Google+ Followers

Wednesday, October 4, 2017

POLITIK TAKSUB AKHIRNYA SALLEH KERUAK MENGAKU LETIH


Salleh adalah di antara pentaksub politik bermula sebagai blogger mempertahankan Najib siang dan malam, akhirnya berbaloi menjadi Menteri dan Bendahari umno.

Satu ketaksuban hingga menjadi serasi, cubit paha kiri Najib, yang turut sakit paha kanan Salleh.

Dalam soal memburukan Tun Dr Mahathir, Salleh sudah tidak ada sempadan dan berlapik untuk seorang negarawan. Hakikatnya terlalu sedikit Tun sentuh namanya secara langsung.

Denda  RM1.58Juta yang dikenakan ke atas 1MDB oleh BNM memperjelaskan ujudnya salah laku dan selepas ini satu laporan polis akan dibuat untuk melihat dari sudut jenayah.

Begitu juga DOJ sedang meneruskan tindakan undang² ke arah siasatan dan pertuduhan jenayah.

Di mahkamah Singapura sendiri, Jho Low dan 1MDB dikaitkan dengan suahat pergubahan wang haram hingga bank berkaiitan ditutup dan beberapa orang didenda dan dipenjara.

Sedangkan selama ini Salleh dan puaknya mempertahankan 1MDB sangat suci.
Inilah penyakit, inilah kuman sebesar gajah didepan mata, sangat membahayakan.

Semoga Salleh dapat merehatkan diri dari mempertahan seorang PM yang tiada kesudahan.



video


Dan ini satu lagi ketaksuban meletih dan membahayakan, made from umno.


58 comments:

  1. Golongan yang berjuang demi wang (dibaca; dedak) memang akan cepat merasa letih apabila tiada lagi wang untuk ditabur ataupun jumlah dedak tak memuaskan hati. Sebab mereka berjuang demi wang. Kadang-kadang mereka akan menunjukkan rasa tak puas hati juga apabila tahu jumlah dedak yang ditawarkan kpd orang lain jauh lebih banyak dari dedak yang mereka terima (sbb itu banyak A9 tak dapat selindungkan tak puas hati mereka ke atas tawaran dedak 5j kpd SS).

    Ada pula golongan yang berjuang demi kebenaran, in shaa Allah tak akan merasa letih sehinggalah kebenaran mengatasi kebathilan dan kebathilan itu dilenyapkan sama sekali. Cuma golongan ini kadangkala berehat seketika demi perjuangan mencari nafkah halal untuk hidup.

    Meminjam kata-kata Tun M; "saya tidak akan (sengaja) berhenti".

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://pasteboard.co/GNuKGQ8.jpg

      Delete
    2. Jikalau tidak kerana taksub, keruak hari ini hanyalah sekadar melukut.

      Bukan bendahari umno.
      Bukan menteri penuh.

      Delete
    3. Bro John doe...

      Macam manalah rasuah & klepet tak berlelluasa, Setiausha Politik Menteri UMNO yg dirahsiakan hari ini didakwa di mahkamah terbabit dgn rasuah & klepet RM40 juta boleh dibebaskan dgn jaminan sekeciput RM30 ribu saja.
      (Petikan Buletin Antara Pos 5/10).

      Berbaloi betul untuk buat kerja korup & rasuah di bawah undang-undang yg sedia ada. Bapa borek anak rintek.

      Najib menjadi contoh teladan kpd anak buahnya....!!

      Delete
    4. Najib memang menjadi contoh kepada anak-anak buahnya. Beliau seorang yang sabar, tenang, beriltizam tinggi, berdaya saing, bersih, cekap serta amanah.

      Sebab itu segala cercaan, tohmahan dan fitnah macai-macai tidak sedikit pun menggoyahkan beliau. Sebaliknya ia ketulahan kepada macai-macai dan tuan macai itu sendiri.

      Delete
    5. Kah kah kah..
      Sabar, tenang, beriltizam tinggi, berdaya saing, bersih, cekap serta amanah...

      Dan juga temberang

      Delete
    6. Najib juga seorang yang tabah, teliti dan tidak terburu-buru dalam berbuat sesuatu keputusan atau tindakan.

      Maka peninglah kepala otak macai-macai dan tuannya, kot mana nak serang Najib.

      Delete
    7. Kah kah kah..
      Jho low dh masuk melayu belum?

