Friday, March 26, 2010

Pening kepala nak pilih pemimpin...















Ini adalah sebahagian pemimpin hadapan, bekas pemimpin yang masih ada nama atau sekurang kurangnya pernah bercita cita atau masih terus bercita cita dan mungkin juga ada potensi untuk menjadi Perdana Menteri.

Berikut adalah ciri ciri mereka yang berpadanan:

Mr Bean Malaysia - hasil lawaknya menjadi dia kaya raya sekelip mata.

Kalau jadi PM - rakyat akan menerima amaran setiap hari.

Bekas PM - pencenkan diri sendiri tetapi masih 'vokal' dan berpengaruh.

Cubaan dua kali nak jadi 'tauke' - gagal, sekarang masih mencuba ikut 'pintu belakang'

Di Malaysia kalau setakat nak jadi PM untuk kaum sendiri - sampai tua la lu...

Mempunyai hubungan yang akrab dengan ramai pemimpin dunia, banyak potensi pelaburan dan lubang tetapi melepas dan melopong peluang menjadi PM bila ditangkap 'khilwat'.

Bercita cita menjadi PM tetapi pegang jawatan Timbalan Menteri pun belum.

Pemimpin yang berbibir sexy.

Kalau jadi PM, sikit sikit merajuk, lari ke luar negara, kena pula ada rombongan pi memujuk. Punahsihat kepada seorang bekas PM.


Belum sempat jadi PM - masalah negara dfikirkan - rambut dah gugur.

Dia jadi 'PM' bila PM dan TPM tidak ada dalam negara.

Jika ada pemimpin yang gambarnya ada di sini tetapi tidak ada padanan.
Fikir fikirlah sendiri.

Wednesday, March 24, 2010

Jangan Asak Anwar..

Asakan demi asakan ke atas Anwar seperti di Parlimen sangat mencemaskan kerana terlalu banyak untuk Anwar menangkis dan menjawab dan sudah semestinya Anwar sedang merangka satu strategi lama yang dikemaskinikan.

Sehingga sebelum PRU13, Anwar and the gang pasti sudah mereka agenda dan dengan perkembangan terkini. Desperate man do desperate things, agenda akan dipercepatkan, beberapa adegan surprise, stunt dan ganas akan dimasukkan dalam missi do or die.
http://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/03/25/langkah-terdesak-anwar-selepas-pendedahan-zahrain-dan-zulkifli/#respond

PAS dan DAP harus berwaspada kerana jika terlalu terlibat secara langsung risiko amat tinggi samada mereka juga akan ditelan arus dan gelombang bersama PKR yang memang sudah nekad untuk 'terjun bangunan' - Pilihan PKR hanya satu - mereka sudah tidak punya pilihan.

Dalam ketika yang sama UMNO juga dilihat masih belum berubah, perasaan tidak puas hati masih ketara kerana UMNO di anggp gagal mempertahan apalagi memperjuangkan hak Melayu dan Islam dan UMNO dilihat terlalu tunduk kepada kaum lain - Realiti atau persepsi? MEB yang akan diumumkan akan menjadi garis penentu kedudukan terkini perjuangan UMNO.

Isu Titi Tinggi, Perlis memperlihatkan UMNO seolah berada dalam ketakutan yang amat sangat untuk menghadapi pilihanraya kecil walaupun di kubu sendiri yang selamat hingga ramai penyokong UMNO menganggap UMNO sudah hilang jantan.

Dengan perkembangan terkini PERKASA yang mendapat sambutan dibawah kepimpinan Ibrahim Ali dan dibayangi Tun Mahathir sudah semestinya menjadi satu perhatian kalau tidak pun bukan ancaman kepada UMNO, walaupun bukan sebuah parti politik, PERKASA boleh meletakkan ahlinya sebagai Calon Bebas di mana mana kawasan majoriti Melayu di mana UMNO tidak meletakkan calonnya tetapi menyerahkannya kepada komponen BN.

Tuesday, March 23, 2010

PDRM KDN RETAK

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25647:pdrm-hishammuddin-retak&catid=1:utama&Itemid=50

Oleh kerana kedua dua pihak, Musa Hassan dan Hisham saling berteka teki siapa pihak ketiga yang mempengaruhi PDRM maka wajar Pakatan Pembangkang diketuai Anwar dan Lim Kit siang yang popular digelar penjolok untuk menyiasat dan mendedahkan kepada umum.

Anwar tidak perlu tunjuk handal dengan sering keluar negara kononnya memberi syarahan berdegar degar kepada orang asing sedangkan dalam negara, politik rumahtangga kucar kacir dan tanggungjawab kepada rakyat terbiar dengan dia lebih banyak memberi hal dan tumpuan kepada isu peribadinya.

Semasa dalam kerajaan dan kini di luar kerajaan, apa sumbangan besar Anwar???? Dia lebih jadi 'penghibur dan pemanas' politik tanah air yang lebih menjurus kepada kerosakkan dan huru hara.

Raja Petra mungkin boleh menghangatkan lagi 'situasi' ini dengan maklumat separuh masaknya.


Inilah kerja yang rakyat mahu pembangkang buat untuk memastikan mereka akan dipilih sekali lagi untuk mengimbangi kuasa BN.

Monday, March 22, 2010

Bung Mokhtar tolak tawaran Anwar di saat saat akhir...

Ulangtayang: Di awal pagi yang indah

Kriiiinnggggggg...bunyi hp nokia lama..

Anwar: Hello Bung, ini Anwar..

Bung: Oh Bro..saya pun baru mau telefon bro..tapi bro telefon sudah..

Anwar: Jadi ke lompat..

Bung: Sudah tentu, ini perkabaran yang mau saya katakan..

Anwar: Bagus bagus bagus..bila mau buat press statement

Bung: Dalam masa terdekat, saya juga akan bawa seseorang sebagai saksi dan penyokong...

Anwar: Iye....separuh suspen..siapa lagi yang akan sertai kita..

Bung: Ahli Parlimen Sri Gading..Mat Ajis

Anwar: (Terkejut Beruk) Hebat tu...tahniah tahniah...di luar jangkaan kita mendapat sambutan, Johor kita akan tawan....

Bung: Saya harap bro sudi datang...

Anwar: Ohhh..sudah pasti, Azizah dan Nurul akan ikut serta, itu hari istimewa, kita patut raikan bersama..

Bung: Kad Jemputan mungkin on the way..

