Thursday, October 3, 2013

BERBISA BEB...Hadi bidas ulama selepas tengok cermin..


Hadi dah tengok cermin, dah insaf agaknya untuk menerima hakikat betapa bersepah ulama palsu, ulama penipu, ulama bernafsu, ulama tertipu, ulama berkepentingan, ulama melacurkan ugama dan lebih jahat ulama bersekongkol dan berpakatan dengan musuh Islam untuk memusnahkan Islam sendiri.

Hadi tak perlu pandang jauh, tengok cermin ?

..............


SHAH ALAM – Pas kesal dengan pendirian beberapa pemimpin negara Islam yang seolah-olah ‘mengiktiraf’ kerajaan interim Mesir di sebalik ucapan tahniah yang diungkapkan biarpun mengetahui kejayaan itu dicapai secara rampasan kuasa.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keadaan itu diburukkan lagi apabila golongan ulama turut bersekongkol dengan pemimpin terbabit yang kononnya menyokong kehendak rakyat.
Sedangkan kata Abdul Hadi, dalam masa yang sama, individu berkenaan turut menyokong tindakan zalim kerajaan tentera terbabit sedangkan Presiden Mesir, Mohamed Mursi yang dipilih secara sah oleh rakyat secara demokrasi pada pilihan raya lalu.
“Malangnya ada kalangan ulama dan pemimpin agama yang menjadi pelakon tambahan.
“Ada pula negara Arab yang mengucap tahniah mengiktiraf drama bohong ini adalah benar dan adil, sehingga lupa serban di kepala. Mereka lupa mereka berada paling hampir dengan Kaabah, sedangkan negara Barat sendiri masih berhati-hati membuat kenyataan.
“…ada kalangan yang menggunakan bahasa Al-Quran mengucap tahniah bersama-sama pemimpin negara Israel kerana kejayaan rampasan kuasa menggulingkan Presiden Mesir daripada kumpulan Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Khamis lalu, tentera Mesir akhirnya menumbangkan Mursi sekali gus mengumumkan pelan tindakan masa depan politik negara ini yang bakal dilaksanakan oleh sebuah jawatan kuasa perdamaian nasional.
Menurut anggota kanan Ikhwan Muslimin, Mursi kini berada di bawah tahanan tentera.
Sementara itu, dalam kejadian bantahan yang berlaku ekoran penggulingan Mursi sejak 30 Jun lalu, sekurang-kurangnya 35 maut manakala lebih 1,000 cedera.

No comments:

Post a Comment

6ANGKA