Friday, June 1, 2018

MAHATHIR DALAM PROSES MELENGKAPKAN SEBUAH KERAJAAN YANG BERSIH....


Selain tangkap pencuri..
Selain menunaikan janji manifesto..
Selain dari agenda resolusi bayar hutang..


Agenda utama adalah sebuah negara yang patuh rule of laws dan kawalan² ke atasnya membolehkan rakyat connected kepadanya. 


Masih ada yang terfikir  jawatan politik adalah tempat untuk kayakan diri dan kroni? 
Masih ada yang sentap dan rasa terpinggir bila tidak diberi jawatan. 
Mereka lupa perjuangan asal? Cepatnya? 


Inilah antara punca Tun tidak mendapat sokongan sebahagian manusia kerana sepeninggalan Tun dari kerusi PM kelak,  negara sudah ada sistem yang mengawal ketidaktelusan mana² pemimpin kerajaan dan pembesar negara.


Tidak ada siapa lagi boleh jadi king. 


Majlis Presiden yang diujudkan bukanlah satu halangan atau satu yang menyusahkan Tun untuk mengurus negara tetapi kawalan atas kuasa politik berdasarkan jumlah kerusi,  siapa kuat,  masih boleh disalahguna,  dirasuah. 

Inilah juga punca dikatakan kerajaan sekarang tidak selamat dan boleh dicuri dan dirampas. 

Iblis sedang mencari setan yang sanggup laksanakan atas nama missi suci selamatkan negara sekali lagi???? 


.


Sekarang ini pun ada pihak yang tidak berbincang,  tidak mendapat kelulusan Majlis Presiden pun berbuat atas kapasiti suka sendiri sedangkan PM ditekan supaya patuh? 

Banyak lagi yang akan Tun lakukan supaya pemusatan dan kekebalan ada hadnya (?) dan tiada mustahil tercapai jika rakyat berdiri teguh di belakang Tun. 




*Setuju Mahathir rang berita palsu*✍️ 🇲🇾

*http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/6870-setuju-mahathir-rang-berita-palsu*

*SUBKY LATIF  31 MAY 2018*

*SAYA bersetuju dengan sikap Dr. Mahathir yang tidak setuju dengan rang undang-undang berita tidak benar yang tergesa-gesa diluluskan Parlimen sebelum ia dibubarkan baru-baru ini.*

Tentang Mahathir itu banyaklah yang saya tidak setuju tetapi penolakannya terhadadp rang yang baru diluluskan itu saya setuju sepenuhnya dengannya. Bukanlah saya suka dengan amalan dan penularan berita palsu, tetapi negara kita sudah banyak undang-undng yang boleh dikenakan terhadap kecurangan itu. Undang-undang yang ada sudah cukup untuk mengekang perbuatan itu.

*Pengamal media dipercayai menunggu Mahathir membatalkannya bila Parlimen bersidang nanti.*

Sebagai pegamal media saya sudah penat pantang larang yang diberi kuasa kepada menteri mengganggu kebebasan bersuara dan berakhbar. Rang yang terbaru itu bukan saja mengerat kuku pengamal media, bahkan ia boleh mengerat jari masing-masing.

*Masing-masing berlapang dada kerana kerajaan Mahathir melalui lidah menteri Muhyiddin Yassin, banyak akta membelenggu hak dan kebebasan manusia akan dimansuhkan. Semua ini disuarakan oleh setiap pembangkang.*

Mungkin orang rasa pelik kebanyakan undang-undang zalim yang hendak dimasuhkan diterima pakai Umno dan kerajaan di bawah Mahathir dulu. Bila dia jadi Perdana Menteri kali kedua dia batalkan pula apa yang dia tidak batal dulu.

*Saya tidak bercadang unuk membelanya tetapi sepanjang sikap Mahathir terhadap media dia tidak begitu kerenah. Saya boleh kira dia antara yang tidak bermasalah dengan amalan media.*

Saya tidak banyak pengetahuan dengan pengalaman Tun Razak tentang lidah rasmi PAS. Sepatutnya sebagai parti politik/pertubuhan, pakej yang patut ada padanya ialah lidah rasmi. Itulah antara hak semua parti politik sebelum merdeka. Ia tidak perlu diminta.