Anwar: No Problem..tanpa kad pun saya akan datang

Bung: Tapi ini majlis privacy, jangan kasi tau semua orang...bila dah sah baru saya umumkan

Anwar: Tapi...kawan kawan kita Lim Kit Siang, Karpal takkan tak boleh kita bagitau...

Bung: Boleh tu boleh ...hendak ke mereka datang ke masjid...

Anwar: Kenapa buat di masjid...

Bung: Benda baik bro, nak dirikan masjid..itu kehendak Zizie...

Anwar: *^%$#@#((*^%%##@@#$$$ pengsan kot..


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0323&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Anwar pernah pelawa Bung Mokhtar untuk lompat parti dalam angan2nya membentuk kerajaan 16/9 yang lalu..
Penantian Anwar berakhir dengan penuh kekecewaan kerana Bung melompat ke lain, memilih Zizie.

Melepaslah Anwar...


Perkembangan terbaru:
Machang MP Saifuddin Nasution today alleged in the Dewan Rakyat that Pasir Mas MP Ibrahim Ali - famous for his virulent Malay rights activism - posesses shares in a gaming company owned by tycoon Vincent Tan - Malaysia Kini.
Nampaknya PERKASA kini bukan sahaja menjadi ancaman kepada UMNO (KJ nafi PERKASA satu ancaman kepada UMNO) tetapi juga kepada PKR, dan paling terbaharu DAP juga sudah gentar hingga mereka terpaksa mengadakan cerita menyerang Presidennya - Itu satu petanda bagus, PERKASA kini sudah boleh diterima kawan dan lawan.

http://blog.limkitsiang.com/2010/03/24/does-perkasa-get-the-hint/#more-7771
Pasir Mas parliamentarian Ibrahim Ali has denied owning shares in Ascot Sports - owned by tycoon Vincent Tan - saying that it is an attempt to tarnish his reputation for upholding the rights of the Malays.

"I am ready to swear, wallahi wa billahi (by Allah and in His name) and to swear on the Quran, to prove that I do not have anything to do with, I have no shares and I am not at all (even by proxy) in the gaming company of Vincent Tan," reads his mobile text message to Malaysiakini.


Sunday, March 21, 2010

Yusuf Qardawi - elok jaga unta kamu sendiri...


http://dinmerican.wordpress.com/2010/03/23/anwar-ibrahim-i-did-not-manipulate-qardhawi%E2%80%99s-words/
Terkini:

Begitu terdesak sekali Anwar yang sudah muflis idea dan kini hilang sepenuh kepercayaan diri sendiri terpaksa 'hidup' dengan bergantung kepada orang lain, bergantung sokongan pendapat ulamak yang tidak dapat lari dari serba kekurangan sebagai manusia walau sejauhmana pandainya pun.
Kenapa Anwar tidak memilih Allah sebagai saksinya dengan bersumpah laknat seperti Saiful, kenapa soal 'teknikal' sumpah dijadikan alasan Anwar untuk tidak melakukannya sedangkan dia menggunakan seluruh dan segala 'teknikal' untuk 'lari' dari mahkamah.










Siapa Sheikh Yusof Qardawi ni?


Kita tidaklah perlu agungkan sangat manusia yang mendapat gelaran 'ulamak' sekadar lebih pandai sikit bab ugama dari orang lain.

Kita tengok 'ulamak2' di Malaysia sebagai contoh (sebab kita lebih kenal mereka) dan apakah pendapat mereka, sikap mereka dan tingkah laku mereka boleh kita terima 'bulat2' sebagai kata pemutus dan hukum.

Tidak seorang manusia pun boleh mendahului ketetapan Allah apalagi cuba menghukum atau memandai mandai untuk menyatakan siapa yang bersalah dan siapa yang tidak sehingga di bawa kemuka pengadilan.

Sejarah juga tidak pernah menceritakan Khalifah ternama Islam menjatuhkan hukum kepada seseorang tanpa dibawa kemuka dpengadilan.

Oleh kerana Sheikh ini dianggap kawan kawan rapat dengan Anwar, harus juga berhati hati dan di ambilkira hubungan mereka dengan Yahudi dan puak gay untuk mengelak sesuatu yang tidak mustahil.

Yusuf Qardawi adalah orang asing bagi Malaysia dan kita lebih tahu tentang rumahtangga kita sendiri dan urusan campurtangannya secara membabi buta dan sembrono tidak membawa kebaikan sedikitpun kecuali memecahbelahkan lagi, apakah itu sikap seorang ulamak?????? Memberi kenyataan tanpa mengetahui duduk perkara sebenar, apakah dia memberi keadilan kepada Saiful yang menggunakan Allah sebagai saksi sedangkan Anwar hanya menggunakan lidah yang berputar belit memepertahan diri???

Apakah Yusuf Qardawi juga sebahagian dari gambaran ulamak songsang politik seperti yang terdapat di Malaysia?

Elok pak sheikh ni jaga unta dia sendiri.

Saturday, March 20, 2010

Muhyiddin hilang suara..


Saranan TPM, Muhyiddin supaya tindakan di ambil ke atas 'pembohongan' Anwar yang melibatkan Agong dan ATM...

PM, Menteri sahut tawar..
.

Kesian Muhyiddin, bersendiri dan suaranya terpinggir..

Terkini:
1. The Information Communication and Culture Minister said the Dewan Rakyat can determine whether or not Opposition leader Anwar Ibrahim had falsely invoked the King and armed forces.

2. Umno Youth lodged three police reports today over the intended takeover of the federal government on Sept 16, 2008 by the opposition.

Friday, March 19, 2010

Tanda tanda Malaysia dah nak kiamat..




Dulu: Paklah dengan "Bekerja Bersama Saya" dan Report Cardnya.

Di mana semua tu sekarang?? Siapa yang terbilang, siapa yang gemilang, siapa yang cemerlang??

Sekarang: Najib dengan "Be my partner to help me transform Malaysia" dan KPInya.

Tampak senada dan apakah bakal senasib dengan Paklah.

Apakah 4 bekas Perdana Menteri yang lalu tidak bersama rakyat atau rakyat tidak bersama mereka memajukan negara ini. Bezanya mereka bekerja dan bertindak untuk memajukan rakyat dan negara, tetapi bekas PM yang ke 5 dan PM ke 6 lebih banyak bercakap dari bekerja seolah olah bercakap hari ini benda itu akan terjadi esok dengan sendirinya...

