Thursday, October 3, 2013

BERBISA BEB...Hadi bidas ulama selepas tengok cermin..


Hadi dah tengok cermin, dah insaf agaknya untuk menerima hakikat betapa bersepah ulama palsu, ulama penipu, ulama bernafsu, ulama tertipu, ulama berkepentingan, ulama melacurkan ugama dan lebih jahat ulama bersekongkol dan berpakatan dengan musuh Islam untuk memusnahkan Islam sendiri.

Hadi tak perlu pandang jauh, tengok cermin ?

..............


SHAH ALAM – Pas kesal dengan pendirian beberapa pemimpin negara Islam yang seolah-olah ‘mengiktiraf’ kerajaan interim Mesir di sebalik ucapan tahniah yang diungkapkan biarpun mengetahui kejayaan itu dicapai secara rampasan kuasa.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keadaan itu diburukkan lagi apabila golongan ulama turut bersekongkol dengan pemimpin terbabit yang kononnya menyokong kehendak rakyat.
Sedangkan kata Abdul Hadi, dalam masa yang sama, individu berkenaan turut menyokong tindakan zalim kerajaan tentera terbabit sedangkan Presiden Mesir, Mohamed Mursi yang dipilih secara sah oleh rakyat secara demokrasi pada pilihan raya lalu.
“Malangnya ada kalangan ulama dan pemimpin agama yang menjadi pelakon tambahan.
“Ada pula negara Arab yang mengucap tahniah mengiktiraf drama bohong ini adalah benar dan adil, sehingga lupa serban di kepala. Mereka lupa mereka berada paling hampir dengan Kaabah, sedangkan negara Barat sendiri masih berhati-hati membuat kenyataan.
“…ada kalangan yang menggunakan bahasa Al-Quran mengucap tahniah bersama-sama pemimpin negara Israel kerana kejayaan rampasan kuasa menggulingkan Presiden Mesir daripada kumpulan Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Khamis lalu, tentera Mesir akhirnya menumbangkan Mursi sekali gus mengumumkan pelan tindakan masa depan politik negara ini yang bakal dilaksanakan oleh sebuah jawatan kuasa perdamaian nasional.
Menurut anggota kanan Ikhwan Muslimin, Mursi kini berada di bawah tahanan tentera.
Sementara itu, dalam kejadian bantahan yang berlaku ekoran penggulingan Mursi sejak 30 Jun lalu, sekurang-kurangnya 35 maut manakala lebih 1,000 cedera.

Wednesday, October 2, 2013

RAHSIA TERBONGKAR: DAP lebih suka Najib jadi PM....

Perkara ini telahpun dihebohkan dalam kebanyakan blog-blog perdana cuma dalam tajuk yang perlbagai.

Sesuatu yang menarik tindakan mukhriz selari dengan MB Terengganu tetapi sangat bertentangan dengan KJ dan Najib.

Jadi adakah wajar atau mungkinkah Najib akan tegur Mukhriz ???

KJ juga mungkin menegur Mukhriz sepertimana dia pernah menegur Zahid !

Itu yang lebih menarik.



“Umno members have the authority to determine who will be the leaders. As such, they should take into consideration the views of people from outside Umno.
“If they only see the interests of Umno, there is a huge possibility that they may make the wrong choice and this may result in the defeat of Umno and the Barisan Nasional (BN) in the next general election,”- TUN MAHATHIR

Apakah itu bermaksud antaranya Mahathir tidak setuju dengan pendirian Mukhriz?








Tuesday, October 1, 2013

Siapa yang imamkan solat jenazah Tun Abd Razak..

Mukhriz adalah antara pemimpin yang sarankan UMNO menubuh satu badan ulama di dalam UMNO untuk tangani beberapa isu ugama dan khusus sebagai penasihat kepada UMNO untuk terus berada di landasan yang betul dalam perjuangan. selanjutnya dari umno pulau pinang mencadangkan ulama tersebut wajat berstatus naib presiden.

Setakat ini sejauh mana UMNO mengambilkira saranan tersebut. Sejarah menunjukkan UMNO hanya berkokok sebagai pejuang ugama ketika hampir menjelang pilihanraya untuk bersaing dengan PAS semata-mata untuk meraih undi. Hipokrik UMNO sama taraf dengan PAS. Keikhlasannya di mana?

Dalam satu tahap Niz Aziz sinis menyatakan UMNO banyak mendirikan masjid tetapi orang PAS yang banyak mendirikan solat di dalamnya? Jom kita tengok perbezaan makmum di Kelantan dengan Johor setiap kali solat 5 waktu?

Tidak dinafikan UMNO menyumbang banyak perkara dalam perlaksanaan Islam di Malaysia sejak merdeka tetapi perkembangannya sangat perlahan berbanding dengan lain-lain kemajuan dan kini dalam keadaan UMNO sudah gersang kuasa, kelalaian mereka berterusan.

Sebagai contoh - erajaan sanggup mengeluarkan beratus slogan dan menghabiskan duit ratusan juta untuk macam-macam kempen tetapi mungkin terlupa untuk buat kemepen Jom Ke Masjid? Pernahkah buat walau sekali? Mungkin perkara ini kecil kepada sesetengah orang tetapi kalau kecil pun UMNO tak boleh buat secara sampingan bagaimana yang besar? Memadai ke Bank Islam dan Tabung Haji sebagai contoh yang sudah basi.


Anak bini pemimpin UMNO hari ini majoritinya disajikan dengan kekayaan dan kemewahan, tidak menutup aurat dan mereka mewarisi harta kekayaan milik rakyat? Betul ke bohong? Biarlah orang UMNO sendiri menjawab, tak perlulah lihat kepada Nazri atau KJ, lihatlah ketua cawangan anda sendiri, lihatlah Ketua Bahagian anda sendiri. Bagaiamana sesetengah dari mereka dalam masa 4 tahun menjadi wakil rakyat dan ketua bahagian boleh memiliki 5 buah rumah yang asalnya satu? Mahukah anda saya senaraikan nama-nama tersebut?

Semasa Tun Abdul Razak meninggal dunia, siapakah yang sembahyangkan jenazah Tun, nak tahu? baca di bawah...




Sinar Harian melaporkan, lebih 5,000 orang membanjiri pekarangan Kompleks Pas Pokok sena untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham sebelum jenazah dibawa untuk dikebumikan Khamis lalu.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan tiga kali pada hari itu; kali pertama di Masjid Nurul Ihsan dengan diimamkan anak keempatnya, Izzat Izzatul Islam.

Setiba di Muassasah Darul Ulum, jenazah sekali lagi disembahyangkan dengan diimamkan anak sulungnya, Wassim Humaidi, manakala sembahyang jenazah kali ketiga diimamkan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Harun Din, di tempat yang sama.

Cerita Panas!!! Lebai PAS Tidur Di Masjid Sehingga Terkeluar Air!!!? - monolog






(Satu hari di Masjid Rusila-Pandang dari sudut politik)
Aku search “Ustaz Azhar Idrus tidur masjid”,  dengan niat mencari ceramah dari ustaz PAS tentang adab tidur di masjid. Apa yang aku jumpa?, “hokum tidur telanjang..” dan“hokum tidur berbogel”.. serta ceramah lawak tentang kesalahan dalam tidur laki bini, Adohai.. 

Jadi di kesempatan ini aku nak Tanya orang PAS yang suka baca blog aku, Ada tak korang jumpa ceramah dari ustaz PAS tentang adab tidur dalam masjid? 

Sebab semalam aku di ajak oleh kawan beriktikaf di masjid Rusila Terengganu dekat rumah Haji Hadi (Macam baik sangat aku ni iktikaf pun nak cerita kat blog- pergi mampos- adohai). Bila sampai sana, ramai orang PAS yang tidur tanpa alas apa apa, ada yang meniarap, ada yang kaki terjulur pada Al quran.., ada yang muka tersembam pada karpet dengan mulut terbukak.. Adohai.. 

Nampaknya Haji Hadi atau Ustaz Azhar idrus kena bagi tarbiah sikit kat pemuda PAS agar lebih menjaga kebersihan masjid. 

