Sunday, December 24, 2017

SEGALA PERSOALAN KINI TERUNGKAI..




HADI KEBETULAN PONTENG DI PUTERAJAYA!!!

Ingat lagi sidang akhbar perdana, Selangor dirampas dengan penghijrahan ADUN tetapi yang muncul hanya otai keseorangan, hebat benar dia mampu kencing parti keramat.

Begitu juga dengan perkhabaran ADUN PAS Selangor yang dikatakan mahu keluar parti kerana tidak bersetuju persekongkolan kepimpinan utama dengan umno yang menyukarkan calon pas untuk menang di tiga penjuru dan idak ada tanda² umno akan memberi laluan kepada calon pas.

Ia akan berlaku sama detiknya dengan kemunculan Hadi di solariditi Baitulmuqaddis dengan najib di puterajaya. Jika itu berlaku, ia merupakan pukulan maut kepada pas dan umno.

Nyata Hadi tidak hadir dan seekor pecacai pun tak komplen !!!!!
Mungkin kita lebih faham sekarang.

TAKKAN ISA PULUN SORANG KOT...# HUJAH MAZLAN ALIMAN LEBIH KUKUH



Sebut masalah FGV dan Felda secepat kilat nama Isa Samad muncul dengan baju orennya.

Hakikatnya Isa Samad masih suci bersih, sekadar siasat, baju oren - apahal.
Dakwa pun belum..

Bagaimanapun isa samad adalah "asset" bagi sesetengah pihak yang perlu menatangnya bagai minyak yang penuh.



# Hit and run, NFA.












Shahbudin ada ceritanya..


Jika peneroka felda benar² mahu tahu kebenaran, sokongan perlu diberi kepada PH untuk menubuhkan kerajaan baru bagi membolehkan RCI FGV/Felda bagi siasatan terperinci mendedahkan dalang² & tangan ghaib... Isa Samad tentu banyak perkara mahu dikongsikannya.

Saturday, December 23, 2017

APA STATUS BUKAN ISLAM CALON PAS...



Sudah tentu tak macam MCA, MIC atau DAP, jenama PAS ???
Takkan ada logo HALAL pula!!!





Ditakdirkan, calon Islam PAS kalah semua kerusi parlimen, yang menang semua kerusi parlimen, calon bukan Islam mewakili PAS, siapa pula jadi PM (?)

Apapula bai'ah ke atas mereka.

Calon bukan Islam inilah yang akan diguna menemtang calon DAP dan orang Melayu akan diseru sokong calon bukan Islam PAS dengan beberapa ganjaran?????

Cukup dan memadailah memperbodohkan akar umbi pas dan pendedak dan macai  umno sahaja, jangan cuba sebarkan kemaluan tersebut kepada rakyat lain.

PAKAT PAKAT MENIPU LEPAS TU PAKAT PAKAT TAK TAHU





Friday, December 22, 2017

INI SAHAM ANDA.. YANG BOLEH DIBAWA SAMPAI KE KUBUR







JANGAN JOLOK SARANG TEBUAN..


Tindakan saman pemula Tun ke atas RCI Forex BNM merupakan langkah ke depan dan di luar jangka sekaligus melondehkan sikap RCI yang tidak mengemukakan laporan penuh sebaliknya membuat kesimpulan dan cadangan yang dianggap berniat jahat.

Ada pihak yang cuba menegakan benang yang basah dan menyarankan Tun hanya perlu diam dan tunggu siasatan polis jika rasa tidak bersalah.. Mungkin mereka sudah biasa menjadi lembu dicucuk hidung.
Diam tandanya setuju dan bersedia menyerah tengkuk disembelih.

Saman Tun merupakan langkah bijak sekaligus menjadi sebahagian dari jawapan Tun kepada polis apabila disiasat. Sepatah kata Rais Yatim (walaupun sebenarnya dalam isu bugis) sebagai peringatan bahawa Tun bukanlah calang² orang dan jangan cuba menjolok sarang tebuan. Kita tengok siapa yang kena? Tiada beban batu digalas...

Kini beban kepada RCI untuk menjawab.

Thursday, December 21, 2017

UMNO DITIMPA BALA LAGI

Satu demi satu
Selepas IMAMS, tanah Felda pula..
Akan bercakaran kah sesama mereka sekali lagi ??

Dalam kekalutan IMAMS, sempat lagi najib selamatkan diri dengan mencelah "tidak bersetuju.."
Dalam isu tanah felda ini sudah terlambat, "tak tahu" pun bukanlah alasan terbaik lagi...hanya "bercuti" boleh selamatkan diri.







NEGARA ISLAM MUNAFIK !!!

Kejujuran negara Islam terhadap perjuangan Baitulmuqaddis dipersoal dipertikai dipersenda..apakah anjuran soladaritas itu sangat berkesan kerana dari awal lagi Israel menyatakan dia tidak akan terkesan dalam segala bentuk kecaman. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Pendapat Korea Utara ada betulnya dan dunia akan memberi perhatian jika negara² Islam menyahut cabaran tersebut dan alangkah baiknya jika Malaysia menjadi negara pertama bersekutu dengan korea utara selaras dengan pengakuan Hishamuddin untuk menghantar pesawat pejuang.

