Friday, April 22, 2016

TULISAN AKADEMIK, JANGAN MALAS BACA, ULAS IKUT TAJUK, MAKI HAMUN BUKAN FAKTA...

KESELAMATAN EKONOMI: PENJAJAHAN NEGARA MELALUI MANIPULASI MATAWANG AKIBAT KRISIS 'PERSEPSI' 1MDB

FORWARD DARI: Mohd Hanizam Bin Yunus

Jom kita viral kan tulisan Wan Ahmad Fayhsal ni.
-------------------------------------------------------------
PERCUBAAN MEMBANTU NAJIB RAZAK DAN 1MDB (TAPI TAK DIENDAH)

Oleh WAF

1. Saya mula ambil peduli tentang 1MDB bila Ahmad Maslan kata nak bagi "credit facility" dalam parlimen sekitar hujung 2014. Lepas tu Tun M bising dalam blog secara berlapik.

2. Sekitar bulan Mac 2015 yang lalu saya pertama kali menulis tentang 1MDB dalam blog saya (rujuk: http://goo.gl/bcNmIf).
Kemudian saya terjemahkannya dalam tiga siri artikel yang telah diterbitkan oleh The Malaysian Reserve:

(A) Geopolitical Risk Of 1MDB Could Be A Reality: http://goo.gl/7mTu23

(B) Is Edra Energy's IPO The Best Way Forward For 1MDB?: http://goo.gl/BrNhCo

(C) Ways To Save 1MDB Assets: http://goo.gl/toFz5D
Saya juga muncul di MOBTV untuk jelaskan tentang cara selamatkan aset 1MDB: https://youtu.be/xZv3PBaPK6Q

3. Sekitar bulan Mei saya bagi satu lagi penyelesaian iaitu menggunakan PROKHAS untuk "contract novation" terhadap semua urusan niaga yang 1MDB ada dengan Goldman Sachs: http://goo.gl/BHLEnU

4. Ketika itu saya amat-amat berlapang dada (husn ẓann) dengan Najib Razak dan 1MDB. Saya hanya tumpu pada soal nak selamatkan aset (contractual) bukan jenayah (criminal).

5. Saya sempat jumpa Tun M bersama beberapa NGO sekitar hujung 2014 dan awal 2015 bagi membincangkan isu Akta Hasutan dan berhubung keadaan ekonomi negara. Ketika itu Tun M dah zahirkan kerisauan tapi belum ke tahap mengisytiharkan untuk menyuruh Najib Razak letak jawatan.

6. Sekitar bulan March itu juga saya hubungi salah seorang setiausaha politik PM Najib Razak (nama dirahsiakan) untuk mencadangkan penyelesaian seperti yang tertera dalam "screen grab" WhatsApp saya dengan beliau. Saya terang dengan jelas dan jujur bahawa penyelesaian saya itu tidak akan digemari oleh Najib Razak tetapi dapat selamatkan negara dan UMNO.

7. Pada masa yang sama setelah saya terbit-siarkan cadangan penyelesaian saya untuk 1MDB, Pak Haji Azmi Arshad turut memberi jawapan balas yang baik. Saya juga berlapang dada (husn ẓann) dengan beliau tapi seperti yang saya siarkan dalam "screen grab" mesej saya dengan beliau dalam Facebook ketika itu, beliau ada pandangan yang "terlampau" berlapang dada dengan semua skandal milik UMNO seperti lembu dalam kondo NFC.

8. Seperti dalam kedua-dua perhubungan saya dengan SetPol PM dan Pak Haji Azmi Arshad, pendirian moral saya JELAS bahawa Najib Razak harus direhatkan. Ketika itu saya belum kaji secara lumat sudut jenayah 1MDB khusus melibatkan pengubahan wang haram (money laundering) yang kini sedang disiasat oleh Amerika, Swiss, Hong Kong, Singapura dan Bank Negara. Saya hanya tumpu kepada HUTANG 1MDB kerana risau ianya menjadi jerat perhambaan ekonomi oleh vulture funds yang memang menantikan aset strategik yang ada pada 1MDB.

9. Saya memang tak nak tulis pasal 1MDB selepas saya pergi ke Scandinavia. Tapi bila saya balik saya dikejutkan dengan berita bahawa IPIC akan bantu urusan hutang 1MDB dengan cara menggadaikan aset. Di situ saya sudah berasa syak yang amat tinggi tentang sudut jenayah. Dalam masa seminggu ketika bulan Jun, saya baca SEMUA artikel dan laporan Sarawak Report, The Edge. Saya juga baca BANYAK laporan-laporan berhubung "money laundering" dan Akta RICO di Amerika Syarikat.