Orang Melayu banyak didahulukan dengan gula gula...dan akhirnya mendapat derita dari penyakit kencing manis di kemudian hari...

Apalagi yang Najib dan Paklah ada persamaan...

Saturday, March 13, 2010

Penjenamaan Baru - Pakatan Haram Pembangkang (PHP)

Seperti yang kita ketahui, jalinan kerjasama PKR, DAP dan PAS di bawah nama Pakatan Rakyat adalah imaginasi dan khayalan sahaja kerana mereka sebenarnya gagal membentuk kerajaan PUSAT malah makin kehilangan kerusi kerana aktiviti 'lompat katak' dan' panas buntot lalu memecat'.

Kerana gagal membentuk kerajaan pusat bermaksud tidak mendapat majoriti 2/3 maka wajar Pakatan itu tidak dinamakan, dipanggil, disebut hatta di dalam jamban sekalipun sebagai Pakatan Rakyat...memadailah Pakatan Pembangkang.

Jika dihalusi lagi, pakatan ini juga tidak dibentuk secara sah melalui undang2 seperti Barisan Nasional maka sekali lagi ia wajar dinamakan Pakatan Haram Pembangkang sama seperti Hindraf, Arqam dan lain lain ajaran sesat yang tidak diiktiraf kerajaan.

Gunakanlah penjenamaan baru ini "Pakatan Haram Pembangkang" di mana saja anda berada hatta semasa kencing sekalipun.

Thursday, March 11, 2010

PKR dan UMNO ada persamaan...

Dalam kita menilai kekuatan dan kelemahan parti parti di Malaysia, nyata PKR dan UMNO mempunnya beberapa persamaan yang memudaratkan.

Kedua duanya bergantung kepada 2 watak utam,a sebagai hero atau pelakon utama.
Najib di pihak UMNO dan Anwar di pihak PKR.
Sebagai bekas pemimpin UMNO, Anwar sedikit sebanyak sudah tahu sepak terajang, pencak silat Najib dan tahu di mana yang perlu dijolok untuk Najib tergolek.
Walaupun Najib adalah anak didik Anwar di dalam Pemuda tetapi beruntung dia juga di antara yang rapat dan sempat ditunjuk ajar oleh Mahathir.
Anwar sendiri sudah kena penangan Mahathir tetapi hari ini masih mahu tunjuk lagak pandai dan degil dengan hanya menjolok Mahathir melalui mahkamah, kononnya dia dipecat tidak ikut peraturan.
Anwar amat kurang sekali berani mengkritik Tun secara terbuka lewat kebelakangan ini samada kerana Tun sudah tidak relevan lagi atau takut pekungnya makin terbuka dikerjakan Mahathir.
Penyingkiran Paklah oleh Mahathir walaupun ketika Paklah memegang tampuk kuasa dan pengaruh di dalam parti dan kerajaan menunjukkan Mahathir masih power dan ini diambilkira oleh Anwar supaya tidak menjolok sarang tebuan lama.
Hingga ke takat ini satu demi satu perancangan Najib untuk melemahkan PKR dan Anwar nampaknya mula berhasil dan akan berjaya, PKR dan Anwar dilihat sedang berdiri dengan kedudukan satu kaki, bila bila masa boleh tumbang kalau tidak dipangku teguh PAS dan DAP.

Kebergantungan UMNO dan PKR terhadap 2 watak utama ini juga satu 'backfire' kerana kedua duanya dilihat tidak bersih, seperti kata Anwar, Najib juga gagal 'test' kalau mahu dinilai bersih??!!
Anwar atas persepsi liwat dan Najib atas persepsi Altantuya.
Jika Anwar dihumban ke penjara, berakhirlah hayat PKR walaupun Lim Kit Siang cuba bersandiwara mengatakan Pakatan akan dapat lebih undi jika Anwar dipenjara. yang dapat lebih tidak dinafikan DAP, tetapi PKR tetap gulung tikar.
Kena diingat juga, Zul yang dipecat PKR ada memaklumkan seseorang yang berkualiti juga akan keluar PKR dalam masa terdekat ? Siapa? Tian Chua? dan tentulah itu bukan dari kumpulan firaun kecil.
UMNO juga dilihat bergantung kepada sedikit kelebihan yang ada pada gaya Najib memerintah dan mentadbir parti, dilihat stabil kerana tidak ketara puak dalaman pro Muhyiddin yang mengekang atau memberi tekanan kepada Najib - lambat laun akan muncul juga.

Apakah tanpa Najib dan Anwar, kedua dua parti akan lemah? BIG yes kepada PKR dan small yes kepada UMNO, cuma untungnya UMNO masih ada veteran seperti Tun dan Ku Li dibelakang dan berbelas lagi muka baru yang sanggup mati di medan pertempuran. Sedangkan di dalam PKR, tanpa Anwar, Azizah menangis tidak berlagu dan Azmin akan sekali lagi lari dengan kuda hitam.. Suka juga diingatkan jika Anwar hampir musnah, tidak mustahil Azmin akan cepat cepat berpaling tadah, kemana? kalau bukan kepada UMNO minta nyawa!!!

Wednesday, March 10, 2010

Jawatan PM - Perlukah Satu Lagi Peralihan Kuasa ala-paklah







Mencadangkan Tun Mahathir kembali sebagai PM mungkin sesuatu yang menjelikkan kepada musuh tradisinya dan mungkin kurang waras untuk mengganggu dan membebannya semula dengan permasalahan negara sekarang yang serba tidak stabil walaupun dinampakkan macam ok.

Malaysia memerlukan bukan sekadar Perdana Menteri tetapi seseorang negarawan yang mampu mengatasi kemelut negara dalam sekelip mata dan ia bukan sesuatu yang sukar dilakukan jika pemimpin itu negarawan, jika ia seorang pemimpin yang hanya ada gaya tetapi tidak pada kualiti, mungkin sekelip mata itu mustahil.
Senaraikanlah siapa pemimpin yang ada ciri ciri negarawan itu, dari Najib sampai ke Ghani Othman, atau dari Anwar sampai ke Khalid atau dari Lim Kit Siang sampai ke Karpal, hatta dari Nik Aziz sampai ke Mat Sabu pun macam atau memang dah sah, mereka tidak ada ciri ciri tersebut, semuanya local, kampongan - Memusnahkan lebih pandai dari Membina. Kalau sekarang ada yang seiras kemampuan Tun Ghafar Baba pun Malaysia sudah dikira bertuah.
Cuma sekarang negara di perintah daripada tiada lebih baik ada.

