Mukhriz adalah antara pemimpin yang sarankan UMNO menubuh satu badan ulama di dalam UMNO untuk tangani beberapa isu ugama dan khusus sebagai penasihat kepada UMNO untuk terus berada di landasan yang betul dalam perjuangan. selanjutnya dari umno pulau pinang mencadangkan ulama tersebut wajat berstatus naib presiden.
Setakat ini sejauh mana UMNO mengambilkira saranan tersebut. Sejarah menunjukkan UMNO hanya berkokok sebagai pejuang ugama ketika hampir menjelang pilihanraya untuk bersaing dengan PAS semata-mata untuk meraih undi. Hipokrik UMNO sama taraf dengan PAS. Keikhlasannya di mana?
Dalam satu tahap Niz Aziz sinis menyatakan UMNO banyak mendirikan masjid tetapi orang PAS yang banyak mendirikan solat di dalamnya? Jom kita tengok perbezaan makmum di Kelantan dengan Johor setiap kali solat 5 waktu?
Tidak dinafikan UMNO menyumbang banyak perkara dalam perlaksanaan Islam di Malaysia sejak merdeka tetapi perkembangannya sangat perlahan berbanding dengan lain-lain kemajuan dan kini dalam keadaan UMNO sudah gersang kuasa, kelalaian mereka berterusan.
Sebagai contoh - erajaan sanggup mengeluarkan beratus slogan dan menghabiskan duit ratusan juta untuk macam-macam kempen tetapi mungkin terlupa untuk buat kemepen Jom Ke Masjid? Pernahkah buat walau sekali? Mungkin perkara ini kecil kepada sesetengah orang tetapi kalau kecil pun UMNO tak boleh buat secara sampingan bagaimana yang besar? Memadai ke Bank Islam dan Tabung Haji sebagai contoh yang sudah basi.
Anak bini pemimpin UMNO hari ini majoritinya disajikan dengan kekayaan dan kemewahan, tidak menutup aurat dan mereka mewarisi harta kekayaan milik rakyat? Betul ke bohong? Biarlah orang UMNO sendiri menjawab, tak perlulah lihat kepada Nazri atau KJ, lihatlah ketua cawangan anda sendiri, lihatlah Ketua Bahagian anda sendiri. Bagaiamana sesetengah dari mereka dalam masa 4 tahun menjadi wakil rakyat dan ketua bahagian boleh memiliki 5 buah rumah yang asalnya satu? Mahukah anda saya senaraikan nama-nama tersebut?
Semasa Tun Abdul Razak meninggal dunia, siapakah yang sembahyangkan jenazah Tun, nak tahu? baca di bawah...
Sinar Harian melaporkan, lebih 5,000 orang membanjiri
pekarangan Kompleks Pas Pokok sena untuk memberi penghormatan terakhir
kepada Allahyarham sebelum jenazah dibawa untuk dikebumikan Khamis lalu.
Jenazah Allahyarham disembahyangkan tiga kali pada hari itu; kali
pertama di Masjid Nurul Ihsan dengan diimamkan anak keempatnya, Izzat
Izzatul Islam.
Setiba di Muassasah Darul Ulum, jenazah sekali lagi disembahyangkan
dengan diimamkan anak sulungnya, Wassim Humaidi, manakala sembahyang
jenazah kali ketiga diimamkan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr
Harun Din, di tempat yang sama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...
My place, within 1 km radius ada 3 masjid, surau at least 5. My surau, maghrib - isyak 2 ke 4 saf, surau agak lebar, satu saf sekitar 30 ke 40 org. Subuh 2 saf, zohor asar, org kerja 10 ke 20 org. Rasanya not bad !
ReplyDeleteAlhamdulillah...secara amnya saya musafir seluruh johor kelantan, puratanya memang ada perbezaan spt yg saya nyatakan di atas. Lebih hebat bila anak2 muda di kelantan sudah terdidik utk melekat di masjid. Masjid muhamaddi di kota bharu misalnya solat Lima waktu Dan solat jumaat mcm tidak Ada perbezaan.
