Sunday, April 17, 2016

NIAT JIHAD

☆السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ☆
PEDOMAN
Dari segi bahasa, jihad membawa pengertian berjuang berhabis-habisan untuk meningkatkan sesuatu matlamat. Oleh itu, istilah jihad fĩ sabĩlillãh memberi pengertian satu perjuangan dengan pelbagai cara di jalan ALLAH.
ALLAH SWT  berfirman:
ﺇِﻧَّﻤَﺎ ﺍﻟْﻤُﺆْﻣِﻨُﻮﻥَ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﺑِﺎﻟﻠَّﻪِ ﻭَﺭَﺳُﻮﻟِﻪِ ﺛُﻢَّ ﻟَﻢْ ﻳَﺮْﺗَﺎﺑُﻮﺍ ﻭَﺟَﺎﻫَﺪُﻭﺍ ﺑِﺄَﻣْﻮَﺍﻟِﻬِﻢْ ﻭَﺃَﻧْﻔُﺴِﻬِﻢْ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِﺍﻟﻠَّﻪِ ﺃُﻭﻟَﺌِﻚَ ﻫُﻢُ ﺍﻟﺼَّﺎﺩِﻗُﻮﻥَ۞
Ertinya:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada ALLAH dan Rasul-NYA, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan ALLAH, mereka itulah orang-orang yang benar”.
(Al-Hujurat: 15)
Jihad boleh dilakukan melalui kata-kata, ilmu, penulisan dan ekonomi adalah amat sesuai apabila dilihat kepada keadaan dan situasi yang ada pada alaf kini.

11 comments:

  1. Aku nak gomen jihadkan kikis korapsi di negara ini. Aku tau, tak boleh kikis habis sebab korapsi macam pelacuran dah timbul sejak ada aje lebih dari dua manusia dalam dunia. Kikis sebanyak yang boleh, jadi lah. Asalkan jihad.

    Tapi macam mana nak jihad di bawah Najib? Dia pakai tangan ghaib tukarkan Gani Pattail, gantikan dengn Pandi yang tak lama kemudian kata Najib tak bersalah pasal RM2.6 bilion tuh.

    Dahtu, tangan ghaib lagi tukarkan dengan serta merta tempat kerja pegawai pegawai tinggi SPRM dan PDRM yang menyiasat 1MDB.

    Kena sembahayang hajat nampak nya kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan RM2.6 bilion, Bang. Sebenar nya RM4.2 bilion masuk ekaun2 Najib. Bukan dari Arab Saudi aje, ada 5 punca semua nya. Baca lah

      https://jebatmustdie.wordpress.com/2016/04/16/saudi-foreign-minister-what-was-asked-and-what-he-had-answered/

      Delete
  2. Amat lah betul " orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada ALLAH dan Rasul-NYA"

    Bukan kapada duit. Bukan kpd RM2.6 bilion ke RM4.1 bilion ke yang Mister Cash Is King buat.

    ReplyDelete
  3. Mari kita Jihad melalui kata-kata, ilmu dan penulisan di sini.

    Buangkan si najib yang buat tak tentu arah hingga 1MDB terhutang RM50 bilion. Tanah 500 ekar bekas Lapangan Terbang Sg Besi tak tahu apa nasib nya. Sepatut nta 30% tuh untuk Bumiputera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana najib kisahkan hak dan kepentingan Melayu - DEB pun di senyapkan nya. Bongkok ke belakang nak ngampu Cina tapi kena Tsunami Cina. Tak usah harap jihad dari Ah Jib Gor le.

      Delete
  4. Masalah nya niat dengan perlaksanaan selalu berbeza. Di kalangan politikus, lagi teruk.

    Itu pasal banyak tak betul di negara ni. 1MDB lah, RM2.6 bilion lah, RM4.2 bilion lah.

    ReplyDelete
  5. engkorang ni bukan jihad... jahat... percaya kepada fitnah ... percaya pada madey penfitnah politikus terhebat seantero dunia.... spin lah lagi sampai berpinau ... move on lah woi.... go fly kite !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau tak payah fly kite. Kau pergi jumpa Anwarul Al Juburi ata Azmin Ali dalam toilet.

      Delete
  6. 20kg beras utk setiap hardcore 'FAMILY' di Sarawak di bawah program bla..bla..

    Jihad dorang lagi dahsyat.

    Hina betul rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu yang dapat banyak dedak dari Najib cakap dahsyat families di Sarawak dapat 20 kg beras. Tak mau tolong Jibo pun nak menang safe deposit di Sarawak secara "convincing".

      Delete
    2. Apa lah 20 kg beras banding dengan RM4,200 juta yang masuk ekaun bank Najib.

      Kasi menang Sarawak besar besaran, lepas itu gantikan dia sebagai Presiden UMNO.

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...