Rata-rata ahli umno dan rakyat diperbodohkan hakikat bahawa kemenangan calon UMNO meningkat di PRU13 yang lalu adalah bersandarkan kepada Melayu takut kepada perubahan kuasa dari BN kepada Pembangkang yang diketuai Anwar berdominankan DAP dan bukannya atas sangat relevannya UMNO pada Melayu dan Islam buat masa sekarang.
Sama hakikatnya pembangkang menang di Selangor, Perak, Penang pada PRU13 adalah atas dasar perubahan undi Melayu kepada pembangkang kerana memprotes Paklah pada masa itu dan bukannya berdasarkan pembangkang benar, kuat atau hebat.
Malangnya di dua PRU yang lalu, 12 dan 13 - PAS gagal berada di landasan yang betul untuk mendapat sokongan padu orang Melayu untuk mereka ambil alih kuasa dominan dari UMNO.
Di PRU14, PAS masih berpeluang membaiki kesilapan dengan tidak bersama lagi dengan pembangkang sebaliknya kembali kepada perjuangan asal mereka iaitu, Islam kerana pemimpin UMNO masih berada dalam keadaan 'perasan dan mabuk' kononnya UMNO menang disebabkan mereka masih relevan dengan Melayu.
Tugas PAS lebih mudah kerana UMNO masih ditakok lama dan sedang bergerak ke belakang dalam isu Islam dan Melayu. Pemimpin UMNO masih berkayal dan bernostalgia dengan cerita perjuangan lama. Mereka sebok menoleh ke belakang dan terlupa usia sebenar mereka sekarang. Mereka sedang laju turun kegaung yang mereka sangkakan laju ke depan.
Hayati keperasanan dan mabuknya orang UMNO melalui ungkapan Kj.
"Kalau betul Umno dah out of touch
dengan perjuangannya untuk rakyat biasa terutamanya orang Melayu, sudah
pasti bilangan kerusi Parlimen Umno tidak meningkat pada pilihan raya
umum lepas dan sudah pasti orang Melayu juga akan menyokong
pembangkang,"
Kenyataan ini dikeluarkan semasa ditanya tentang missinya dalam
mempertahankan jawatan Ketua Pemuda - adakah UMNO punya masa depan jika
Ketua Pemudanya sedang tidak berpijak dibumi nyata.
Rata-rata pemimpin UMNO termasuk Najib - inilah yang mereka sedang alunkan.. termakankah orang Melayu dengan irama ini.
Dan ini ada satu ulasan yang hampir relevan menjawab persaolan di atas - dikutip dari sang komen di blog lain:
Jangan kita letak harapan PAS dan Umno akan bersatu. Tidak akan terjadi
selagi PAS itu diterajui oleh manusia dan Umno juga diterajui oleh
manusia. " Ulamak " ke tidak ulamak, kita letak tepi. Selagi mereka
bernama manusia, mereka dikawal oleh nafsu. Akan terjadi
penyatuan PAS dan Umno hanya jika kedua2 parti itu diterajui dan
dianggotai oleh malaikat. Sebab malaikat dicipta Allah tanpa nafsu.
Kita
orang melayu boleh bersatu sendiri2. Kita dah buktikan pada PRU13 baru2
ini, dan kita berjaya. Masa PRU13, pemimpin Umno tak menyeru supaya
kita bersatu, pemimpin PAS jauh sekali. Tetapi dalam diam dalam senyap
kita bersatu, bersatu untuk memastikan bangsa kita terus memegang tampuk
pemerintahan di negara ini.
Dan hasilnya, hari ini barisan
kabinet yang adalah adalah Barisan Kabinet Melayu dan Bumiputra.
Kerajaan yang memerintah negara hari ini adalah kerajaan Umno dan bukan
BN lagi dah. Maknanya tanpa undi daripada bukan melayu pun kita orang
melayu dan bumiputra boleh membentuk kerajaan. I am very proud of it.
So
masih juga nak memimpikan penyatuan Umno dan PAS ? Kalau kita nak
melayu jadi kerajaan, Umno ada. Kalau kita nak kerajaan yang bersahabat
dengan Setan, Pas ada. Tepok dada tanya aqal.
Ana Muslimah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...
Artikel terbaik bro!! Syabas. Bagi pemimpin kita sedar sikit. Jangan asyik lalok je dengan kedudukan.
ReplyDelete