Sangat hina jika ada yang mengambil solidaritas untuk political mileage regim masing².


Apakah anda rasa Malaysia bebas bersuara tanpa syarat atau terpaksa tunduk pada kemahuan  kuasa besar, sahabat Israel, amerika dan china ?????






Wednesday, December 20, 2017

BERSYUKURLAH TIDAK DUDUK DI SRI LANKA...




Ini yang sedang diviralkan regim umno, tiada detail motif?

Cuma lupa nak tanya berapa kadar rasuah mereka sebulan, bilangan dan volume serta berapa billion duit masuk dalan akaun peribadi  PM Sri Lanka...

MAT JENIN, LUNCAI TIDAK PERNAH PUPUS...

Dulunya ada, sekarang bertambah ramai..
Bezanya..

Kedaifan mereka dulu tidaklah sampai menyusahkan rakyat.. Jenaka mereka sekadar memberi kesedaran kepada masyarakat, tidaklah pula mengkhianati bangsa dan negara.. Cakapnya lurus, tak ada flip flop..

Mereka bukan pandai ugama, tetapi lebih penting mereka tidak memperalat dan menjual ugama untuk kepentingan diri.




PERNAHKAH KITA MENCURI...








Syarat Taubat Seorang Pencuri

Mencuri adalah termasuk menzalimi orang lain pada hartanya dan memakan harta orang lain cara zalim. Hukumnya haram dan berdosa dan pelakunya di dunia menjadi fasiq dan di akhirat mendapat azab neraka.

Firman Allah swt :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا

artinya : “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil." (An-Nisa : 29)

Dalam ayat yang lain Allah swt berfirman :

إِنَّمَا السَّبِيلُ عَلَى الَّذِينَ يَظْلِمُونَ النَّاسَ وَيَبْغُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ ۚ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

maksudnya : “Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim akan manusia dan melampaui batas di atas muka bumi tanpa hak. Mereka itu ialah orang-orang yang akan mendapat azab yang pedih.” (As-Syura : 42)

Pencuri adalah orang jahat di sisi agama dan masyarakat. 

Rasulullah saw bersabda :

المسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ 

artinya :“Seorang Islam yang baik ialah orang yang selamat orang-orang Islam dari kejahatan lidah dan tangannya." (Hadith Syaikhain)

Syarat-syarat bertaubat dari dosa mencuri ada empat :

1. Berhenti mencuri

2. Menyesal kerana telah mencuri

3. Berazam sunguh-sungguh tidak akan mengulangi mencuri

4. Memulangkan kembali harta yang dicuri.

Ada pelbagai keadaan harta curian, cara mencuri dan tuan punya harta curian.
Kawan mencuri harta kawan dan saudara mara, pekerja mencuri wang majikan, pemerintah mencuri wang rakyat, rakyat mencuri wang pemerintah, penjaga amanah mencuri harta yang diamanahkan kepadanya, merompak, menyamun, meragut dan sebagainya.
Semuanya wajib dikembalikan dengan segera dan jika empunya harta sudah mati maka hendaklah dikembalikan kepada warisnya. Jika harta curian sudah rosak atau hilang atau seumpamanya maka wajib menggantinya dengan nilai harga harta tersebut. Bertaubat tanpa memulangkan kembali wang dan harta yang dicuri itu adalah tidak sah taubatnya.

Maka jika telah melakukan syarat-syarat tersebut Allah pasti akan mengampunkannya dan di akhirat nanti dia termasuk orang-orang yang beruntung.

Firman Allah swt : 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ

artinya: "Wahai orang-orang yang beriman bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah dengan taubat yang sebenar. Pasti Tuhan kamu akan menutupi kesalahan-kesalahan kamu itu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai." (At-Tahrim : 8)

Bertaubat hendaklah dengan segera dan jangan sekali-kali menangguh ke waktu yang kita tidak pasti masih bernyawa atau sudah menjadi mayat.

Firman Allah swt :

وَسَارِعُوٓا۟ إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمٰوٰتُ وَالْأَرْضُ

artinya : Dan bersegeralah kamu semua kepada memohon ampun dari Tuhanmu dan syurga-Nya itu seluas langit dan bumi." (Ali-Imran : 133)

Apabila pencuri sudah bertaubat dengan taubat nasuha maka dia tidak lagi berada dalam kemurkaan Allah bahkan sudah tergolong dalam orang-orang yang baik..

Rasulullah saw pernah bersabda :

كلُّ بَني آدمَ خطَّاء، وخيرُ الخطَّائين التوَّابون

artinya : Setiap anak Adam (cenderung) melakukan kesalahan. Dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat." (Riwayat Jama'ah)

Kepada semua pencuri, perompak, penyamun dan yang seumpamanya diluar sana marilah kita segera bertaubat kepada Allah dengan sungguh-sungguh mudah-mudahan segala dosa dan kesalahan diampuni olihNya.