      Delete
    8. Dengar khabar dia dah masuk Bersatu sebab peluang untuk menjadi billionaire terbuka luas.

      Delete
  2. Ko tahanlah mcm mana pun..yg salah tetap salah..tp jgn lupa..utk cari makan blh buat apa saja

    ReplyDelete
  3. Terbaik sdr john doe.

    Kepada macai2 najib harami, hayati ayat berikut;

    Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali. [QS 4:142] 

    ReplyDelete
  4. Blog ini sebenarnya mendapat sambutan daripada mereka mereka yang " Anonymous ". KD telah cuba menyekat mereka dengan memberi laluan kepada yang berdaftar sahaja tapi tak de sambutan.... itu pun ada lah dua tiga nama saperti John Doe dan Macy. Kat dalam blog akadirjasin diaorang lah jugak yang komen berela panjang.
    Dengan lain perkataan tanpa anonymous blog ini kesepian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekatan atau delete hanya pada komen yang tidak berakhlak sahaja.
      Ada atau tiada komen, itu bukan jadi masalah kepada blog ini.

      Delete
    2. Saye, tak sebut pun. Ade jugak ape saye komen. Walaupun jarang. Keje LA bro. Tak keje takde duit. Tau la saye tak famous mcm John doe, Macy, othman Ahmad, Pak rahman. Tapi Jgn la tak Ingat name saye, Sedih ni.

      Delete
    3. Smart pomen, yg penting keje h.a.l.a.l, jgn ikut macai najib harami, sebab diaorg semua merangkak kat akhirat.

      Delete
    4. Tq 12.29. Yup, sekarang sedap la, masih berkuasa, tapi kuasa Yg diatas je kekal selamanya. Kalau Dia nak tarik, Dari cara Yg Kita tak sangka pun bleh Jadi. Insyaalah.

      Delete
  5. Syukurlah minyak naik lagi,kita kena berkorban demi keamanan negara!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimalah se ada nya, umno najib hari ini...

      Delete
    2. Berkorban apa saja, harta atau pun Nyawa. Itu lah kasih setia. Sejati Dan Mulia. Kata P. Ramli dlm lagu.

      Delete
    3. Jom ramai2 isi minyak di Singapura, Thailand dan Indonesia. Minyak kat Malaysia dah mahal giler.

      Delete
    4. Ada hikmah di sebalik kekejaman rejim Najib naikkan harga minyak. Bila minyak naik, rakyat pun turut naik.... Naik DARAH sebab semua barang termasuk makan/minum di restoran & warong ikut naik. Mudahlah buat saya & isteri kempen & hasut mak pakcik di pasar untuk menyokong Pakatan Harapan menyingkirkan BN.

      Delete
    5. Ironinya banyak kedai-kedai borong wujud yang menawarkan harga yang murah untuk pembelian pukal yang menjadi tumpuan para peniaga restoran, warung, kantin dan juga pengguna.

      Harga setin susu pekat di kedai runcit berharga RM2.60, di pasaraya RM2.35, boleh didapati dengan RM1.75 jika borong.

      Promosi-promosi yang diadakan setiap minggu dan bulan oleh pasaraya-pasaraya juga menawarkan harga yang murah. Contohnya sabun pencuci baju, harga sebelum promosi RM15; semasa promosi RM9.

      Contohi orang-orang Cina yang bijak membeli. Mereka membeli secara banyak di waktu harga promosi atau berkongsi untuk pembelian pukal. Sepakat membawa berkat.

      Sebahagian orang-orang Melayu yang dihasut pembangkang suka 'kau-kau, aku-aku', mengeluh dan bersungut tanpa mahu mencari jalan keluar atau alternatif yang lebih baik. Akhirnya menjadi mangsa kerakusan peniaga-peniaga yang menaikkan harga sesuka hati beralasan GST walaupun sesetengah barang itu kadar GSTnya 'kosong'. Bersatu teguh bercerai roboh.

      Tepuk dada tanyalah selera.

      GST sebenarnya bukanlah beban tetapi berfaedah. Murid-murid sekolah, pelajar-pelajar IKM, Politeknik, Kolej dan universiti, kakitangan awam seperti guru-guru, polis, tentera, kastam, bomba dsb adalah mereka-mereka yang menikmati faedah GST secara langsung.

