Saturday, June 11, 2011

Rakyat juga nak dengar suara Pembangkang..


Sudah tiba masanaya kerajaan wajar memberi ruang kepada pemimpin pembangkang untuk bercakap di media utama seperti di RTM dan Media Prima untuk mereka meluahkan pandangan dan pendapat. Sudah tentunya pandangan dan pendapat mereka tertakluk kepada undang2 dan boleh dibuat secara rakaman tertunda untuk mengelak kepada sesuatu yang mengancam keselamatan negara. Panel bebas perlu dilantik untuk menilai isi ucapan.


Walaupun pembangkang mempunyai media mereka sendiri termasuk media bebas di internet tetapi masih ramai lagi yang belum mendengar apa intipati dan isi perjuangan mereka. Ketidakpuasan hati mereka inilah menyebabkan jalanraya menjadi medan untuk mereka menarik perhatian rakyat dan pada masa itu 'ucapan' sudah tidak menjadi agenda utama lagi. Poster dan sepanduk serta maki hamun digunakan membakar hati yang ada untuk bertindak liar.


Kerajaan boleh memperuntukan contohnya 5jam dalam sebulan kepada pembangkang untuk aktiviti mereka dan kerajaan harus yakin jika pembangkang itu 'kosong' akhirnya rakyat akan menilai dan boleh menolak mereka. Kerajaan harus bersikap memperbaiki diri jika saranan pembangkang itu ada betulnya. BN akan lebih kuat dengan cara ini.


Dengan cara ini kerajaan dapat mengenalpasti isu pembangkang yang sedang 'membunuh kerajaan' dan sudah tentu semua itu dapat dan perlu dijawab dan diulas semula oleh kerajaan dengan cara yang terbaik. Langkah ini boleh mengelakkan pembangkang membuat fitnah dan pembohongan sewenang wenangnya. Rakyat boleh menilai integriti kedua dua pihak.

Rancangan Aduan Rakyat TV3 adalah contoh terbaik di mana sesuatu yang buruk dan negatif itu boleh bertukar menjadi positif apabila ada tindakbalas segera dan proaktif dari semua pihak yang terlibat samada kerajaan pusat, kerajaan negeri, swasta dan orang awam itu sendiri.

Cara ini juga dapat membuatkan semua pihak 'alert' dengan tanggungjawab masing2 dan jika berlaku rasuah atau penyelewengan ia akan mudah dihidu.

Rakyat tidak akan mengambil risiko untuk menolak sebuah kerajaan yang mempunyai rekod 'baik' sebelum ini dengar sekadar beberapa kelemahan kecil dan lebih penting kerajaan sedia memperbaikinya.


Sebaik sahaja pembangkang dibenarkan dalam media rasmi dan media utama, demonstrasi politik dalam apa jua bentuk dilarang samasekali kepada semua pihak kecuali dalam musim pilihanraya.


Rakyat sudah bosan dengan kamu pemimpin politik.

Terpanas dan terkini:
Calon timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa sekadar dilantik sebagai AJK tambahan sahaja oleh hadi.

1 comment:

  1. as salam tn kluang....
    saya kira media utama tidak menghalang jika pihak pembangkang ingin memberikan pandangan dan pendapat mereka kepada umum....yg menjadi masalah selalunya isu yg ingin di utarakan bersifat serkap jarang (tuduhan tanpa bukti), isu2 remeh temeh dan gaya percakapan pembangkang yg dipenuhi dengan caci maki...jika isu kepentingan rakyat dan ada asas2 yg kukuh...saya kira media utama tiada masalah untuk menyiarkannnya...

    ReplyDelete

6ANGKA