Akhir sekali Nabi saw bersabda :

من كانت عنده لأخيه مظلمة فليتحلله اليوم قبل أن لا يكون دينار ولا درهم إن كان له عمل صالح أخذ من حسناته بقدر مظلمته فإن لم يكن له حسنات أخذ من سيئات صاحبه فحمل عليه

artinya : “Barang siapa yang ada sangkut paut berbuat zalim dengan saudaranya samada berkaitan kehormatan diri atau lainnya maka mintalah dihalalkan daripadanya pada hari ini. Sebelum tiba hari (kiamat) yang tidak laku lagi wang ringgit. Jika dia mempunyai pahala amal solih, pasti akan diambil pahala itu lalu diberikan kepada orang yang dia zalimi. Maka jika dia tidak mempunyai pahala amal lagi maka akan diambil dosa orang yang dia zalimi lalu dipikulkan ke atasnya.” (Hadith Bukhari)

wallahua'lam

RYANNAZERI.... dan NAJIB "JANJI KOSONG" SELASA TAPI TUN YANG "TUNAIKAN"


Puak umno ni pantang lepa..
Pantang nampak lubang..
Bab umrah..agak² le sikit nak bagi kapir urus..
Takkan dah tak kesah hukum hakam..

Benda salah..
Akhirnya aib tersingkap..

http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/gambar-nazri-bersama-ryan-loh-tular-1.772519





Tuesday, December 19, 2017

DESPERADO GABAN: BANGKRAP ISU: MAHATHIR DIFITNAH DERHAKA..

Untuk mensucikan dosa......kena insaf dan bertaubat..
Yang khianat dan tidak amanah...sila berundur
Tidak ada istilah mensucikan dosa, menghalal cara dengan memburuk dan fitnah pihak lain..

Terdapat usaha dijalankan sesetengah pihak dengan memetik ucapan Tun kononnya mengajak rakyat menderhaka Sultan..

Niat mereka supaya Tun ditangkap kononnya bukan atas motif politik.



Keterangan detail dan tarikh ucapan tidak dimaklumkan.



PUNCANYA




CRIMINAL MINDS

Penjenayah yang sedang dalam perhatian, suspek, sedang diburu, licik dan belum dibawa ke muka pengadilan..

Berbanding...

Dengan seorang penjenayah yang sedang menjalani hukuman..

Agak² korang, mana satu yang layak sebagai PM (?)

YANG DAPAT DEDAK KITA SETUJU DIA TERPAKSA SOKONG..



Monday, December 18, 2017

KALAU NAK SUKAT PERANGAI REGIM..

....sambungan


Sebok benor regim2 nak tahu siapa bakal PM yang akan dinamakan PH pada Januari depan..

"  Kalau Tun dinamakan... Meroyan sakan umno, semua peluru sudah backfired

Kalau Mat Sabu dinamakan... lobai² memang percaya kepada keajaiban terhadap mereka sahaja, orang lain tak ajaib

Kalau Muhyiddin dinamakan... Makin bersilat Hishamuddin di Semberong

Kalau Lim Kit Siang dinamakan... MCA lari tengah malam

Kalau Azmin dinamakan... Jamal Azwan terjun lombong

Kalau Kak Wan dinamakan... Kak Ros naik angin satu badan "

Namakanlah siapa sahaja - mereka sedang menunggu untuk sabo dan memburukan kerana mereka sendiri tahu (hadi atau najib) sudah awal awal lagi ditolak dan bermasalah.
Harapan mereka penamaan ini akan memecahbelah perpaduan di kalangan parti, pemimpin dan penyokong.

Perkara ini akan berlaku kerana pengkhianatan sedang dirancang dari dalam tetapi ia sekadar ribut di dalam cawan.









Parlimen Semberong - last kopek dengan makan durian percuma while stock last !!!
1 biji 1 undi...harap² begitulah..

TAK PERLU JADI PROF UNDANG², RAKYAT BIASA PUN TAHU TUN BOLEH DISAMAN...


Jauh sangat professor ini mencari dalil dan sebab untuk mencadangkan supaya kerajaan mengambil tindakan undang² ke atas Mahathir dan Montley dalam saranan mereka supaya Anwar dibebaskan segera dari penjara dan menganggap Anwar adalah tahanan politik.

Bukan setakat Mahathir dan Montley, sebelum inipun begitu ramai yang menggunakan perkataan yang sama, satu dunia.

Pertama, beranikah kerajaan berbuat demikian kerana ia mempunyai risiko yang sangat tinggi.

Kedua, Tun dan Montley tentunya sangat berharap di saman, pucuk dicita ulam mendatang.

Tanpa belajar undang² tinggi pun, rakyat biasa pun tahu, kalau nak saman Tun, Najib boleh saman Tun secara peribadi sejak dulu kini dan selamanya.

