda Nabi saw sendiri. Hanya pendusta yang durhaka kepada Allah dan Rasul sahaja yang akan berani menyangkalnya.


    إِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ ، أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ ، وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الحَدَّ ، وَايْمُ اللَّهِ لَوْ أَنَّ
    (فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا )

    "Sesungguhnya telah dibinasakan kaum-kaum yang sebelum kamu, adalah mereka itu apabila pembesar melakukan kesalahan mereka biarkan tetapi apabila orang dhaif melakukan kesalahan mereka jatuhkan hudud ke atasnya. Demi Allah sekiranya Fatimah binti Muhammad yang mencuri nescaya akan ku potong tangannya.

    Riwayat Bukhari dan Muslim.

    Hanya dengan melihat hadith di atas maka sudah jelas tanpa keraguan lagi bahawa tindakan ahli A9 yang menyalahkan kepimpinan terdahulu adalah pendustaan semata. Hadith menyebut tentang pembesar semasa dan bukan bekas pembesar.

    Hadith juga menyebut bahawa akibat akhir mereka kelak ialah dibinasakan oleh Allah.

    Lagi sebab yang menyokong pengataan saya bebrapa kali sebelum ini bahawa UmNo benar-benar sedang mengundang kebinasaan.

    Wallahu a'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. John Doe, baguslah kita sama sama perangi rasuah dan salah guna kuasa. Saya alukan sangat pemimpin korup baik dari kalangan kerajaan atau pembangkang dihukum. TDM tentunya didapati ada isu CBT dalam kes Forex. Seharusnya kita patut sokong siasatan dan pengheretannya ke mahkamah untuk dihukum. DSN tentunya dah didapati tidak ambil dana rakyat melalui siasatan PAC dan pengakuan Menteri Luar Saudi. Adalah fitnah dan berdosa bagi kita untuk terus spin tuduhan terhadapnya. Lagi 7 buah negara asing dah siasat dan tiada DSN dibabitkan dlm apa apa kesalahan. JD ikutlah jalan siasatan dan bukti yg jelas. Jauhilah jalan andaian, fitnah dan sangka buruk. Mari kita sama sama benteras penyelewengan dgn tempuh jalan yg benar.

      Delete
    2. Mr J kalau setakat ulang, copy paste baru dapat RM5 dedak, cukup ke..

      Delete
    3. 4.57 habuan yg di terima bukan sikit, takde macai yg se rajin seperti sekor ni...

      Delete
    4. "TDM tentunya didapati ada isu CBT dalam kes Forex"

      Dipersilakan.

      "DSN tentunya dah didapati tidak ambil dana rakyat melalui siasatan PAC dan pengakuan Menteri Luar Saudi."

      Ahli PAC menyatakkan siasatan lebih menyeluruh dan lebih telus perlu dilaksanakan, manakala komen menteri luar arab saudi hanya sekadar melepaskan batuk di tangga dan tiada kenyataan rasmi.

      "Adalah fitnah dan berdosa bagi kita untuk terus spin tuduhan terhadapnya."

      Dan dosa bersyubha adalah sama besar dengan perbuatan mencuri dilakukan oleh kepala bapak kepada penyamun se malaysia.

      "Lagi 7 buah negara asing dah siasat dan tiada DSN dibabitkan dlm apa apa kesalahan."

      Lagi 7 buah negara atas sebab protokol dan diplomatik, tidak boleh menangkap pemimpin negara untuk dibicarakan, ianya tidak pernah dilakukan dalam sejarah perundangan dunia, percayalah dan yakin, tewas umno najib PRU akan datang, maka dengan macai2nya akan diseret ke mahkamah 

      "ikutlah jalan siasatan dan bukti yg jelas. Jauhilah jalan andaian, fitnah dan sangka buruk"

      Lebih baik ikut janji Allah, kerana sistem perundangan negara telah diselewengkan, diperkosa oleh kepala bapak kepada penyamun se malaysia.





      Delete
    5. Sdr anon berdua

      Saya sudah lama tidak membalas apa-apa komen daripada Mr J sebab ia bernilai hampas penuh kelentong yang mana kelentongnya itu tiada siapa pun akan percaya hatta dirinya sendiri pun tahu ia sedang kelentong. Kalau perlu jawab sekalipun jawapan saya hanya 'no caae to answer'.

      Dulu-dulu saya hanya akan balas dengan kata-kata 'Mr J seorang pendusta', tapi kini saya rasa kata-kata itu pun dah tak perlu. Faktanya sudah jelas seperti 'matahari itu sifatnya panas'.

      P/s- ini komen balas kepada komen sdr berdua dan bukan kepada komen Mr J.

      Delete
    6. Tepat sekali john..
      Apa yang diutarakan pecacai umno sebenarnya sudah diulas dan dipatahkan berulangkali..

      Atas sebab tugas dedak, mereka kufur nikmat, sengaja butakan mata, tuli kan telinga dan bodohkan minda untuk berhujah perkara yang sama.

      Kalau kita ulas juga, kita pun jadi bangang macam mereka.

      Alhamdulillah, golongan pecacai ini sudah berkurangan..semoga mereka insaf dan kini menyokong PH.

      Delete