*Sepanjang pentadbiran Tun Hussein Onn PAS tidak diberi hak itu. Sebelumnya, semasa pimpinan Dr. Burhanuddin/Zulkifli Mohamad PAS menerbit risalah bulanan Suara Islamdan lepas iu Suara PAS. Zaman Hussein Onn ia tidak diberi. Bahkan DAP tidak boleh menerbitkan kedua Roketnya.*

Tetapi bila Mahathir jadi Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, PAS diberi permit penerbitan Harakahsebagai siaran dalaman. PAS minta permit terbuka. Mahathir buktikan dia lebih terbuka. Sebelum siaran dalam pun tak, tetapi di masanya diberi siaran dalaman. Dari tidak ada lebihlah ada walau masih banyak sekatan.

*Harakah masa itu laku tetapi tidak boleh diedar dalam pasaran terbuka. Untuk kalangan bukan PAS terpaksa melalui pasaran gelap. Mamak penjual akhbar tidak menggantungnya kepada umum. Kerana ada yang mengaku polis mengganggu penjulan. Haram dijual kepada orang luar. Mamak tidak pamerkan tetapi kenal pelangan tetapnya. Polis dapat menyekat ia diberi orang. Akhir KDN setuju dicetak di muka depan UNTUK AHLI SAHAJA.*

Hingga sekarang dengan lan Untuk Ahli Sahaja ia boleh dijual kepda sesiapa. Bila DAP tahu PAS dapat permit terhadap itu ia pun dapat permit Roket.

Apa Harakah tidak kata tentang Mahathir. Timbalan Menteri Megat Junid ngeri dengan kecaman terhadap Mahathir. Dia ingatkan jangan teruk sangat. Kalau Mahathir membantah, dia akan bertindak. Saya tanya, adakah Mahathir bersungut? Jawab tidak ada.

Mahathir tidak pernah kacau, tapi polis dan kementerian selalu mengacau.

Bila dia bersara, diganti Abdullah Badawi. Permit Harakah digantung dari dua kali semingga jadi dua kali sebulan. Jelas Mahathir yang garang itu lebih liberal dari Abdullah yang lembut. Bila Najib naik diberinya semula dua kali seminggu.

*Hanya dengan Star dia gantung berbulan-bulan hingga Star setuju tulisan Tunku Abdul Rahman tidak lagi disiarkan. – HARAKAHDAILY 31/5/2018*

_AC_

82 comments:

  1. Semuga Allah memelihara Tun dari segala pakatan yang jahat.InshaAllah.

    ReplyDelete
  2. Ye masih banyak lagi kroni yg belum dapat habuan dari pertolongan yg diberi pd pru lepas..ye mahadey byk lg kerja nak buat balas jasa kroni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib tarak kroni. Dia ada Jho Taek aje.

      Satu Malaysia di punah nya. Berbilion ringgit di gasak depa.

      Delete
    2. najib ada bodyguard iaitu rosmah.

      Delete
  3. Anon 10:13:00 AM..bengo..bangsat dan babi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang hang nak paksa dia cakap elok2 pasal tun apasal?... tak payahlah maki dia.... memang betul apa yang dia cakap..... kau tau ker idak.... atau ingat ker idak.... sebelum Tun jadi Top dog pH.... hari2 pemimpin PH nyanyi lagu untuk penjarakan Tun kalau merwka jadi kerajaan... kau tak nampak ker tak pasal2... baru 21 hari memerintah Tim Pek King muncul.... harga projek jadi mahal... ECRL jadi 66b... dan HSR jadi 110b... memang perangai perompak.

      Delete
    2. Ko tak paham ker sengaja putar fakta?...harga ecrl diumum oleh najib 55 billion tapi yg sebenar 66 bilkion...bukan sengaja dinaikkan...

      Ting phek khing nak majukan langkawi diumum oleh tun madey?...cadangan ni di umum ting phek khing sendiri bukan dari tun... Cadangan dah ade masa BN lagi...lagi pon ting phek king sendiri yg kluarkan belanja bukan pakai duit kerajaan...kalo nak bagi kpd phoenix tak jalan kerana phonix miskin nak maampos..

      Delete
    3. Anggaran asal ECRL ia lah RM35 bilion. Tentu bnyak songel masuk. Mak badak punya ke siapa, tak tahu. Tak sabar nak tengok apa akan jadi kpd ECRL selepas review.

