Friday, January 29, 2010

Logo Diterbalikkan?Dakwaan? SPRM wajar bertindak


Logo yang diterbalikkan dengan motto Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia di atas logo SPRM sesuatu harus dianggap serius.
Lambang Rasmi sebuah Agensi Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Sistem Palimen Raja Berpelembagaan seharusnya dihormati.
Kebebasan penulis dihormati tetapi kebebasan, ketelusan membuktikan apa yang didakwanya harus juga dia sendiri hormati dengan membuktikan dan bertanggungjawab.
SPRM harus bertindak kepada blogger ini atau mana mana pihak yang membuat dakwaan tanpa membuktikan.
Bertindak bagi pihak rakyat yang masih menaruh kepercayaan dan keyakinan kepada badan tersebut.

5 comments:

  1. Betul - penulis blog kena buktikan dakwaan yang dibuatnya.

    Betul - SPRM perlu bertindak kalau dakwaan itu palsu

    Betul - SPRM kena bertindak kalau tidak mahu budak sekolah akan menterjemahkan SPRM itu sebagai Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia.

    Kalau gambar mak bapak kita diterbalikkan lepas itu dicop pembunuh - boleh terima ke tidak...

    ReplyDelete
  2. Suruhanjaya Multimedia & komunikasi di bawah Dr Rais mesti siasat, polis perlu bertindak segera, SPRM perlu buka langkah segera , jika salahlaku mengina raja cepat disiasat, ini juga perlu di segerakan . Bawa kepengadilan, terpulanglah kepada mahkamah tentang hukumannya.

    ReplyDelete
  3. Salam Kluangman,

    Lepas satu-satu ..... Semuanya diperlekehkan.

    Dan tiap kali diperlekehkan, tiap kali itu juga orang2 Melayu yang masih berjiwa Melayu akan melatah, mempertahankan apa saja yang dirasakan sebagai haknya.

    Orang Melayu kini dah menjadi bangsa yang defensif. Lepas satu-satu kubunya tumbang, mana yang masih mampu dipertahankan, akan selamat namun terasnya tidak sekukuh dulu.

    Lepas ni apa lagi ? ? ? Dimana silapnya ? ?

    Kerajaan yang diharap mempertahankan hak Melayu sendiri menjadi dalang. Terlalu menjaga hati mereka yang rakus menceroboh dan mengikis ketuanan Melayu.

    Bukan saja hak Melayu mahu dilucutkan, Nama Melayu itu sendiri sanggup dikorbankan....atas nama baru - 1Malaysia !

    Apa daya orang Melayu, biar keluar airmata darah sekalipun, hanya mampu melihat saja... kerana ketaatan orang Melayu kepada ketuanya...

    Kerana angkara panglima nya sendiri.. Melayu tergadai.

    Jika beginilah nasib Melayu seterusnya.... biarlah aku mampus sekarang ! Tak sanggup aku menjadi Melayu jika bangsaku sewenangnya diludah, diperhambakan, diheret seperti lembu!

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Apo nak buek, ramai "Melayu" yang masih X sedar...

    Din, jangan lah guna perkataan "mampos" untuk diri sendiri....Sedih den....

    ReplyDelete

6ANGKA