Google+ Followers

Sunday, October 8, 2017

SIAPA YANG MENGHALALKAN KORUP DAN SALAHGUNA KUASA (?)



Siapa yang masih boleh berkompromi dengan budaya korup dan salahguna (?)

Berapa banyak kah sangat keutungan politik jika sanggup bersekongkol dengan puak korup dan salahguna kuasa (?)

Apa kedudukan pemimpin yang korup di sisi Islam..bukankah tidak lebih sama haram sama berat dosanya seperti makan babi (?)

Dan si pemakan babi ini pula membahagi bahagikan daging babi itu kepada yang lain, lalu di makan dengan sedar, halalkah (?)

Apabila si pemakan babi dan yang turut sama makan babi mahu jadi pemimpin di kalangan kita, bolehkah (?)

Apabila kamu melakukan dosa, siapa yang tahu (?)
Setelah berdosa layak kah kamu mendabik dada, tanya mana bukti (?)
Siapa yang kamu mahu tipu (?)

Kalau puak kapir pun tahu korup dan salahguna adalah salah di sisi ugama dan etika, tentulah lebih teruk mereka yang menjadikan korup dan salahguna mereka sebagai amalan hidup.

Mereka tidak kesal, tidak bertaubat sebaliknya  terus mengikut jalan yang tidak lurus.
Menzalimi diri sendiri, layak kah mereka berfikir mereka akan dibantu Allah.


19 comments:

  1. Korup dgn umno ni dah sinonim! Sebut umno maknanya korup, sebut koruo maknanya umno! Jika sudah menjadi amalan, lama lama bertukar menjadi adat resam. Mmg sukar untuk dipisahkan, kecuali keluar dari kumpulan tersebut. Keadaan menjadi lebih parah dewasa ini kerana mereka cuba pula utk menggunakan agama untuk menghalalkan perbuatan korup, dan dalam masa yg sama "mengkafirkan" sesiapa yg menentang perbuatan mereka atau tuan mereka. Kita berharap mereka mereka ini supaya mendapat hidayah utk kembali kejalan yg benar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lidah mereka menghukum "haram" tetapi siang malam bergomolan sebagai amalan.

      Lidah yang sama mereka menghukum orang lain.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Baca blog ni sama dosa dgn tgk porno..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sah sex luar tabii mat ni, boleh stim baca blog ni!

      Delete
  3. Mohon izin KD untuk memberi pendapat yang sedikit berlainan tapi tidak lari dari tajuk.

    Meliwat itu dosa besar, tapi ia kekal di bawah dosa fasiq dan bukan dosa munafiq.

    Minum arak dan makan babi itu juga dosa besar dan kedua-duanya juga adalah dosa fasiq dan bukan dosa munafiq. Tetapi disebabkan arak ialah minuman dan babi pula boleh menjadi makanan makan hukum haramnya ada pengecualian ketika darurat asalkan tidak melanggar had dharurat di dalam prisnip 'famanidthurro ghoiro baghin wala aa'dim fala sima a'laih' yang bermaksud 'barangsiapa yang di dalam keadaan dharurat sedangkan ia tidak durhaka (menganggapnya halal) dan tidak pula mengulanginya (melebihi keperluan) maka tiadalah ia berdosa'

    Ada pula korup itu ialah khianat, dan khianat adalah dosa munafiq. Khianat biasanya datang selepas berdusta dan mungkir janji, sesuai dengan pepatah Melayu 'bercakap bohong lama-lama mencuri'. 'Mencuri' yang dikaitkan dengan bohong bukanlah mencuri biasa, ia pasti mencuri yang dikaitkan dengan khianat kerana orang khianat adalah biasanya adalah juga seorang pendusta dan pemungkir.

    Dusta, mungkir dan khianat apabila digabungkan maka lengkaplah sikap korup, tapi masih belum melengkapkan sifat munafiq.

    Tetapi apabila korup itu disokong oleh kumpulan A9 yang kerjanya ialah berterus-terusan menipu untuk mempertahankan 3 sifat korup ini, maka jadilah keseluruhan kumpulan penipu ini memiliki ciri-ciri munafiq tulen yang lengkap.

    Saya telah pun bersumpah laknat mengatakan A9 adalah pelengkap kepada sifat keempat pada munafiq tulen seperti di dalam hadith Nabi saw.

    Seorang pun macai A9 tidak mampu menyangkal dengan sumpah laknat yang sama taraf dengan sumpah laknat saya.

    Hakikatnya mereka tahu mereka memang pelengkap sifat munafiq. Sebab itu sekalipun mendapat dedak termasuk A9 mereka tidak sanggup pun untuk bersumpah laknat.

    'Si bacul' yang hanya berani melaknat saya di sebalik anon pula hanya mampu lari mencicit seperti tikus. Bacul dengan sebenar-benar bacul.