Jika terus ditelek, mungkin sudah sampai masanya samada Ketua Menteri Sarawak atau Ketua Menteri Sabah dipinjamkan sekurang kurangnya hingga ke pilihanraya 13 nanti untuk menjadi Perdana Menteri Secara Kontrak atau Pemangku Perdana Menteri dalam mentadbir Malaysia sekarang .
Kedua duanya sudah mempunyai rekod perkhidmatan dan pentadbiran negeri dan politik yang cukup matang berbanding dengan mana mana pemimpin lain di Malaysia pada masa sekarang hatta Anwar mahupun Lim Kit Siang apalagi Hadi Awang gagal menembusi walaupun sudah lama mengidam pengaruh dan kuasa di Sabah dan Sarawak.
Lewat kebelakangan ini pun Najib sendiri berulang alik bagai menatang minyak yang penuh ke atas negeri negeri emas yang menjadi talian hayat serta nyawa UMNO dan BN untuk tempoh tempoh yang mendatang.

Atas kepentingan semua, Tentunya Cadangan Di atas Tidak Keterlaluaun?!


Selingan:
Hobi UMNO dibawah kepimpinan baru ini ialah mengumpul perasuah sebanyak mungkin sebagai koleksi.
Ini menjadikan UMNO bertunjangkan Melayu dan Islam tampak berbeza dengan parti lain.
Selain itu, UMNO tambah lagi hobi baru, mengumpul 'kaki lompat parti' dan memberi mereka sedikit saguhati.

Realiti atau persepsi??





Why the political tsunami never reached Sarawak
author_photo("Keruah Usit")
Keruah UsitMar 10, 104:11pm
Malaysians recognise that Sabah and Sarawak now hold the position of kingmakers in national politics. In the wake of the political tsunami of March 8, Barisan Nasional (BN) and Pakatan Rakyat (PR) are now finely balanced in the peninsula, even if both Umno and PKR are still struggling to make sense of the debris left behind.

Monday, March 8, 2010

Apabila pucuk dicita showcause letter yang datang...

















Peringatan kepada semua, semasa sedang duduk selesa berjawatan besar atau kecil di dalam parti masing2 kenalah tanya pada diri sendiri apakah presiden aku, pemimpin2 kanan dan parti aku ini berada di atas landasan yang betul atau cakap tidak serupa bikin...
Mengikuti perkembangan semasa, banyak sekali yang dah lompat keluar parti atau kena terajang keluar parti menyatakan kekesalan kepda parti dan si anu dan si anu yang kononnya..bla bla bla..berlori silap dan salah...dan sebahagiannya mereka sudah tahu sejak awal lagi mereka bersama.
Penyesalan hanya diluahkan bila pucuk yang dicita showcause letter yang datang...
Masihkah mereka ini boleh dianggap perjuang demi bangsa, ugama dan negara..

Sunday, March 7, 2010

Blog Mulia - 7 di antaranya...

Jika anda mahu pastikan komen anda disiarkan oleh pemilik blogg, pastikan anda memuji terutama pemiliknya, tulisannya dan pendapatnya walaupun kadang2 nampak terlebih 'cerdiknya'. Ini antara senarai blog mulia yang dimaksudkan:
1, SAKMONGKOL AK47
2. ASPAN ALIAS
3.Zulkifli Noordin
4.Anwar Ibrahim
5Kickdefella
6.Khairy Jamaluddin
7.Parpu Kari

Blog yang boleh dianggap berani tetapi terkawal adalah Penarik Beca dan Husin Lempoyang.

Saturday, March 6, 2010

Liwat - apa kata penyokong DAP, PAS.

Saya Lim Beng Kok penyokong kuat parti DAP menyeru supaya DAP menarik diri keluar dari Pakatan Pembangkang berkaitan kes liwat Anwar Ibrahim yang masih dibicarakan, sebagai parti yang mendokong moral dan ciri ciri baik tidak seharusnya dilihat sebagai penyokong kuat kepada satu perbuatan jenayah yang tidak normal.

DAP sepatutnya memberi bantuan sepenuhnya ke atas Saiful yang dilihat sedang dizalimi sepertimana sokongan DAP terhadap nenek yang membela cucunya (Norhayati) yang dikatakan dirogol oleh Rahim Thamby Chik di Melaka pada suatu masa dulu. Apakah DAP sudah kehilangan 'kemanusiaan' berhubung kes ini sekadar kerana gilakan kuasa.

Saya Hj Masu'ud bin Hj Olah penyokong kuat PAS sejak 2o tahun dahulu mencadangkan PAS menarik diri dari Pakatan sehinggalah Anwar dapat membersihkan dirinya dari tuduhan liwat. Adalah tidak wajar PAS dilihat bersekongkol dalam satu kesalahan jenayah yang sangat dilarang oleh Islam.
Nik Aziz yang turut menemani Anwar ketika kes perbicaraan baru baru ini tidak kena pada tempat dan masanya, sangat memalukan.
Tidak ada ruginya PAS berada di luar Pakatan sehingga kes ini selesai untuk memberi keyakinan moral kepada penyokongnya. Sebagai penyokong, kami turut dikecam oleh kawan dan lawan atas pendirian PAS yang masih berada di dalam pakatan Pembangkang.

Tuesday, March 2, 2010

Perang di Kelantan...

http://kickdefella.wordpress.com/2010/03/03/cakap-siang-pandang-pandang/
Pergolakan dijangka berlaku antara MB dan Istana Kelantan rentetan dari pelbagai peristiwa. DYMM Tuanku Sultan Kelantan dijangka berangkat tiba dari Singapura di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, besok, Khamis.

Sekali lagi perebutan 'kuasa dan pengaruh' survival politik menjadi pertaruhan dan UMNO tidak mensia siakan peluang ini. Peluang yang dicipta oleh Nik Aziz yang serba tahu dan serba pandai. Jangan salahkan UMNO yang sekadar menjala di air keruh Sungai Kelantan.

Selalunyalah, apabila istana tergugat, maka rakyat jugalah dicari untuk membetulkan keadaan. tetapi apabila mereka sedang bahagia dan bergumbira, di mana rakyat di hati mereka pada masa itu.