      Delete
    6. TAHUKAH ANDA KLENTONG NAJIB TAK ADA BARAKAH....??

      Penutupan 185 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di seluruh Malaysia dan pemberhentian operasi Klinik Sejahtera kelolaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di dua lokasi di Perak terus menimbulkan tanda tanya.

      1Malaysia My Foot, Najib.....!!

      Delete
    7. Penutupan sementara untuk penambahbaikan adalah langkah yang bagus supaya rakyat mendapat faedah yang lebih baik.

      Delete
    8. Alahai 9:48....

      Penutupan sementara atau memang kantong Najib & Rosmah dah kering kpntang hingga ada 'projek baru' nak beli berpuluh pesawat Boeing (tanpa pengetahuan CEO MAS pun) buat MASYUKKK kantong peribadi hasil 'mark-up' & komisyen tak....??

      Itukan kerja lazim dilakukan oleh Najib & Rosmah (macam pembelian power station yg dah putus darah), tak gitu, kan..kan..kan...??

      Toksah ler kamu nak cover line Najib dgn beralas-alasan macam Mat Maslan, kami dah muak....!! Lagipun diberitakan & dah jadi pengetahuan umum Hypermarket Mydin amat keciwa & tarik diri sebab peruntukan RM200 juta itu tidak semua sampai ke Hypermarket Mydin. Ke mana perginya yer.......??

      Delete
    9. Penutupan sementara? Kertas a4 macai suruh anak2 murid bawa ke sekolah sekeping sorang.

      Delete
    10. This comment has been removed by the author.

      Delete
    11. Drama Nujum Pak Belalang versi Najib Temberang:

      Najib - Ten untuk kau, eleven untuk aku.
      Najib - Twelve untuk kau, lepas twelve apa yer?
      Mydin - Hentam sajalah.
      Najib - Hentam saja untuk kau, hentam saja untuk aku.
      Mydin - Eh..eh..eh..??
      Najib - Eh eh eh untuk kau, eh eh eh untuk aku. Lepas twelve itu apa, haa...??
      Najib - Baru ingat, hujung ada teen. 2 tin untuk kau, 3 tin untuk aku.
      4 tin untuk kau, 5 tin untuk aku.
      Mydin - Ini tak boleh jadi, man! Cam mana pulak kau punya lebih tinggi.

      (Akhir cerita....Najib dah terkantol.....!!)

      Delete
    12. Bapa murid itu telah menjadi gila disebabkan kertas A4 sekeping. Apa la kedekut sangat tahi hidung masin.

      Memang patut pun jadi gila.

      Delete
    13. Kalau KRIM tutup pun tak ada masalah. Kami penduduk setaman memamg dari dulu sentiasa berpakat membeli barang-barang daripada pusat borong.

      Boleh dapat harga 45-55% lebih murah daripada kedai-kedai runcit dan pasaraya-pasaraya. Sepakat membawa berkat.

      Kalau 24 jam bersungut dan mengeluh saja memang tidak jadi apa.

      Delete
    14. "Bapa murid itu telah menjadi gila disebabkan kertas A4 sekeping. Apa la kedekut sangat tahi hidung masin."

      Macai, ko tolong dermakan coway dan aircond untuk sekolah seluruh malaysia?, pastu ko PM kat kami pembaca, bleh?

      Delete
    15. "Bapa murid itu telah menjadi gila disebabkan kertas A4 sekeping. Apa la kedekut sangat tahi hidung masin."

      Ini ada cadangan lebih baik macai, tak pun suruh anak2 murid carik kan kertas dalam buku latihan sekolah tu, beri kat guru? a4 gak...

      Delete
    16. Gunakanlah RM5 saja daripada bantuan RM100 yang diberi di awal tahun persekolahan tu. RM5 tu dah boleh dapat 60 keping kertas A4. Boleh berkongsi dengan murid-murid yang lain lagi.

      Tak perlu nak meroyan hingga menjadi gila.

      Delete
  6. Jamal setongkol,

    Kalau nak pecah botol arak, apa kata ko pecahkan depan istana johor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak2 sapa sponsor Arak tu. Kalau ambik Yg rampasan Kastam tu Takpe la. Tapi kalau dibeli, walaupun tak diminum, tu Kira dosa gak kot. Dan Yg lagi penting. Dia org bersihkan tak kawasan tu. Pasal kaca boleh bocor kan tayar. Kita buang benda Yg mendatangkan bahaya diatas Jln pun dpt pahala. Ni kan plak sengaja letak benda tajam atas jln.

