Friday, June 8, 2018

KUALITI MENTERI DAN KERAJAAN / JANJI JAM MELAYU JANGAN PAKAI



MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook (empat dari kiri) pada pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung ke-20 di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR: "Jalankan program dengan cepat dan sederhana supaya lebih banyak kerja boleh dibuat."

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, hari ini mengingatkan penganjur program supaya memberi masa yang tepat dan sama bagi kehadiran menteri serta jemputan sesuatu majlis.

Beliau berkata, peringatan itu selari dengan saranan pentadbiran kerajaan baharu yang mengutamakan ketepatan masa.

"Ketepatan masa adalah nilai yang ditanam Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan sebagai menteri kabinet, saya akan berusaha menepatinya tanpa membuang masa.

"Bagi program dianjurkan kementerian atau swasta, saya harap dapat dijalankan dengan cepat dan sederhana. Kita boleh buat lebih banyak kerja tanpa perlu tunggu dua tiga jam untuk satu program.

"Saya harap nasihat ini diterima semua pihak termasuk kakitangan kementerian dalam menganjurkan majlis pada masa depan," katanya berucap pada pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung ke-20 di Plaza Tol Sungai Besi di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Shaharuddin Khalid; Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Rosli Isa; Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Sdn Bhd, Datuk Jim Khor dan Pengerusi Persatuan Penjual Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA), Wee Hong.

Terdahulu, Siew Fook memohon maaf kepada hadirin kerana lewat hadir pada majlis itu.

"Saya memohon maaf kalau tadi ramai yang menunggu kerana saya dimaklumkan oleh pemandu saya kena hadir pada jam 9.50 pagi.
Saya ingatkan saya dah awal, saya sampai 9.45 pagi tetapi apabila rupanya program bermula 9 pagi
"Saya rasa kebanyakan penganjur biasanya memberikan 'waiting time' (masa menunggu) kepada hadirin.

"Saya harap dan nak ingatkan semua penganjur apa-apa majlis, sama ada dengan saya, kementerian dan badan kerajaan, berikan masa yang sama.

"Kalau hadirin tiba jam 9 pagi, beritahu menteri pun hadir jam 9 pagi.

Saya tak suka orang tunggu saya lama-lama sebab ini seolah-olah saya membuang masa orang lain

Selepas ini, saya harap penganjur buat program tak perlu ada 'waiting time'. Ini cara baharu kita, kerajaan baharu kita, menteri baharu, cara pun baharu," katanya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.

19 comments:

  1. Jam Melayu paling tepat berpandu atomik clock geneve, twrutama waktu buka puasa.

    ReplyDelete
  2. :D..

    Teringat semasa menuntut di negara barat 30 tahun dulu. Kami pelajar Malaysia awal-awal diperingatkan, duk negara Barat ni jangan ikut time Malaysia! Masa tu saya tak berapa faham. Maklumlah kita remaja lepasan sekolah. Kata Pegawai JPA (penaja kami), kat Malaysia kalau majlis kata bermula pukul 9, tu maksudnya 9.30 tapi kat sini (di negara tu) kalau pukul 9, mesti 9 sharp, so you all mesti hadir 8.45 lg!

    hahahaaa.... then bila sampai masa utk kembali ke tanah air, sekali lagi kami diperingatkan, jangan kembali kpd time Malaysia tau... kekalkan disiplin menjaga masa...