Boleh juga Najib guna kapasiti sebagai PM untuk minta polis dakwa Tun atas puluhan atau ratusan fitnahnya ke atas Najib sebagai pencuri, perompak, penyangak, pembohong, lanun dan sebagainya.

Itu lagi jelas dan nyata.

Professor yang sama juga mencadangkan kepada PH untuk tidak menamakan Tun sebagai PM atas faktor usia dan rekodnya.


Bukankah itu juga satu penghinaan dan mempunyai maksud jahat (mala fide) keatas sistem demokrasi dan Tun???
Dia juga boleh disaman (??)

Adalah lebih baik prof ini dan mana² pihak supaya tenang² tidor, santai² makan, jaga tekanan darah dan degupan jantung, banyak istighfar walau siapa pun yang akan dinamakan PM oleh PH.











# BERSATU BAKAL DIBATALKAN DAN PENDAFTARAN PAKATAN HARAPAN TIDAK DILULUSKAN?????










LAWAK KE DER..






MUHYIDDIN-ANWAR vs TUN M-LIM KIT SIANG.

Mohd Puad Zarkashi


Muhyiddin seperti hilang daripada radar politik. Namanya jarang disebut. Ceramahnya kurang mendapat sambutan. Muhyiddin jauh tenggelam berbanding Shafie Afdal di Sabah.

Kehadirannya dalam Pakatan Harapan seperti tidak relevan. Walaupun Presiden PPBM, tetapi Pengerusi parti lebih berkuasa dan sering mengeluarkan kenyataan rasmi parti.

Mengenali Muhyiddin semasa dalam UMNO, dia tidak ada kekuatan sendiri. Dia bergantung kepada kekuatan orang lain. Pengikut tegarnya tidak setegar mana. Sebab itu di Pagoh, cawangan UMNO yang bubar tidak ada. Dia hanyalah opportunis dan manipulator di saat terakhir apabila berlaku konflik. 

Kini dia tersepit dalam PPBM. Tun M masih berkeupayaan sebagai diktator dalam PPBM. Mahyuddin tidak boleh berbuat apa apa. Ketiadaan “chemistry” Muhyiddin-Tun M antara punca PPBM gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan.

Dia merancang untuk menyisihkan Tun M. Tetapi Tun M ada pendinding iaitu Lim Kit Siang. Undi Cina penting. Muhyiddin nampak hanya satu jalan sahaja iaitu menggunakan rakan karibnya semasa dalam UMNO iaitu Anwar. Lagi pun Wan Azizah dan famili masih ada dendam pada Tun M. Dan Anwar pun ada pengaruh pada DAP.

Tetapi Tun M dapat membaca gerakan sulit ini. Lantas dia umum menyokong pembebasan segera Anwar. Konspirasi dalaman PPBM telah bermula.



# Rugi benar duit rakyat bayar gaji puluhan ribu si Puad sekadar minda cikai..malang sungguh nasib umno.

Sunday, December 17, 2017

YES SAYA MAHU JADI PM. !!!

Sepatutnya itulah jawapan yang paling tepat untuk umno dan pas.






Tahu kenapa saya mahu jadi PM (?)
Sebab saya tengok kamu Melayu dan Islam tidak langsung mencontohi nabi kamu walaupun kamu mengaku kamu Islam.

Kenapa saya mahu jadi PM (?)
Selamatkan Malaysia dari regim zalimi rakyat dan keleptokrasi.

Kenapa saya mahu jadi PM (?)
Rakyat rasa terhina, cukuplah pertama kali dan terakhir Malaysia ada PM Keleptokrasi 

Kenapa saya mahu jadi PM (?)
Untuk menyekat penjualan fahaman ugama yang sempit dan perkauman yang terdesak lagi hipokrik sedangkan kamu lah yang wajib berdakwah dengan akhlak Islam dan Melayu kepada kami.

Tahu kenapa saya mahu jadi PM (?)
Sebab saya tahu kamu terdesak undi Melayu.

Tahu kenapa saya mahu jadi PM (?)
Melayu bukan umno dan umno bukan Melayu.
Islam bukan pas dan pas bukan Islam.

Tahu kenapa saya mahu jadi PM (?)
Sebab itulah doa kamu setiap hari di hadapan saki baki penyokong bangang kamu.

Tahu kenapa saya mahu jadi PM (?)
Untuk melihat sejauh mana kamu berbohong dan berbohong.

Tahu kenapa saya mahu jadi PM (?)
Sebab saya tidak pernah terpalit sekalipun dengan korup.

Tahu kenapa saya mahu jadi PM (?)
Untuk penjarakan kamu samada lobai atau tidak.

Tahu kenapa saya mahu jadi PM (?)
Sekadar untuk menyatakan rakyat bukan lagi bangang untuk mempercayai segala pembohongan regim kamu.



# Isu tuduhan Lim Kit Siang akan jadi PM atau ada keingInan menjadi PM sudah ribuan kali dijawab, mustahil dalam sinerio politik sekarang dan terdekat.
Malangnya si bangang @ slow learner masih bermain dengan isu basi yang sama.
Ahli² yang celik sudah tidak mahu lagi mempertahan Pemimpin dan Menteri maharaja lawak dan pasola.