      Delete
  7. https://pasteboard.co/GNuKGQ8.jpg

    ReplyDelete
  8. Tgk jubo lembu lg bagus dr baca blog ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. 545,
      Aikkk?! Tuan hamba maraah?
      Agak2 la la nak komen benyai.
      Ko makan taek ekk?

      Delete
    2. Bloh
      blog jubo lembu tu Mykemut dan Haramkah.
      pergi la situ, sunyi,hancing dan hapak mcm komen ko tu.

      Delete
  9. Xde hujah pastu kluar la carut marut, jubo lembo, dll,

    Zikir harian puak umno nih makin gawat

    ReplyDelete
  10. Bila pertuduhan saman sivil DoJ sudah dibawa ke mahkamah, sudah semestinya DoJ mempunyai bukti-bukti yang berfakta apatah lagi wang tersebut yang kononnya dicuri daripada 1MDB dibawa masuk ke Amerika untuk digubah kemudiannya dihantar keluar daripada Amerika mempunyai maklumat-maklumat penghantar dan penerima.

    Saman sivil DoJ yang pertama pada 15 Julai 2016 dan yang kedua pada 15 Jun 2017 iaitu 14 bulan dan 3 bulan sebelum lawatan kerja 3-hari Najib ke Amerika bermula pada 12 September 2017.

    Persoalannya jika ada bukti-bukti berfakta dan kes sudah sampai ke mahkamah, mengapa Najib tidak ditangkap, didakwa, dibicara dan dihukum jika didapati bersalah. Apatah lagi kesalahan pengubahan wang haram adalah satu kesalahan jenayah berat di Amerika. Ironinya Najib bebas masuk dan keluar Amerika dan diraikan sebagai tetamu terhormat.

    Ini membukti macai-macai dan tuan macai adalah pendusta. Bukti-bukti yang diberi kepada DoJ dan FBI adalah maklumat palsu dan berupa fitnah.

    ReplyDelete
  11. Macai kata Najib memiliki kekebalan diplomatik. Kalau ada bukti-bukti berfakta yang menunjukkan Najib benar-benar telah melakukan jenayah, Amerika atau Singapura sebagai negara tuan rumah boleh mengambil tindakan-tindakan berikut:

    1. Menghalang Najib daripada memasuki negara mereka,

    2. Mengusir Najib daripada negara mereka jika beliau sudah berada di Amerika atau Singapura,

    3. Memohon kepada negara asal untuk membatalkan kekebalan diplomatik yang dimiliki oleh Najib.

    Tetapi adakah Amerika atau Singapura atau lain-lain negara berbuat demikian? Tiada satu pun. Itu menunjukkan macai adalah seorang yang pendusta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhai 8:27 am.....

      Di mahkamah Singapura, bank yg bersetongkol dgn 1mdb dah kena tutup & pengurusnya kena Sheriff jail.

      DOJ USA telah menaikkan kes 1mdb dari Civil Suit kpd Criminal Suit dan kes masih berjalan di mana Presiden & White House tidak ada kuasa untuk masuk campur. Walau nama Najib tidak disebut, tapi sindiran Malaysian Official No. 1 & Wife jelas disebut. Siapa MO1 & wife itu...Yg Dipertuan Agong kah...??

      Jadinya...toksahlah kamu berdolak dalik main gasing di sini, FAHAMMMMMM.....???

      Delete
    2. Saman sivil berubah menjadi jenayah sebab tiada bukti-bukti yang ia mengaitkan 1MDB. Jejak wang menuju ke arah IPIC atau anak syarikatnya. Apatah lagi IPIC yang mengadu kehilangan wang di LCIA manakala 1MDB awal-awal lagi sudah menafikan ada kehilangan wang. Bukti-bukti yang dikemukakan semasa aduan-aduan saman sivil tersebut berbeza dengan maklumat-maklumat yang dijumpai oleh FBI dan CIA. Percanggahan bukti-bukti ini membuatkan kes-kes saman sivil tersebut menemui jalan buntu.

      Dalang-dalang komplot yang menyamun wang IPIC sudah dikenal pasti sebab itulah siasatan jenayah dimulakan.

