Wednesday, June 6, 2018

APAKAH ROS SEKARANG LEBIH TELUS DARI DARI ROS SEBELUM INI??


Ketua Pengarah sudah bertukar ganti.. 
Jika tidak ada perubahan keputusan (vedio)   bererti KP ROS yang lama berada di landasan yang betul,  rule of laws. 

Bermaksud tuduhan Tun sebelum PRU sekadar bermotif politik dan persepsi (?)

Di mana lawyer Hanif Kathri yang dulunya begitu sebok dengan seksyen 3a Akta ROS (?)






15 comments:

  1. ROS dulu kena ikut cakap kerajaan dulu,
    ROS sekarang kena ikut cakap kerajaan sekarang.

    ReplyDelete
  2. Mahathir tersenyum menyambut Hadi Awang, tp bila menyambut Wak kat atas tu, gambar bercerita segala2nya..
    Inilah padahnya bila bebal. Tun ckp buang Najib, tp degil. Last2 BN sekali kena buang.
    Muahahaha..... Oh ye, PBB pun dah keluar dari BN. Sekarang pakatan siapa yg hancur?
    Macaiiiiiiiiiiii.... Jawablah deyyyy.

    ReplyDelete
  3. maksudnya kalau RoS skrg ikut apa kehendak kerajaan skrg maka RoS skrg adalah lebih telus dpd RoS yang dulu....full stop.

    ReplyDelete
  4. 16 bekas ahli rayu untuk cabar kesahihan Umno
    May 16, 2018 • By Bernama
    ShareTweetPinMail

    KUALA LUMPUR: Seramai 16 bekas ahli Umno merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menolak permohonan mereka untuk mencabar kesahihan parti itu kerana tidak mengadakan pemilihan dalam tempoh ditetapkan.

    Peguam Irzan Iswat Mohd Nor yang mewakili 16 individu terbabit berkata pihaknya sudah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan pada 27 April lalu.


    “Bagaimanapun, tarikh pendengaran rayuan berkenaan masih belum ditetapkan oleh mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas bertemu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nordin Hassan di dalam kamarnya hari ini.

    ReplyDelete
  5. Betapa tebalnya muka DS Zahid dan betapa besarnya jiwa Tun M.

    Dakwaan konon Tun ber-anak lelaki-kan Iskandar Kutty telah pun disapu ke bawah karpet.

    Tun yang sedang bertungkus lumus mahu selamatkan negara daripada kerosakan2 oleh kerajaan terdahulu di bawah Najib langsung tiada masa untuk mengungkit penghinaan Zahid yang pada masa itu adalah timbalan Najib.

    Gambar di atas dan juga gambar pertemuan DS Hadi Awang baru-baru ini yang menghadap Tun menjelaskan satu perkara yang sangat-sangat benar iaitulah mereka semua tahu dan sedar Tun M adalah seorang yang luar biasa baik dan demikian walaupun dengan penghinaan luar biasa yang mereka lempar ke atas Tun, mereka tahu Tun tidak akan menghalau mereka walaupun dari riak wajahnya menggambarkan bahawa di dalam hati Tun kelihatan masih terkesan dengan penghinaan itu.

    Hina keturunan tu beb..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zahid mudah lupa...tun tak lupa...

      Delete
    2. Di waktu Tun Mahathir jadi Presiden UMNO, Ibu Pejabat UMNO mempunyai tiga trustees, iaitu pemegang amanah. Beliau adalah antara pemegang amanah ini. Pemegang amanah memiliki akaun dalam bank. Semua derma, terutama semasa pilihanraya dimasukkan dalam akaun ini. Dua dari mana-mana tiga pemegang amanah diberi kuasa untuk mengurus akaun Ibu Pejabat dan menandatangani cek apabila mengeluarkan wang.

      Pemegang amanah ini juga dinamakan sebagai pemilik saham-saham dan hartanah milik UMNO.

      Di waktu Tun M letak jawatan sebagai Presiden UMNO, beliau telah arah wang tunai dalam bank dan saham-saham serta surat milik hartanah diserah kepada Tun Dol. Pegawai yang menyerah ialah Nor Mohamad Yacob dan Noordin Bachik.

      Jumlah wang tunai yang diserah melebihi 200 juta Ringgit. Jumlah nilai saham dan hartanah melebihi 1.2 billion Ringgit.

      Wonder what happen to the said cash, shares & assets - are they still being kept accordingly or gone with the wind....??

      Delete
    3. Bro john doe....

      Di waktu Tun Mahathir jadi Presiden UMNO, Ibu Pejabat UMNO mempunyai tiga trustees, iaitu pemegang amanah. Beliau adalah antara pemegang amanah ini. Pemegang amanah memiliki akaun dalam bank. Semua derma, terutama semasa pilihanraya dimasukkan dalam akaun ini. Dua dari mana-mana tiga pemegang amanah diberi kuasa untuk mengurus akaun Ibu Pejabat dan menandatangani cek apabila mengeluarkan wang.

      Pemegang amanah ini juga dinamakan sebagai pemilik saham-saham dan hartanah milik UMNO.

      Semasa beliau letak jawatan sebagai Presiden UMNO, beliau telah arah wang tunai dalam bank dan saham-saham serta surat milik hartanah diserah kepada Tun Dol. Pegawai yang menyerah ialah Nor Mohamad Yacob dan Noordin Bachik.