      Delete
    4. ECRL depa kata satu rancangan strategik China Kominis. Sesuai sebagi laluan alternatif depa ke Selat Melaka kalau Spore Straits ada blockade masa perang.

      Amreeeka ada kemudahan tentera laut di Spore dan di anggap sebagai base depa.

      Ada ECRL, kapal2 depa boleh labuh di Tumpat atau Kuantan, punggah barangan masuk gerabak keretapi, bawak sampai Port Kelang, angkut dek kapal2 lain di sana, lalu Straits of Malacca.

      Jadi, apasai nak kasi depa harga melampau tinggi plak?

      Mesti ada berbilion ringgit di sebalik udang. Sapa punya? Tau saja lah. Celaka.

      Delete
    5. Kejora.. better minta maaf kat kawan.... ada ker kawan kata projek 30b oleh ting pek king tu di umum oleh Tun... jangan biasa sangat buat tuduhan melulu... baca apa yang teman tulis....
      Kedua dalam sibuk2 kerajaan nak jimat duit atau elak hutang negara bertambah... macamana pulak boleh timbul projek baru bernilai RM30b.... errrr... gang ni nanti tak tercatat sebagai hutang negara ker?.... sah... hutang negara hanyalah manupilasi. Dan retorik semata2.

      Delete
    6. Bila masa pulak pakta ECRL nak diputar... memang RM55B..... kamu ajer nak gelapkan fakta... nak mengiyakan apa yang Daim kepala kepada perancang perompakan negara.

      Delete
  4. #not MyPM

    Now dah keluar statement kakitangan kerajaan perlu bersikap berkecuali dan patuh kepada kerajaan.... nampak tak... sah mula ugut.... tak perasan ker zaman najib dulu lagi ramai yg nyokong PH.... ada yang hanpa dah tersingkirkan tanpa sengaja.... now harap yg ada sokong hangpa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko tak boleh beza setia dan patuh kpd kerajaan dengan setia dan patuh kpd parti....

      Delete
    2. Apa nak jadi kpd Ali Hamsa, first non-Malay appointed by Najib celaka, to the highest civil servant post in the country? Najib pecahkan tradisi PTD yang sejak Merdeka sentiasa Melayu ketua nya selepas British expatriate.

      Kot Najib lantik dia above the heads of a few more senior Malay officers. Demoralized the PTD officers.

      Kot Ali Hamsa yang menyebabkan civil servants tolong Najib kempen di Pru14.

      Sekarang Tun M dah bincang dengan PH Presidential Council dan umumkan curiga kpd depa yang kempen utk Najib, tak payah tunggu lagi. Saya nak lihat dia pecat Ali Hamsa. Nak senang, kasi dia jawatan Pengerusi badan yang tak crucial for national development dan alihkan dia dari jawatan Ketua Setiausaha Kerajaan.

      Delete
  5. tujuan ikhlas serta murni tun m utk meletak kan Negara d landasan yg betul, d sokong olih sebahagian besar rakyat.

    tetapi terdpt perasaan yg individu tertentu sedang 'flexing his muscles' n nampak mcm tak sabar utk mengambil alih pentadbiran Negara. minta d simpang.

    saya sarankan agar tun m membubar parliament jika asakan 'nya' sudah betul2 menjejas usaha 'like minded people 2 institute fair n transparent governance'.

    biar warga membuat pemilihan sekali lagi siapa yg mereka mahu memimpin dlm keadaan Negara yg masih tidak menentu sekarang.

    trust me. being n impatient rabble rouser does not pay n its bound 2 fail.

    wallahu'allam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apelah ko ni...tun sendiri punca yg berlaku kerosakan sekarang....dia dah mengajar penggantinye cara nak melindongi diri jika songlap...

      Tun blm menjawab soalan bagaimanna anak2 dia perolehi kekamyaan luar biasa dalam masa yang singkat...

      Tak guna ko rahman puja tun lebih2 kerana ini bapak seleweng wang kerajaan dan cikgu besar kepada permasalahan sekarang...

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Usaha tun n ak perbetulkan yg tak betul kena sokong

      Delete
    4. Bapak ketam yg mula jalan tak betul nak disuruh baiki jalan supaya jadi betul?baru boleh jadi betul.

      Bro Rahman tolong cari orabg lain lah betulkan jalan yg bapak ketam dah buat kalo nak betul...