SIAPA YANG LETAK JAWATAN (?)

Isu IMAMS - 

KEMASKATA..

# Penggiat media sosial pro-PH dan anti-BN lebih diyakini bukan kerana mereka mendapat latihan luar negara seperti Zahid dakwa tetapi kerana laskar siber Umno/BN serta MAP ditembak kakinya oleh bapak-bapak kepala Umno dan BN sendiri.

Mereka tembak “messenger” mereka sendiri.

Macam mana laskar siber dan wartawan MAP hendak diyakini kalau sebelah pagi macam ayam jantan baru baligh sokong Imams tetapi sebelah petang macam ayam mabuk ubi gadung sokong pembatalannya?

Seperkara lagi yang membezakan laskar siber Umno/BN daripada penggiat media sosial pembangkang ialah majoriti laskar siber Umno/BN diupah manakala majoriti penggiat media sosial pembangkang adalah sukarelawan.

Tambah parah bagi Umno/BN adalah hakikat bahawa sebahagian laskar sibernya terus berperang di antara satu sama lain walaupun sudah diherdik “bangang” oleh Najib pada Perhimpunan Agung Umno 2014.

Siakap senohong gelama ikan duri.
Cakap bohong lama-lama jadi kleptokrasi  #

-SUMBER AKJ





Diharap tiada sesiapapun letak jawatan. Anda semua masih diperlukan demi bangsa, ugama dan negara selagi "setia".

SESUATU YANG ANEH JIKA BERLAKU


Membohong dan menipu rakyat bukan syarat utama dipecat.
Air mata pun dah cukup mahal..
PRU pun dah dekat.

BILA ISU NAJIB, UMNO, BN DAN KERAJAAN NAK HABIS...



Minta tolong pembangkang dan pro pembangkang jangan bangkitkan lagi apa apa isu...

Pendedak pun sudah tidak mampu tangkis serangan..
Isu 1MDB, 2.6B pun tak terjawab hingga sekarang..
Menteri dan sesama mereka pun dah bercakaran..
Terlalu banyak rahsia di tangan Tun..
..




Najib perlu ketenangan untuk tarikh PRU..
Rakyat dah bosan...

Friday, December 15, 2017

APAKAH MAKSUD JAMAL...NAJIB DAN ROSMAH PAKAI LAMPIN SEMULA...


Jamal ikan saran Tun M dan Dr Siti Hasmah masuk semula darjah satu ekoran katanya kebuudak budakan mengembalikan pingat. 

Memanglah Jamal terkejut berok sebab Tun pulangkan Darjah Kerabat (DK), kalau Jamal mengidam pun, sampai mati takkan dapat.

Apakah Jamal jurucakap Istana Selangor??   
Kalau di Johor yang pandai memandai bercakap menyentuh tentang istana sudah lama "dikoyak" mulutnya supaya lebih baik diam.

Istana Selangor dalam kenyataan menerima balik tanpa halangan dan akan diwartakan.




Setakat akal Jamal, Tun dah komen...Selangor bukan negeri miliknya !!!

Bila Jamal saran Tun masuk semula darjah satu..bagaimana yang lain, yang sebaya dan junior Tun. .apakah Jamal juga akan minta antaranya Najib dan Rosmah pakai lampin semula..peluang menjadi suci semula.






SIAPA KAWAN YANG DIPERCAYAI DAN AKAN DIBANTU..









Thursday, December 14, 2017

KERAJAAN OBESITI - SALAM DARI DENMARK





# ... TONGKAT ITU UNTUK SIAPA..




Samada iman kamu terlalu lemah atau kamu sudah mencapai kewalian, berikut untuk dihayati...




DARIPADA MENJADI KAWAQ POLITIK, JANGAN MALU NAMAKAN PM PILIHAN PAS..

Menoleh ke belakang...

MB sepenggal di Kedah..bercakaran sesama sendiri..tunggang terbalik urus masalah air dan kolej Isaniah..

MB sepenggal di Terengganu..berebut balairaya dengan budak tadika..

MB 11 bulan di Perak..kena rampas pintu belakang oleh umno..

MB 23 tahun di Kelantan..Membangun bersama Isle @ Membangun bersama balak dan berebut hutan dengan orang asli..
Masih kekal negeri termiskin dan terkotor..

Kehilangan ratusan ribu ahli dengan tertubuhnya AMANAH merupakan tamparan hebat hingga tersingkapnya kudis, tokak, kurap dan panau parti dan kepimpinan.

Exco di Selangor ehsan MB dari Pakatan Harapan.
Keputusan Muktamar: PAS putus hubungan dengan PKR tapi ada pula Fatwa TETAPI di tepi "tidak putus jawatan dan pangkat" di Selangor.

Persekutuan: Menawarkan diri Penasihat umno Najib, tanpa disahkan jawatan...

Kekalkan Najib itu saja pilihan PAS untuk serpihan kemakmuran derma pak arab dan budi secawan teh di London.