DeleteSays lihat dari sudut solat jemaah bukannya dari sudut akhlak, dua perkara yg berbeza
Teringat akan kata rasululah Umat Islam diakhir zaman nie ramai Bagaikan buih di lautan bro,......jadi ka sandaran dalam ukuran anda,AHLAK tu didahuluan......yang ramai tu belum tentu sempurna,
DeleteSetahu gua UMNO tidak pernah memperjuangkan Islam Tetapi lebih kepada MEMPERTAHANkan dan MEMASTIKAN ISLAM dimartabatkan..Kalau nak harapkan Parti Islam ..hampeh!bro....amalan tok nenek diorang pun sanggup digadaikan....lebih kurang macam buih2 yang dimaksudkan oleh sabda nabi tadi,Tak yah lah lihat siapa yang berkata bro Tapi dengarkan apa ucapannya......wallahualam ,allah maha mengetahui.
Tun Abdul Razak (Bapa Pembangunan)
ReplyDeleteNama penuh : Abdul Razak bin Dato’ Hussein
Tarikh Lahir : 11 Mac 1922
Tempat Lahir : Pulau Keladi, Pekan, Pahang.
Isteri : Tun Rahah bt Tan Sri Mohd Noah
Anak-anak : 1. Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Abdul Razak
2.Ahmad Johari bin Abdul Razak
3.Mohamed Nizam bin Abdul Razak
4.Mohamed Nazim bin Abdul Razak
5.Datuk Mohamed Nazir bin Abdul Razak
Confius, confius, confius lagi mengconfiuskan. Bro Tun Abdul Razak mana yang you maksudkan. Kalau Bapa Pembangunan, tak adapun nama-nama tersebut dalam senarai nama-nama anak Allahyarham Tun. Boleh tolong jelaskan.
Sesuatu yg harus dipuji kpd arwah ustaz azizan kerana berjaya mendidik anak dan keluarganya hingga mereka mampu solat jenazah untuknya. Ini jarang ada kpd pemimpin umno dan pemimpin pas yg liberal
DeleteSyukur Alhamdulillah. Saya turut rasa bangga kerana Allahyarham berjaya mendidik ank-anak menjadi anak yang soleh. Tapi yang meninggalkan kita Ustaz Azizan tapi kenapa statement,
Delete"Semasa Tun Abdul Razak meninggal dunia, siapakah yang sembahyangkan jenazah Tun, nak tahu? baca di bawah...
Sinar Harian melaporkan, lebih 5,000 orang membanjiri pekarangan Kompleks Pas Pokok sena untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham sebelum jenazah dibawa untuk dikebumikan Khamis lalu.
Jenazah Allahyarham disembahyangkan tiga kali pada hari itu; kali pertama di Masjid Nurul Ihsan dengan diimamkan anak keempatnya, Izzat Izzatul Islam.
Setiba di Muassasah Darul Ulum, jenazah sekali lagi disembahyangkan dengan diimamkan anak sulungnya, Wassim Humaidi, manakala sembahyang jenazah kali ketiga diimamkan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Harun Din, di tempat yang sama."
Bukankah mengelirukan. Cuma ingin tahu dan penjelasan. Adakah tarsalah tulis nama Allahyarham.
Tersurat dan tersirat.
DeleteBezanya pemimpin PAS dan UMNO dalam penerapan Islam.
Bezanya anak Tun Razak dengan anak Ustaz Azizan.
Mana satu yang lebih baik untuk memimpin umat Melayu Islam Malaysia - masa depan generasi kita.
Soalan masih tak terjawab, be gentleman , pls anwser. Tersalah tulis atau apa. Tajuk lain kandungan lain.
Delete"Semasa Tun Abdul Razak meninggal dunia, siapakah yang sembahyangkan jenazah Tun, nak tahu? baca di bawah...
SEMINGGU DAH BERLALU, MASIH MENCARI JAWAPAN ATAU ALASAN, ATAU TAK BERANI MENGAKUI KESILAPAN. MANUSIA TIDAK LEKANG DARI MEMBUAT KESILAPAN TAPI BIARLAH DIAKHIRI DENGAN PEMBETULAN SERTA KEMAAFAN.
DeleteTidak ada silap atau salah dalam tajuk dan penulisan di atas.
DeleteJawapannya - yang me imamkan solat jenazah Tun bukanlah anak2nya, ia berbeza pada arwah azizan yg diketuai oleh anak2nya.
Itulah antara perbezaan pemimpin pas dan umno !
yang saya faham, yang mengimamkan tun abdul razak ialah ustaz azizan. ketika itu ustaz azizan masih menuntut dikota london menyambung master, ini apa yang diberitahu oleh lecturer saya. say masih mencari kesahihan berita ini, tetapi tidak jumpa.