Aku ikhlas menegur, sebab masjid ni rumah Allah, makanpun Nabi ajar kena ada saprah(alas), apatah lagi tidur di masjid, jika korang nak tidur sekejap aku tak kesah, tapi aku sampai jam 12 malam, korang dah tidur tanpa alas apa apa dengan cara meniarap muka ke karpet, aku bangun jam 3 pagi, korang masih tersembam kat situ, macam mana tu? Adohai..,  korang tak tahu ke bila tidur macam macam cecair boleh keluar seperti air liur basi, air mani, air kencing dan air tulang belakang, tak ke mengotorkan masjid? 

Bila aku mengadu kat sorang brader yang belum tidur, boleh pulak dia cakap, orang UMNO lagi teruk, langung tak datang iktikaf, Woha! 

Nasihat aku, Hentikanlah sikap membandingkan diri dengan orang yang lebih rendah dari kita terutama bab agama, contoh penyanyi yang pakai seksi bila di tegur, tak elok kakak menyanyi dengan pakai baju seksi, boleh pulak penyanyi tu jawab macam orang PAS di atas, Pelacur lagi seksi dik.., akak seksi tapi tak berzina, Hampeh! 

Tepuk dahi! Zaman dah terbalik, nak maju dalam agama, orang PAS kena bandingkan diri dengan sahabat Nabi, bukan dengan orang UMNO atau sape sape zaman ni, baru agama boleh maju, adohai.. 

Lagi satu Masjid Rusila tak di design untuk ibadat iktikaf yang mana jika nak mengaji, bila bukak lampu akan mengganggu orang yang sedang menangis dalam bertahajjud, atau berzikir dalam gelap, patut ada lampu yang mana sumbernya terlindung dan cahaya hanya menuju pada pembaca Al quran, boleh rujuk design di Masjid Seri Petaling jika nak tiru. 

Alhamdulillah, jam 3 pagi ramai orang kampong datang solat qiayamulai kat situ, maka wujudlah suasana ummat islam mencari lailatul qadar dengan niat ihtisab, Alhamdulillah.. 

Semoga dalam tahajjud pemuda PAS di Rusila, ada terselit jua akan doa dengan air mata mendoakan hidayat kepada UMNO dan semua ummat islam di seluruh dunia agar semua ummat islam bersatu dan dimuliakan.

Akhir kata, jika korang ada terjumpa ceramah dalam FB atau blog dari Ustaz PAS tentang adab tidur di masjid, bolehlah print dan tampal di Masjid Rusila. Insya-Allah. 






Gempar!!!! Surat Puaka Buat Pemimpin Pas - satu monolog


Hari ini dan sebelum ini Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin tertinggi lain dalam PAS termasuk penceramah upahan PAS lebih gemar mengaitkan cerita-cerita palsu seperti yang ada tersebut di dalam kitab-kitab yang pernah mereka baca di mana kitab-kitab itu di tulis beribu tahun lamanya setelah Rasulullah s.a.w. kita wafat.

Kebanyakkan kitab-kitab itu adalah merupakan pendapat penulis yang bergelar ulama di zaman itu yang berkesesuaian hanya di zaman itu sahaja, dan kitab-kitab itu pula tidak bersumberkan Al-Quran atau Hadis Rasulullah atau kedua-duanya sekali.

Sebagai contoh mudah, di zaman itu penulis mengagung-agungkan Kapal Nabi Nuh a.s., dan hingga kini ulama-ulama palsu di seluruh dunia termasuklah ulama PAS tidak terlepas daripada menghuraikan satu persatu mengenai kapal Nabi Nuh itu seolah-olah mereka tahu segala-galanya, dan banyak masa dihabiskan begitu sahaja. Kisah Nabi Nuh itu memang ada di sebut dalam Al-Quran di Surah Hud mulai Ayat 25 hingga Ayat 49.

Kemajuan dunia mengatasi segala-galanya. Kita masih bercakap kisah kapal Nabi Nuh sementara orang kafir pula maju ke hadapan dengan bercakap kisah “kapal boleh terbang” dan “kapal boleh menyelam”. Apabila hendak ke Mekah atau Madinah atau distinasi lain terpaksalah kita menaiki kapal terbang yang dibuat oleh orang bukan Islam. Kita masih bergaduh sesama sendiri dalam politik.

Bab bercakap, ulama-ulama palsu di Kelantan memang pandai, pandai sungguh. Dulu, apabila Tentera Jepun mendarat di Kelantan di akhir Perang Dunia Ke 2, ulama-ulama kita terpaksa melutut meminta bantuan daripada Kerajaan British dan sejarah itu sangat panjang. Bunyi sahaja Islam tetapi tidak ke mana-mana pun.

Ringkas, di zaman penjajahan Jepun ulama-ulama hanya memerhatikan sahaja anak-anak gadis Melayu dirogol hingga sepuas-puasnya oleh tentera Jepun. Ulama-ulama ketika itu tidak boleh berbuat apa-apa kerana tiada ilmu untuk melawan mereka. Yang kena bunuh tak usah cakaplah.

Hari ini, setelah negara aman hasil perjuangan UMNO bersama Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan Polis Di Raja Malaysia maka muncullah ramai manusia mengaku ulama-ulama PAS, atau mengaku ustaz-ustaz PAS dengan berkata perjuangan PAS adalah untuk Islam, dan perjuangan UMNO adalah untuk memisahkan agama daripada politik, dan bermacam-macam lagi. Pandai sungguh ahli tabligh PAS itu.

Saya berpendapat, daripada pergi ke ceramah PAS adalah lebih baik seseorang itu pergi ke masjid atau surau, dan selepas solat Isyak adalah lebih baik menghabiskan masa membaca Al-Quran hingga ke jam 12 malam. Lagi banyak pahala yang kita dapat daripada pergi ke ceramah PAS, silap haribulan dapat dosa kerana mendengar cacian untuk memburukan seseorang itu, lebih-lebih lagi memburukan pemimpin negara.

Di Manek Urai sempena PRK pada tahun 2009 terdapat banyak papantanda bersaiz besar menunjukkan Nik Aziz yang memakai serban seolah-olah ulama tulin sedang berdoa, dan di papantanda itu ada tulisan UNDILAH PAS berserta tulisan Ayat Al-Quran Surah Al-Hijr Ayat 46 berserta dengan maknanya: masuklah kamu ke dalamnya (syurga) dengan selamat sejahtera serta beroleh aman.

Huraian kepada Ayat tersebut ialah di akhirat kelak malaikat mempersilakan orang-orang beriman supaya masuk ke syurga dengan rahmat Allah, dan bukannya mempersilakan Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS serta semua penyokong-penyokong PAS, atau pengundi-pengundi PAS supaya masuk ke syurga.

Sebagai orang Islam, penulis rasa amat malu sekali apabila melihat papantanda itu. Kejinya seorang yang mengaku ulama untuk meraih sokongan murahan daripada pengundi Manek Urai melalui papantanda itu. Jika ya! pun nak cari glamour, carilah jalan lain, tak payahlah guna Ayat suci Al-Quran.



Siapa masuk syurga. Syurga, neraka, rezeki, hidup, mati dan lain-lain adalah hak mutlak Allah s.w.t. Dalam Al-Quran di:

Surah Al-Baqarah Ayat 214 bermaksud: Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum sampai kepada kamu ujian dan cubaan seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bertanya: bilakah datangnya pertolongan Allah? Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah.

Huraian 1 : Macam mana Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS serta penyokong-penyokong PAS boleh masuk syurga? Mereka itu bukanlah golongan orang-orang yang bersabar, pegang dan kibar bendera DAP yang terang-terang menentang penubuhan negara Islam, nobatkan orang kafir yang makan daging babi 3 kali sehari sebagai Khalifah Umar Bin Abdul Aziz, bakar lilin dan anggup kepala ikut telunjuk sami Buddha di majlis memperingati kematian Teoh Beng Hock, keluar kenyataan boleh berkawan dengan syaitan, dikatakan Allah mencarut, dikatakan jika Rasulullah masih hidup tentulah Baginda seronok melihat negeri Kelantan di tadbir urus dengan baik sesuai dengan mengikut Islam, tidak diminta pun dilahirkan sebagai orang Melayu (melanggar Ayat 1 Surah Faatir – ciptaan Allah) dan lain-lain lagi.