      Jumlah wang tunai yang diserah melebihi 200 juta Ringgit. Jumlah nilai saham dan hartanah melebihi 1.2 billion Ringgit.

      Wonder what happen to the said cash, shares & assets - are they still being kept accordingly or gone with the wind....??

      Delete
  6. Umno yg bunuh umno,sbb perintah mcm komunus,taka ada pemilihan. Itu dia punya hal.
    ROS akan buka perlembagaan umno juga, kalau haram ,haram jadah pegi lerr. Rakyat dh tolak pun, mereka tunggu yg pelagap taek kena kutip sj, rampas harta, bayar hutang negara.
    Bukan ada apa yg complex skrg, apa lagi file carpet semua sudah boleh angkat...mcm2 naik.
    UmnoPas Meroyan Gigul kepialu la tu, abis nak domba raja vs rakyat ,anwar vs tun etc.
    Dah kalah tak habis jahat lg, bukannya nak insaf.
    Dah mcm zionist pula main bangsa agama. Ptuiii. !

    ReplyDelete
  7. Kes Ku Nan didakwa hina mahkamah didengar 19 Julai

    Bernama
    7 Jun 2018, 2:49 tengahari (Dikemaskini 7 Jun 2018, 2:55 tengahari)

    A A
    Permohonan 16 bekas anggota Umno untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding komital (menghina mahkamah) terhadap Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, akan didengar 19 Julai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

    Peguam Irzan Iswat Mohd Nor yang mewakili 16 individu terbabit berkata Hakim Datuk Nordin Hassan menetapkan tarikh itu selepas pengurusan kes itu di dalam kamarnya hari ini.

    Kesemua 16 individu itu memfailkan permohonan atas alasan Tengku Adnan mengeluarkan kenyataan media yang disiarkan dalam portal berita Mstar pada 21 April lalu, yang didakwa bersifat percubaan untuk menggagalkan permohonan kesemua individu tersebut bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman dengan menyatakan kononnya keanggotaan mereka ditamatkan.

    Dalam permohonan ex-parte itu, kesemua 16 individu berkenaan mendakwa bahawa kandungan dalam kenyataan media tersebut adalah penghinaan sedangkan mahkamah pada ketika itu belum membuat keputusan, malah perbicaraan belum bermula.

    Pada 27 April lalu, Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan 16 pemohon terbabit untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar kesahihan parti itu yang didakwa bertentangan dengan Perlembagaan UMNO selepas gagal mengadakan pemilihan di peringkat Cawangan, Bahagian dan Ahli Majlis Tertinggi selama hampir lima tahun.

    ReplyDelete
  8. JGN CKP SY MAIN CKP.. SBB MMG BENAR.. MANA JANJI2?
    PAKATAN SEDANG MENIPU RAKYAT..

    ReplyDelete
  9. saya selalu menegaskan bahawa kita Negara hukum. olih demikian semua wajib taat kpd hukum.

    jawatan ROS ini pd satu ketika dahulu tidak lah begitu penting n kerap juga ia nya d isi olih 'non performing officer' atau tempat 'cold storage'. namun selepas kemelut UMNO/UMNO BARU, ia nya bertukar menjadi penting. Sepatut nya ia nya d isi olih pegawai2 yg celik undang2 n bolih 'interprete d law'. tetapi pd pendpt saya ia nya tidak belaku. maka jadi lah situasi d mana keputusan d buat sewenang nya utk melanjutkan tarikh AGM UMNO.

    Pentadbiran baru perlu memikirkan utk menempatkan pegawai drpd AGC utk mengetuai ROS ini.

    mengenai wak zahid pula, pd 4 mac 2016 saya ada merayu kpd nya supaya mengambil alih drpd najib. jawapan nya (verbatim) amat mengecewakan saya :- "i'll never let down those who put me at d current position".

    pd 2 dis 2017, saya memberi pujian cara dia bersalaman dgn tun m d masjid putra semasa menyambut maulidul rasul. jawapan balas nya saya rasa sedikit angkuh (verbatim):- "tunduk tidak bererti bolih d pijak".

    wow! apa dah jadi sekarang ?.

    saya baru sms kpd beliau "salam ramadhan d sri. Nampak u pegi jumpa tun m. buat apa? mohon ampun n maaf ke ?

    itu lah orang tua2 kata ,cakap siang pandang2 n cakap mlm dengar2.

    apa pun, all d best wth yr effort 2 b d legal president of umno".

    saya belum mendpt respon drpd nya. hi hi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pamirkan nombor dia di sini, kami pun nak hantar salam ramadhan..

      : )

      Delete
  10. Kd..ketua ros sebelom nii iaitu surayati ibrahim rasanya janda ank 1..cuba kd cari nama nii kt fb..fb dia surayati ib...

    ReplyDelete
  11. Alamak zahid dh jumpa tun.
    Brader masih ada harapan lagi ke main pusing belakang?
    Zahid dh setuju ke najib dilongkangkan shj?
    Ke masih nk mntk restu jdk presiden umno?
    Xbwk keluar ic a/l kutty?
    Kah kah kah kah...

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...