Sunday, September 29, 2013

SENJATA KHAS TENTERA MALAYSIA

Sudah sampai masanya Kementerian Pertahanan dan tentera kita memiliki alat canggih dan kelengkapan tentera yang termaju dan boleh digunakan bila-bila masa tanpa teragak-agak

Ini juga melengkapkan sistem amaran di mana kuasa memberi amarannya boleh dibuat berkali kali kepada pihak musuh.


Alat ini juga boleh membantu pihak tentera mencari musuh sampai ke lubang cacing. 

Semua ini pasti terlaksana jika Hishamuddin dikekalkan tanpa teragak-agak oleh perwakilan tanpa emosi  sebagai menteri Pertahanan selepas berjaya mempertahankan Naib Presidennya di dalam UMNO.



Pengarah Siasatan Jenayah (CID), Datuk Hadi Ho Abdullah hari menggelar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai SENJATA KHAS Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani jenayah sambil melabelkan menteri itu tegas dan adil.

Hadi berkata, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri adalah satu-satunya menteri yang sanggup memikul tanggungjawab dan bekerjasama bersama PDRM dalam menangani jenayah.

"Ahmad Zahid adalah seorang menteri yang tegas, adil dan berani memikul tanggungjawab berhadapan situasi jenayah negara.

"Beliau selalu mengingatkan PDRM supaya selalu bersikap rabun warna dalam menyiasat sesuatu kes jenayah.

"Pendekatan yang diambilnya mampu mengukuhkan PDRM selain dibekalkan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dinamik," katanya ketika membentangkan kertas kerja pencegahan jenayah di Putrajaya hari ini.

No comments:

Post a Comment

6ANGKA