Begitulah juga pemimpin politik kerajaan dan pembangkang, bila tersepit, terdesak, rakyat dipergula, diperguna, diperkudakan, tetapi bila dah selesa - mereka kaya sorang sorang, anak menantu, ipar duai.

Pembangunan di Kelantan - siapa yang tidak tahu jika tidak dimonopoli oleh Raja Perempuan samada di atas kertas atau di papan tanda - hakikatnya siapakah pemaju di belakangnya.

Jadi adalah lebih baik, rakyat Kelantan duduk diam sambil memperhatikan gelagat pemimpin politik dan istana yang sedang bercakaran dan tersepit untuk kepentingan peribadi mereka.

Peperangan ini tidak ada kaitan dengan kebajikan untuk rakyat. Biarkan kali ini gajah sama gajah berperang dan yang kalah tetap gajah.


Sekali lagi, Melayu yang selalu rugi..

PERANG DALAM PKR
12 MP PKR Tolak Desas-Desus Keluar Parti

12 Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat tampil menyatakan komitmen mereka untuk terus mendokong perjuangan parti.
“Kami mengambil ketetapan sekeras- kerasnya menolak dakwaan kami akan meninggalkan parti seperti mana yang dispekulasikan pihak- pihak tidak bertanggungjawab untuk menggugat kesatuan dan perpaduan dalam Keadilan.


4 MP PKR sudah tarik diri
28 MP PKR yang tinggal (sama jumlah dengan MP DAP)
12 berikrar untuk terus dokong PKR
Tinggal 26 MP yang belum membuat apa apa keputusan.

Kelak yang tinggal dalam PKR adalah majoritinya MP bukan Melayu dan apabila Anwar 'balik kampung' sudah tentu sebahagiannya akan masuk DAP dan sebahagiannya masuk BEBAS, PAS, UMNO dan lain lain. PKR masuk kubur.



Monday, March 1, 2010

Projek Barisan Nasional - Nik Aziz mengamuk tak dapat nama..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0302&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_12.htm
02/03/2010 2:02pm
KOTA BAHARU 2 Mac - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini hangat seketika apabila beberapa wakil kerajaan membangkitkan tindakan penganjur perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTDL) membelakangkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada upacara melepaskan peserta semalam.
Majlis pelepasan perlumbaan jelajah berbasikal terulung Asia yang memulakan peringkat pertama dari sini ke Kuala Berang sejauh 174.5km itu disempurnakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.
Ketika ditemui di luar Dewan, beliau (Abdul Fatah) berkata, kerajaan negeri akan menilai semula peranannya dalam memberikan kerjasama pada masa akan datang. - Bernama

Apa sangatlah nak direbutkan tu... kedua dua pihak dah macam kemaruk nama dan kuasa..
Rakyat dok tonton ni...

Sunday, February 28, 2010

Najib tak pass test????

Anwar: No Way Are They Sending me Back to Jail
“I know their personal lives, I was their friend…. Who is talking about morality here? In Islam – be it sodomy, adultery, drinking or corruption – who can pass the test? Name one person. Can Najib pass the test?” he asked.

Dalam lain perkataan, Anwar dah confirm juga dia memang tak pass test..

So...kalau Najib tak pass test ? Anwar tidak boleh dihantar ke penjara?
Rakyat tak kesahlah 'apa cerita mereka berdua'.

Cuma rakyat nak tahu, ini undang2 mana depa pakai ??

Monday, February 22, 2010

Belum Sampai Setahun - Pak Lah tunjuk nasihat cara buat untung



Belum sampai setahun Pak Lah jadi Penasihat MAS, syarikat penerbangan itu dah buat untung...
Ini bertentangan sama sekali dengan ramalan awal:
MAS catat keuntungan bersih RM610j suku keempat
22/02/2010 5:14pm
PETALING JAYA 22 Feb. – Malaysian Airline System Bhd. (MAS) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM610 juta pada suku keempat berakhir 31 Disember 2009.
Bagi tahun kewangan 2009, syarikat penerbangan kebangsaan itu mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM490 juta. – Utusan
Dengan perkembangan terbaharu ini adalah wajar Najib melantik segera KJ ke kabinet sekurang kurangnya sebagai Timbalan Menteri Kewangan, Pak Lah sudah tentu dapat memberi tunjuk ajar yang berguna kepada KJ untuk membantu Najib memajukan ekonomi negara.

Sunday, February 21, 2010

Berita baik untuk yang benci UMNO..kita vote Anwar masuk penjara

posted by null at Malaysiakini - 2 minutes ago
*free* 'Many believe that even more voters will support Pakatan if Anwar were to be jailed. In fact, BN stands a better chance at the polls if it stopped the charges against him.'

Punyalah terdesak sampai berita yang selalunya kena bayar untuk dibaca kini tiba tiba 'percuma' kali ini.. dah jadi berita tanpa nilai.

Ni satu lagi berita: tersangatlah lawak....
posted by Athi Shankar at Malaysiakini - 14 hours ago
Opposition leader Anwar Ibrahim fired a stern warning to his detractors that the people would vote BN out of Putrajaya in the next polls, whether he is in jail or not.

Apa lagi nak di prevail kan...yang dulu berlori dokumen rahsia pengelewengan UMNO mana perginya? Dah jual ke ' surat khabar lamaaa" ke untuk bayar kos peguamtunda Karpal..no more delaying tactics..