10. Saya semak semula laporan Louise Story dan Stephanie Saul dalam "The New York Times" yang tersiar sekitar bulan Februari 2015 berhubung Jho Low disyaki mengubah wang haram dengan membeli kondominium mewah di Menara Time Warner di Manhattan (http://goo.gl/TMPZH4). Saya yakin RICO berpotensi dikenakan ke atas 1MDB dan Najib Razak melalui Jho Low. Ketika itu saya tak jelas sangat peranan Jasmine Loo sebab masa tu Special Task Force 1MDB belum dibuat oleh Gani Patail dan Bank Negara belum keluar "WANTED" notice untuk Casey Tang dan Jasmine Loo. Justo pun tiada siapa tahu.

11. Saya tulis pasal RICO, tersiar dalam The Malaysian Reserve (http://goo.gl/sqviGi) dan saya terjemah dan tersiar dalam Sinar Harian (http://goo.gl/jqhnZd).

12. Saya terkejut tengok Pak Haji Azmi Arshad entah dari mana sangkal artikel RICO saya yang disiarkan oleh MyNation (http://goo.gl/kVnYQO). Dia kata artikel saya itu tidak relevan. Kalau tak relevan kenapa perlu tulis satu bangkangan?

13. Kemudian rakan saya Aidil Khalid bocorkan satu mesej rahsia antara Azmi Arshad dan rakan-rakan saya yang lain. Rupa-rupanya ada percubaan untuk memfitnah Tun Mahathir, Tun Daim untuk tutup bangkai 1MDB dan Najib Razak. (rujuk pendedahan panjang Aidil di: https://goo.gl/avQCyX).

14. Kemudian terzahirlah sifat sebenar bloggers dan pakatan Ahzab 1MDB yang terdiri daripada spinmeister Lim Sian See, RPK, Azmi Arshad, Seademon, BigDog, RockyBru dan ramai lagi. Mereka cuba sedaya upaya untuk menunjukkan bahawa Tun Mahathir, Tun Daim berniat jahat untuk gulingkan Najib Razak dengan cara memfitnah 1MDB dan kononnya Tun Mahathir nak jaga kroni IPP beliau yang dah banyak jual IPP pada 1MDB.

15. Sekarang kita tahu semua itu adalah BATIL dan AUTA. Hendaknya bila orang yang tak bersalah seperti Tan Sri Muhyiddin, Shafie Apdal dibuang sebegitu saja. Lepas tu datang pula Wall Street Journal. Kencing sana, kencing sini, kantoi pula duit "derma" masuk akaun peribadi.

16. Kemudian bila Special Task Force 1MDB mula siasat, kita dikejutkan dengan kehilangan Nik Faisal Kamil Arif dan Datuk Suboh Yassin. Saya macam teringat tentang Datuk Suboh Yassin. Rupanya saya pernah terserempak dengan beliau di Conference Nuklear di Hilton KL awal tahun 2015. Saya pun buat siasatan rapi dengan mengambil semua dokumen awam di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan punyalah saya terkejut sebab itu saya tulis artikel bahawa 1MDB kalau tak jadi macam ni memang berminat untuk buat projek nuklear. (rujuk: http://goo.gl/Z4ZlJr)

17. Kemudian datang taktik kasar: Gani Patail kena pecat. The Edge kena ban. SPRM kena transfer ke JPM. Zeti kena ugut. Terkini Datuk Khairuddin kena tahan di bawah SOSMA. Adakah beliau pengganas???

18. Ketika saya mula-mula tulis pasal 1MDB saya pun tak sangka akan jadi begini sampai FBI, Justice Department siasat. Tapi saya dah agak akan berlaku ketika bulan Jun bila saya tulis artikel pasal RICO sebabnya JHO LOW dan RIZA AZIZ itu terlampau galak dan "visible" rakus membuang duit ke sana ke mari di New York.

19. Saya sudah cuba yang terbaik. Saya sudah memberi cadangan JALAN KELUAR sebelum saya mengkritik hebat seperti sekarang - sama juga seperti Tun Mahathir yang sudah berkali-kali beliau nasihat secara tertutup dengan Najib Razak. Tapi rupanya Allāh SWT nak uji kita semua dengan ujian yang amat besar dengan kejatuhan mata wang ringgit, dengan hutang 1MDB yang semakin membesar, dan akan datang Federal Reserve nak naikkan kadar faedah yang akan trigger lebih banyak capital flight.

20. Saya sudah tunaikan tanggungjawab Fard Kifayah saya sekadar saya mampu tatkala orang-orang yang lebih mampu seperti para akauntan bertauliah, tokoh korporat, senyap kaku. Saya akan teruskan sedaya mampu sebab kita nak cuci dan bersihkan balik semua kotoran degil 1MDB selepas ini dibawah kepimpinan yang baru kelak. Bukan mudah. Saya jangka kita boleh dapatkan paling koman, kira cincai RM 27 bilion. Yang lain tu kita kena buat "tort" untuk "restitution" of "unjust enrichment". Itu terpulang kepada AG kita nanti kepada Allah kah dia akan bertaqwa sepenuhnya atau kepada siapa.

