Tuesday, April 12, 2016

ADA JUGA CASH IS NOT ALWAYS KING..

Di mana boleh kita beli integriti, di gedung besar, kedai runcit atau di pasar malam..
Di udani carpet, jakel, tudung fareeda...
Di Italy, Singapore atau di mana...

Lebih sukar mencari integriti di kalangan bangsawan, rumah agam, rumah putih hatta di Putera Jaya...

Integriti tidak datang bersama pangkat dan kuasa, tidak pada nama, AG, PM, IGP, KSU, TPM, Teuku, Tengku, Ku....

Integriti tidak datang dalam jual atau beli, forex, bursa, skim cepat kaya...

Integriti datang dari pengorbanan walaupun ia sudah di mamah usia...

....


Assalamualaikum dan salam jumaat to my brothers and sisters, pejuang bangsa dan negara. Moga mendapat rahmat dan berkat Jumaat yg melimpah-limpah.

Sedikit perkongsian: Semasa menetap di UAE saya berpeluang solat jumaat setiap minggu di masjid English Abu Dhabi. Di sini perempuan ikut suami solat jumaat dan masjid menjadi tempat kami berkenalan dgn warga dunia. Qutbah diberi imam masjid seorang white American muaalaf. Isteri black American. Anak mereka berkawan dgn anak saya di sekolah. Mereka memeluk agama Islam ketika tinggal di Syria sebuah negara Islam moden yg masih kekalkan peradaban Islam zaman Umayyah,  Abbasiyah dan Ottoman. Syria pernah jadi sebahagian Rome dan peradapan mrk sangat tinggi.  Imam sekeluarga masih berulang belajar Islam ke Syria. He is a hafiz. MasyaAllah, dia terpilih oleh Allah dari seorang kafir, mendalami AlQuran dlm masa yg singkat dan menjadi imam umat Islam di sana.

Semasa perang saudara berikutan dari Arab Spring tahun 2011 saya masih ada di Timur Tengah. Sebenarnya, 5 tahun sebelum perang, US telah pun bertapak dan belajar budaya Syria btujuan campur tangan dlm ehwal socio-politic, termasuk meresapi dlm pentadbiran kerajaan. Arab Spring hanya tool utk memulakan perang.

Syria sebenarnya di target oleh barat utk diporak perandakan lama selepas Iraq, Libya dan Yemen.  Pemberontakan di api2kan oleh barat krn Syria sebuah negara maju.

Semasa dlm kerajaan, saya pernah membuat kajian bersama AT KEARNEY, consultant company US, pada tahun2 2005-2010, Syria adalah negara Islam ke 2 termaju di dunia selepas MALAYSIA!!.

Siapa sangka, perang akan menghancurkan Syria yg berkecuali dan tinggi dgn peradaban Islam dan barat!

Sahabat saya Imam sekeluarga terpaksa balik ke US semasa perang tersebut. Mereka tidak di senangi kerana ditakuti talibarut barat.

Tetapi mrk adalah Islam sejati. Saya kenal dan saya sekeluarga kerap ke rumah mereka terutama ketika Eid. Selalu dihidangkan dgn Ali Cafe 😀.

Pengajaran:
1. Dalam kita berpolitik dan bergaduh sesama kita, ingatlah hidup kita umat Islam amat terdedah dgn ancaman zionis dan kehancuran. MO barat ialah mengurangkan jumlah umat Islam dan mengambil kekayaan dunia. Sebab itu kanak2 diracun di Syria, rumah kaum keluarga di bom dan lelaki dibunuh di Iraq. Kekayaan dicuri di Libya yg sebenarnya sangat kaya dan Muammar Gaddafi disayangi rakyat. Assassination berleluasa selepas perang. Allahuakbar, ramai keluarga rakan2 saya yg terlibat. Mereka tidak dpt kembali balik negara dan kaum keluarga perished.

2. Tun Dr Mahathir ada lah satu2 pemimpin Islam yg berani menentang Zionis. Sebab itu dia sangat dikenali dan disayangi orang Arab. Pemuda Arab mengenali Tun dlm pembacaan mereka. Dalam lectures saya di Universiti, saya akan memasukkan Tun sebagai pemimpin agung Islam moden (abad 21). Justeru, ilmu kepimpinan di sana meletakkan Tun sebaris dengan pemimpin agung yg lain.

3. Kelemahan pemimpin amat mudah utk diambil kesempatan oleh US. Apatah lagi kalau pemimpin itu telah terpalit dgn skandal dan penipuan yg besar. Mereka jg dgn mudah akan meresapi dalam pentadbiran kerajaan.