Huraian 2 : Sebenarnya Nik Aziz dan pemimpin tertinggi lain dalam PAS sangat bernasib baik kerana dicipta Allah dan dilahirkan dalam lingkungan bangsa Melayu, dan jika Allah cipta mereka itu dan dilahirkan dalam lingkungan bangsa Siam tentulah sekarang Nik Aziz itu barangkali berwajah lain, mungkin juga berjubah kuning pinang, dan kekal dalam neraka kerana mati di luar Islam.

Di Kelantan negeri Membangun Bersama Islam tidak popular jika mati dalam Islam. Mati yang sangat popular di Kelantan ialah mati dalam PAS. Masya’Allah, apalah nak jadi kepada kebanyakan orang-orang Kelantan termasuklah keluarga saya sendiri.
http://www.budakbenteng.com/2013/04/gempar-surat-puaka-buat-pemimpin-pas.html 6/4/13

Monday, September 30, 2013

Zairil akan bantu Melayu

 KEMASKINI:
Kalau zairil tak akan tolong Melayu aku tak hairan sangat, bila ada Melayu nak bunuh Melayu - itu dasyat sangat - UMNO lebih memalukan  http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/10/najib-pilihan-umno-batal-semua-jawatan.html

 .........................

istilah 'melayu' bagi DAP ialah asalkan namanya didaftar atas nama 'melayu' maka itulah melayu tanpa mengira dia keluar dari lubang mana, tanpa perlu tahu siapa bapa dan emaknya - itulah 'Melayu DAP' kayu.

Jadi 'zairil' itu adalah melayu DAP kayu.

sudah tentu kita tidak memusuhi zairil kerana namanya zairil kecuali dia memusuhi kita, tidak juga kerana dia melayu dap kayu, malah wajib kita menerima dia sebagai saudara seugama. yang kita tidak suka dan tidak dapat terima ialah DAP menjadi penipu dan pembohong dengan menyatakan zairil 'melayu dap kayu' itu adalah sama dengan melayu seperti yg dimaksudkan dalam perlembagaan.

lebih jelas kenapa melayu seperti yg dimaksudkan dalam perlembagaan tidak diberi tempat yg sewajarnya sebaliknya tempat itu diisi dengan melayu dap kayu - lebih penipu lagi DAP mengaku dia bersikap adil pada semua bangsa. Dengan hanya membela dan memberi makan dan tempat kpd beberapa ekor anjing hitam untuk kuat menyalak maka DAP menghebahkan semua anjing telah dijaganya dng baik.

agaknya apa pula melayu dap kayu akan hulurkan peluang kpd melayu - mungkin tukang cuci jamban kandang babi, syabas !!!!

Rakyat perlu diberi pilihan dalam PCA

kerajaan wajar memberi kelonggaran, pengecualian dan pilihan kepada rakyat untuk adil dan dilihat adil.

mana2 rakyat yg tidak setuju dengan PCA perlu mengisi borang dan daftarkan di balai polis berdekatan. mereka jika mendapat apa2 ancaman jenayah atau melakukan apa2 jenayah akan dilayan dibawah undang2 yg sedia ada.

ini juga membawa pengertian bahawa penjenayah juga atau sesiapa yg mempunyai niat jenayah terancang wajar untuk tampil mendaftar utk mendapat pengecualian.

bagi yg tidak mengisi borang dan mendaftar dengan mana2 balai polis secara otomatik akan dilindungi dibawah PCA.

bukankah ini adil dan dilihat adil dan sesuai dengan selera pembangkang.

Sunday, September 29, 2013

DAP akan lebih cemerlang dng setiausaha agung baru

KEMASKINI
Seperti yg dijangkakan, walaupun tercorot, dng rasa tak malu, lim guan eng kekal sebagai setiausaha agung dan liew chin tong yg mendapat undi terbanyak hanya pegang beberapa jawatan kurang penting. ini bererti KM pulau pinang hanya bertaraf 2 bintang dan kurang cerdik di hiraki parti. jadi janganlah menaruh haran tinggi pada lim guan eng untuk pandai matematik, pandai bahasa dan baru2 ini cuba pandai hartanah.

elok sangat jawatan setiausaha agung dlm dap ditukar perlembagaan kpd dilantik oleh anak beranak, fungsi undian tidak penting lagi.


kpd melayu yg tidak terpilih langsung (zairil tu 200% china) jangan salahkan perwakilan kerana 'nilai melayu' dalam dap memang haprak, kalau masih nak kekal di situ, jadilah hamba abdi seumur hidup.

...........................
adalah sesuatu yg ajaib bin mustahil jika lim guan eng a/k lim kit siang berundur dari jawatan setiausaha agung dap kpd liew chin tong yg menang undi terbanyak dalam pemilihan cec 29hb september.

dipercayai lim guan eng adalah setiausaha agung seumur hidup yg tidak boleh dicabar dan adalah wajar dia terus kekal sebagai tanda terima kasih dan penghargaan ke atas kerja kerasnya selama ini hingga mencipta kejayaan tersendiri termasuk menawan pulau pinang dengan menyuburkan fahaman rasis dan anti melayunya,


Bagaimanapun jika ditakdikan lim guan eng diundurkan dan liew chin tong dilantik sebagai setiausaha agung baru adalah dijangkakan DAP akan lebih cemerlang dan maju malah dijangkakan lebih ramai melayu akan berpusu menyertai DAP terdiri dari mereka yg kecewa, terpinggir dan tidak mendapat tempat di umno, pkr dan pas.

selagimana lim kit siang anak beranak menantu terus manguasai DAP selagi itu lah parti tersebut kekal sebagai racist, anti-melayu dan dicop 'kalau-tak-tipu-bukan-cina-namanya' (KTTBCN) dan sekaligus impian karpal untuk menguasai putrajaya selagi belum gol tidak akan tercapai.

Tanpa sokongan melayu DAP tidak akan kemana dan sudah tentu Zairil bukanlah melayu sekarang dan selamanya.

kempen bisu boleh tak?

pemilihan semula hampir keseluruhan muka sama jawatankuasa cec dap menunjukkan pemilihan lepas masih dalam lengkongan betul dan bersih sesuatu yg sukar diterima oleh anti dap sekaligus menutup mulut para blogger umno yg saban hari menghidangkan menu busuk dap.

hello bro..apa sudah jadi ?????

yang kini akan jadi bahan ketawa rakyat ialah kempen pertandingan umno 'yang calon pusat tidak boleh turun berkempen' kecuali yg diaturkan oleh pusat. satu hukum rimba yg memberi kelebihan kpd calon yg berjawatan dalam kerajaan yg membuat pelbagai program kerajaan dan turun dng serampang dua mata. apa salahnya calon dibenarkan membuat program berjadual dan perlu memberi notis kpd urusetia seminggu lebih awal malah akan disiar umum kpd semua di mana calon lain juga boleh turut serta dlm program tersebut, urusetia boleh menghantar pemantau dlm setiap program tersebut.

aku percaya banyak lagi deretan rungutan akan berlaku menjelang sebelum dan selepas pertandingan terutama di awal ini pun sudah ada yg sumbang seperti calon yg di endorse dan sebagainya.

di alu-alukan kpd mana2 pihak untuk mengekalkan hishamuddin tetapi tidaklah perlu sampai menafikan peluang calon lain, tidak perlulah mana2 negeri atau bahagian mengistiharkan sokongan kpd mana2 calon atas sikap kenegerian cetek. pujian harus diberi kpd sikap keterbukaan umno sabah yg memberi kebebasan kpd ahlinya untuk memilih.

apapun banyak lagi dalam kain umno yg terlondeh selepas ini jika apajuga permainan kotor terus dijalankan dan direstui !!!!