Wallahua'lam.

Bacaan: http://www.rausyanfikir.com/2015/03/krisis-1mdb-diagnosis-prognosis-dan.html

29 comments:

  1. kalau David Copperfield (masa datang Malaysia kawan aku yg kerja hotel tempat dia menginap citer) perlukan 200 biji telur ayam setiap pagi (dan kemana perginya telur2 tu takde siapa yg tau dan takde siapa yg berani nak tanya pun ..);

    agaknya berapa 'biji telur ayam' pulak yg Mahathir dan ANC jamu kat Wan Ahmad Fayhsal ni ye? Sekadar bertanya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kamu tanya itu boleh mendatangkan beratus biji telur itu di baling ke muka kamu. Takda faedah. Kalau kamu berkawan dengan pekerja hotel yang membocorkan rahsia penghuni, memang lah kamu jenis yang tak berguna, takda faedah di masyarakat jenis kamu nih.

      Penyokong Najib memang jenis itu. Tak mahu gunakan otak, cari fakta dan hujah yang boleh kamu keluarkan bagi membantu Najib yang nama nya dah amat kotor di dalam dan di luar negara sekarang.

      Delete
  2. cai mana terima pandangan org lain sbb mereka ja yg terlebih pandai..dah sedap2 makan takkanlah nak lawan tauke pulak..kalau tauke lingkup kami pun mampuslah
    tp kita tggu nak lari mana...tiba masanya akan teserlah jg..

    ReplyDelete
  3. Sabar ja lah blogger... Rakyat sekarang tengah bersabar dan diam saja. Tapi satu saja saya nak. Saya mahu Najib dan kuncu-kuncunya akan diadili oleh rakyat pada PRU akan datang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan harpkan Najib di adili dek rakyat di PRU akan datang. Mungkin lingkup UMNO jika tunggu masa itu. Melainkan kamu orang puak Pembangkang. Kalau gitu, aku bangkang kamu sehabis habis nya.

      Aku mahu Najib di adili awal sebelom PRU14. Sama ada dia tarik diri atau di ganti. Kalau tak, jahanam UNO dan kepentingan Melayu.

      Aku menunggu sesuatu yang berdentum berlaku kuasa seperti bom atom bagi menukarkan keadaan sekarang. Masih belom tahu apa yang boleh berbentuk macam itu. Aku beroa setiap masa.

      Delete
  4. "saya hubungi salah seorang setiausaha politik PM Najib Razak (nama dirahsiakan) untuk mencadangkan penyelesaian" -

    Berapa orang SU Politik Najib ada sekarang?

    Ada siapa tahu apa dia orang buat bagi memuaskan hati rakyat dan pengundi pasal masalah 1MDB dan berbilion Ringgit duit dldm ekaun peribadi dia?

    ReplyDelete
  5. Tulisan Dari pro tun M..emmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kira siapa beliau...belapang Dada...Yg benar di iakan Yg salah berikan hujah pembetulan

      Delete
  6. "akan datang Federal Reserve nak naikkan kadar faedah yang akan trigger lebih banyak capital flight." -

    Ada saudara isteri aku yang lulus tinggi, kerja di syarikat Amerika, dah kena berhenti kerja. Malang nya, tak lama kemudian, isteri nya, yang kerja di syarikat Amerika yang lain pula, pun kena berhenti kerja sebab syarikat itu nak pergi ke tempat lain.

    Aku rasa, kalau bukan Federal Reserve naik kadar faedah pun, depa tak mau berniaga di negara yang penuh korapsi, seperti di lihat dari Najib 1MDB dan berbilion dolar dalam ekaun perbadi nya.

    Kena gantikan si Najib nih. Kalau tak, teruk negara ini.

    ReplyDelete
  7. Kalau nak tahu perangai kotor Najib cuba risik risik dengan staf lama Hotel Datai Langkawi, marah nanti Rosmah kalau dapat tahu !

    ReplyDelete
  8. Blogger keluangman... putramerdeka... apanana adalah red bean army khas blogger ini ficipta oleh To Kong untuk fitnah 1mdb.... kes LGE tokong banglo terlajak laris dng bukti fakta dicuments memo suma lengkap tapi tak ada tempat dlm blog ini.... SAH BLOGGER RED BEAN ARMY..... kenali lawan kemudian lawan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodo le ko cakap gitu.

      Ngapa ko tak suruh Ah Jib suruh Pandi suruh SPRM & Polis tangkap Tokong Lim?

      Delete
  9. pada cai2 Najib, 1MDB suci murni..termasuk Jlow..hutang berbillion, aset dlm negeri berapa kerat ke..aset & pelaburan luar negera hangus kena main..