      Delete
    5. Tun tak perlulah jawab stupid question..

      Masa najib berkuasa, kenapa tak siasat, dakwa.
      Sekarang sebok pula fitnah..

      Muflis hujah kot, cuba lagi k

      Delete
    6. 311 suara janggal, pendapat yang tak matang, pemikiran tohor/ tak mendalam.

      Menyoal sahaja tapi tak keluarkan bukti atau penerangan sedikit pun memang tak bijak. Dlm kata2 lain, itu bodoh.

      Buat lah kajian, cari lah fakta2 yang menunjukkan perniagaan anak2 dia itu tak ligit, ada terima wang haram atau sebagai nya. Lepas itu baru tanya.

      Main serkap jarang aje menunjukkan kamu ha nya nak melitupkan Najib mencuri, menyamun dan melanun berbilion wang Kerajaan di 1MDB dll.

      Delete
  6. Tun kena tegas untuk meletakkan asas yg kukuh bagi mengelakkan salah guna kuasa oleh orang akan datang...

    Mana2 undang2 yg bertujuan melindungi orang yg salahguna kuasa perlu di pinda ato dibatalkan.

    Undang2 sosma OSA BAFIA dan antti berita palsu perlu dipinda ato dimansuhkan...

    Pendedahan salahguna kuasa tiada sekatan lagi...pentadbiran akan lebih telus dan berintegriti..

    Tun juga perlu pikir kaedah dan peraturan yg berkesan supaya PM boleh dibuang jika PM sendiri salahguna kuasa tanpa perlu menunggu pru..

    PM akan datang tidak berani lagi menyalahguna kuasa....

    ReplyDelete
  7. harga barang sudah naik walau gst zero

    ni belom lagi 10% sst 1 sept nanti.

    janji dicaapati menteri cap ayam mau cakap kali ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barang ape dah naik?...semlm aku beli kedai eco tak bayar lagi 2.10...

      Delete
  8. Siapa nak barang tak naik?
    Kalau tak naik memang barang kau dah rosak..
    Potong bagi anjing jho low je makan, ada pun tak leh guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, barang dah rosak. Tanya dia kalo harga Viagara pun tak naik.

      Kot dia dah celibate, tiap malam frustrate.

      Delete
  9. Hanya puak yg kecenderungam utk rakus, yg takutkan Rule of Law.
    Pelbagai alasan bangsa dan agama akm dijaja akibat ketaksuban pd kepentingan individu atau parti. Ini sgttidak Islamik.
    Skrg ni, Tn dan PH sedang usaha letak kembali kuasa ditempat yg betul,iaitu kpd Rakyat. Imi sgt Islamik ,demokratik,adil dan murni.
    Usaha ini sgt perlu disokong.
    Sebilagan kecil yg tidak sokong, sah tidak Islamik, dan merupakan subversif....yg wajib dikekang.

    ReplyDelete
  10. Harap Tun M jangan banyak sangat tubuhkan pertubuhan itu ini, pusat itu ini, jawatankuasa itu ini.

    Just get on with the job. Keep tabs on the performance of the various councils, task forces, committees he has formed.

    Mustahak dia selesaikan masalah Peguam Negara. Buang Pandi, lantik ganti nya. Selagi Pandi ada situ, nampak mcm takda suasana baru.

    ReplyDelete
  11. Sebelum ni banyak mansuhkan agensi yg dikatakan membazirkan wang rakyat. Kementerian juga digabungkan.

    Konon nak jimatkan wang rakyat

    Alih-alih tubuhkan agensi baru. Fungsinya pun dah overlapping dgn agensi yg sedia ada.

    Apa cerita ni? Drama Tamil terbaru ke ni?

    ReplyDelete
  12. 2-3 perkara yang aku harap berlaku / di lakukan sekarang ini:

    1. Najib dan Rosmah di dapati cukup bukti atau kuat di syakki (strongly suspected) sehingga boleh di tangkap dan bawa ke mahkamah berkaitan 1MDB, SRC International dll

    2. Polis dapat tangkap Jamal Ikan Bakar pronto, di gari tangan nya, di heret ke mahkamah dan di tohmah dengan resmi. Dia dah berjaya memberikan persepsi dia boleh permainkan Polis - Muhyiddin dah kata semalam dia dukacita dengan ketidakcekapan Polis berkaitan ini

    3. Pandi AG di buang dan di ganti secepat mungkin. Selagi dia masih pegang jawatan Peguam Negara, persepsi berterusan Najib no wrong doing. Mengarut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Strongly suspected" tak boleh di bawak ke mahkamah dan di tuduh cara resmi.