    Nota : sudah 3 kali entry saya bangkitkan tentang melaknat dan sumpah laknat (itupun bukan saya yang mulakan melainkan si tikus bacul yang mula melaknat saya dulu) dan si tikus yang bacul lagi pengecut dan hanya berani melaknat sebelah pihak, dan itupun di sebalik anon, langsung tidak berani menjawab. 3 kali sudah memadai untuk membuktikan si bacul itu memang bacul, dan saya tidak akan menghambat sehingga kali ke-4 dalam isu laknat melaknat ini kecuali untuk tujuan 'menjawab balas' sekiranya perlu atau isu baru yang dibawa oleh 'geng A9 pelengkap sifat munafiq' ini.

    Siapa sebenarnya yang bacul sudah terang lagi bersuluh.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cadangkan Tun, Hadi, Wan Azizah dan Najib bersama dengan 500 penyokong masing² untuk mengadakan sumpah laknat masing² secara serentak di Masjid Negara.

      Sumpah laknat kepada perjuangan kumpulan sendiri, tanpa perlu sentuh perjuangan pihak lain..

      Jika perjuangan mereka atas dasar kepalsuan dan pembohongan, mereka bersedia menerima balasannya.

      Delete
    2. Cadangan yg baik KD, apa perlu takut atas kebenaran. Mohon jika ada mereka yg benar2 maksum di muka bumi ini mahu memimpin? Bersih seperti kain putih, hatinya sudah lebur hanyalah untuk berkhidmat, mungkin KD ada insan manusia seperti ini? Boleh KD namakan?

      Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    4. Anon 949, mencukupi beberapa mufti sebagai pengendali Dan fasilitator majlis tanpa berpihak Dan beberapa Sultan sebagai saksi

      Delete
    5. KD, pengendali dan fasilitator, sesiapa pun boleh, imam masjid pun boleh, persoalannya kita mencari pemimpin yg benar2 bersih, suci murni?

      Mungkin terlalu besar harapan rakyat nak dapatkan seperti Nabi SAW? tetapi sekurang kurangnya seperti sahabat2 nabi?

      Ada ke?

      Delete
    6. John doe, ada yang memberi komen tentang "sumpah laknat dan melaknat" tetapi tidak saya siarkan..

      Tidak layak sesiapapun menyumpahlaknat orang lain kecuali sendiri menyumpahlaknat diri sendiri, itupun bersyarat dan tidak digalakan.

      Taksub mesti juga atas hujah rasional.
      Tidak ada fakta khusus tetapi fakta secara am masih boleh diterima.

      Fakta yang salah samasekali tidak dapat disiarkan

      Delete
    7. Bros KD dan anon,

      Terima kasih di atas respon.

      Saya setuju dengan cadangan bro KD itu tapi janganlah diharapkan orang yang lari dari N2H akan hadir bersumpah laknat. Jangan juga diharapkan orang yang menyapu ke bawah karpet kisah ketaksuban pengikutnya di Memali juga akan berani bersumpah laknat.

      Lihat saja misalan si bacul A9 yg hanya berani melaknat tapi takut bersumpah laknat. Alangkah baculnya. Apa ia fikir lafaz laknatnya yang telah diqabulkan oleh saya hanya berjalan sehala?

      Apa pun ini bukan kali pertama ia melaknat saya. Kali pertama berlaku di dalam bulan Ogos dan saya telah jadikan lafaz laknatnya itu sebagai ijab melalui lafaz qabul saya. Sama seperti yg saya lakukan semalam. Tunggu saja berapa lama tempoh bersukaria akan diberikan sebelum laknat itu benar-benar diturunkan. Saya menjangkakan ia takkan begitu lama. Hanya beberapa bulan, selepas kepalsuan dan pendustaannya dibongkar sedikit demi sedikit.

      Pengajaran kecil perlu diberikan agar orang-orang yang tersalah jalan dapat mengambil iktibar dan berpatah balik sebelum pengajaran besar tiba. Calon 'pengajaran kecil' itu telah dikesan.

      Sama ada saya, atau VIRGO, kami berdua adalah calon itu, mewakili kelompok masing-masing. Kalau saya berani bersumpah laknat tanpa VIRGO melakukannya, apakah ia fikir saya takut berhadapan dengan lafaz laknatnya ke atas saya dan jadikannya lafaz aqad di antara kami? Sungguh ia benar-benar jahil lagi sombong.

      Apa pun bersaksilah bahawa saya tidak pernah melaknatnya seperti yang ia lakukan kepada saya. Kelak jangan pula saya yang disalahkan.

      Berkenaan isu DAP dan UmNo saya telah bersumpah laknat bahawa UmNo adalah pengkhianat yang sebenar-benarnya pengkhianat dan bukan DAP.