    ReplyDelete
  10. its not about cuci murni... nor about makan dedak.. its about slander spin slander spin... by old dictator .. grand master politician .. be it intelectual or stupid ... it only serve madey lust for power .. so go fly kite !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebiji fakta pun takda dalam komen kamu. Coba lah menjadi orang yang berguna dalam negara ini. Cari fakta dan kasi komen di sini. Sekurang kurang nya, fakta saperi Najib mula mula tak jawab bila di tanya pasal wang dalam ekaun bank nya.

      Delete
    2. Dia ekyen je konon cakap omputih sepatah haram...bila dicabar berdebat dalam B. Inggeris, lintang pukang cabut lari. Memang betul anda kata, dia nie satu sen pun tak berguna pada bangsa & negara, hanya tahu baling tohmah seranah tanpa fakta & bukti saja.

      Delete
    3. org berguna tak ikut nafsu org tua nyanyok ... fakta kunun ... go foy kite !!!

      Delete
    4. Slander spin slander spin konon..

      Jawabnya tak nak jugak. Adakah patut duit juta2 masuk akaun peribadi dia cakap TAK TAHU?

      Lagi satu..akaun bini dia pun masuk juta2..itu dah disahkan pun. Jika kamu semua penyokong najib benar2 jujur dan ikhlas ingin tegakkan kebenaran dan bencikan fitnah...sila jelaskan dari mana wang juta2 masuk akaun kakak korang tu? Dipersilakan...jika tiada jawapan bernas beserta bukti dalam 24jam..kamu semua memang terbukti pemakan dedak haram najip. Sekian.

      Delete
    5. Pergh..dah hampir 24jam..

      Tengoklah sendiri..takde seorang pun berani jawab beb. Cakap berdegar2 kononnya orang lain memfitnah..tapi apasal senyap?

      Go eat dedak lah wei..

      Delete
  11. 1MDM suci murni macam Jibby putih macam Qu Puteh..kah..kah..kah..hutang 50billion..duit entah kemana..puuihhhh...

    ReplyDelete
  12. "terzahirlah sifat sebenar bloggers dan pakatan Ahzab 1MDB yang terdiri daripada spinmeister Lim Sian See, RPK, Azmi Arshad, Seademon, BigDog, RockyBru dan ramai lagi."

    Saya ingin tahu benar ke tidak tuduhan bahawa Big Dog dan Rocky Bru itu di bayar dek Najib, di gelar "prepaid bloggers" dsb nya.

    Saya sendiri kagum bahawa nada dan hala tujuan tulisan mereka alih alih bertukar, nyata menyokong Najib begitu kuat sehingga susah nak di percaya.

    ReplyDelete
  13. dlm temuramah the Edge dgn Adul Kanda..dia berkata ada penipuan besar dlm kes pembayaran keatas IPIC..kah..kah..kah. Baru sedar ke? Kenapa tak buat laporan polis? Si Jibby pun buat bodoh je. Polis pun tak komen...puiihhh..

    ReplyDelete
  14. Dengar khabar AG Spura mengesahkan ada seorang pegawai Bank BSI dari Switzerland yang beroperasi di Singapura didakwa dengan pengubahan wang haram ekoran siasatan 1MDB oleh pihak berkuasa negara tersebut.

    Teringat lagu 10 budak hitam. Dah tinggal berapa lagi yg belum kena cekup, ye...???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdra QQ,

      Ya elehh....takkan level QQ tak tau pulak. Hitam tu bukan kulitnya, tapi hatinyalah.. macam tingkah songlap-menyonglap, membohong, mengampu, boros, baling batu sembunyi tangan, pengecut, cakap kosong bertabur... stok2 begini kan banyak terdapat di sebelah sana. 2, 3 dah kena cekup di luar negara, cuma dalam negeri masih dilindungi oleh AG & IGP.

      Salam Perjuangan.

      Delete
    2. Heh heh heh... Aku ingat kamu nak bagi nama siapa 10 budak hitam tu. Ntah ada ke tidak sahabat kita yg pandai pantun tu kat sini, boleh jugak senyum dalam seriau mengenangkan masa depan negara...

      Othman, kamu ada hutang dgn aku. Dok tunggu kamu contact aku. Sahih lupa ni... Adehhh... Satu Malaysia Dan Bengong sejak El-Najib melanda.

      Delete
  15. Terima Kasih byk2 ADMIN diatas pencerahan di atas...

    Semoga TunM dan Pejuang2 yg lain senantiasa didalam RAHMAT dan Perlindungan Allah swt....
    Yang PASTI, KEBENARAN akan mengatasi PEMBOHONGAN kerana itu Janji ALLAH SWT...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu artikel 2015 la...biasala putar lagi...lagi baik ambil artikel Tun M 2014 lagi kaw2 sat.

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...