Perjuangan kita ini bukan isolated. Ia saling berkaitan. Buka lah mata dan banyak membaca. Marilah kita kuatkan barisan menentang pemimpin zalim demi bangsa, agama dan tanahair.

Semoga kita semua dipelihara dan dilindungi Allah. Aamin ya rab.

MAS DARBY

17 comments:

  1. Apa pula jasa najib? Pemimpin terdahulu yang membangun dan memajukan negara malaysia, semuanya sudah disusun rapi, infrastuktur dan pemikiran rakyatnya, pelajaran dan kesihatan diutamakan dalam setiap kali pembetangan bajet negara.

    Malaysia dicemburui dan dihormati oleh lawan dan kawan.

    Hari ini malaysia dipandang hina kerana mempunyai pemimpin yang korup, zalim, menindas dan menganaiya rakyat.

    Jika tidak hari ini, hari esok tetap menanti, bukan sahaja najib, termasuk juga pak menteri punahsihat dan pencacai yg bersubahat, Sudah pasti akan dihukum!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jasa najib ialah menghentikan rompakan di siang hari wang rakyat oleh kroni kroni ciptaan zaman pemerintahan mahathir seperti YTL,anandakrisna , mokhzani & MISCdll..menghalang mahathir dari cuba membina dynasty politik sama mcm lew kuan yew..
      Mahathir suruh kroni nya buat highway, duit toll rakyat kena bayar...kenapa najib buat highway tak ada pulak dikena kan toll...?? kenapa najib boleh bagi duit pada rakyat, dalam masa yg sama ekonomi makin berkembang...kenapa mahathir tak buat pada zamannya..???
      itu baru pemimpin berjiwa rakyat....

      Delete
    2. Aku stuju anon 521am. Najib berjiwa islam bermazhabkan najibiyyah. Tidak mengapa mencuri RM5b atau RM7b asalkan rakyat dpt RM1,000 setahun. Kroni mahathir semua dilanjutkan konsesi tp kita tetap bantai mahathir dan katakan pada rakyat, mahathir pentingkan kroni. Kita beli aset kroni mahathir pada harga tinggi dan ckp sbb kita takmahu rakyat ditindas.

      Syukurlah adala segolongan mcm anon 521am ni...sekurangnya ada lg RM2b-RM3b blh dirembat, dan sedekahkan padanya RM2.50....

      Delete
    3. Salam saudara,
      Highway yang anda maksudkan itu kualitinya sama dengan highway timur barat dari grik ke jeli dan dari ipoh kegua musang yang sebelum ini tidak dikenakan tol. Lalauan borneo melalui belantara dan kerajaan tidaj perlu bayar apa2 pampasan untuk ambik tanah. Sedangkan dibarat semenanjung, penduduk padat, tanah semuanya adalah hak milik rakyat yang nilainya tinggi. Sekaki persegi mencecah ratusan ringgit. Jadi jangan samakan dengan highway berbayar. Sebab sebelum najib pun telah ada highway yang percuma.

      Delete
    4. Najib buat highway free di sarawak sbb nyawa politik tinggal di Sarawak aje.

      Kenapa tak boleh buat highway free di semenanjung ?

      Delete
    5. Tun Mahathir tak collect GST pun dapat buat sana sini highway, masa RM jatuh dulu pun Tun tak jugak kenakan GST atas rakyat tapi Tun dapat naikkan semula nilai RM. Walau RM dah jatuh gila pun Tun tak nak berhutang dgn IMF bank dunia sebab tak nak kerana hutang Malaysia kena cucuk hidung ikut telunjuk kuasa besar.

      Buat apa tangan kanan memberi tapi tangan kiri buruk siku? Setakat BRIM tak banyak mana dlm setahun. Tapi cuba campurkan semua GST yg dibayar rakyat utk beli barang keperluan harian dlm setahun....?? Yg mana lagi banyak BRIM atau GST??

      Delete
    6. Siapa kata Perdana Menteri DSN tak ada jasa? Jangan pandang takda mata ya! Silalah ke Zoo Negara bertanya kepada "Nuan-nuan".

      Delete
  2. KD, jasa najib adalah bagi seluruh rakyat merana and tertekan, pembohong no 1 laki bini, maharembat, muka tak malu, tunjuk baik but dialah harami no 1, semua rakyat dah tau segala muslihat and penipunya and macam macam lagi tipu helahnya, orang edah kata MUSIBAT NO 1....nie lah jasa najib.

