Tuesday, April 26, 2016

ANUAR MUSA PANIK SAKAN....

Saluran mana yang mahu digunakan oleh akar umbi untuk bersuara dalam UMNO.
Apakah perlu bisik pada Anuar Musa dalam kelambu selaku Ketua Penerangan.

Jika tidak panik, Anuar wajar menasihati Hanafi Mamat supaya jangan tunjuk kerisauan sekadar dua cawangan melaksanakan demokrasi di dalam UMNO.

Ini Cawangan Yang Ada Telor dan dicemburui UMNO Kelantan:
Umno Cawangan Lepan Simpol dan Banggol Judah dekat Machang, Sabtu lalu yang sebulat suara meluluskan usul menolak kepimpinan Najib sebagai kepimpinan parti.


KOTA BHARU - Umno Kelantan akan mengambil tindakan tegas terhadap dua cawangan parti itu di Machang berikutan tindakan mereka yang secara terbuka menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden parti.
Setiausahanya, Datuk Hanafi Mamat berkata, ia kerana tindakan tersebut dianggap tidak mengikut saluran seperti yang ditetapkan perlembagaan dan peraturan parti.
“Sepatutnya mereka guna saluran yang dibenarkan untuk mengkritik atau menegur di mana semua ahli sudah dimaklumkan mengenai perkara ini, tetapi bila secara terbuka tentang presiden maka bersedialah untuk dikenakan tindakan.
“Apa yang mereka lalukan bertentangan dengan nilai-nilai dan budaya Umno, kita tidak menyekat ahli untuk tegur kepimpinan tapi tegur dengan berhemah. Jangan sampai menyertai gerakan yang mahu menjatuhkan presiden hingga menjejaskan perjalanan parti,” katanya.

20 comments:

  1. Nuar , mu bilang saluran mana yg betul ? Ikut Tak Bai mu kato tok betul ; Ikut Rantau Panje mu kato tok betul ...

    Bahana panas dah sampai had kritikal . Apa lagi yang bolih buat , terjunlah dlm sg. Golok . Sg Golok pun dah kering di sebabkan El Nino . Samo la dengan machai macai Najib , hati dio orang dah kering , otak dah senteng .

    ReplyDelete
  2. UMNO(Untuk Macai Najib Only) skang ni dah jd parti Najib, bukan parti org Melayu. Apa2 saja yg menentang Najib, sume dikatakan 'tidak mengikut saluran yg betul'. Ape lg saluran yg betul yg perlu diikuti dan digunakan selain drp mesyuarat cawangan itu sendiri? Keputusan utk menolak kepimpinan Najib itu dilakukan sebulat suara setelah mesyuarat dilakukan. Kalo keputusan mesyuarat pun dianggap 'tidak mengikut saluran yg betul', apa lg saluran yg betul utk menukar kepimpinan? Demokrasi ape yg UMNO(Untuk Macai Najib Only) amalkan ni?

    Dedaks, terdedaks, mendedaks

    ReplyDelete
  3. 📋JUMLAH USUL TELAH DIBAWA DI JOHOR📋

    (144 Usul) telah dibawa oleh cawangan cawangan dalam negeri Johor.

    Kemaskini 27/4/2016 : 0035 hrs

    ReplyDelete
  4. KD, Umno nie tak ada teloq macam najib jugak, sembang saja lebih tapi habuk pun tak ada.
    aku harap ada lebih banyak lagi umno macam 2 cawangan di kelantan and johor and kulim. jadilah macam anina lkw and berani kerana benar bukan macam
    ketua cawangan yg dok ada lani, makan dedak terlampau banyak sampai otak pun tak jalan. tak sedaq lagi rakyat akan tolak depa nie semua...
    go fly kite...kelmarin hari selasa.

    ReplyDelete
  5. Kahkahkah
    Ikot saluran jubo baru btl..

    Kahkahkah
    Siapa shj sokong najis mesti bodoh..

    Kahkahkah
    Ikot akar umbila nk bsuara lagu mana..

    Kahkahkah
    La ni akar umbi kena dgr suara pemimpin..

