Monday, September 5, 2016

TANYA MCA DAN DAP TENTANG ISU INI, DAN AKHIRNYA APA KATA ZAHID

3 Dzulhijjah 1437H
Isnin 2.30p.m.

PELANCONG CHINA KE MALAYSIA: ANCAMAN SISTEMATIK TERHADAP KEDAULATAN NEGARA

Malaysiakini Edisi 21 November 2005 melaporkan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Jabatan Imigresen dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mengesan ke mana menghilangnya lima puluh ribu pelancong dari Negara China yang masuk ke Malaysia tetapi tidak pulang ke negara asal mereka.

Portal yang sama juga melaporkan bahawa pada tahun 2003, seramai lima ratus ribu (500,000) pelancong dari China datang ke Malaysia dan hanya tiga ratus lima belas ribu (315,000) sahaja yang keluar dari Malaysia atau kembali ke negara asal mereka. Ini bermakna terdapat seramai seratus lapan puluh lima ribu (185,000) pelancong dari China yang tidak dapat dikesan berada di Malaysia.

Apabila portal Sinar Harian melaporkan pada 2 September 2016 lalu, bahawa terdapat seratus ribu (100,000) kaum Cina masih belum memperolehi kewarganegaraan, penulis terpanggil untuk mengulas dan mengupas isu di atas.

Sehingga kini, tiada mana-mana pihak tampil memberi penjelasan terhadap kehilangan pelancong Negara China yang tidak keluar dari Malaysia, samada mereka telah berjaya dikesan, kembali ke negara asal mereka atau menjadikan Malaysia sebagai destinasi terakhir kehidupan mereka.

Jika dikumpukan bilangan pelancong China yang tidak meninggalkan negara ini atau gagal dikesan semenjak 2003-2005 adalah seramai 235,000 orang (2003 – 50 ribu dan 2005 – 185 ribu).  Ianya adalah data dan statistic 13 tahun lampau. Bagaimana sekarang? Penulis tidak yakin angkanya semakin berkurangan.

Apa yang boleh dibuat oleh bilangan seramai 235,000 orang pelancong China di Malaysia?

Mari kita lihat fakta di mana bilangan Ahli-ahli Parlimen Malaysia menang dengan majoriti yang SANGAT BESAR di kawasan Parlimen yang mereka tandingi dan majoriti pengundinya adalah mewakili kaum Cina.
(i) Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, menang dengan majoriti 51,552 undi.
(ii) Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Sim Chee Keong,  menang dengan majoriti 43,063 undi.
(iii) Ahli Parlimen Serdang, Dr. Ong Kian Ming, menang dengan majoriti 42,206 undi.
(iv) Ahli Parlimen Bukit Gelugor, menang dengan majoriti 41, 778 undi.
(v) Ahli Parlimen PJ Utara, Tony Pua, menang dengan majoriti, 41,672 undi.
(vi) Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw menang dengan majoriti, 40, 307 undi.

Sayugia ingin saya  perjelaskan bahawa isu ini merentasi sempadan antara kaum dan politik kepartian. Saya  tidak berminat mengupas pertembungan, konflik dan strategi pelbagai pihak yang mempunyai pelbagai konflik kepentingan.

Apa yang saya  cuba sampaikan di sini adalah berkaitan dengan keselamatan dan kedaulatan negara yang telah, sedang dan akan terus diganggu gugat oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

Saya  sangat berharap agar kerajaan sedia ada mempunyai kaedah dan mekanisme yang bersesuaian serta konkrit dalam menghadapi ancaman pelancong-pelancong dari China ini.

Saya  juga mengharapkan agar rakyat Malaysia lebih proaktif melaporkan sebarang elemen yang mencurigakan dari mana-mana pihak yang mungkin menjadi dalang kepada penyeludupan dan pemerdagangan manusia secara sistematik.

Lebih dari itu, saya  tidak mampu bersangka baik bahawa kedaulatan dan keselamatan negara kini telah lama diceroboh secara sistematik melalui kaedah-kaedah  sah perundangan negara (permohonan kewarganegaraan).

Saya  yakin dan percaya bahawa tuntutan kewarganegaraan seramai seratus ribu (100,00) orang penduduk tetap (sebagaimana yang didakwa) mempunyai agenda tersirat dan dilakukan secara sistematik demi suatu misi dan visi yang panjang ke atas Negara Malaysia ini.

Kerajaan dan rakyat Malaysia perlu sama-sama bertanggungjawab dan memikul tugas membanteras aktiviti-aktiviti pemerdagangan dan penyeludupan manusia sebegini selain memperketatkan penguatkuasaan Fasal-fasal tertentu Perlembagaan dan undang-undang imigresen terhadap pemberian kewarganegaraan dan pemerdagangan manusia.

MELAYU DISERU BERSATU, ADA YANG HALAL ADA YANG HARAM

Jom kita tengok perangai satu kaum.. Persepsi mereka:

Najib bekerjasama dengan Hadi - halal dan bagus., Islamik.