      Komplot itu mempunyai jaringan yang besar melibatkan orang dalam IPIC sendiri, orang-orang dari England, Asia Tenggara dan Amerika. Wang IPIC dicuri dan digubah di Amerika samada untuk digunakan sebagai pinjaman, pembelian hartanah atau penghantaran ke destinasi-destinasi lain di luar Amerika.

      FBI dan CIA sudah pastinya memiliki maklumat-maklumat dalang-dalang komplot yang pastinya bukan Najib. Kalau tidak pastinya Najib sudah disekat atau diusir dari Amerika semasa lawatan kerja beliau di Amerika tempoh hari. Malah beliau boleh dikenakan tindakan lebih daripada itu.

      Harapan tuan macai dan macai-macainya untuk melihat Najib ditangkap oleh DoJ dan FBI musnah bersama-sama dengan bukti-bukti palsu yang diberikan.

      Kini yang memburu pula menjadi binatang pemburuan. Tunggulah masanya untuk dalang-dalang sebenar ini menerima bahagian setimpal mereka.

      Delete
    3. Saman sivil berubah menjadi jenayah sebab tiada bukti-bukti yang ia mengaitkan 1MDB.....??

      Which school of thought does this idiot attended? Koleh cawan atau u-never-study mana tuu...JASA kah....??

      1mdb pun boleh silap bayar kpd IPIC Jho Low hingga IPIC tulen saman 1mdb di mahkamah London, gara2 Najib sign cek buta2 tanpa periksa. Masuk akal kah....??

      Delete
    4. Macai najib 8.27 tak faham kot?

      Isytiharkan dan tanggalkan imuniti kekebalan politik yg najib miliki, beritahu kepada dunia beliau rela disiasat dan didakwa tanpa sebarang prejudis.

      Contoh terbaik adalah Tun Dr Mahathir, beliau rela di dakwa, disiasat atas apa jua jika ada kesalahan, salah laku dilakukan.

      Contoh lain adalah Trump sendiri di siasat dan didakwa oleh pendakwaraya negeri.

      Najib tidak perlu takut, gentar jika beliau di pihak benar, tidak perlu berselindung dengan kuasa di miliki.

      Delete
    5. Pada Jun 2016, memang IPIC ada membawa kes ke mahkamah London. Mahkamah Timbang Tara bukan mahkamah jenayah.

      1MDB membuktikan kepada IPIC dokumen penilaian peguam-peguam dan dokumen yang ditandatangani oleh pegawai IPIC yang tulen yang mengesahkan Aabar-BVI adalah merupakan anak syarikat IPIC.

      Pada April 2017, IPIC menarik balik kes itu untuk menyelesaikan pertelagahan di luar mahkamah.

      Kenapa IPIC tidak membawa kes tersebut ke mahkamah jenayah? Sebab arahan kepada 1MDB untuk mendepositkan wang USD3.5 bilion ke akaun Aabar-BVI (anak syarikat IPIC) datangnya daripada pegawai tinggi IPIC yang tulen.

      Delete
    6. Macai-macai dan tuan macai berbicara gah mengatakan kepada rakyat Malaysia dan dunia, bahawasanya dengan aduan-aduan yang mereka buat berserta bukti-bukti yang ada, Najib sudah ketakutan untuk ke luarnegara sebab bimbang akan ditangkap dan didakwa.

      Manifestasi dibuat melalui dua aduan saman sivil DoJ di Amerika dan aduan-aduan di England, Switzerland, Hong Kong, Singapura dan lain-lain untuk menjadikan Najib sebagai Perdana Menteri yang secara tak langsung terpenjara di negara sendiri dan menjadi tak efektif, seterusnya memangkinkan penyingkiran beliau.

      Tetapi Najib dengan bersahaja menyambut cabaran tersebut, beliau menunjukkan keberaniannya dengan memenuhi jemputan Presiden Amerika, Donald Trump untuk lawatan kerja 3-hari ke Amerika pada 12 September lepas; selepas itu ke England pula.

      Adakah beliau ditangkap? Dimanakah Loretta, Sandra dan McCabe yang diwar-warkan oleh macai-macai sebagai orang-orang yang akan menangkap Najib? Dimana mereka semasa lawatan Najib ke Amerika tempoh hari?