Saturday, February 20, 2010

2 Watak Di Atas Sana...














The following is full report from Bernama.“KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor, wife of the prime minister, has dismissed a talk that she is the hidden hand behind Datuk Seri Najib Razak’s decision-making process.“I have not heard about it, but it is not something that I am sensitive about as it is not true. Maybe I am a bit vocal or gregarious... I like to have friends, unlike Datuk Najib, who is a bit reserved.“But it does not mean that just because Datuk Najib is a reserved person, I am making the decisions... I am the type who voices my dissatisfaction, but once said, it is done. I do not harbour ill feelings,” she said in an interview on Hello Malaysia over BernamaTV at Wisma Bernama here on Friday.Rosmah said that although Najib was not a man of many words, he should not be underestimated.“I always tell others not to underestimate Datuk Najib. He is not easily angered but do not provoke him. When he becomes angry, there is no forgiveness for you.“Datuk does not say much but he registers what is happening around him. If I make a mistake, he will reprimand me. If he ever starts to stomp his feet, I will shudder.“What is important is that we are close to each other. We can talk things over. We laugh and share jokes. It is important that a leader should not become too stressed.“So, when he comes home, we watch tv together, we go out to dinner, together. In short, we are best friends,” she said.Rosmah said that she looked after her husband’s needs such as food, clothes and health.“When he is at home, I do not go out unless I have prior engagements. I also ensure that Datuk Najib stays fit by exercising at the gym.“I try to ensure that he is not troubled by having to haggle over petty matters as his thoughts should be on the people and the country,” she added.On another issue, Rosmah advised parents to get back to basics by passing on to their children the tradition of being respectful and thankful.Parents should not leave the responsibility of teaching their children entirely to schools, she added."I am taking a serious view on this matter. Why do youths nowadays fail to say thank you, do not feel they are indebted or do not have respect for others?"We need to have an awareness campaign, a programme to teach children to respect others. We may have to return to the tradition of mothers pinching us if we did not say 'thank you'."Nowadays, mothers no longer pinch their children. When their children make mistakes, they are not reprimanded," she said.On the PERMATA Pintar programme, she said that about 400 smart children attended a summer camp held at Universiti Kebangsaan Malaysia recently."Under the PERMATA Seni programme, a children's concert involving an orchestra, a choir and traditional performances will be held at the end of the year," she added. -- Bernama

............................




Satu lukisan mengesahkan seribu cerita.




1. Agak malang Rosmah tidak pernah mengetahui persepsi tersebut sedangkan kalau dikumpulkan melalui media cetak atau maya, Rosmah tidak mampu membaca semuanya hingga ke akhir hayat.
Apakah Najib juga tidak tahu....

2. Apakah persepsi sebegini boleh juga di anggap 'murahan' untuk tidak ditangani secara bijak...

3. No wonder, Najib perlu mengenakan baju yang berwarna, bercorak ceria dan garang untuk menstabilkan apa yang di dalam 'dada'.

4. Pada rakyat dan ahli UMNO.... apa sudah jadi, apa nak jadi...

5. Wajah wajah seperti Muhyiddin dan Ku Li mungkin lebih sesuai untuk menghilangkan 'persepsi' wanita di sebalik tabir...
6. Penyelesaian yang terbaiknya bagaimana...







Friday, February 19, 2010

Zoo Negara berpindah ke Parlimen - cadangan Lim Kit Siang

Lim Kit Siang mencadangkan isu pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim di adakan satu parlimen khas untuk membincang menggugurkannya.
Najib dah jawab - ini isu peribadi Saiful Anwar dan tidak ada kena mengena dengan dasar kerajaan.
Lim Kit Siang kena ingat, parlimen adalah tempat lahirnya undang2 liwat yang sedang dikenakan ke atas Anwar dan wajar dia menasihati Anwar sebagai Ahli Parlimen untuk menghormati apa yang parlimen luluskan.
Jangan jadikan parlimen sebagai zoo atau sarkas untuk mereka salahguna masa, tempat dan tajuk. Jangan bazir duit rakyat. Anwar sudah mengambil peluang keadilan semaksimanya, berapa kali rayu, berapa kali tangguh????

Apakah Lim Kit Siang mahu mengisi zoo dengan pertunjukkan sangkar ini...

Thursday, February 18, 2010

OOiiii Anwar...

Peguam pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mendalangi kes liwat yang dihadapi oleh ketua pembangkang kali ini.“Sebagaimana saya katakan, adanya tangan ajaib dalam perbicaraan ini, dan ia adalah tangan Perdana Menteri sekarang... ada dua tangan dan satu lagi tangan isteri beliau,” kata beliau di mahkamah hari ini.Anwar menyambut dakwaan Karpal itu dari kandang tertuduh dengan berkata “konspirasi, pembohongan besar.”

OOii Anwar..... rakyat dah tak peduli samada itu bohong besar atau bohong sunat, konspirasi atau koperasi, black magik atau silap mata..itu kerja awak semua, orang politik, kalau aku tak bunuh engkau, engkau yang akan bunuh aku..lantak engkau orang lah nak buat macamana sekali pun, nak terbalikkan dunia ke atau tidak..yang pasti orang politik, bukan setakat anak bini, mak bapak pun depa juai hidup hidup..masuk politik bawa sekupang, letak jawatan ada dua juta dalam poket..

Jadi Anwar oiii...yang rakyat nak tahu dan nak ambik tahu hanyalah satu perkara sahaja: Berlaku atau tidak 'liwat' itu...sebab musabab sudah tidak penting.

Hoiii Anwar, berapa lama hang nak tangguh pun, pandai pandai hang lah..mahkamah tempat mencari keadilan..kalau hang nak tangguh pencarian keadilan itu, keadilan pada hang, pada anak bini hang, keadilan pada keturunan hang....terpulanglah pada hang. hang tangguh berapa lama pun, yang sakit dan pedih tentulah hang...rakyat ok je..

Walaupun Karpal terlepas cakap di dalam mahkamah "There is no more delaying tactics"? - percayalah, rakyat tidak pernah terpengaruh dengna kata kata itu. Cuma rakyat minta di hujung perbicaraan ini, pecat Karpal yang nyanyuk ini supaya perbicaraan dapat dibuat semula atau sekurang kurangnya boleh juga dibuat persepsi Karpal juga 'disogok' UMNO..UMNO harus disabitkan dalang sampai kiamat.

Najib dipersepsi dengan pembunuhan Altantuya tapi persepsi tu makin pudar...geng hampa pun dah tak berbunyi sangat lagi dengan cerita tu, tapi hang diseret ke mahkamah, bukan lagi persepsi tapi realiti...untuk membersihkannya bukan dengan mokhtarasi jalanan...tapi pembuktian di mahkamah.

OOii bro.... kami menaruh separuh keyakinan pada kau, semua ini baru bermula, musuh kau ingat kau dah nak 'mampus' tapi kami tahu ini baru permulaan kebangkitan, masih ada ratusan ribu penyokong di belakangmu, mereka senyap untuk menyusun strategi dan agenda, mereka dipimpin oleh panglimamu, beberapa firaun kecil.

Dan satu lagi bro oiii.... sempena 2010, ingat ingatlah selalu pepatah lama: Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan tembelang..




Tuesday, February 16, 2010

Menteri Yang Pandai Buat Lawak Jenaka..