Anwar dan Mahathir berdamai - moron dan haram, yahudi le kot (?)

Mana datang kaum ini (?)

Apa yang ditulis oleh zamkata hampir menepati keseluruhannya. Apapun Anwar pasti akan salam sesiapa sahaja yang berjumpa dengannya termasuklah Mahathir tetapi apa "penerimaannya" belum lagi dikenalpasti.
Adalah lebih menguntungkan jika Anwar bekerjasama dengan Najib (!)

Lebih lebih lagi Najib pun dah pinjam ungkapan Anwar - LAWAN TETAP LAWAN





Blogger taik unta sakit jiwa.. 


Sunday, September 4, 2016

LAWAN TETAP LAWAN, SETAKAT MANA AUTA NAK LAWAN FAKTA


Penulisan blog tidak menyelesaikan masalah negara.  Bohong dan fitnah lebih banyak dari betul dan benar.

Yang memberi komen jauh dan sangat teruk dengan mengusung master of makihamun dan sarjana ampu bodek dari satu blog ke satu blog.

Dedak makanan ruji mereka,  negaraku terus aman makmur kerana dijaga bangla dan myanmar.
Agensi keselamatan sudah ada biro politik.

Islam kini menjadi alasan waktu tersepit,  terdesak.
Pandai ugama kekadang pegang kayu tongkat kutbah kekadang kayu tongkat golf.
Islam The Way Of Life kekal jadi sticker cermin belakang kereta.

Semua adudomba,  hilang akhlak,  waras dan iman kerana politik ganas.

Mereka mereka yang membeli masa akan sampai juga ke satu masa and the rest of life akan menanggung segala dosa.

Seperti kertas yang tidak dapat membungkus api, begitulah juga bau busuk bangkai bangkai gajah yang ditiup angin  tidak dapat ditutup sekadar say no dengan air lior basi.
Pokok tidak bergoyang jika tidak ada beruk jantan dan betina yang buat angkara.

Fakta atau auta.

MB JOHOR TERTEKAN DITEKAN...



DARI SESI DIALOG BERSAMA TMJ:
APA PERANCANGAN TMJ MENGENAI BANGSA JOHOR DAN  PANDANGAN BELIAU MENGENAI KEMERDEKAAN MALAYSIA

• Dalam masa terdekat, tak kisah tahun ini ke, tahun depan atau tahun akan datang, Kerajaan Johor sendiri akan beri modul pelajaran kepada anak-anak Johor.

• Ada persoalkan kita ada Bangsa Johor dan Malaysia pun sudah ada 1 Malaysia. Awak beri saya 1 jawapan, dimana dia 1 Malaysia. Awak ada sekolah India, awak ada sekolah Cina, awak ada sekolah Melayu. Daripada kecik awak dah ajar mereka jangan bersatu. Lepastu dah besar awak nak suruh dia bersatu?  Pada masa akan datang, kita takde lagi sekolah India, Cina, Melayu di negeri Johor. Sekolah agama ada lagilah untuk agama kita. Kita ada Sekolah Bangsa Johor.

• Sekolah Bangsa Johor ni, daripada kecil awak akan diajar macamana bersatu, menghormati agama, menghormati kaum-kaum lain. Bagaimana kita nak mendidik dia dari kecil supaya jangan bersatu tetapi kita suruh dia bersatu bila nak pilihanraya. Mana boleh jalan? Di Negeri Johor lain. Pendidikan akan dijaga kerajaan negeri Johor. Yang mana belajar bagus-bagus, kita hantar luar Negara. Saya ada perancangan lebih besar untuk negeri Johor.

• Ada bertanya, kenapa page JST tak letak apa-apa pasal Merdeka? Nak buat apa? Takde kena mengena dengan sejarah kita. Takde kena mengena dengan asal-usul kita. Kita sentiasa merdeka. Kita tak pernah dijajah. Kenapa Johor nak sambut merdeka? Kita menghormati boleh. Kita wish boleh. Tetapi tiada motif untuk menyambut.

• Macam tu juga saya cakap kepada Menteri Besar. Tapi Menteri Besar cakap dengan saya, “tapi macam ni patik ni tertekan sikit.” Awak cakap jelah saya yang suruh. Awak nak risau apa. Kita ada sejarah kita. Kita patut menghormati sejarah dan asal-usul kita. Negeri lain terpaksa banggakan bendera tu pasal mereka takde apa-apa nak dibanggakan pasal negeri dia.

• Sini kekuatannya, adalah kerana raja dan rakyat berpisah tiada. Raja negeri lain, tak duduk KL, London, KL, London. Saya pun tak tau apa motif ada Mesyuarat Raja-Raja. Tak pernah dalam tu awak bincang isu-isu semasa, menegaskan kepada kerajaan apa mereka patut buat untuk rakyat.


#
Agak agak siapa pemimpin Johor yang akan ulas,  takkan nak suruh si pondan tu ulas.
Adakah Najib akan ulas... Lebih baik tunggu kucing bertanduk.