DeleteOrg org yg beriman dan yg mendpt petunjuk dlm satu satu qaryah adalah org org yg memakmurkan masjid.
ReplyDelete"Hanyasanya yg memakmurkan masjid masjid Allah (swt) itu adalah yg beriman dgn Allah (swt) dan Hari Akhir, dan mrk mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan tidak takut kecuali kpd Allah (swt). Mk mrk itulah mudah mudahan menjadi org org yg mendpt hidayah." At Taubah 18.
Sama samalah kita makmurkan masjid masjid dan surau surau di kg dan qaryah kita !
Tun Razak meninggal tahun berapa?
ReplyDeleteUstaz Azizan meninggal tahun lepas.
Zaman Tun Razak, pemimpin adalah hak negara. Bila pemimpin meninggal, negara yang menguruskan jenazahnya.
Begitu juga yang terjadi kepada Raja Faisal. Saya tidak ingat anaknya yang mengimamkan sembahyang jenazahnya.
Termasuk juga pemimpin Islam yang lain seperti Sukarno, Nasir dan lain-lain.
tahun 1990 aku ke kelantan seramai 14 org untuk melihat suasana kemenangan pas.tujuan utama nak tengok perkembangan Islam disana.kami dari johor singah dimedan selera pasar siti khadijah waktu malam utk makan malam
ReplyDeleteoleh kerana kami hendak cepat kami oder menu yg sama..nasi goreng kampung dan tomyam.air masing-masing.
nasi goreng yg sgt simple je..dgn tiga mangkuk tomyam buat lauk.taklah besar sgt mangkuk tu.
sekali kira dekat 200..kami bayar je..walaupun ada diantara kami yg berbunyi macam tak masuk akal punya harga.
kemudian kami ke gua musang tempat ku li..nak tengok tempat umno pulak..oleh kerana kami sampai pagi di gua musang..perut pun lapar..kami serapan pagi macam makan tengah hari.lepas kena nasi lemak,belasah nasi kerabu pulak..tak cukup dengan tu bedal roti canai lagi..termasuklah kuih-kuih yg manis-manis dan pelik-pelik.kat johor tak de tu..
pastu kira..tak sampai 100..aku rasa lebih kurang 80 ringgit kot..kami terkejut beruk..suruh dia kira lagi takut silap..
bila kira lagi pun sama gak..kami pun cakap kat dia..murahnya!..dia tanya balik..kenapa cakap murah?kami cakap masa makan kat kota bahru kami kena dekat 200..tapi makan ciput je..
pastu dia tanya..pakcik-pakcik ni dari johor ke?..ya jawap kami..patutlah kena tipu..kata dia....tu org umno kelantan cakap tu..bukan kami yg cakap.
sepanjang kami musafir..bila singah kat surau atau masjid di kelantan ni..paling mujahadah ialah tandasnya..kotor giler beb..setiap lubang tandas ada tahi..diaorg ni tak reti nak pam ke tandas tu?..member aku ni memang alergi cikit bab tandas kotor ni..dia buka satu-satu pintu tandas cari yg agak bersih baru dia buang..
begitu juga kat masjid muhamadi di kota bahru..sama jer..itulah pengalaman kami dtg ke kelantan utk melihat suasana Islam yg baru je pas menang ketika itu.
5 tahun yg lepas aku berjiran dgn org kelantan..sekarang dia dah pindah ke kelantan..tukar kawasan bertugas.
kata dia masjid kat johor ni cantik-cantik dan bersih.bini aku tanya kenapa..kat kelantan kan masjidnya cantik-cantik juga? dia kata masjid memang cantik..yg tak cantiknya tandasnya kotor-kotor..tak de yg bersih..
aku terus teringat sewaktu aku berekspidisi kat kelantan dulu...aii masih tak berubah lagi?..
tak cukup dgn tu..aku pernah singah kat surau di....aku taknak sebut tempatnya..masih lagi kat johor..tapi majoriti penduduknya org kelantan dan tranganu..terkejut aku aku bila nak masuk tandas ada baldi dan dlmnya berendam kain.air bertakung dan tersumbat..aku tanya kat org dalam surau tu..sapa punya kain berendam?..dia kata org kat sini..malam-malam diaorg mandi dan basuh kain kat surau..pelik-pelik..