Menteri ini 'terkejut beruk' rasanya dah lebih 10 kali sejak Memegang Kementerian Dalam Negeri..


Memberi amaran pun sudah berpuluh kali...sampai mangli..


Lambakan warga asing luar biasa
Oleh HELMI MOHD. FOADpengarang@utusan.com.my
WAJAH warga asing begitu menyerlah di kawasan kaki lima berhampiran sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, semalam.
PUTRAJAYA 16 Feb. – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein terkejut dengan lambakan warga asing yang disifatkan beliau luar biasa.


ARKIB : 14/02/2010
Empat ditahan kerana disyaki bakar kereta wanita
14/02/2010 5:40pm
KUALA LUMPUR, 14 Feb. — Polis menahan empat lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan peminjam wang haram atau Ah Long kerana disyaki terlibat membakar sebuah kereta milik seorang wanita di Taman Seri Rampai, Setapak, di sini, semalam.
" ... mereka (Ah Long) semua tahu pendirian saya dalam menangani kes Ah Long,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Wisma MCA di sini hari ini.


Kes Anwar: Buat laporan polis jika tidak puas hati
KUALA LUMPUR 16 Feb. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) meminta orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak tertentu 'menjaja' kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke jalanan melalui ceramah-ceramah politik supaya membuat laporan polis.


KDN akan ambil tindakan ke atas Anwar
UMNO,Barisan Nasional,BN. KDN akan ambil tindakan ke atas Anwar. Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN pengarang@utusan.com.my. PUTRAJAYA 12 Jan. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau sengaja menggunakan isu agama dan perkauman...


I.S.A, AH LONG, PELACURAN WARGA CHINA, AKHBAR CHINA, PENGHINAAN ISLAM.... BANYAK LAGI...

























Rakan Sepermainan... very high taste maaa..











Inilah sebahagian ahli parlimen Australia yang meminta kes anwar ditarik balik.


Bodoh punya bangsa, dia ingat ini kerajaan cowboy ke..


1. Michael Danby adalah dari bangsa Yahudi dan penyokong kuat negara Israel. Juga merupakan pejuang hak asasi kaum gay/lesbian. Beliau juga mempertikaikan tindakan Tun Dr Mahathir yang mempertahankan negara Palestin dan mengecam Israel.


2. Malcolm Turnbull telah menyokong penggunaan pill untuk mengugurkan kandungan bayi.



3. Bob Brown merupakan seorang gay yang pertama di parlimen Australia. Beliau menetap di Hobart dengan Paul Thomas, rakan gay beliau sejak tahun 1996. Bob Brown tidak percaya dengan kewujudan Tuhan (atheist)


Kalau tak biasa, rabak juga dibuatnya dengan puak ni yang ganas..

Dshhuummm...kena sebijik


Mengenai tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melabelkan wakil rakyat pembangkang yang keluar parti sebagai pengkhianat rakyat dan negara, Zulkifli menyarankan Menteri Besar Kelantan itu melihat sejarah perjalanan politiknya sendiri terlebih dahulu.

Katanya, sewaktu Pas menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 70-an, tiada seorang pun wakil rakyatnya termasuk Nik Abdul Aziz yang meletakkan jawatan berikutan penghijrahan tersebut.

”Jadi, saya ingat elok Tok Guru Nik Aziz yang saya hormati tengok sejarah balik sebab Tok Guru tidak letak jawatan semasa Pas menyertai BN dulu,” katanya.

Firaun Kecil Firaun Besar dalam PKR dan Pakatan.













The member of Parliament for Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin, is questioning the motive of the disciplinary board of PKR in fixing the date of his hearing before it for this Thursday although he would be in Korea to attend a leadership conference.

Sekumpulan firaun firaun kecil cuba menyingkirnya dan sedang menguasai PKR dan Pakatan - kata YB Zul.

Siapa pula Firaun Besar ????

Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor Anwar Ibrahim admitted today to have wrongly picked some candidates to be the party's parliamentary elected representatives in the last general election in 2008.

Anwar mengaku wakil rakyat mewakili PKR sekarang banyak yang tak layak dan bidan terjun. Sekurang kurangnya mereka ahli PKR.

Anwar sendiri bukan ahli PKR - dia sendiri jembalang yang diberi peluang sebagai wakil parlimen mewakili PKR di Permatang Pauh.

Apakah Firaun Besar yang tidak disebut oleh YB Zul itu merujuk kepada Anwar dan Lim Kit Siang.

Monday, February 15, 2010

2 JENIS SEKIM CEPAT KAYA - BANDAR DAN LUAR BANDAR

SOLD
EXPIRED

NOT FOR SALE

SEKIM CEPAT KAYA


PNB jangka penipuan meningkat

PASIR PUTEH 15 Feb. - Kegiatan penipuan menerusi pelaburan dijangka meningkat memandangkan bidang itu semakin digemari pada kalangan masyarakat khususnya di luar bandar, kata Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

BAGAIMANA MAHU MENYERTAINYA:

Sekim Cepat Kaya Luar Bandar - mulakan dengan RM20.00

Sekim Cepat Kaya Bandar - mulakan kerjaya sebagai setiausaha politik

Tuesday, February 9, 2010

Nizar masih ada peluang...



Nizar masih ada peluang untuk merujuk kes kegagalannya mendapat semula jawatan MB Perak kepada Kerajaan Langit Ayah Pin.

Sunday, February 7, 2010

Malaikat pun nak dpindahkan..

Kemaskini:

Mengikut keterangan Saiful di mahkamah, dia tidak menjalani pemeriksaan di PUSRAWI sebaliknya doktor tersebut merujuknya (To Rule Out) ke Hospital Kuala Lumpur.

Cerita bohong Anwar and the gang sebelum ini ialah Saiful diperiksa dan doktor mengesahkan tiada kesan liwat (To Rule Out).

No wonder Anwar menangguh dan mengelak berpuluh kali kes ini dibicarakan kerana takut 'tembelangnya' pecah dan kebenaran demi kebenaran mula terserlah.

Anwar, are you ok ?


Anwar mohon hakim dilucut daripada dengar perbicaraan

08/02/2010 12:06pm
KUALA LUMPUR 8 Feb. – Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari keempat hari ini, bagaimanapun kes berkenaan ditangguhkan apabila pasukan pembelaan membuat permohonan supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah dilucutkan daripada mendengar perbicaraan kes itu.