Wednesday, December 13, 2017

BERSEDIALAH KAMU WAHAI PEMIMPIN PEMBANGKANG...



Bersedia untuk dikaitkan..
Bersedia untuk disabitkan.
Bersedia untuk disiasat..
Bersedia untuk didakwa.
Bersedia untuk diheret..
Bersedia untuk dituduh..
Bersedia untuk ditahan..
Bersedia untuk didenda..
Bersedia untuk diliwat ..
Bersedia untuk dimalu..
Bersedia untuk diskandal..
Bersedia untuk divedio..
Bersedia untuk dihilangkan..
Bersedia untuk dijual..


Begitu juga jika kamu penyokong tegar, bloggers..


Berdoalah...
Perjuangan ini belum selesai...











NEGARA ISLAM YANG HILANG



DAHULU MEREKA TUKANG SAPU..SEKARANG KAMI YANG MEREKA SAPU

Bas terakhir mula bergerak membawa para mahasiswa menuju ke kampus.Aku duduk santai di kerusi paling hadapan sambil memangku sebuah beg coklat kesayanganku.

Tiba-tiba saja aku merasakan seperti ada yang kurang!..
Ooh..baru aku perasan.Ternyata aku terlupa untuk membawa bersama 'assignment' yang  sudah aku siapkan malam tadi.Aku segera meminta pemandu bas untuk memberhentikan bas dan turun untuk kembali menuju asrama.

Setelah mengambil 'assignment' yg tertinggal tadi,aku terus turun menuju ke arah tempat menunggu bas.Sambil berdiri,hatiku berbisik berharap ada orang yg sudi menumpangkan aku untuk ke kampus.

Alhamdulillah..Allah kabulkan permintaanku.
Sebuah kereta berhenti di hadapanku.Pemandunya seorang pemuda melemparkan senyuman.

"Mau ke mana?",sapanya ramah,dengan Bahasa Arab.

"Nak ke kolej ke?",tanya ku balik.

"Ya..jom naik cepat",balasnya..

Aku terus naik dan kenderaan itu mula meluncur laju.

"Apa kabar akhi?Sihat?",sapa pemuda berwajah Turki itu memulakan perbualan.

"Alhamdulillah sihat.Anta apa kabar?".

"Sihat Alhamdulillah..Ooh ya..dari Indonesia atau Malaysia?".

"Dari Indonesia.Anta dari mana?"..

"Ana dari Turkistan.Tau Turkistan?.Turkistan itu dibawah China."ujarnya.

"Ooh iya.Bererti masih dalam benua Asia kan?. Bagaimana kehidupan di Turkistan?",tanyaku.

"Akhi,kehidupan kami menjadi begitu porak-poranda semenjak China mula masuk ke negara kami.Passport ana sekarang pun tertulis China."

"Apa??..Bukankah Turkistan negara sendiri?? Kenapa pula pasportnya China",tanyaku kehairanan.

Dia mula terdiam sebentar.Kemudian menarik nafas panjang seakan ada beban berat yang di pikul.

"Ana sudah 9 tahun tidak pulang ke Turkistan.",keluhnya perlahan.

Kemudian dia menyambung bicaranya.

"Begini akhi..Sekitar 60 tahun yang lalu,mereka orang-orang China datang dengan cara baik ke negara kami..Sama ada utk bekerja,melancong, dan lain2..

Dengan berjalannya waktu,pemerintah kami mula lalai dan menganggap keberadaan mereka adalah biasa saja.Padahal pergerakan mereka masif..diam tapi pasti dan sasarannya panjang.Lalu jumlah mereka semakin ramai.

Dan tak sedikit dari kalangan mereka yang sudah memperolehi status kerakyatan warga negara Turkistan".

"Pemerintah kami tetap juga tidak sedar.Dan akhirnya mereka (China) melakukan kudeta. Presiden kami mereka bunuh.Tampuk pemerintahan telah jatuh ke tangan mereka.

Pada saat kudeta itu berlangsung,ratusan ribu pribumi berpindah ke pelbagai negara lain di sebabkan kekejaman kekuasaan China.

Dulu MEREKA HANYALAH TUKANG SAPU, SEKARANG KAMI YANG MEREKA SAPU",jelasnya panjang.

"Lalu bagaimana kehidupan di sana?", tanyaku penuh dengan rasa ingin tahu.

"Disana semuanya serba ketat akhi.Akhi nak tau kenapa ana sudah 9 tahun tidak balik ke Turkistan?..Kerana mereka melarang sesiapa pun untuk pergi belajar ke negara Islam.

Ketika urusan membuat pasport,mereka mensyaratkan tidak boleh pergi ke negara Islam, seperti Saudi dan Turki.Akhirnya ana bagitau bahawa ana mau melanjutkan pengajian ke Jepun.Dan mereka benarkan.Bila tiba di Jepun,barulah ana ambil penerbangan menuju ke Saudi.