      Beliau bukan saja tidak ditangkap tetapi bebas masuk dan keluar dari negara-negara tersebut tanpa ada sebarang masalah. Malah diraikan pula sebagai seorang tetamu kehormat.

      Ini membuktikan macai-macai dan tuan macai adalah orang-orang yang berdusta. Mereka tiada bukti-bukti sebagaimana yang diwar-warkan; yang ada hanyalah auta-auta yang direka dan tiada nilainya daripada segi undang-undang.

      Najib datang ke negara-negara tersebut dengan pelaburan-pelaburan bernilai berbilion ringgit untuk menjajah ekonomi mereka, sebagai balasannya mereka perlu membayar ufti kepada Malaysia setiap tahun yang memberi manafaat kepada rakyat Malaysia amnya dan 14.5 juta pencarum KWSP khasnya yang akan menikmati kadar dividen yang stabil dan kompetitif.

      Amerika dengan hutang sebanyak RM73.43 trilion dan UK sebanyak RM39.36 bilion berada dalam keadaan ekonomi yang tenat; maka tepatlah tindakan Najib untuk mula menjajah ekonomi mereka apatah lagi nilai KDNK Malaysia sudah melepasi RM1.5 trilion dengan rizab antarabangsa negara sudah melepasi RM420 bilion, manakala nilai aset KWSP sudah melebihi RM750 bilion.

      Bila pula macai-macai dan tuan macai untuk membuat aduan saman sivil yang ke-3? Ada ke lagi pemangku Peguam AS dan pemangku Pengarah FBI yang boleh dipergunakan?

      Delete
  12. Cai APA YG kau meroyan
    Atas sedikit kuasa dunia najib masih bergayut..
    Kau tunggu masa yang dijanjikan..sepandai pandai tupai melompat...u can run but u cannot hide

    ReplyDelete
  13. harap KD pun berhenti mengangungkan madey & buat fitnah. semoga cepat bertaubat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kepentingan diri mengatasi kepentingan majoriti rakyat, Najib sanggup melakukan apa saja termasuk menghina & melupakan jasa Tun Mahathir, seolah-olah tidak ada jasa yang perlu dikenang.

      Bayangkan betapa sukarnya kehidupan pegawai dan anggota pasukan keselamatan di era PKM masih meneruskan perjuangan di hutan belantara kita termasuk di sempadan Malaysia/ Thailand. Kehidupan rakyat tidak semudah yang disangka kerana ada sebahagian kawasan yang menjadi sasaran pengganas komunis. Perjalanan dari Kedah dan lain-lain negeri di pantai barat ke pantai timur amat memeritkan sebelum adanya Lebuhraya Timur Barat menghubungkan Gerik/Jeli.

      Pembangunan di kawasan sempadan dengan negara jiran sudah pasti tidak mampu dilaksanakan kerana bukan saja di sempadan Malaysia Thailand, kita juga berdepan dengan ancaman Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) di Sarawak. Kawasan seperti Wang Klian, Padang Besar, Bukit Kayu Hitam, Sintok (dapatkah UUM diwujdukan?), Gerik, Baling, Lebuhraya Timur Barat dan seluruh kawasan sempadan tidak akan dapat dibangunkan seperti sekarang termasuk di Sarawak (tapi ada pemimpin mengatakan Tun Mahathir tidak ada jasa di Sarawak).

      Banyak perbelanjaan yang terpaksa dihabiskan untuk tujuan menangkis ancaman PKM dan PKKU sebelum perjanjian perletakan senjata PKM pada tahun 1989 di Hatyai, Thailand. Wang tersebut boleh digunakan untuk tujuan pembangunan, kesihatan, pendidikan dan bermacam-macam lagi.

      Daripada catatan Tan Sri Zainudin Maidin dalam bukunya, Cawangan Khas menganggarkan untuk menghapuskan seorang pengganas komunis memerlukan tidak kurang dari RM1 juta ringgit bagi tujuan risikan dan memburu mereka.Dengan jumlah keseluruhan anggota PKM dan PKKU, berapa jumlah yang diperlukan dan berapa ramai anggota pasukan keselamatan serta rakyat yang akan menjadi korban samada nyawa atau tercedera. Kawasan seperti di sempadan Betong, Thailand dengan Keroh (kini Pengkalan Hulu), Sintok dan sekitar dipenuhi banyak jerangkap samar.