      Selepas 3 bulan sumpah laknat saya kalaulah Tun M berani bersumpah laknat perkara yang sama, saya percaya UmNo akan kehabisan modal sama sekali.

      Tapi sumpah laknat perlu datang dari kehendak pelakunya dan bukan didesak ke atasnya. Maka saya tidak akan mendesak.

      Para bacul dan pengecut yang ada di dalam UmNo sudah tentu tidak akan berani bersumpah laknat menyangkal sumpah laknat Tun itu.

      Kalau ada yang berani pun apabila ia ditimpa apa yang ia sumpahkan sudah tentu dari kalangan puaknya ramai yang akan lari selepas mengambil iktibar.

      Apa pun sekalipun mereka ini bacul dan pengecut untuk bersumpah laknat, tempoh mereka tetap akan tamat. Pada ketika tempohnya telah tamat sama ada bersumpah laknat ataupun tidak yang bathil itu pasti akan lenyap.

      Ia tetap akan berlaku. In shaa Allah.

      Delete
    8. Mohon menjawab soalan remeh anon tentang orang yang bersumpah laknat:-

      1. Tidak seperti sumpah penyaksian di dalam penghakiman hudud, seorang yang mahu bersumpah laknat tidak diwajibkan bersifat adil. Sumpah laknat adalah penyaksian ke atas diri sendiri dan bukan ke atas orang lain. Tidak ada penganiayaan akan berlaku kepada sesiapa.

      2. Tidak ada sebarang syarat bahawa orang yang bersumpah laknat mestilah thiqah dan adil. Ia adalah hak ke atas diri sendiri. Tidak ada nas yang mengkhususkan sifat orang yang mahu bersumpah laknat mestilah adil. Bahkan sekiranya dilihat pensyariatan sumpah laknat, sebab turun ayat adalah kerana desakan dari kaum Nasrani. Masakan penyaksian kaum Nasrani diterima sebagai adil lagi thiqah?

      3. Diqiaskan kepada wali di dalam akad nikah juga, adil dan thiqah bukanlah syaratnya. Sekiranya ia menjadi syarat maka berapa banyakkah akad nikah yang tidak sah apabila bapa, sdr kandung yang menikahkan itu adalah pelaku dosa fasiq. Malah qadi yang menikahkan itu juga sungguh tidak boleh disahkan oleh sesiapa pun termasuk dirinya sendiri bahawa ia tidak pernah melakukan sebarang dosa orang fasiq.

      4. Tak perlu pergi jauh. Lihat saja sumpah laknat si Saiful Bukhari. Sumpah laknatnya sendiri mengesahkan bahawa ia terlibat di dalam dosa besar liwat sebagai maf'ul (orang yang diliwat). Beliau mengakui sendiri beliau diliwat di dalam sumpah laknatnya.

      5. Saya telah menonton rakamannya juga, beliau langsung tidak melafazkan bahawa beliau 'diliwat tanpa rela'. Beliau hanya bersumpah laknat beliau diliwat.

      6. Ketiadaan lafaz 'tanpa rela' di pihaknya apatah lagi ia berlaku melebihi sekali hanya menghasilkan kesimpulan mantik (analogi) bahawa ia berlaku dengan kerelaan. Apabila inilah analoginya maka ia adalah pengakuan konstraktif bahawa dirinya adalah seorang fasiq akibat terlibat dengan liwat. Dan sekiranya seorang fasiq tidak dibenarkan bersumpah laknat dan sumpahnya adalah tidak sah, maka sumpah laknat Saiful itu juga akan tertolak, sedangkan ini bukan kesnya apatah lagi bagi macai A9 yang menjadikan kisah liwat yang telah tutup buku duniawi ini sebagai bahan mereka.

      Inilah yang berlaku kepada para pendusta. Mereka membuat pernyataan tanpa mengikut usul dan demikian pernyataan-pernyataan yang mereka keluarkan akan menjadi bertentangan sesama sendiri apabila dibuat perbandingan melalui disiplin ilmu.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    9. Si boDOE ni bersumpah dgn nama john doe? Sumpah pulak merata rata dlm blog mcm ni? Sesat tak? Pastu ajak org lain pun bersumpah sesat mcm dia. Ni pejuang DAPigs, bkn pejuang kebenaran.

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Sistem kuota dan undi bonus diperkenalkan selepas tragedi 1988.

    Seorang calon untuk jawatan presiden memerlukan pencalonan 50 bahagian untuk layak bertanding.

    Hanya 2,500 ahli saja dibenarkan mengundi berbanding kini 146,500.

    Kontraktor-kontraktor terpilih mewakili bahagian-bahagian.

    Politik wang berleluasa.



    ReplyDelete
  6. Kontraktor-kontraktor terpilih dikenali sebagai kontraktor berwibawa. Siapa yang mempeloporinya?

    ReplyDelete