    Kahkahkah

    ReplyDelete
  6. JAKARTA 26 April - Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia, Lukman Hakim Saifuddin mencetuskan kontroversi apabila membuat kenya­taan bahawa suami di negara ini mengamalkan rasuah bagi meme­nuhi kemahuan isteri yang tamak.

    lukman hakim saifuddin
    Katanya, seseorang itu mengamalkan rasuah atas pelbagai sebab, namun permintaan melampau ahli keluarga terutamanya isteri, menjadi penyebab utama suami bertindak di luar batasan dan terpaksa me­nerima suapan.
    “Saya menasihatkan ahli keluarga supaya jangan membuat permintaan melampau. Kebiasaannya, permin­taan luar biasa dibuat golongan wanita,” katanya seperti dilaporkan akhbar Kompas.
    Beliau berkata demikian merujuk kepada kehidupan mewah isteri golongan elit Indonesia yang gemarkan pakaian serta beg tangan berjenama.
    - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/isteri-tamak-punca-lelaki-amal-rasuah-1.292749#sthash.ILinyTwC.dpuf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masya Allah.....sindiran tepat bertepek kat muka Najib & Rosmah. Malunya....!!!!

      Delete
  7. Mna cawangan nak komplen "ikut saluran". Main ak sampai ke mana le komplen tuh. Tambah pulak, kena kasi surat kata dua, amaran entah apa lain.

    Mana ada demokrasi di bawah TEUKU (bukan Tengku) Adnan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Title Tengku dia berlagak pakai selama ini rupa2nya palsu (fake). Kepala
      Tengkuk Nan adalah.

      Delete
  8. Rindu pula aku nak baca, pendedak berhujah "ini blog bangang" kahkahkah.

    ....adoi semalam hari selasa.

    ReplyDelete
  9. Tak kanlah cuma dua atau tiga cawangan yang "protes" pemimpin-pemimpin nak panik.

    Dua atau tiga cawangan daripada beribu cawangan.

    Kecualilah bilangannya lebih besar.

    Apapun para pemimpin kena segera "perbetulkan" kalau ada yang tak kena atau silap.

    Aku masih sayangkan UMNO......

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. Bodoh punya blog? Tp dibuka juga... Kalau pandai sangat jawablah persoalan...

      Delete
    2. nak jawab macam mana...dah xleh nak spin dah....xjawab kang king dedak kata x wat keje....hahahaha...

      Delete
    3. Korang Projib tak usah makan dedak le. Mintak sejuta dua seorang, baru ada makna.

      Banyak wang 1MDB di songlap tuh. Arul pun dah nak cabut lari dari 1MDB - dah penat, done more than what he bargained for, kata nya.

      Last straw kpd dia bila dapat tahu pasal Abaar agreement and payments tak betul apekebende.

      Delete
  11. Pengerusi JKKK kebiasaannya adalah juga ketua cawangan UMNO. Di Kedah baru-baru ini satu perjumpaan JKKK dengan orang kuat parti telah diadakan. Amaran telah diberi supaya cawangan tidak membuat usul yang ramai orang ingin membawanya. Siapa yang engkar, 'tahulah mereka mengajarnya'.

    ReplyDelete
  12. Hormat pimpinan..tak suka cari haluan.sejak PM perintah kau orang semua kebulur ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hormat sbb Jawatan dia PM atau Hormat sbb Kepimpinan??

      Kalau sbb Jawatannya PM, maka bila dia dah tak jadi PM kita tak perlu Hormatlah??

      Kalaulah sbb Jawatan,lebih baik kita letak Tunggul kayu jer..tak payah perabih duit nak bayar gaji mahal2...

      Tapi kalau Hormat disebabkan Kepimpinan yg BERSIH, CEKAP & AMANAH, org yg tak punya apa2 jawatan pun kita kena HORMAT lah..

      Yg tang KEBULURRRRRRR tu, KEBULURRRRRRR DEDAK Free ramai dahhhh skg ni...

      Delete
  13. Ada satu annuar musang,tugas bela pemimpin songsang, umpama monyet diberi pisang, saluran betul hendak dihalang..

    Ada satu kumpulan Pencacai,nak cover Pee Emm lagaknya pandai,satu dunia siasatan terlerai, harta negara habis tergadai.

    Abu Bakar dan Othman Ahmad, juga yg lain mana yang ingat, sumbangan anda berharga sangat, bontot si Pee Emm berasap hangat..

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...