    ReplyDelete
  3. Yang aku paling kecewa dan tak suka Najib ia lah dia sanggup gadai maruah Melayu, ketepikan hak dan kepentingan Melayu, tak dahulukan Melayu, hingga sanggup hebahkan dia Bugis, "jugak pendatang" macam Cina dll. Melayu apkenama nya macam itu?

    Kalau pelahap sangat dgn undi Cina, jangan lah kata atau implikasikan Melayu "jugak pendatang". Nak maki dia sesangat, tapi aku hormatkan KD tak mau lucukan blog dia.

    ReplyDelete
  4. Najib takda semangat Melayu macam bapak dia. 8 tahun belajar di England, tak pernah pergi ke kampong, bernain dgn bebudak kampong macam bapak dia Tun Razak yang diam di kampong - rumah bapak Tun Razak ada di muziumkan di Pekan - kawasan kampong.

    Dahtu, si Najib beberapa bulan lalu sebut dalam ucapan nya bahawa bila dia balik dari berlajar, nak cakap Melayu pun kekok. Lagi nak merendahkan BM, konon nya nak beri tahu Cina DAP dll takpa mereka tak fasih BM sebab PM pun begitu, konon nya.

    Apa kedarah nya si Najib nih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ye nak menangkan hati org pun janganlah sampai gadai maruah diri dan bangsa.

      Delete
  5. Tun Razak kasi Tun mahathir peluang dalam UMNO hingga dia jadi PM. Tun Mahathir kasi Najib peluang dalam UMNO hingga dia jadi PM. Najib kasi Mukhriz peluang tapi pull the carpet from under his feet. Dah jadi DAP si Najib nih - ungrateful ingrate.

    ReplyDelete
  6. Najib ketepikan DEB dalam Dasar Baru Ekonomi nya. Initials DBE tuh macam permainkan DEB, nak narik undi Cina DAP dll. Masa bikin draft DBE, hampir tak di sebut DEB. Lepas di bisingan dek Melayu, final draft nya ada sebut DEB tapi tak di canangkan.

    Malu konon, terikut propaganda Cina DAP konon nya Melayu asyik hendakkan tongkat. Tak sedar bahawa Cina di beri tongkat dek British sabelom Merdeka dan dek gomen pimpinan Melayu salepas Merdeka. Robert Kuok dapat sugar monopoly, Vincent Tan di kasi lesen loteri, dah kaya pun masih nak tongkat football betting license.

    Melayu di zaman Tun Dr mahathir dah dapat 23% kekayaan korporat. Najib tak berani nak kira berapa % kekayaan korporat itu sekarang. Entah entah merosot di bawah pemerintahan dia. Kekayaan serta merta anak tiri dia Riza Aziz beli harta beratus juta dollar di New York dll tak masuk kira. Sebab rasa nya duit songlap punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitu juga 1MDB, banyak duit di songlap. RM2.6 bilion jadi skandal, tak kata apa, tak keluarkan surat, alih alih ada pulak surat ngatakan "gifts" dari anak Raja Arab Saudi. Masakan Menteri Luar Arab Saudi dah kata RM2.6 bilion itu bukan "derma" anak Raja Arab Saudi tapi pelaburan orang individu. Nyata surat itu surat palsu.

      Aku sokong siapa kata Najib penipu, pengsonglap dan macam macam lagi. Rakyat dah bosan dengan dia dan UMNO. Kalau dia tak undur atau di gantikan, UMNO akan lingkup di PRU14.

      Delete
    2. Dia kipala siutak letak kaki. Dia kasi biasiswa kpd Cina, kaum yang terkaya di negara ini berpuluh tahun. Yang ada beratus jutawan Cina beri derma untuk biasiswa dll. Hingga UTAR tak mahu terima RM30 juta derma utk biasiswa dll dari jurutera jutawan Cina sabelom PRU13.

      Delete
    3. Ya itu benar 5:58.

      Satu contoh terbaik, ketika kempen PRU 13 dah nak last kopek, Najibul Bullshit bukan main lagi makan besar dgn puak Cina Penang, siap dgn slogan "IM4U" & "I Luv PM" berkibar megah serta hiburan glamour gangnam diimport dari Korea. Lepas tu dia dibuai tinggi melambung dgn gelaran "Ah Jib Ghor". Tahu2nya, tak lama dia tersungkur rebah bila kaum Cina seluruh negara menolak BN. Untung masih ada Melayu (termasuk Tun Mahathir, saya & rakan2 seperjuangan) yg masih totok mengundi BN ketika itu. Itupun tak serik2, masih nak pakai baju tradisional Cina dan main tanglong pulak tu. BINAWE betul si Najibul Bullshit nie.......!!!!!!

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...