      Tapi boleh di tangkap, di remand, pakai baju oren atau saperti nya, di soal siasat untuk dapatkan bukti2 yang kukuh, di buat di SPRM, saperti di buat terhadao Teoh Beng Hock dulu.

      Tapi tentukan tidak "do a Beng Hock" (hara kiri ke, di tolak sesiapa dari tingkap ke).

      Delete
    2. Muhyiddin kata Jamal lari sebab polis 'cuai'

      Adalah lebih baik bagi Jamal dan Musa Aman menyerah diri, kata menteri dalam negeri.

      Kalo susah nak dapat tangkap, mintak bomoh 2 biji kelapa tu tolong lah.

      Delete
    3. 'Kita cari Jamal sampai ke lubang cacing' - M'kini

      Tan Sri Muhyiddin Yassin kesal atas kecuaian pihak berkuasa yang bertugas menyebabkan Jamal hilang dari sebuah hospital swasta minggu lepas.

      Delete
  13. Ketua Perompak Negara aka MahaKUTTY nak bersihkan negara? muahahahahahahhahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeah? Ko ketawa pun mcm kera.

      Aku tak payah ckp lagi apenda.

      Buang masa.

      Sental ko dgn 1-2 kata aje.

      Delete
    2. Bunyi ketawa kau pun mcm kecewa. Kecewa yang teramat sgt.

      Delete
  14. Apo nak di kato?

    Umno kalah sebab pemimpin bisu dalam skandal 1MDB, kata Syed Ali

    Kami takut untuk bersuara antaranya kerana tidak mahu hilang jawatan dalam kerajaan, kata ketua Umno Cheras itu.

    Sian. Dah hilang kuasa, baru nak bersuara.

    Gedibab gedibub.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mister Sandman, give me a dream ..

      Depa nyanyi lagu tuh

      Tak habaigh habaigh

      Delete
  15. Berita di M'kini:

    K'jaan disaran lantik menteri dari Kelantan
    Walaupun Pakatan Harapan gagal memenangi sebarang kerusi Parlimen di negeri itu.

    Pssst, nak free lunch ke?

    ReplyDelete
  16. Kerosakan yang ditinggalkan BN adalah lebih teruk daripada yang disangkakan, kata Tun Dr Mahathir.

    Kerosakan-kerosakan ini telah menyulitkan usaha-usaha Pakatan Harapan untuk menunaikan 10 janji pilihan rayanya dalam tempoh 100 hari.

    Ada sesiapa nak pertikaikan kata2 Tun itu, sila lah. Keluarkan hujah2 yang beralaskan fakta2 yang di sebut punca atau link bagi menentu pastikan nya.

    Kalo main terjah aje, kena basuh cara terjah juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BN yang buat rosak belajar dari cara tun mahathir bekas presiden umno...tun tidak cekap sebabkan kerugian dan bazirkan wang negara banyak institusi negara seperti

      Perwaja
      Maminco
      BNM
      BMF
      Proton

      Wang yang hilang puluhan billion mampu tingkatkan taraf hidup rakyat.kerajaan mampu beri biasiswa dan pendidikan percuma.
      Dalam kehilangan dan kerugian anak2 tun dan kroni seperti Daim dan tajudin ramli jadi kaya luarbiasa...

      Majoriti melayu tetap miskin.

      Delete
    2. Maksudnye tun mahathir bukan lah seorang yg benar2 hebat?...tak layak didewakan?.

      Kalau lihat analisa pru yg baru lalu sokongan melayu hanye 25% kepada PH yang diketuai oleh tun mahathir . Maknanye tun bukan pemimpin yg di harapkan oleh melayu laa..
      Pas dapat 28 % dan umno 42%...
      Ramai Melayu tak berminat dengan tun lagi kerana tun gagal meningkatkan taraf hidup majoriti melayu. Tun sinonim dengan kroni dan bail out...

      Delete
    3. 7:51, rugi niaga jauh berlain dari rugi di curi, Mat.