SENJATA KHAS TENTERA MALAYSIA

Sudah sampai masanya Kementerian Pertahanan dan tentera kita memiliki alat canggih dan kelengkapan tentera yang termaju dan boleh digunakan bila-bila masa tanpa teragak-agak

Ini juga melengkapkan sistem amaran di mana kuasa memberi amarannya boleh dibuat berkali kali kepada pihak musuh.


Alat ini juga boleh membantu pihak tentera mencari musuh sampai ke lubang cacing. 

Semua ini pasti terlaksana jika Hishamuddin dikekalkan tanpa teragak-agak oleh perwakilan tanpa emosi  sebagai menteri Pertahanan selepas berjaya mempertahankan Naib Presidennya di dalam UMNO.



Pengarah Siasatan Jenayah (CID), Datuk Hadi Ho Abdullah hari menggelar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai SENJATA KHAS Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani jenayah sambil melabelkan menteri itu tegas dan adil.

Hadi berkata, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri adalah satu-satunya menteri yang sanggup memikul tanggungjawab dan bekerjasama bersama PDRM dalam menangani jenayah.

"Ahmad Zahid adalah seorang menteri yang tegas, adil dan berani memikul tanggungjawab berhadapan situasi jenayah negara.

"Beliau selalu mengingatkan PDRM supaya selalu bersikap rabun warna dalam menyiasat sesuatu kes jenayah.

"Pendekatan yang diambilnya mampu mengukuhkan PDRM selain dibekalkan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dinamik," katanya ketika membentangkan kertas kerja pencegahan jenayah di Putrajaya hari ini.

Saturday, September 28, 2013

PERCAYALAH KEPADA DAP - TAK TIPU PUNYA

Ada ke penipu 
muka macam ni ? >>>

Inilah bakal pemimpin negara, semua ada Cina, India, Melayu..
Biasanya muka penipu lebih hensem 



We are in a state of crisis because we are a victim of our own success. In the 47 year old history of the DAP, never has the party achieved such huge electoral successes as in the 13thGeneral Elections. We have won seats from Kedah to Sabah with 38 parliamentary seats and 107 state seats and is now the second largest political party in Malaysia. - MENANG KERANA RASIS DAN UNDI MELAYU YANG MUNAFIK

DAP Malay warriors like Ahli Parlimen Bukit Bendera Sdr Zairil Khir Johari, Ahli Parlimen Raub Dato’ Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz, ADUN Mentakab Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji and our first Kadazan ADUN from Kepayan Dr Edwin Bosi, -ADUN Sabai Kamache Doray Rajoo and ADUN Rahang Mary Josephine Prittam Singh. INI KUDA YANG SEDANG DITUNGGANG

DAP upholds truth and justice. When there was a technical glitch that resulted in the wrong candidate being elected to the Central Executive Committere(CEC) during the DAP National Congress in December 2012 in Penang, we immediately corrected and reported it publicly. The corrected results were even verified by an international accounting firm. - BAGI LAPORAN KEPADA ROS MINIT TERAKHIR, TU PUN TAK LENGKAP.

We can not to give the ROS any excuse or pretext to take harsher action of deregistering the party. DAP just simply can not afford to risk the party being “banned” even for one day. I would like to take this opportunity to thank the members of the 2008 and 2012 CECs for their wisdom and perseverance. I would also like to thank the national delegates and the rank and file members of DAP for their understanding and continuous commitments to the party, and their support for the leadership TAK TIPU BUKAN CINA NAMANYA.

The lack of new ideas in UMNO can be seen by the revival of draconian laws such as detention without trial  RAKAN PENJENAYAH

And yet the lies continue. The ROS still claims that 753 delegates were not notified to attend the previous National Congress in Penang. DAP Parliamentary leader has sued Utusan Malaysia for such lies and Utusan will shamelessly withdraw and apologise to him and the DAP as they have done so repeatedly previously. BARU SAMAN DAH BUAT KEPUTUSAN SENDIRI, MENDAHULUI MAHKAMAH. MANGKUK HAYUN PUNYA CINA.

BN has relied on UMNO’s 4M model of control of the mass media, government machinery,money and Mahathir politics of racial and religious extremism. BN will lie to hide their corruption, cronyism and abuse of power. If they can not use money to buy you, then they will use threats and violence. If that does not work then they will use hate to define us and then rely on fear of the minority races and DAP as the objects of hatred.- DAP MENGAKU MAHATHIR PEJUANG MELAYU TULIN, SANGAT BIJAK DAN DIGERUNI.

Sixthly, we must adhere to DAP’s concept of Middle Malaysia – the politics of moderation and inclusion. We would like to reiterate that The Shah Alam Declaration adopted at the National Conference in January 2012 committed the DAP to uphold the Federal Constitution in particular:-
• Upholding the system of Parliamentary Democracy and the Malay Rulers,
• preserving the special position of the Malays and Bumiputeras while protecting the legitimate rights of other races,
• safeguard the position of Islam as the religion of the Federation while simultaneously upholding the freedom of other religions,
• accepts Bahasa Melayu as the official and national Language while encouraging the use and study
of English and mother tongues,
• recognise Sabah and Sarawak as equal partners in the Malaysian Federation.
GULA-GULA YANG DITABURKAN UNTUK MENUTUP KUKU SEBENAR MEREKA.

Ucapan atau manifesto bukan satu perjanjian - tak tepati bukan satu kesalahan.

MUKHRIZ BOLEH KALAH SECARA TEKNIKAL

UMNO berada dalam satu kedudukan yg paling merbahaya dan boleh musnah dengan perpecahan yg lebih besar jika sistem, proses dan kaedah pengiraan undi yg telus, dan menepati matlamat tidak tercapai.

lebih memburukkan lagi jika ada unsur teknikal berat sebelah atau penipuan dikesan samada secara langsung atau tidak langsung.

semua ini boleh dijangka berlaku kerana perebutan dan kerakusan politik tidak kenal kawan dan lawan, tiada sempadan.

bolehkah manusia bernama ku nan dapat membeza dan mengasingkan dirinya atau diri mereka dari pelbagai jawatan kpd fungsi dan jawatan sebenar. bolehkah mereka kelak menerima apa yg mereka endorse tidak akan sama dengan mereka dan boss mereka endorse ?

jika kemenangan seseorang calon di sesuatu bahagian mendapat 1 mata, bagaimana pula dengan calon yg mendapat jumlah undi terbanyak di seluruh malaysia tetapi masih gagal kerana tidak mendapat point. jumlah perwakilan tidak akan sama antara satu bahagian dengan satu bahagian.

ambil contoh 3 bahagian:

bahagian A - mamat mendapat undi 99, abu mdapat 98, ali dapat 90 - mamat dapat 1mata

bahagian B - mamat dapat undi 100, abu dapat 800, ali dapat 600 - abu dapat 1 mata

bahagian C - mamat dapat 800 undi, abu dapat 750, ali dapat 790 undi - mamat dapat 1 mata

keputusan:
mamat 2 mata - menang
abu 1 mata - kalah
ali 0 mata - kalah

jom kita kira jumlah undi keseluruhan:
mamat - 99 + 100 + 800 = 999
abu - 98 + 800 + 750 = 1648
ali - 90 + 600 + 790 =  1480

siapa sebenarnya yang perwakilan mahu dan patut menang? SUARA AKAR UMBI TEWAS PADA TEKNIKAL.

Jika pengiraan di atas digunapakai untuk jawatan Presiden dlm pertandingan 3 pejuru - agak2nya sejauhmana penerimaan ahli umno terhadap mamat yg menang secara teknikal tetapi mendapat undi tercorot.

bolehkah ahli umno tetima mamat sebagai presiden dan rakyat malaysia terima mamat sebagai perdana menteri - jangan marah kalau mat sabu jinjing buat lawak satu malaysia dan apapula pandangan antarabangsa?

