Satu satu nya parti yang unggul dan belum dilanda krisis besar setakat ini ialah DAP. Diidolai Lim Kuan Yew, diterajui Lim Kit Siang dan kini berkapitan Lim Eng Guan, kapal apollo mereka bergerak lancar...
Semakin lancar apabila membawa bersama beberapa pemimpin hitam legam dan hitam manis yang termakan janji manis.
Akibatnya PKR kena pendarahan dalaman dan PAS pula terkena kencing manis, manakala pemimpin Hindraf hidup dalam buangan, usaha keringat titik peluh perjuangan mereka hasilnya kini dimakan DAP sendirian.
Tempias dari asap apollo itu juga terkena Barisan Nasional, MCA dengan aidsnya, MIC dengan mabuknya, PPPP dengan dua kepalanya dan UMNO sendiri menjadi juara pamiran rakyat, berbaju batik cantik ke hulu ke hilir, bersanggul tinggi tanpa menutup aurat, tapi badan penuh daki dan panau, mendangor sampai ke siak.. (apa maksudnya tanya orang banjar)
Dalam ucaptama PERKASA Selangor 28hb Januari 2010, Tun Mahathir menyatakan kekesalan kepada UMNO dan PAS kerana gagal mempertahan dan memperjuangkan hak Melayu dan Islam mengikut perlembagaan kerana mereka lebih sebok melayan dan memenuhi nafsu kaum lain semata mata kerana undi dan mahu popular. Anak kera di hutan disusukan, anak sendiri diriba mati kelaparan.
Kepimpinan di dalam PAS dan UMNO sendiri sudah hilang arah tujuan sebenar perjuangan mereka malahan bercakaran, bertelingkah pendapat sesama sendiri dalam sesuatu isu kerana mereka cuba memenuhi kehendak semua orang dan paling sedih dalam masa yang sama leka dan lalai kepada bangsa dan ugama sendiri.
Hari ini senario politik dipenuhi dengan pertelingkahan, cah keting, fitnah atau apa sahaja HANYA antara sesama Melayu Islam. Hari ini juga yang ditangkap rasuah wang dan seks, dadah dan pelbagai lagi jenayah majoritinya Melayu Islam. Kita hanya unggul di dalam 'proses kehancuran'.
Berbalik kepada DAP, selepas kaum Cina menguasai ekonomi, perjuangan mereka hanya satu, untuk kaum Cina dalam apa jua aspek khususnya kuasa politik dan mereka sanggup memperlahankan suara atau menyokong apa sahaja 'kepentingan' yang dibawa oleh Gerakan atau MCA termasuk NGO jika asasnya untuk kemajuan kaum Cina. Mereka kurang mempertikaikan yang remeh temeh tetapi memberi tekanan dan fokus kepada kemajuan.
Dengan satu matlamat yang jitu, nyata dan jelas..tidak hairanlah perjalanan pentadbiran Lim Eng Guan di Pulau Pinang asal sahaja tidak mengganggu kaum Cina tidak akan 'dibelasah' oleh kaum mereka sendiri walaupun mungkin ada yang tidak mengikut peraturan atau tidak adil kepada kaum lain.
Lim Kit Siang bangun mempertahankannya dari sudut yang berbeza, dengan saranan supaya mesyuarat untuk mencari perdamaian di kalangan Pakatan Rakyat perlu di adakan untuk mengelak saling tuduh menuduh. Kalaulah Lim Eng Guan itu Ahmad bin Awang dan gerai yang kena roboh itu adalah dari kaum Cina, apakah gerak dan gaya Lim Kit Siang sebegitu 'sabar dan lembut' dalam isu itu???
DAP parti yang pernah nyawa nyawa ikan kini mendominasi PAS yang berterabur ulamaknya dan PKR yang kononnya hebat dengan Anwarnya kini berlutut seperti 'kucing' di depan 'tikus', seperti melukut di tepi gantang.
Pemimpin pemimpin Cina dalam dan luar DAP akan bersatu hati dalam apa jua isu jika kaum Cina tercabar dan tergugat.
Perasaan hasad dengki atau berlumba lumba untuk menjadi jaguh dan juara (popular) bukanlah matlamat utama tetapi lebih kepada bersatu hati dalam gerak kerja yang memberi faedah kepada semua kaum Cina tanpa mengira negeri dan parti.
Apakah ini ujud kepada pemimpin Melayu di UMNO, PAS dan PKR???
yang pasti DAP sedang bersiap sedia mengiring Anwar ke Sungai Buloh..