      Delete
    4. Analisa undi Melayu tu siapa buat kamu tak cakap.

      Kalau Rafizi baca apa kamu tulis, di marah nya.

      Invoke punya analisa jauh lebih tepat, gamak nya dia kata.

      Delete
    5. Yee..curi dan rugi memang jauh bezanye..kecekapan yang di persoalkan.

      Dalam kerugian puluhan billion ada segelintir muncul kaya raya...ini yg peliknya...

      Kalau melayu nak meningkat maju melayu kena cari pemimpin yg bukan suku sakat umno dan tiada kaitan dengan DNA umno...

      Delete
    6. Bilangan kerusi melayu yg dimenangi oleh parti PKR Bersatu Amanah dan umno sudah boleh memberri gambaran berapa banyak sokongan melayu kpd PH.

      Delete
    7. Siapa, di mana, bila yg kaya raya tuh?

      Cakap mulut celupar aje kamu layak di kepala bapakkan, bak kata Najib.

      Delete
    8. Kamu cuba menutup kroni2 dan anak2 tun yang dah kaya raya?.seolah2 kamu ni tinggal dalam gua..

      Delete
    9. Ko kata Ramai Melayu tak berminat dengan tun lagi kerana tun gagal meningkatkan taraf hidup majoriti melayu

      Ko punya pndapat. Tak berapa ramai Melayu ckp gitu. Ko dan puak ko aje.
      \
      Ameno dapat banyak kerusi tak membayangkan itu. Gerrymeandering punya pasal. Sokong Najib membabi buta punya pasal. Tutup mata kpd Najib curi, samun dan lanun duit 1MDB dll.

      Delete
    10. "Kalau melayu nak meningkat maju melayu kena cari pemimpin yg bukan suku sakat umno dan tiada kaitan dengan DNA umno..."

      Ini menunjukkan kamu bukan Ameno tapi PAS. Tapi tarak Melyu PAS yang nampak layak pun. Coba ko namakan siapa yang layak di PAS atau lain2.

      Delete
    11. Si Mamat tu kata, "tun tidak cekap sebabkan kerugian .."

      Ko orang PAS memang tak reti hal niaga ada untung rugi. 1MDB rugi berpuluh bilion.

      Korang bukan saja tak reti niaga, jugak tak reti mntadbir negri. Tak reti galakkan orang berniaga di Kelantan. Negeri Kelantan berpuluh tahun PAS perintah, kilang pun hampir tiada. Orang Kelantan berduyun duyun cari kerja luar dari Kelantan.

      Cakap aje banyak. Hapah pun tak tahu.

      Delete
    12. Melayu yang bukan suku sakat umno dan tiada DNA umno seperti rafizi ramli dan dr maszlee..pemimpin amanah pon bukan suku sakat umno..

      Delete
  17. Dengan demikian isa john rahman cik minah dan anom2 tak payah lah nak promote tun lebih2...Ada lagi pemimpin melayu yang layak memimpin melayu dan malaysia.semuanye manusia biasa yang ada kelebihan dan kelemahan tersendiri.berpijaklah dibumi yang nyata.

    nabi sendiri melarang dirinye di agong2kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh menyebut nabi, ko orang PAS gamak nya.

      Ko dapat apa dari RM90 juta Najib kasi pemimpin2 ko? Nabi ada bilang pasal bagi2 duit, pemimpin harus saksama kan?

      Pemimpin Melayu lain yang layak - Hadi? Dia nak jalan pun tak kuat, kata nya. Amacam nak layak?

      Tak boleh puji ko belajor mana? Boleh sebut ayyat Kor'an atau hadith ke?

      Mengarut ko.

      Delete
    2. "Nabi melarang diri nya di agong2kan."

      Tak semesti nya salah memuji sesiapa. Malah, tentu tak salah. Interpretasi ko kepala senget.

      Ko nak ikut Hadith saja, tentu ada Hadith mengata tak boleh nuduh cara celupar.

      Apasal ko tak buat? Ckp tak serupa bikin ke?

      Delete
    3. Tak salah memuji...promote lebih2 seolah tiada orang lain yg layak itu yg salah..

      Delete
    4. Mamat 953, sapa ckp? Ko ckp? Tak betul.

      Aku ckp aje yg betul.

      Ramai di sini dah tahu.