    Tapi bila balik dan bekerja di sini.. saya kerja gomen.. klau kita cuba ikut masa, akan ada suara2 sumbang.. alaah... tak payah laa nak cepat sangat... ni Malaysia laa...

    hmmm.... Good luck Mr Loke!
    Honestly hope PH could really bring about this overdue change in Malaysian Time.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya orang umno. Kalau acara kul 9, saya inform 8.30 atau 8.00. Saya kan sampai plg lewat 30 minut lbh awal. Tak de masalah pon. Perlu kebijaksanaan.
      Walau dlm atau luar negara tiada masalah. Itu la mentaliti rakyat marhaen, merelate sesuatu perkara dgn sesuatu bangsa atau negara. Wake up and grow up, change your mentality and mindset.
      Nak kata penganut ph ni bijak atau bagus tak juga. Kalau anak saya kerja oversea, dikatanya tak patriotik. Tu cth org ph yg saya selalu jumpa. Banding dgn org umno dia cakap lbh berhati2 dan berlapik. Selalu terdiri dr pegawai2 kanan yg lbh berusia. Tapi kkawan puak ph, main cakap ikut sedap mulut, bunyi cam jealous pon ada, w.pon konon tahap profesional. Bila saya hentam cukup2 baru dia ada akal. Tu yg selalu canang penganut ph baguih konon.

      Delete
  3. Bangga dia petik nama Tun tentang menepati masa...Tun penah.kata.x guna jam.mahal kalau.x reti.menepati masa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu dituju kat puak ph yg ramai tak menepati masa dan uneducated cam dak2 kpop n twiddur. Tido mmanjang bangun lewat tido lewat. Pengabis duit makpak yg umno.

      Delete
  4. Maaf KD, lari tajuk sket. Baru lepas baca Komen Komen netizen di FMT via FB,, isu berkaitan raja yg hangat skarang. Melayu cina India dah bergaduh dgn Bahasa yg Makin kasar. Tp byk Komen melayu yg seakan Cuba provoke, tunujk samseng. Sy rasa dah mula faham apa yg dikatakan saudara John doe. Cubaan masuk semula melalui pintu belakang. Isu raja ni umpan api mungkin. Sbb tu perkasa Dan ngo pro umno garang sgt skarang. Minta Allah jauhkan firasat saya itu. Tak perlu KD siarkan Komen sy ini. Hanya sbg..mungkin ingatan. Saudara KD yg lebih ariff.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang puak ph hampeh kuat provoke perasan baguih dan rasa trending mulut celupar tak sedar diri lupa daratan. Padahal ramai masuk uni ikut back door dan quota bumi. Guna duit mara guna cable and ptptn tak bayar tapi beli s.phone tiàp tahun tukar latest.
      Makpak org umno duk ikat perut nk sekolahkan dan hantar anak belajar tapi hampeh. Result tak bagus memalukan makbapak. Perasan baguih tapi mengewakan mkpak. Ramai termakan hadutan puak ph tu bergayut online siang malam malas belajar. Lecturer cakap result hampeh. Tu yg busing nak hapus ptptn sbb pointer tak cukup.

      Delete
    2. Syabas saudara anon kerana telah dapat memahami apa yang saya selalu cuba sampaikan.

      Apabila saya mengatakan Tun M akan melalui satu pertempuran klimaks dengan Najib saya tidak maksudkan 'pilihanraya' sebab pertempuran ini telah tamat dan Tun M telah muncul sebagai pemenang sedang keadaan masih belum klimaks.

      Pertempuran klimaks di antara mereka akan berlaku di mana pengadilnya ialah individu yang punya kuasa pemerintahan sebenar ke atas negara ini melalui pasukan bersenjatanya, dan yang berkuasa untuk melantik dan menerima angkat sumpah seorang Perdana Menteri.

      Sebab itu kita melihat sebaik PH muncul pemenang dalam PRU, Tun M tidak dapat terus mengangkat sumpah sebagai PM kerana undang-undang memperuntukkan rakyat hanya layak memilih tetapi kuasa melantik dan menerima angkat sumpah adalah milik seorang individu lain.

      Pertempuran klimaks ini akan berlaku di Putrajaya sesuai dengan nama asalnya 'Prang Besar' (perang besar) melibatkan perebutan untuk menduduki Seri Perdana di antara dua pihak yang bertembung.