UMNO HARUS BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT.

umno johor main wayang dng hisham..

atas faktor kenegerian hisham akan disokong mati-matian oleh umno johor dlm mempertahankan jawatan naib presidennya! - itulah lebih kurang laporan rumusan yg berdendang di negeri johor, tidak pula diketahui ini sekadar wayang atau utk menyedapkan hati hisham.
kena diingat, sejarah telah menunjukkan umno johor tidak penah memberi sokongan padu pada pada mana2 calonnya sejak zaman musa hitam, muhyiddin dan tidak mungkin juga untuk hisham..

kalau umno johor solid di belakang hisham kenapa pula dia menyelit gelojoh berseorangan dlm program 100% wanita di kluang baru2 ini yg turut dihadhiri shahrizat ! kenapa perlu sampai ke tahap itu? malah mungkin kehadhirannya menjejaskan kredibiliti shahrizat untuk tetus kekal sebagai ketua wanita.

sesuatu yg hisham kena tahu, tidak semua kehadhirannya diperlukan dlm keadaan masing2 sdg menyelamatkan diri lebih2 lagi bagi kapal yg bocor atau sarat, tambah sorang penumpang pun mampu menenggelamkannya terus.

mana tangan zahid dan shafie sepertimana yg digenggam erat pada hari pendaftaran calon di pwtc?

Friday, September 27, 2013

pau umno hampir capai taraf cec dap..

ku nan sudah bayangkan pau umno akan sama taraf dengan cec dap dan lebih utama dia pun sama penting mcm lim guan eng, keua-dua mereka setiausaha yg cukup berpengaruh.

siapa yg perlu diundi, siapa yg perlu dipilih sekarang bukan rahsia lagi, kalau sebelum ini najib 'sukar dibaca' - sekarang ini tidak lagi, ku nan rubberstamp terbaik?

.........

ini tips kalau salah cakap.

1. kumpul sebanyak mungkin jawatan dan pangkat
2. kalau salah cakap - boleh buat alasan bukan atas kapasiti setiausaha, tetapi atas kapasiti ketua cawangan.
3. kalau penjelasan itu tidak memuaskan, terus pusing cakap, itu pandangan peribadi...
4. boleh minta pihak lain juga, timbalan presiden utk mengesahkan itu pandangan peribadi...
5. boleh tambah juga, saya bercakap dalam jamban sendirian, wartawan yg salah dengar, salah petik.


ITULAH WAJAH TUA UMNO SELAMANYA

Thursday, September 26, 2013

kompromi VP yg lebih baik buat UMNO - ali rustam no. 2

1. hisham kekal sebagai calon favourate yg tidak akan dipilih semula hingga dilabel 'asalkan jangan hisham' - mampu membuatkan hisham menangis sekali lagi.

2. shafie afdhal berada dalam kedudukan 'ditelan mati omak, dibuang mati ayah' oleh perwakilan dlm mengimbangi samada calon mewakili malaysia timor ini perlu dikekalkan atau tidak kerana adalah menjadi penting untuk umno terus kuat dan mendapat undi rakyat sabah di masa2 mendatang.

3. ali rustam dilihat gabungan yg lebih baik dan mantap untuk digandingkan dengan zahid dlm keadaan apa shj untuk umno hadapi arus di masa hadapan. mukhriz sekadar lebih beruntung utk banyak belajar dari kedua mereka ini.

4. keenam-enam mereka masih relevan, saling memerlukan seumpama menarik rambut dlm tepung dan penyelesaiannya isa samad setiausaha, shafie sebagai ketua penerangan dan hisham sebagai bendahari.

aku harap najib bersetuju !

Wednesday, September 25, 2013

Wow !!! Lokman Adam nak ganyang siapa...



Kenyataan Media:

Sambutan Hari Malaysia 16 September 2013 hari ini bukan hanya mengingatkan kita tentang Penubuhan Malaysia hasil Gabungan Sabah, Sarawak Dan Persekutuan Tanah Melayu. Alhamdulillah, pada tarikh ini juga kita telah terselamat daripada satu usaha merampas kuasa oleh Anwar Ibrahim melalui pembelian Ahli Parlimen.


Namun, apa yang menarik perhatian saya hari ini ialah berita berita kematian Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Ong Boon Hua atau lebih dikenali sebagai Chin Peng di Bangkok akibat usia tua. Chin Peng mati pada usia 90 tahun.


Sejurus selepas berita ini disebarkan, beberapa orang pemimpin pembangkang berhaluan kiri seperti Hishammuddin Rais, Tian Chua dan Khalid Ismath mula mengeluarkan kenyataan secara terang-terangan bahawa Ching Peng adalah seorang Pejuang.


Kini telah mula juga kempen secara halus untuk mendesak kerajaan membawa pulang mayat atau pun abu Chin Peng ke Malaysia.


Kenyataan yang bertujuan menarik sokongan kaum Cina ini cukup biadap dan langsung tak mengambil kira perasaan ahli keluarga anggota tentera dan polis yang telah terkorban ditangan komunis demi menjaga keamanan negara.


Selain itu gerakan dari pihak pembangkang ini saya lihat sebagai satu bentuk "endorsement" terhadap keganasan yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya suatu ketika dahulu. Saya menentang sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk membawa pulang mayat atau abu Ching Peng ke Malaysia. Ong Boon Hua bukan warganegara Malaysia dan kita tidak sesekali akan memaafkan kekejaman yang telah beliau lakukan.


Sekiranya DAP atau mana-mana pihak meneruskan usaha untuk membawa pulang mayat atau abu Ching Peng, saya dan teman-teman Pemuda UMNO tidak akan teragak-agak untuk turun menyatakan bantahan kami dan menggagalkan sebarang usaha memperingati musuh negara itu.


Lokman Noor Adam
Exco Pemuda UMNO Malaysia
16/9/2013

Tulisan yang dihijaukan itu - aku macam pernah selalu baca...oooooooo Menteri kita yang hebat - Mudin 
- Di mana Lokman dan Pemuda dalam isu "kalimah Allah"

Najib makin telus..

Saya mahu jadikan rasuah perkara berlalu dan bukan amalan masa depan bagi malaysia dng mengubah budaya organisasi dan perniagaan - najib, san fransisco

1. Kenapa tiba-tiba
2. Kenapa diluar negara
3. Perkara berlalu = dimaafkan? Tiada tindakan? Dilupakan?
4. Mengubah budaya - mulakan dng apa? Batalkan brim? Pertandingan Ketua Pemuda? No more kroni?
 Dan saolan terakhir...
5. Berapa pula peruntukan yg kerajaan akan belanjakan untuk kempen ini???

Dan paling akhir
6. Berani berubah?

7. Siapa yg akan percaya? Persepsi rakyat terhadap Najib dan UMNO

8. Apakah bersyarat:  bergantung kpd kerjasama rakyat, jika gagal, rakyatlah yg gagalkan.

Kesimpulan: baliklah ke Malaysia dng segera, bentangkan kertas kerja di parlimen, mulakan dng pengistiharan harta masing2. Rasuah di kalangan anda, di kalangan pemimpin bukan boleh dibenteras dengan sebaris dua ayat dan sekali lafaz. Dan ini bukan janji pertama PM - malah janji setiap PM..

Tuesday, September 24, 2013

Mahathir double standard..

Peranan tidak rasmi tingkat 4 era Paklah 
VS 
peranan rasmi Omar Ong & Gang era Najib



TDM diam - double standard ?

Najib sedia dikritik.. tetapi

Najib sedia dikritik...tetapi jangan hanya kritik kosong, mesti ada cadangan balas..
Benarkah Najib terbuka dengan kritikan...
sudah pasti sebahagian besar yang mengkritik Najib mempunyai beberapa cadangan...
hatta blogger cabuk pun tahu memberi cadangan...cadangan percuma, tak perlu ada komisyen pun..

Persaolannya, sejauh mana Najib sedia mendengar cadangan..
Sejauh mana mahu melaksanakan jika bukan selari dengan selera dengan Penasihat-Penasihatnya ?

 Najib sedia dikritik tetapi dalam masa yang sama dia meminta rakyat jangan percayakan si pengkritik ??? macamana tu, tak faham aku dibuatnya...
 