      Psst, ambik ko, kena sebiji, hehe

      Delete
  18. Adakah mahu menjadikan malaysia bersih sepenuhnya dgn mencampuri @ menekan institusi kehakiman? Contoh, hukuman penjara rafizi bertukar kpd bon berkelakuan baik. Lge bebas dpd hukuman menghina. Maybe next lge akan bebas dpd pertuduhan corruption. Apa yg nak dibersihkan dan apa yg akan makin KOTOR sebenarnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menekan institusi kehakiman? Menekan lubang bttt ko, Mat.

      Cakap mulut celupar banyak sangat, nuduh takda fakta, bukti, penerangan yang munasabah menginvite maki hamun.

      Ko orang mana? Ameno ke? Asyik tutup hal Najib mencuri?

      Orang PAS? Asyik tutup hal Najib kasi pemimpin korang RM90 juta? Dari duit curi?

      Delete
    2. Yang mencuri wajib dihukum...umno menang 54 kerusi bukan mesti maknanye pengundi umno suka najib...
      Kalau pengaruh dan populariti tun sangat kuat buat lah apepon PH terutamanye parti bersatu menang kerusi lebih besar...

      Dari awal lagi bersatu kena sabotaj...umum beribu kluar parti....ini tunjukkan tun tak dipandang ...kalo tun dihormati tak mungkin beribu yg kluar parti..

      Delete
    3. Ko sedor le parti2 lain dah di tubuh lama. PPBM ha nya setahun, pendaftaran pun di tahan dek RoS yang di bawah Ketua Setia Usaha KHDN.

      Ini yang Tun baru ckp jenis pegawai gomen yang menyokong Umno/Bn. Tak kisah dia membongkok menyerah Sjil Pendftaran PPBM kpd Tun selepas PH menang. Kiparat punya KSU.

      Wei Mat Tonjol, yang keluar dari parti itu secret scheme Umno le. Depa yg plan dan jalankan sabotak tuh. Bayar depa RM100 sorang baru RM100,000. RM2.6 bilion di akaun bank, Mat.

      Delete
  19. 850, anak2 Tun kaya sebab dia berniaga.

    Selagi ko tak kasi bukti, fakta, maklumat yang boleh di percaya, ko menuduh aje.

    Aku pun tuduh ko tak reti berterima kasih ko banyak duit dapat di masa Tun merintah 22 tahun dulu. Betul tuh. Aku yang nuduh, mesti betul.

    Nampak tak cara ko argue. Nuduh membabi buta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diakui anak2 tun ada bisness.tapi dari mana datang modal yang besar?.tun bukan kluarga kaya raya...adekah dari kroni?...siapa yang bail out syarikat perkapalan misc mirzan?.

      Delete
    2. Ko pehal tuduh babi tu buta??? Cari pasal ke?/?

      Delete
    3. Jawablah dari mana datang modal?

      Delete
    4. Menabung masa kecik.
      Kihkihkih

      Delete
    5. Kalo dia pinjam modal tu tak boleh ke, Mat tonjol? Kan niaga banyak pinjam meminjam. Habiagh ko nak tanya pinjam dari sapa, aku jawab dari kepala bapak ko le.

      Ko cari fakta yang boleh menjadi alasan tuduhan ko, kita boleh dialogoue di sini. Kalo tak aku sodok buluh dlm jubor ko le. (Sodok metaphorically speaking ler. Amacam, sedap kena sodok?).

      Delete
    6. Jangan nanti mengotorkan buluh je

      Delete
  20. Mamat 751 menuduh "Wang yang hilang puluhan billion .. "

    Ini memang bangang punya pemikiran. Tak reti langsung bahawa wang yang hilang di PERWAJA contoh nya ada lah cobaan mengeluarkan besi sendiri. Supaya mengurangkan impot. Foreign exchange saving. Melebihkan pendapatan negara.

    Di mana mana pun di dunia ada perusahaan berupa "national industrial enterprise" mereka yang rugi.

    Kehilangan di Forex ada lah di sebabkan Asian Financial Crisis. Negara Jepun, Thailand dll pun di landa. Bermula dengan Yahudi Zionis Geroge Soros manipulasi foreign exchange/ Ringgit di negara ni. Tapi Tun M telah mengstabilizekan Ringgit dengan tidak melutut ke World Bank atau IMF. Tak mintak bantuan yang biasa nya kena ikut arahan depa memulihkan ekonomi kita.