      Sebab itu saya telah sebutnya sebagai tempoh integrum sama seperti daulah Uthmaniah selepas matinya Sultan Bayediz 1 yang menyaksikan perebutan takhta di antara penyandang dengan pencabar.

      Tun M akan membuat seruan kepada anak-anak bangsa yang cekal dan tabah untuk bersamanya berarak dari Istana Kehakiman ke Seri Perdana ketika Putrajaya dikawal oleh pasukan bersenjata untuk mengambil alih Seri Perdana dari seorang yang tiada mandat rakyat untuk mendudukinya.

      Walaupun pada awalnya kelihatan seakan-akan pasukan lawan Tun M akan menang (disebabkan 'si pengadil' kelihatan lebih memihak kepada pihak lawan Tun M) tetapi di hujungnya pasukan Tun M tetap akan muncul sebagai pemenang, in shaa Allah. Pada kejadian inilah saya pernah katakan bahawa ia bakal menjadi kemenangan mutlak pasukan Tun M dan kemenangan ini akan diraikan oleh umat Islam di bandar-bandar utama nubuwah dan khilafah iaitu Makkah, Madinah, Baitulmaqdis, Damsyik, Kufah, Basrah, Baghdad, Kaherah dan Istanbul.

      Ia adalah kemenangan yang akan mendedahkan apa yang saya selalu katakan di sini sehingga ia menjadi bahan lawak macai Najib iaitu bahawa Tun M adalah 'pembawa panji hitam' yang kemenangannya telah dijanjikan di dalam hadith.

      Sama ada 'bacaan' saya ini betul atau salah, masa akan menentukan.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    3. Masuk uni ikut back door? Orang PH ke yg pegang kuasa jaga back door tu? Atau org PH ke yg jaga kuota, PTPTN, MARA dan jadi Prof kangkung kat sinun? Kihkihkih....
      Kompom kau ni bebal. Masa kecik tak minum mind q connect. Kehkehkeh....

      Delete
    4. Panji2 hitam tak boleh lawan panji tengkorok sebab panji tengkorok adalah pembawa MAUT, jngn main2 dgn panji2 lanun kepunyaan Captain Jack Sparrow.

      Delete
  5. KD.

    Please run an article what if a PH MP resigns to make way for anwar's come back to parliament.

    I for one will not suppport. I will regret supporting PH for the rest of my life. I will not respect the MP who relinquish his seat for a selfish pardoned sodomite who is going to destroy what have been planned by current cabinet led by TDM....

    GOD FORBIDS

    ReplyDelete
    Replies
    1. D jalanraya delalu ada notis KELAJUAN MEMBUNUH.
      Dalam politik pun ada TAMAK DAN GELOJOH MEMBUNUH.

      Sebab mereka pandai, kita tonton.

      Delete
  6. Melayu yang masih "umnonised" telah sedang dan akan berfantasi berfijsyeb dan berkepalsuan untuk selama2nya....

    Sedih dan terharu

    ReplyDelete
  7. Ini penulis upahan punya pasal lah
    Cucuk sana cucuk sini
    Fakta tak tahu cedok dari mana
    Publish pd umum

    Aku rasa kalau ada apa-apa berlaku
    Humban mangkuk ni ke dlm dulu
    Aku tak maksudkan kau KD,
    Tapi si kadiaq tu...

    ReplyDelete
  8. KD

    Saya dah baca artikel berkenaan how the problem of AG's appointment was resolved. Now we know it was the sultans themselves who met TDM to resolve the impasse....not by self proclaimed ex convict.....

    Ex convict langsung tak rasa malu terhegeh2 konon beliau berperanan in resolving the impasse...pooodah

    ReplyDelete
  9. john doe, panji2 hitam boleh lawan panji2 kuda belang atau panji2 batik ke? Tanya jer, tak kan tanya elok2 ada pulak yg marah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panji2 hitam tu lambang kematian, jngn hrp lah boleh lwn panji2 wrna belang2 atau pun wrna celoreng.

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...