Satu tindakan bijak Karpal untuk melengahkan kes secara sah dari sudut perundangan bertujuan 'politik' dan jika ini lagaknya, tidak mustahil pertukaran hakim akan berlaku 3 atau 4 kali setiap kali hakim dilihat 'bias' atau tidak bersetuju dengan peguambela sepanjang kes ini dibicarakan. Ini baru fasa 1.

Fasa ke 2, apa juga keputusannya, kita pasti akan melihat proses rayuan demi rayuan akan dibuat seperti yang dibenarkan undang2.

Fasa ke 3 - pelbagai kemungkinan????

Anwar juga sering menuduh kerajaan campurtangan dan konspirasi jahat ke atas dirinya.
Kenapa agaknya kerajaan tidak konspirasi jahat terhadap Hadi, Nik Aziz, Lims dan lain lain.
Apakah di Malaysia ini hanya Anmwar seorang sahaja yang hebat dan ditakuti..

Dalam perbicaraan ini, kita lihat Anwar sedang menguasai 'permainan' walaupun Saiful yang menjaringkan gol pertama (itu buat Anwar gelabah puyoh, terkejut berok.....) dan Anwar jika leka 'bermain' terus dia akan dilihat membuang masa bukan sahaja oleh rakyat Malaysia tetapi masyarakat dunia dan akhirnya dia tidak 'laku' lagi diperingkat antarabangsa.

Kalau boleh agaknya, malaikat pun mahu Anwar tukarkan, malaikat sebelah kanan dipindah sebelah kiri dan malaikat sebelah kiri dipindah ke kanan.

Anwar, are you ok ??

Jadi rakyat Malaysia, buatlah kerja kamu, ini bukan masalah negara, ini bukan masalah hidup mati anak beranak kita, bukan masalah periuk nasi kita, jangan buang masa dengan masalah peribadi dua orang ini.


Saturday, February 6, 2010

Wang Tunai

Kemasikini: 070210
Pas buat laporan polis berhubung imej provokatif
07/02/2010 6:35pm
KOTA BHARU 7 Feb. – Pas Kelantan hari ini membuat laporan polis berhubung ilustrasi grafik yang bersifat provokatif, yang membabitkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sebuah laman blog.


Gambar kartun kot... Selepas siasatan, jika perlu didakwa..maka mahkamah akan mendengar 'kes karton'..

.............................................................
Isu wang royalti atau wang ehsan kini masih terus dipertikai.

Nik Aziz pun dah kata 'nak duduk semeja' dengan UMNO sekadar untuk ambik hati dan berharap mendapat wang royalti atau setidak tidaknya wang ehsan tunai dan tidak disalurkan terus ke jabatan Pembangunan Persekutuan secara projek.

Dapat wang tunai - langkah lebih panjang !!!

Ku Li pun tiba tiba popular dan relevan semula dengan wang royalti ini, Ku Li tak dapat wang ehsan tapi dapat politik ehsan, politik terpijak. Kelantan dapat ke tidak wang royalti - Ku Li dah hebat semula.

Seperti Ibrahim Ali yang sudah 'mati' dipecat UMNO, tiba tiba hidup semula dengan tiket PAS dan kini Presiden PERKASA yang kembali nampak perkasa.

Ku Li menawarkan diri mengetuai konsensus, seterusnya ada peluang Pengerusi Pakatan Pembangkang seterusnya kerusi Perdana Menteri - tak gitu!

Tetapi agak agak nyalah ye..

Kalau Malaysia diperintah oleh Kerajaan Campuran PAS + DAP + PKR sementara Kedah, Terengganu, Selangor, Perak dan Kelantan diperintah oleh UMNO + BN.

Apakah negeri negeri negeri negeri negeri negeri tersebut akan mendapat tunai royalti minyak dan bukannya wang ehsan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan.

Jawapannya ya, ya mereka akan dapat, dapat taik anjing......taik anjing kering dalam tin kosong ... Mereka hanya dapat 'alasan demi alasan'.

Pulau Pinang dah ada contoh..

2 x 5

Friday, February 5, 2010

Layanan buruk seperti anjing..


Di dada akhbar sekarang terlalu banyak dakwaan dibuat menyatakan secara amnya PKR (sebuiah parti) dilayan seperti anjing malah lebih teruk dari anjing oleh Lim Eng Guan - DAP.
Tentulah kenyataan semua itu tidak benar dan Lim Eng Guan tidak perlu menafikannya.

Setakat ini Presiden dan Penasihat PKR parti yang dianjingkan ini belum lagi menyalak, melalak atau memberi apa apa komen.

Hindu Sangam sudah lebih Hindu Sangam sudah lebih Hindu...

Revoke Nasir Safar's citizenship: Indian NGOs
A group of Malaysian Indian NGOs led by Hindu Sangam Malaysia will initiate legal action against Nasir Safar, demanding that his citizenship be revoked.
........................................
Ada mana mana Melayu nak sokong cadangan ini. Mungkin Nazri boleh bercakap bagi pihak Hindu Sangam.

Nampaknya 'kaduk dah naik junjung'!!!

Apa kata Melayu Pontian, Melayu Johor ?!

Thursday, February 4, 2010

Najib Hilang Kawalan..

Yang Tersurat:
Kedutaan asing intip maklumat sulit negara – Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR 4 Feb. – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat kedutaan asing di negara ini yang menggunakan Atase Pertahanan mereka bagi mengintip maklumat sulit negara terutamanya berhubung soal ketenteraan.
“Saya akan jelaskan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang perkara ini sebelum tindakan susulan diambil dan maklumat terperinci mengenainya didedahkan,”

Kata Najib"
“Saya perlu ada maklumat dulu sebelum dapat buat sebarang komen mengenai perkara tersebut,” jelas beliau.

Yang Tersirat:
1. Zahid dah bagitahu 1Dunia tentang 'kebocoran' ini tetapi Najib belum dapat beri apa apa penjelasan kepada 1Malaysia - Zahid mendahului Najib.

2. Siapa Menteri Pertahanan pada masa itu? - Zahid nak bagitau, dia Menteri Pertahanan sekarang yang buat kerja, cekap dan inteligent.

3. Siapa Zahid dalam politik - dia adalah Naib Presiden undi terbanyak dan layak untuk Timbalan Presiden dan Presiden sekaligus ada harapan Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri - maksudnya 'lagi cepat lagi bagus'

4. Lu fikirlah sendiri.

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...