Wednesday, June 29, 2011

Wardina wajar belajar dengan Rosmah

update: 12.38pm 3jul


wardina yang dikatakan akan berehat 2 bulan sebenatar tadi berada di 'melodi' tv3 dengan masih mempertahankan dirinya, memang hak dia pun, katanya dia ada suami dan anak2, orang lain macam lah tak ada. Wardina kena semak dirinya terlebih dahulu sebelum menyalahkan pihak lain atau mahu menyaman.


Cerita wardina boleh didkatakan sudah tidak lagi menjadi bahan berita panas buat masa sekarang dan jika iianya muncul kembali, ia lebih kepada wardina sendiri yang ,menggembargemburkannya.


Apakah mahkamah begitu mudah dipersendakan dengan soal remeh temeh. Adakah menjadi satu kesalahan kepada pihak lain membuat persepsi sebelum wardina memberi sidang akhbar??
........


Yang pertama, kurangkan ego rasa diri hebat sangat dan langsung tidak boleh dikritik, masa lampau yang setiap orang lakukan masih tanggungjawab orang itu dan secara terbuka kena terima, setiap sesuatu ada harga yang kena dibayar. Lawan segala perkara dengan hemah dan bijak.

Jika diri mahu tidak diperkatakan, elok duduk dalam kelambu dan bukannya jadi selebriti atau public figure yang hanya mahu 'elok dan untung' diperkatakan tetapi kena bersedia dan terima apa jua risiko termasuk yang buruk dan keji.

Kerajaan sendiri diberi fitnah dan persepsi yang buruk walaupun telah melakukan berbagai jasa dan bakti kepda rakyat, apakah kerajaan tidak ada kerja lain melainkan saman setiap orang memberi pandangan buruk terhadapnya???

Rosmah sendiri, walaupun isteri kepada seseorang yang cukup kuasa dan pengaruh tetapi masih menunjukkan tahap kesabaran bukan sahaja tinggi tetapi terpuji dalam menghadapi segala tohmahan dan cacian. Rosmah mungkin hanya melakukan sesuatu yang mungkin ada yang tidak suka tetapi tiada jenayah yang dilakukannya.

Anwar juga sendiri terdedah kepada 'konspirasi' pagi petang siang malam 24 jam seperti yang dia laungkan tetapi tidaklah dia asyik menyaman setiap orang trmasuk blogger walaupun ada wajahnya 20 tahun lampau masih terpapar dan dipergunakan.

Apakah Wardina terlebih istimewa dari Rosmah dan Anwar?? Sepatutnya sedikit ruang dan perhatian yang diberi oleh blogger dan media dalam sidang akhbarnya wajar Wardina berterima kasih. Memadai penjelasan dan bukannya ugutan kerana itu akan mengundang lagi pelbagai 'tembakan' yang kalis undang2.

Wardina juga bebas untuk berada disisi pembangkang, berkecuali atau sokong kerajaan, bebas untuk menjadikan Anwar atau Najib seabgai idola pemimpin, itu hak dan kebebasan yang dijamin oleh perlembagaan tetapi bersedialah juga menerima risiko atas apa jua keputusan dan situasi.

Bercuti dua bulan satu langkah bijak dan matang yang di ambil oleh Wardina dan semoga selepas ini Wardina mampu untuk kembali di tengah masyarakat dengan fikiran yang lebih terbuka.

2 comments:

  1. haaa... elok sangat lah perangai membuka pekung org lain ... org tu dah insaf la ngek.

    ReplyDelete

6ANGKA