"Orang seperti ini akan mengkritik negara tetapi tidak mempunyai sebarang idea bagaimana untuk memberi sumbangan kepada negara," kata Najib dalam satu majlis makan malam yang dihadiri pelajar dan rakyat Malaysia, di Hotel Grand Hyatt San Francisco di sini semalam.
"Kita tidak kisah akan kritikan itu, tetapi jangan percayakan mereka,"

.......

Sebahagiannya pula berpandangan seperti berikut:

Kegagalan Barisan Nasional mencapai kemenangan yang memberangsangkan pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu adalah kerana strategi yang silap oleh penasihat Perdana Menteri dan peranan media arus perdana, kata pemimpin veteran Umno Tan Sri Zainuddin Maidin.

Kata Zainuddin yang juga adalah bekas Menteri Penerangan semasa kempen pilihan raya itu, Datuk Seri Najib Razak ditunjukan minum makan bersama rakyat, tetapi pada hakikatnya rakyat tidak pernah terserempak dengan perdana menteri Najib di tempat-tempat seumpama itu.

"Najib ditunjukan minum makan bersama rakyat di kedai-kedai lepak rakyat biasa di sana sini, di gerai, di kafe di kedai mamak dan sebagainya.

"Penasihatnya berfikir bahawa gambar ini akan menunjukan Najib yang elitis dari keluarga bangsawan hidup seperti rakyat biasa tetapi kepada rakyat adalah 'luar biasa' kerana tidak pernah mereka terserempak dengan Najib di tempat-tempat begini," katanya melalui tulisan di blognya.

Menurut Zainuddin, lebih luar biasa apabila hakikatnya, Najib sentiasa dilihat diiringi oleh pengawal dan pembantu peribadi.

Keadaan itu katanya hanya menunjukkan satu kepura-puraan.

http://kelapamawar.blogspot.com

Monday, September 23, 2013

Mahathir tidak disekat sebagai perwakilan




KUALA LUMPUR:  Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan dihalang untuk bertanding bagi menjadi perwakilan Umno ke perhimpunan agung parti itu November ini.

Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu Datuk Mohd Johari Baharom berkata mana-mana anggota Umno termasuk bekas Perdana Menteri itu bebas menawarkan diri untuk dicalonkan dan bertanding di peringkat bahagian tersebut untuk menjadi perwakilannya.

"Tetapi sama ada Dr Mahathir akan dipilih atau tidak sebagai perwakilan ke Kuala Lumpur terpulanglah kepada anggota perwakilan Umno Bahagian Kubang Pasu," kata beliau kepada Bernama hari ini.
Persidangan Umno Bahagian Kubang Pasu akan berlangsung pada 9 September ini.

Mohd Johari yang juga Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata beliau mendapat tahu sudah ada desas-desus mengatakan Dr Mahathir akan cuba disekat daripada bertanding menjadi perwakilan bahagian itu ke perhimpunan agung parti tersebut.

Beliau menegaskan perkara itu tidak benar kerana Umno tidak melarang mana-mana pun anggotanya daripada bertanding apa-apa jawatan selagi ahli Umno itu memenuhi syarat dan tidak melanggar peraturan-peraturan parti.

"Walaupun itu merupakan hak Dr Mahathir sebagai anggota, tidak pernah berlaku dalam sejarah Umno selama 60 tahun seorang bekas presiden parti dan bekas Perdana Menteri hendak bertanding menjadi perwakilan ke perhimpunan agung parti," katanya.

Menurutnya, kebiasaannya bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden parti akan dijemput ke perhimpunan agung sebagai tetamu khas.

Ditanya jika Dr Mahathir yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu itu memenangi pertandingan sebagai perwakilan dan ingin berucap pada perhimpunan agung tersebut, Mohd Johari berkata soal hendak berucap di Kuala Lumpur pula terletak pada keputusan Perhubungan Umno Negeri Kedah dan bukannya beliau.

Dr Mahathir dilaporkan berhasrat untuk menjadi perwakilan ke perhimpunan agung Umno akan datang bagi menyuarakan pandangan beliau mengenai kerajaan sekarang yang diterajui oleh Umno. BERNAMA
Khamis Ogos 24, 2006

Chin peng mahu pemujanya memahami satu perkara..

Apabila kerajaan memberi peluang untuk cin peng kembali ke malaysia dalam perjanjian hatyai atas persepsi dan andaian dia rakyat Malaysia, mendiang gagal memberi bukti atas hak kerakyatannya malah tidak memberi sebarang maklumbalas kepada Jabatan Pendaftaran Negara.

Mendiang sangat kecewa atas kegagalannya dalam perjuangan untuk mengkomuniskan Malaysia dan sekaligus tidak senang dengan kemerdekaan negara ini. Oleh itu usaha chin peng tidak terhenti di situ sahaja, fahaman komunisnya masih menular dan meresapi beberapa individu dan kumpulan yang kini 'cara pemikiran' itu telah di anuti oleh parti tertentu dengan menyimpan rasa benci yang amat sangat kepada bangsa yang mempertahankan tanah air ini dari jatuh ke tangan fahamannya.

Sebagai penghargaan atas sumbangan chin peng,  Malaysia telah mengiktirafnya bukan sahaja komunis tetapi pengganas dan melabelkannya tiada maaf bagi kamu seumur hidup - satu anugerah tertinggi.

Cin peng sendiri sedar dia tidak akan selamat untuk tinggal di malaysia kerana ribuan waris mangsa yang dibunuh dan dicederakannya pasti setiap saat menunggu kepulangannya mal;ah ancaman akan turut melibatkan kelak seluruh keluarga dan kenalannya.

Bagi Chin Peng biarlah dia mati secara lebih terhormat, mati sakit tua dan mati di tempat yang lebih aman untuk dirinya dari mati di tangan waris mangsanya dan mati secara hina.

Walau bagaimanapun pernah dilaporkan chin peng ada memohon maaf kepada kerajaan dan rakyat Malaysia yang terlibat. Permohonan maafnya diterima dengan tidak memafkannya kerana kekejaman yang dilakukan terlalu melampau.

Tidak memaafkan datangnya lebih dari pihak waaris si mangsa warganegara Malaysia dan kerajaan perlu menghormati pendirian tersebut. Sudah tentu tidak memaafkan seseorang seperti chin peng bukanlah satu bebanan kesalahan atau dosa !~! Kenapa pula segelintir manusia yang berkepentingan dan bukan waris mangsa mahu menyalahkan pihak yang tidak memaafkan chin peng ?

Hari ini apabila chin peng sudah jadi mayat di tempat pilihannya dan mengikut undang2 antarabangsa tidak menjadi hak untuk mayatnya dibawa pulang ke Malaysia. Segelintir puaknya telah mempertikaikan malah mereka bercadang untuk membawa pulang abu mayat chin peng tanpa mengambilkira pandangan pewaris mangsa yang masih hidup. Jika benar pun mereka sayangkan seorang bekas komunis dan pengganas maka penghormatan sepatutnya sejajar dengan kehendak chin peng iaitu mati di tempat pilihannya.

Tentu mendiang chin peng berpuas hati atas tempat pilihan kematiannya tetapi merasa sedih pula melihat kebodohan dan kegilaan sebahagian puak yang mahu membawa pulang abu mayatnya sedangkan chin peng sendiri sudah tidak mahu mengenang lagi sejarah pahitnya.

Ini idea bangkok ke? lawatan Selangor

Yang baik kena habaq baik..

Sampingannya: Exco mungkin boleh mendapatkan maklumat dan pengalaman sendiri bagaimana 'air' diuruskan dengan baik oleh Thai hingga menjadi tarikan dunia pelancongan. Kelak idea ini boleh menyelesaikan isu air selangor sekaligus?