      Tun Mahathir telah mengambil risiko yang agak merbahaya walaupun ditaklimatkan oleh Tan Sri Rahim Noor tentang kemungkinan ianya akan dijadikan isu politik akibat masalah penentangan dari dalam UMNO yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah, kemarahan keluarga mangsa keganasan pengganas komunis, kekecewaan anggota tentera dan polis yang terbunuh dan tercedera ketika memerangi ancaman PKM jika projek khas untuk menamatkan gerakan bersenjata PKM ini diteruskan.

      Delete
    2. TAMBAHAN - keperwiraan Tun Mahathir:

      Negara memerlukan pemimpin yang tegas tidak tunduk kemahuan bini dan berani, seperti Tun Mahathir bukan yang 'flip-flop' dan menjadi pak turut kepada kuasa-kuasa besar serta menjadikan negara lubuk hutang yang begitu dalam. Negara juga tidak memerlukan pemimpin dan keluarganya berpesta wang ringgit dari kantung negara.

      Catitan sejarah.....
      Hanya 2 bulan selepas jadi PM 1981, Tun Mahathir telah arah PASKAL (Pasukan Khas Laut - TLDM) untuk duduki & bina pondok, di Terumbu Layang-Layang, 300km dari Labuan dan diluar EEZ Malaysia. Sebelum ini ketika jadi TPM, dia sudah syorkan kepada PM Hussein Onn untuk menduduki Pulau Amboyna Cay yang jauh lebih besar, tetapi dipandang dengan muka-marah oleh bossnya, mungkin kerana tidak mahu 'cari-pasal' dengan Vietnam atau Filipina yang turut menuntut beberapa Pulau lain disekitarnya. Malangnya Amboyna Cay sudah diduduki Vietnam, bila Tun Mahathir ambil alih pentadbiran negara dari Tun Hussein Onn.

      Jika tidak kerana 'keberanian' Tun Mahathir, sudah tentu hari ini Malaysia tidak mempunyai sekelumit pun hak keatas apa-apa hasil bumi di Kepulauan Spratly. Hari ini Pulau Layang-Layang sudah 'membesar' sehingga pesawat kecil boleh mendarat dan menjadi tarikan pelancong exclusive.

      Selain dari itu, untuk tidak memastikan Pulau Perak tidak 'terlepas' kepada Indonesia, Tun Mahathir mengarahkan dibina pusat struktur komunikasi pelayaran.

      Pak Lah & Najib, Pulau Batu Putih pun terlepas kpd Spura. Spura baru berdehem, Jambatan Bengkok pun dihentikan pembinaannya. Malah tanah KTM dari Tg Pagar sampai ke Woodland dilepaskan kpd Spura.

      Pak Lah & Najib memang pemimpin tak ada jati diri untuk digelar pemimpin berwibawa & pahlawan negara.

      Delete
    3. PM Lee Kuan Yew yg angkuh pun tunduk terpaksa datang sendiri menemui Tun Mahathir untuk perbincangan 2 hala antara Spura/Malaysia.

      Bila Tun Mahathir mengubah masa GMT negara lebih cepat 1/2 jam, Spura & dunia terpaksa akur.

      Pak Lah & Najib, apa ada....??

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. Saya pernah bertugas pd 93/95 sebagai expatriate di Saigon mendirikan kilang usaha sama Msia/Vietnam dan diakui oleh orang2 Vietnam bahwa mereka turut kagum dgn kehebatan & keberanian Tun Mahathir menentang penjajahan barat & USA. Mereka tidak lupa akan kecekalan Tun Mahathir pd tahun 1982 mengarahkan tentera udara kita mengebom pulau layang2 di persekitaran Spratly Islands, tanpa tindak balas negara Vietnam.

      Pak Lah, Najib & Kejora ada keberanian sedemikian ker....??

      Delete
    6. Sampai kini saya masih ternanti-nanti bila agaknya si Pahlawan Bugis ini nak pergi ke Myanmar menyelamatkan orang Muslim Rohingya sepertimana Tun Mahathir sendiri datang ke Bosnia menyelamat & membawa pulang ke tanah air ratusan kanak2 Islam Bosnia dari penyembelihan puak Serb ketika perang Balkan pd awal 90an.

      Mana jati diri & darah keperwiraan Najib itu...atau hanya Pink Lip Service saja without action kah........??

      Delete