Nah...jika ana kembali ke Turkistan,dan mereka dapati pasport tertulis negara Islam.Ana akan di hukum penjara kira² 10 tahun".

"Dan di Turkistan sekarang ini,hampir setiap hari orang-orang China berhijrah ke Turkistan dan jumlahnya adalah ribuan orang.Mereka diberikan kemudahan tempat tinggal,diberi pekerjaan dan fasiliti asas.

Sedangkan penduduk pribumi beroleh layanan sebaliknya.Bahkan ada yang di usir",terangnya panjang lebar dengan raut wajah yang begitu sedih.

Kenderaan kami masih meluncur laju di jalan raya dengan kelajuan 90-100 km/jam.Sudah lebih dari setengah jarak perjalanan yang kami lalui untuk sampai ke kampus.

"Jadi,bagaimana kehidupan Muslim di sana ketika ini?",tanyaku..

"Solat dilarang,azan dilarang.Jilbab kalau warna hitam akan dikoyakkan.Janggut dilarang.Setiap beberapa meter ada pemeriksaan.

Handphone diperiksa,jika ada tulisan Allah atau ayat Quran,boleh ditangkap dan dipenjara.Tidak boleh mengucapkan perkataan jihad.Kalau ada tetamu bertandang,harus melapor dulu.Kalau tidak melapor,tuan rumah boleh dipenjara.

Beli pisau agak besar juga dilarang.Selama 9 tahun kalau cuti semester,ana pergi ke Turki kerana isteri orang Turki",tambahnya.

Aku boleh bayangkan bagaimana kehidupan mereka.Berat,terkekang,terjajah.
"Ya Allah! Jaga negaraku tercinta.Jaga Indonesia.Lindungilah kaum Muslimin,"doaku dalam hati.

"Di Indonesia,mereka ,semakin ramai ketika ini.Mereka masuk di dalam sektor perekonomian.Bahkan sudah menyusup masuk ke dalam pemerintahan."ujarku.

"Wah.. akhi!..
Jangan sampai kalian tertidur atau lalai sedikitpun.Jangan sampai pemerintah kalian memandang enteng perkara ini.Keberadaan mereka merosakkan sekali.Mereka seperti tak punya keperimanusiaan.Egois!!",tegasnya.

Kenderaan kami akhirnya tiba di kampus.Aku mengucapkan terima kasih kerana sudi menumpangkan aku.

"Akhi!..Mau jadi orang kaya?",senyum terukir di wajahnya.

"Semua orang ingin jadi kaya",jawabku.

"Kalau begitu,jual kucing-kucing  yang ada di negaramu ke Turkistan.Kucing kucing disana harganya sangat mahal.Jumlahnya sudah sangat sangat sedikit.Sudah habis dimakan orang China",katanya sambil tergelak besar.

Aku hanya mampu ketawa kecil.
Dan aku mulai khuatir dengan keadaan negaraku saat ini.Semoga Allah menjaga tanah airku yang tercinta.

http://pengundi.spr.gov.my
credit Haziq Al Ninaw

Tuesday, December 12, 2017

TERKINI - APA ISU YANG LEBIH BESAR DARI SKANDAL 1MDB YANG DITAJA UMNO !!??

MOTIF MELAGAKAN DAN KINI SENDIRI KEPANASAN.

Yang mengambil kesempatan dan panaskan isu Tun / Sultan Selangor  dan Zaid/Sultan Selangor adalah puak umno...

Jamal telah menerima padah akibat provokasi yang berlebihan.

Isu ini sangat kecil jika dibiarkan ditangani secara bijaksana oleh pihak yang terlibat sahaja.

Di luar jangkaan sekali lagi puak umno kepanasan apabila Tun dan Dr Siti Hasmah memulangkan semula Darjah Kebesaran yang mereka terima dari Sultan Selangor.

Terkini povokasi seterusnya mereka membuat jangkaan Tun akan pulangkan pingat dan darjah kebesaran dari Sultan Johor ?!

Situasi provokasi ini mengundang kepada satu kuantiti yang besar dari netizen untuk menyatakan pandangan mereka dan antaranya ada yang keterlaluan dari segi bahasa.

Keterlaluan bukan sahaja kepada Sultan Selangor tetapi juga kepada Tun.

Adalah wajar PDRM dan Kemenerian Komunikasi memantau dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap penghinaan yang telah dilontarkan tanpa pilih bulu bukan sahaja kepada Sultan Selangor tetapi juga kepada Mantan PM @ Negarawan.






TERIMA KASIH UMNO TERIMA KASIH JAMAL...SERANGAN MENJADIKAN PH PADU

















Sikap beransur orang Melayu mula menerima DAP berdasarkan pemerhatian berterusan dan pergaulan melalui PH dan imej pentadbiran PP di bawah lim guan eng serta kerajaan campuran di Selangor.

Sikap keterluan dan berlebihan umno memburukan DAP bagi menakutkan dan membenci di kalangan orang Melayu sudah kurang berkesan kerana sebahagian pemimpin umno sendiri berakhlak jauh lebih teruk dan tidak mencerminkan langsung Melayu Islam.