Akhirnya suruhlah wartawan tanya Tun Dr Mahathir,  pahit atau manis,  Tun akan ulas...
Lepastu barulah berpusu pusu pemimpin bangsat akan jadikan modal politik  kritik Tun Dr Mahathir yang dimurkai Sultan.

Saturday, September 3, 2016

APA ADA BEZA DAP DAN UMNO (?)




Awal pagi ini  (4/9/16) ada kawan whatsapp mempertikaikan kenapa blog ini tidak fokus juga kepada isu rasuah DAP.

Bagi aku,  jawapannya di sini..
1) Isu 1MDB lebih besar, tuduhan skandal ke atasnya tidak dapat dijawab,  tidak dijawab,  jawapan berbelit...
Kalau isu sebesar itupun masih ada segelintir puak yang tahu tapi pura pura bengong kerana dedak punya pasal..
Apalah sangat isu rasuah DAP, celah gigi ...

Bagi aku bukan sahaja rasuah DAP yang perlu ditentang, tetapi kerakusan DAP itu sendiri yang perlu dilenyapkan terlebih dahulu...

Malangnya ada segelintir pemimpin umno yang memelihara DAP supaya kekal racist..
Mereka memerlukan DAP untuk menakut nakutkan segelintir Melayu dan memang ada puak Melayu buta kayu yang termakan hasutan itu..

DAP tidak ada kekuatan jika pemimpin Melayu umno mengamalkan Islam Al Quran,  Sunnah dan Hadith (bukan Islam ulama politik cari makan)   takut Allah bukan sikit sikit tetapi 100% bererti amanah dan akhlak yang baik..

Kalau akhlak pemimpin umno hancus,  apakah ada beza dengan DAP (?)

Jadi kalau ada yang menuduh aku dapigs, lebih baik yang menuduh itu main air longkang... Tidak ada bezanya dia dengan air longkang.  !!!

Heh...




#tulisan yg di luar tajuk akan dihapuskan.

PERLU KE KITA TAKUT MAHATHIR (?)







Cerita Najib nak mempertahankan jawatan tanpa takut kepada Mahathir bukan cerita baru.

Jika ada kritikan ke atasnya sudah tentu ada sebab, bukan saja saja nak buang current.

Konon Mahathir mahu usahakan Mukhriz sebagai PM adalah dongeng desperado,  yang rosak mental sahaja akan bersetuju.

KITA TAHU SANGAT KENAPA DIA PERLU BERTAHAN DAN KEKAL....

Tiada nilai berita pun.

Kita lebih tertarik dengan berita tentang Husam Musa yang diberi sambutan hangat sebaik sahaja sampai di Airport Pengkalan Chepa dan seterusnya merasmikan 17 cawangan AMANAH di Kelantan.

AMANAH Kelantan akan bekerjasama sepenuhnya dengan BERSATU,  PKR dan PAS.

Tidak ada sesiapapun perlu takut dengan Mahathir, takut dan kasihanlah pada diri sendiri jika tidak amanah.



NAJIB BERUCAP,  BURUNG TERBANG PUN BOLEH JATUH... 



Friday, September 2, 2016

JADILAH PENDENGAR YANG BAIK

Jawapan Dato Johari Ghani, MK2 terhadap fitnah terkini berhubung ekonomi Malaysia

Fakta ekonomi negara pada 31 Julai 2016:

1. Rizab Bank Negara adalah kira-kira RM400 bilion.

2. Pertumbuhan KDNK kita antara yang terbaik di Asean. Walaupun ekonomi global lambat meningkat, ekonomi kita masih meningkat sebanyak 4.1% pada separuh pertama tahun ini. Singapura hanya meningkat sebanyak 2%.

3. Hutang kita kepada KDNK hanya 54.5% berbanding dengan Singapura, iaitu 89% daripada KDNK.

4. Lebihan akaun kita untuk tahun 2015 adalah kira-kira RM95 bilion dan RM45 bilion untuk 6 bulan pertama tahun 2016.

5. Kedudukan negara kita mengikut Fitch, Moody dan Standard & Poor kekal sebagai A- berbanding dengan semua negara Asean kecuali Singapura, kita adalah jauh lebih baik.

6. Pasaran Modal kita sangat kuat dengan nilai RM2.8 trilion. Pasaran ekuiti bernilai RM 1.7 trilion dan Sukuk/Bon bernilai RM1.1 trilion. Sistem kewangan kita sangat berdaya tahan. Sektor perbankan juga dipermodalkan dengan baik.

7. Ekonomi kita terdiri daripada pelbagai sektor. Sektor perkhidmatan adalah 54% daripada KDNK kita, diikuti dengan 23% pembuatan, 9% perlombongan, 8% pertanian dan 4% pembinaan.

Salam.

Dato' Johari Ghani
Menteri Kewangan 2


# Mengikut laporan semuanya baik,  semalam aku di Pasir Tumbuh,  Kelantan,  KFC sesak dengan manusia, PAS juga hebat di Kelantan.

Tetapi semua itu tidak bermakna,  perasuah perlu dikekalkan.

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...