Saturday, January 9, 2010

Nik Aziz-Mat Sabu-Mahfuz (Tiga Serangkai)

Baca petikan di bawah, jangan letakkan Nik Aziz sebagai ulamak, anggaplah dia hanya pemimpin politik yang sudah hilang pengaruh di kalangan ahlinya, atau seorang MB yang kacau bilau pentadbirannya, yang hampir hilang kuasa dan hebat dari segi berkroni. Ungkapan di bawah memang 'kacang' untuk terus menampakkan dirinya masih relevan.

Nik Aziz kini setaraf dengan Mat Sabu atau Muhfuz Omar, tidak lebih dari itu.

SHAH ALAM, 9 Jan (Harakahdaily): Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa kejadian serangan membakar gereja kelmarin berlaku kerana Umno telah menghilangkan sensitiviti dosa dan pahala dalam masyarakat di negara ini khususnya orang Melayu itu sendiri. Kesan hilangnya sensitiviti itu, katanya telah menyebabkan masyarakat melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak menghormati agama lain sehingga membakar gereja dan mengarak kepala lembu seperti berlaku di Shah Alam baru-baru ini."Tiap-tiap orang nak bakar gereja kena reti (tahu) gereja ini harta kawan kita orang Kristian, bila kita bakar kita lukakan hati dia, berdosa kita di akhirat kelak."Sama juga arak kepala lembu, melukakan hati orang India (Hindu), ini berdosa. Tapi perasaan dosa pahala tidak ada dalam orang Melayu sekarang kerana telah dibuang oleh Umno, ini kita dukacita," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan penutup program Taklimat Penerangan Isu-isu Semasa di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) petang tadi.Selain itu, hilangnya sensitiviti tersebut juga, jelasnya telah mengakibatkan banyak perkara-perkara yang tidak sepatutnya, berlaku dalam negara kita.Umno, jelasnya telah menghilangkan sensitiviti tersebut dari hati orang Melayu apabila membezakan ajaran agama Islam dengan politik dengan berpendirian agama lain, politik lain."Sebab itu lah menteri rasuah, orang kampung rasuah, parti-parti rasuah hatta enjin kapal pun boleh dijual senang-senang sahaja, mana boleh jual kalau tidak ada rasuah," jelasnya lagi.Di dalam ucapan penutupnya sebelum itu, beliau mengingatkan seluruh pimpinan dan jentera PAS meneruskan usaha memberi penerangan kepada masyarakat selaras dengan tugas yang dipikul oleh Nabi-nabi. Beliau mengakui ianya bukan sesuatu yang mudah kerana perlu berdepan bermacam halangan. Apatah lagi, ianya sesuatu yang boleh dianggap baru dan bertentangan dengan apa yang dibawa zaman penjajahan Inggeris."Kerja PAS hari ni memang buat kerja baru, yang (zaman) Inggeris dulu tidak buat, Umno dia (hanya) sambung kerja buat Inggeris," katanya.

5 comments:

  1. Tua kutuk n.ajiz tak abis2 main bangsat menyalahkan orang lain.. lagi bangsat menyalahkan sesama Melayu Islam pasal nak jaga hati kapir.. semuanya pasal kebodohan n.ajiz lah puncanya

    ReplyDelete
  2. Nik Aziz ni ikut saja apa kata Anwar aljuburi!
    Dia tidak ada pilihan lain. Kononnya nak jaga hati dan perasaan Cina DAP Komnunis dan PKR.
    Yg penting bagi Nik Aziz ialah PAS dapat undi rakyat M'sia di PRU13 nanti!
    Sebab dia tahu dan yakin sekali bahawa orang2 PAS akan sokong dia walau pun dia tidak lagi memperjuangkan agama Islam!

    ReplyDelete
  3. barang siapa yg membakar rumah ibadat maka berdosa besar tak kira masjid, kuil-kuil ataupun gereja. Islam mengajar kita bertolenransi dan menghormati orang bukan Islam. Islam bukan untuk orang Melayu dan Islam itu untuk semua.Penggunaan nama Allah dalam kitab Injil di negara Arab seperti Lebanon ataupun Syria tiada pun pertikaian. Kenapa tiba-tiba isu ini dibangkit kan adakah orang Melayu merasa terhina kerana penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil tersebut? Berfikir dan kaji sebelum membuat pertuduhan dalam semua aspek. Kalau nak mempertahan agama Islam yang sebenarnya tutup atau halang anak-anak muda dari mengunjungi pub atau disko di seluruh Malaysia. Majoriti 70% adalah orang Melayu dan kebanyakan minum arak. Adakah anda seorang pembela agama atau pun cuma terpengaruh dengan propaganda murahan?

    ReplyDelete
  4. Ada orang roboh masjid, sekat orang alim mengajar di surau/masjid, larang peserta memakai kopiah/serban dalam majlis rasmi. Mereka juga tidak mahu subjek akidah, fekah, tasauf, hafazan, tafsir, hadis, mantik dan sebagainya diajar kepada pelajar-pelajar Islam di Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Anon 3 : Kita hidup realiti di Malaysia, jadi masuk kandang kambing mengembeklah, masuk kandang kerbau menguaklah..bukannyaa mengaum. Kenapa nak ambik contoh jauh jauh yang tiada kaitan, tu pun anda tidak pernah ke sana. Pun dengar cakap orang jugak.

    Anon 4 : mana bukti? Janganlah isu roboh surau kerana soald teknikal dikatakan menghalang ajaran dan cara ahidup Islam, pakai otaklah sikit nak spin pun.

    Hanya di Malaysia, kaum pendatang dan minoriti boleh bersuara bebas tetapi tidak di negara maju. Apa sudah jadi dengan kaum majoriti di Malaysia..takut dan cemas?

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...