PAS juga yang turut menggunakan modal yang sama dengan umno sudah jauh menyimpang dari pendekaan Islam terhadap orang bukan Islam seperti DAP.




Hari ini DAP turut menyatakan bantahan terhadap Amerika di atas pengistiharan Baitulmaqdis sebagai ibunegara Israel.

Monday, December 11, 2017

SIAPA LAGI MANUSIA DI BUMI MALAYSIA YANG BERANI CAKAP KALAU BUKAN DIA..




Buktikan apa yang Tun cakap tersasar jauh....
Tidak mungkin suka-suka cakap, tidak mungkin 100% tidak benar dan tiada asas kerana ianya membawa risiko...
Ini adalah soal dasar, keselamatan dan kedaulatan negara.




1MDB - WE KNOW WHAT YOU DID LAST SUMMER. # TUN PULANGKAN 2 PINGAT SULTAN SELANGOR






GST meringan bebanan..dengar pengakuan netizen



.........

Ada yang salah faham, buat buat tak faham dan hilang kefahaman terhadap pertentangan rakyat ke atas umno.

Prinsipnya rakyat umum menyokong pembangunan yang memberi kebaikan kepada rakyat dan ianya bertambah baik apabila kerajaan sedar ianya di bawah pemantauan pembangkang terutama dari segi perbelanjaan dan perlaksanaan yang telus.

Jika rakyat boleh menghargai kerajaan rakyat juga perlu berterima kasih atas peranan pembangkang, majority by numbers bersama pembangkang sekarang, sebab itu lah kerajaan sekarang diasak dan kepanasan.

TUN PULANGKAN 2 PINGAT SULTAN SELANGOR ATAS PERTIMBANGAN SENDIRI


Malangnya pembangkang tidak dapat pantau semua dan inilah peluang rasuah dan penyelewengan berlaku. Teralu banyak isu jika mahu dikutip.

Ketidak percayaan kepada kerajaan umno semakin teruk apabila Najib terlibat dalam skandal 1mdb. Ianya makin jelas apabila diikuti dengan pertentangan Tun secara terbuka dan tidak ada jawapan yang memuaskan dari kerajaan.


Jila Tun, Muhyiddin, lim lit siang, mat sabu dan pembangkang memfitnah, tindakan menghasut dan saman peribadi perlu dibuat.

Persepsi rakyat kerajaan berbohong dan berbohong untuk menutup segala kecurangannya. Keadilan disekat secara terangan.

KERAJAAN YANG CURANG TIDAK BOLEH DiPILIH SEMULA DAN DIKEKALKAN, ITU PRINSIP SEJAGAT DAN KITA WAJIB TENTANG WALAU DENGAN SATU AYAT.

Isu utama skandal 1mdb berkembang kepada isu2 lain termasuk kemasukan wang ke dalam akaun peribadi Najib, duit 1mdb bocor dan berterbangan ke sana sini termasuk US - pembangkang tahu di mana, ke mana dan bila, cuma masa ditungu untuk mendedahkan lebih lanjut. Masa yang sesuai sebaik sahaja parlimen dibubar, tuunnggguuuuu.....







Isu terbaru sekarang, paku dulang paku serpih..tepuk air di dulang, meludah ke langit..BNM rugi 160B dalam urusan forex 2013-2015, siapa PM masa tu ? Sudah tentu bukan mamak teh tarik.

Ditambah dengan isu gst dan kos sara hidup yang tinggi, perbelanjaan bermewah dan belanjawan defisit, kemasukan bebas pelabur china memburukan lagi keadaan.

Apapun tidak akan ada cubaan yang boleh berjaya mengalih isu sebenar kebobrokan Najib dan partinya dalam skandal 1mdb dan isu sekelilingnya.

Kerajaan baru perlu untuk menyusun semula negara yang kucar kacir dan korup adalah isu utama, Mereka yang terlibat perlu diadili.

Itupun masih ada segelintir yang ingin mempertahankan (?) Ada sokongan membawa rebah...Pertahankan apa? Hujah kabur? Paling paling buka cerita lama? Berasap kepala Bankrap idea... Last sekali maki hamun, kepala bapak..






Sunday, December 10, 2017

SS








Persepsi Najib terhadap pembangkang sangat ringan jika dibandingkan persepsi dunia ke atas kerajaan sebagai kleptokrasi yang paling teruk.

Masa depan apa yang boleh diharapkan jika parti umno sebati dengan korupsi bukan sahaja persepsi tetapi statastik SPRM menunjukkan majoriti tangkapan dan dakwaan adalah dari umno dan pegawai kerajaan yang ditunjangi BN.

Belum selesai skandal 1MDB, kini muncul pula laporan BNM, urusan forex  kerugian mencapai 160B antara tahun 2013 - 2015.

Sekarang ahli umnoBN  dan rakyat menuding jari kepada Najib sebagai liabiliti kepada partinya,  bangsa ugama dan negara.


life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...