    Mana lah kamu katak di bawah tempurung faham ini semua. Tapi aku kasi penerangan untuk pembaca lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah yg dikatakan kecekapan...buat ape beli lori berpuluh buah untuk angkut besi dari kemaman ke gurun?

      Forex telah alami kerugian tapi masih diteruskan hingga rugi besar baru nak stop...

      BMF rugi kerana kelemahan kawalan pinjaman..duit yg dikluarkan kpd peminjam dikatakan sebahagian untuk bina pwtc ...

      Proton blm untung sudah digunakan untuk tanggong badminton le tour de langkawi dan pelbagai aktiviti sosial...duit tu sepatutnye buat R n D..



      Delete
    2. Sapa kata tak boleh angkut dari situ ke situ, Mat Tonjol?

      Ko ada financial analysis projek tuh ke? Ada yang tunjuk tak fesible angkut gitu ke? Kepala Bapak ko ckp gitu ke?

      Tak guna layan ko sbb ko ha nya nuduh liar, tarak fakta tarak alasan.

      Tapi aku enjoy ngentam ko, ngentam kepala bapak ko. Jadi aku carry on ler.

      Aku bole teruskan sondol luabng bttt ko dgn buluh tajam (hukuman di zaman Kerajaan Melayu Melaka) tiap kali ko ckp gitu.

      Enjoy kena sodok bttt ko, Mat.

      Delete
    3. Financial analysis kepala hotak ko?..perwaja lingkup terus kerana pakai ko punyer analisis...berape billion hangus?...itulah kecekapan dan bijak tun mahathir yg ko sanjung..

      Delete
  21. Mamat 751 jugak nuduh liar "Dalam kehilangan dan kerugian anak2 tun dan kroni seperti Daim dan tajudin ramli jadi kaya luarbiasa..." Kamu tak tahu depa kaya dari jual beli saham? Pernah dengor stock market?

    Ko kata, "Majoriti melayu tetap miskin." Ko tak baca di 22 tahun Tun M merintah, Melayu capai 23% kekayaan korporat. Dari 2% kekayaan di tahun 1970. Selepas itu, Tun Dol Pak Lah dan Jibo tak berani pun kira.

    Ko tak nampak di zaman Tun merintah 22 tahun berapa ramai Melayu di kampong dan di pinggiran kota mula pakai motorsikal? Malahan ada yang kerja kampong pun pakai kereta, niaga jual beli getah dll di kampong. Keadaan yang jarang di lihat sebelom nya.

    Dari Melayu punyai 23% kekayaan korporat itu ko tak boleh bayang berapa ramai Melayu yang sudah tidak miskin? Ko otak taruk kaki ke? Tak kisah lah ramai yang kaya raya jadi jutawan.
    Mesti amat ramai Melayu yang bukan jutawan tapi tidak lagi "miskin".

    Boleh panjang lagi aku tibai dan tahikan tuduhan2 liar ko itu. Tak guna sebab ko otak kecil, tak faham. Tapi suka nuduh liar dahtu cabut lari. Mcm lepaih aku bantai kamu nih, kamu dah todiam.

    Lain kali guna otak, ok? Kasi fakta dan hujah2, jangan nuduh liar aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 23%?... Jadi berapa puluh juta?..banyak rumah papan buruk di seluruh malaysia...

      Delete
    2. Ape jadi baki 77%?...23& jadi majoriti...

      Delete
    3. Baki 77% masuk poket umno? Err itu ke soalan kau tadi. Aku konfiuslah.
      Kihkihkih

      Delete
    4. 23% dah dah kaya kata isa kerana usaha tun ...jadi yg miskin 77% laa..

      Delete
  22. Lain orang kaya
    Lain orang kecewa
    Asas bukti "0"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana miskin lah umno tumbang...meluat dgn umno...terasa tekanan kos hidup...yang kaya tak kisah pon..

      Delete
  23. Beli stock market dgn pink form..ade dengar tajudin beli saham Mas 3 ringgit... Daim beli balik 7 ringgit...berapa banyak gomen rugi?....Mas lingkup tapi tajudin ramli tetap kaya raya...ini gamaknye dikatakan melayu kaya kerana usaha tun..

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...