SUBANG JAYA 23 SEPT : Seramai kira-kira 21,766 Kakitangan Awam Selangor bakal menerima manfaat daripada rebat pengangkutan awam yang akan dilaksanakan Kerajaan Negeri tidak lama lagi.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri akan menyediakan bas pengantara dari stesen rangkaian pengangkutan awam terutama Terminal Bas di Seksyen 1, Shah Alam dan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Seksyen 19, Shah Alam ke Bangunan SUK di bawah Majlis Pengangkutan Awam Selangor yang akan ditubuhkan tidak lama lagi.
Katanya, insentif itu akan membabitkan kakitangan awam di Bangunan SUK dan akan diperluaskan kepada kakitangan Pejabat Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
“Kita merancang untuk memberi insentif ini kepada kakitangan awam negeri supaya penggunaan kenderaan dapat dikurangkan.
“Disamping itu, kita juga dapat membantu menaikkan ekonomi syarikat-syarikat pengendalian bas yang tidak lagi mendapat keuntungan ketika ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Belanjawan 2014 di Hotel Grand Dorsett.
Insentif rebat pengangkutan awam kepada kakitangan awam itu termasuk dalam tujuh perlaksanaan Manifesto Pilihanraya Umum Ke-13 Pakatan Rakyat  menerusi Pelan Tindakan Lima Tahun.

KJ beri laluan pada PAS dalam keadaan mabuk..

Rata-rata ahli umno dan rakyat diperbodohkan hakikat bahawa kemenangan calon UMNO meningkat di PRU13 yang lalu adalah bersandarkan kepada Melayu takut kepada perubahan kuasa dari BN kepada Pembangkang yang diketuai Anwar berdominankan DAP dan bukannya atas sangat relevannya UMNO pada Melayu dan Islam buat masa sekarang.

Sama hakikatnya pembangkang menang di Selangor, Perak, Penang pada PRU13 adalah atas dasar perubahan undi Melayu kepada pembangkang kerana memprotes Paklah pada masa itu dan bukannya berdasarkan pembangkang benar, kuat atau hebat.

Malangnya di dua PRU yang lalu, 12 dan 13 - PAS gagal berada di landasan yang betul untuk mendapat sokongan padu orang Melayu untuk mereka ambil alih kuasa dominan dari UMNO.

Di PRU14, PAS masih berpeluang membaiki kesilapan dengan tidak bersama lagi dengan pembangkang sebaliknya kembali kepada perjuangan asal mereka iaitu, Islam kerana pemimpin UMNO masih berada dalam keadaan 'perasan dan mabuk' kononnya UMNO menang disebabkan mereka masih relevan dengan Melayu.

Tugas PAS lebih mudah kerana UMNO masih ditakok lama dan sedang bergerak ke belakang dalam isu Islam dan Melayu. Pemimpin UMNO masih berkayal dan bernostalgia dengan cerita perjuangan lama. Mereka sebok menoleh ke belakang dan terlupa usia sebenar mereka sekarang. Mereka sedang laju turun kegaung yang mereka sangkakan laju ke depan.

Hayati keperasanan dan mabuknya orang UMNO melalui ungkapan Kj.

"Kalau betul Umno dah out of touch dengan perjuangannya untuk rakyat biasa terutamanya orang Melayu, sudah pasti bilangan kerusi Parlimen Umno tidak meningkat pada pilihan raya umum lepas dan sudah pasti orang Melayu juga akan menyokong pembangkang,"  

 Kenyataan ini dikeluarkan semasa ditanya tentang missinya dalam mempertahankan jawatan Ketua Pemuda - adakah UMNO punya masa depan jika Ketua Pemudanya sedang tidak berpijak dibumi nyata. 
Rata-rata pemimpin UMNO termasuk Najib - inilah yang mereka sedang alunkan.. termakankah orang Melayu dengan irama ini.



Dan ini ada satu ulasan yang hampir relevan menjawab persaolan di atas - dikutip dari sang komen di blog lain: 

 Jangan kita letak harapan PAS dan Umno akan bersatu. Tidak akan terjadi selagi PAS itu diterajui oleh manusia dan Umno juga diterajui oleh manusia. " Ulamak " ke tidak ulamak, kita letak tepi. Selagi mereka bernama manusia, mereka dikawal oleh nafsu. Akan terjadi penyatuan PAS dan Umno hanya jika kedua2 parti itu diterajui dan dianggotai oleh malaikat. Sebab malaikat dicipta Allah tanpa nafsu.

Kita orang melayu boleh bersatu sendiri2. Kita dah buktikan pada PRU13 baru2 ini, dan kita berjaya. Masa PRU13, pemimpin Umno tak menyeru supaya kita bersatu, pemimpin PAS jauh sekali. Tetapi dalam diam dalam senyap kita bersatu, bersatu untuk memastikan bangsa kita terus memegang tampuk pemerintahan di negara ini.

Dan hasilnya, hari ini barisan kabinet yang adalah adalah Barisan Kabinet Melayu dan Bumiputra. Kerajaan yang memerintah negara hari ini adalah kerajaan Umno dan bukan BN lagi dah. Maknanya tanpa undi daripada bukan melayu pun kita orang melayu dan bumiputra boleh membentuk kerajaan. I am very proud of it.

So masih juga nak memimpikan penyatuan Umno dan PAS ? Kalau kita nak melayu jadi kerajaan, Umno ada. Kalau kita nak kerajaan yang bersahabat dengan Setan, Pas ada. Tepok dada tanya aqal.

Ana Muslimah 
 http://novandri.blogspot.com/2013/09/terkini-anwar-ibrahim-boleh-kenapa-hadi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+novandri+%28MINDA+INTELEK+MELAYU%29

Jika PAS pula terus berdegil, kesilapannya berulang seperti di sini:
 http://maelpengerang.blogspot.com/2013/09/iya-ke-pas-tidak-pernah-tabur-duit-masa.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MaelPengerang+%28Mael+Pengerang%29

Sunday, September 22, 2013

Anwar wajar dilepaskan - apa kata ulama politik PAS

UMNO dan Najib mungkin terasa panas kerana Anwar mendahului mereka.....



OOOOOOOOOOOOOPPPPPPPPPSSSSSSSS .... bukan yang ini






YANG INI...

Anwar yang tidak pernah dilepas pandang oleh kawan atau lawan atau sememangnya anwar  memerlukan dipandang dan diberi perhatian timbul dengan isu wajah barunya.
Jika salah makan atau salah ubat tentulah wajah semasanya akan kembali pulih dalam masa jangkapendek tetapi benar jika ada 'rawatan' untuk mengubahnya maka perlulah dirujuk kepada keperluan dari segi kesihatan dan hukum Islam.

Ulama politik PAS wajar bersuara dari segi hukum  dan apakah dengan perubahan tersebut tidak menjejaskan ikatan yang mereka buat selama ini. Apakah perubahan wajah anwar tidak turut melibatkan perubahan niat, sikap dan strategi anwar itu sendiri.

Jika hukumnya bukan haram, Anwar wajar dilepaskan dari sebarang kritikan peribadi yang bertujuan mengaibkannya.

UMNO dan Najib mungkin terasa panas kerana Anwar mendahului mereka dalam soal meremajakan..

Otak Ahli Parlimen Yang Bijak.. UMNO ada?

ini aku copy dan paste dari sebuah blog, jarang benar aku setuju dengan penulis ini dalam soal bicara politiknya tetapi apa yang baik tentulah kena sokong.

Bagi tajuk di bawah, apakah pemikiran ini ada pada ahli parlimen dan pemimpin umno yang sedang sebok berkempen memenangkan diri sendiri atau kroni mereka. Jika ada, kenapa tidak dibawa keperingkat paling tinggi untuk diperhalusi dan dilaksanakan.

Jika pihak atasan kurang bersetuju, kenapa tidak jadikan satu perjuangan, beri penerangan yang berterusan dan terus memperjuangkannya, bukankah sumpah pemimpin umno semuanya kerana 'ugama bangsa dan negara' !!



Najib has launched the Bumiputera economic empowerment Plan. BEEP. It has come to this now. Twittering, face booking, blogging, whats-apping and now beep-ing he country. Naib will be  beep-ing the Malays so that they can take their rightful place in our country. After NEPing the country, Malay equity stands around 23%? Does ownership of this 23% mean anything to the ordinary Malays who have the face the daily grind of life?
23% is owned by GLCs, the Malay elite, the privileged and the Malay monied class. This BEEP is going to turn into another excuse to justify the rape and plunder. After raping the girl repeatedly, the rapist presents her with a bunch of flowers. This is exactly what the BEEP announced by Najib represents- the presentation of a bunch of flowers after the raping the Malay lady over and over again.
 If you can’t dazzle people with your brilliance, confound them with your bullshit.
There are almost 10 million Malays living with a monthly income of RM1500. Why aren’t these people directly aided? Why do we arrogate ourselves the authority and omniscience to even claim we know what is best for the Malays? The ordinary Malay knows he wants to get out of poverty if only he has the means to. So why don’t we give them the means to? The problems of the present lot of 10 million people must be tackled immediately.
Why must we create an artificial layer of decision makers, central planners to work out things for us? It’s good that we acknowledge education, re-skilling and advanced training to be the means. Buts that for future generation and it’s also a deferred realization. What about the now and present? The 10 million destitute- no house, no land, no money, many children , no income generating resources?
I have gone around with a keener awareness about what to do with the people of Raub. To me, if we want to help the Malays, we do the Raub Model. 3 things the government must do. Help the 10 million people directly by (1) building them really affordable and decent homes (2) give them land (3) give them capital. Then they work. They have a home over their heads, they have land on which to cultivate and they have capital in hand, presently to start their enterprise off the land. No need for that elaborate structuring of a blueprint thought about by a central body directing economic enterprise.

This is a fundamental error the government is repeating.  We all know the role of government. A minimalist umpire responsible for a certain number of specific functions. Beyond that, we must have faith in the market system. If we continue placing faith in a handful of men/women who plan our lives, then we are going to regret the decision. If we allow ourselves to believe in the myth of trickle down sharing of wealth, we are also going to get disappointed. Help the poor and destitute directly.
Instead the government plans to spend through the middleman institutions. Education is deferred wealth creation. You reap the benefits of education years later. In the meantime, the 10 million living on less RM1500 per month will do what? Every essential item has increased in purchase price- rice, sugar, fish, meat, food stuffs,. Transport, utilities, etc.
These 10 million ordinary Malays face the daily grind of life. A pair of Bata shoes has increased by RM3. The cost of living is going up. The self-employed in the kampungs living on a monthly allowance of RM300 per month , with 3-4 children, rented housing will have to make ends meet. These people are destitute. Why are they not aided directly?
Here is something which I cant understand. We know who the destitute and poor are. But we don’t aid and assist them directly. We don’t appoint them to wealth creation resources.
 http://sakmongkol.blogspot.com/2013/09/beep-beep-here-comes-roadrunner.html

Lesen Memandu Lim Guan Eng - Lesen Kopi "O"

"Menurut perlembagaan DAP, Klausa 8, Artikel 6 dan Klausa 8, Artikel 8, menyatakan bahawa setiausaha agung seharusnya menghantar notis memanggil mesyuarat pemilihan sekurang-kurang 10 minggu sebelum kongres kebangsaan parti. 
Maka cadangan Karpal Singh selaku pengerusi yang mahu pemilihan diadakan pada November 2013 lebih tepat dari
cadangan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang berkeras mahukan 29 September."

Saturday, September 21, 2013

Obama datang ke Malaysia untuk siapa? Anwar atau Najib..


Oabama akan datang Malaysia Oktober depan, kunjungan pertama selepas 50 tahun  (presiden amerika lyndon johnson pernah datang ke malaysia pada tahun 1966) merupakan detik sejarah yang agak penting samada sebagai keperluan atau semata-mata kebetulan di era Najib.
 Obama terlebih dahulu akan menghadiri sidang apec di bali, indonesia.


Sebelum ini pernah dikatakan anwar mempunyai hubungan yang agak abrab dengan amerika dan bolehkah ini dikaitkan kunjungan obama kali ini sebagai moral support kepada anwar dan membawa satu message  khas kepada najib?

Apa keperluan obama datang ke malaysia sedangkan dia pasti akan berjumpa najib di apec, bali, indonesia sebelum itu?

Pada Jun 2013, Anwar turut sebok ke Indonesia untuk bertemu SBY semasa najib sedang melakukan lawatan di sana kononnya ada pertemuan di antara mereka.

Apakah Anwar juga akan turut sebok untuk mengambil peluang bertemu obama oktober nanti di tanah air atas alasan yang mana satu?  dia nak jumpa obama atau obama yang minta berjumpa?

Kerajaan wajar layan MCA. demi undi cina..

Kerajaan diminta menggunakan budibicara untuk memmbawa balik mayat sesiapa sahaja walaupun bukan warganegara jika itu diminta oleh Pakatan Pembangkang, MCA dan akhbar The Star dan yang sewaktu dengannya.

Calon2 Naib Presiden dan Ketua Pemuda UMNO diharap menjadikan ini sebagai satu perjuangan bagi memenuhi hasrat rakan komponen BN.

Ini akan mengurangkan kritikan ke atas kerajaan BN dibawah kepimpinan Najib. Masyarakat cina mungkin akan memikirkan semula untuk memberi undi kepada BN pada PRU14.

Kalau mahu negara ini dipandang adil, mahu aman, mahu kaya - layanlah MCA.




Najib perlu dinasihati sebelum terlambat.. zahid jng bawa budaya anwar...




Gambar menceritakan seribu perkara berdasarkan pandangan masing-masing dan disahkan mereka akan mempertahankannya secara bersama-sama untuk jawatan Naib Presiden seolah-olah once mereka pegang, itu hak yang nak dipertahankan sehingga ada terlupa ukur baju di badan sendiri. Yang cerdik seperti Zahid masih mahu membawa bersama yang kurang cerdik seperti Hishamuddin yang lemah dan lembek 
 \
 Perjuangan ini untuk siapa sebenarnya?

Semata-mata atas alasan  Najib dah restu, atas alasan mereka saling memahami dan serasi. Sehinggakan orang lain yang nakbertanding mesti dapat nasihat Najib.
  Apapun politik tetap ada sepak terajangnya, di depan dan di belakang ada banyak
 perbezaan, rambut sama hitam, hati lain-lain. 

Hakikatnya apabila Mukhriz menawarkan diri, Ali Rustam dan Isa Samad dapat tempias untuk turut berpotensi menang.

Adalah penting untuk perwakilan menasihatkan Najib dalam bentuk penentuan undi pemilihan Naib Presiden bahawa UMNO bukanlah miliknya.


zahid pula bukan lagi remaja, dah tua, tunjuklah tauladan pemimpin yg boleh dihormati oleh pemimpin pelapis dan muda seperti mukhriz, janganlah cuba jadi kepala puak dengan membawa budaya anwar untuk terus kekal di dalam umno, ini pertandingan antara sahabat, berkempen secara individu, secara jantan dan tak perlulah dukung nama najib keseluruh negara.

isu abu mayat cinpeng - mca pujuk ajibgor ? tunduk lagi?

isu abu mayat chin peng yg bukan warganegara malaysia dilarang untuk dibawa masuk ke malaysia membuatkan mca yg cuba nak jadi hero wayang tongkoi terkedu dengan jawapan timbalan menteri dalam negeri bahawa mca bebas bersuara tetapi kerajaan telah membuat keputusan.

mca kemudiannya mempertikaikan kenapa mca tidak dianggap sebagai sebahagian dari kerajaan maka jawapan yg tepat ialah kerana mca sendiri yg menolak untuk berada dalam kerajaan. apa yg mca boleh buat dan bagitahu org cina ialah padan muka kamu kerana memilih dap utk menjadi wakil kamu, rasakanlah... kalau mca wakil org cina sudah tentu mereka dapat pujuk ajibgor atas semangat 1malaysia. peluang ini sudah terlepas...

KESILAPAN LALU

  1️⃣ Ramai orang bercakap tentang emas, tetapi tidak semua memiliki emas sebenar. Ada yang aktif mempromosi, berkongsi ilmu, atau berniaga ...