Thursday, June 9, 2011

Mat Sabu bercakap tentang bisnes dan ekonomi...


SHAH ALAM 9 JUN : Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyifatkan sebagai “karut dan khurafat” laporan polis oleh Pemuda Umno yang mahukan perhimpunan Bersih pada bulan depan dibatalkan.

Dalam laporan polis yang dibuat petang tadi, Pemuda Umno dan tujuh pertubuhan bukan kerajaan yang menyokong Umno mendakwa Himpunan Bersih di Kuala Lumour pada 9 Julai akan menjejaskan keamanan dan mata pencarian peniaga.

Mohamad atau Mat Sabu berkata hujah yang diberikan oleh Pemuda Umno dan NGO berkenaan tidak masuk akal kerana hakikat adalah sebaliknya. Penyertaan orang ramai pada perhimpunan aman itu, akan merancakkan perniagaan penjaja dan peniaga, kata beliau kepada TvSelangor.

“Laporan polis ini satu perkara yang paling pelik, saya rasa ini cubaan UMNO menghasut,” kata beliau.

“Secara rasionalnya, apabila ramai yang hadir menyertai perhimpunan aman BERSIh sudah tentu mereka akan menggunakan perkhidmatan awam, makan, minum, jadi apa isu menjejaskan pendapatan, bukankah ia akan menambah pendapatan peniaga." kata beliau.

Penulis: Kalau begitu, elok hari hari dibuat demonstrasi untuk meningkatkan pendapatan rakyat.

3 comments:

  1. Ini lah satu idea Mat Sabun yg paling 'Brilliant' yg org lain semua tak boleh fikirkan selama ini.Tak sesia lah Mat Sabun ni di lantik sbg org No.2 dlm PAS yg kini memperjuangkan 'Negara Berkebajkan' Kini jelaslah idea ini merupakan satu jalan keluar yg paling bijak utk merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.Syabas Mat Sabun! Anda memang hebat! Maka marilah kita ramai2 buat demonstrasi setiap hari diserata pelusuk negeri kerana Mat Sabun telah berfatwa bahawa berdemonstrasi boleh merancakkan ekonomi negara!

    ReplyDelete
  2. yang dimaksudkan ialah bila berdemonstrasi, org awam2 akan jadi tidak terkawal, bile dah tak terkawal habis sume jahanam harta awam... peniaga2 pulak takut terpaksa tutup kedai takut barang rosak..itu yg dikatakan menggangu peniaga.. ape la YB Mat Sabu... pikir la pakai otakm bukan pakai lutut...

    ReplyDelete
  3. itu lontaran idea yg fresh dari org yg baru dpt jawatan tertinggi dalam hidupnya. impak dari ideanya lupakan dulu. nak tengok idea baru ni boleh berjalan atau tidak, test market kata org. kalau polis x kuar permit, senangla nk salahkan kerajaan, kata kerajaan x demokratik, zalim. aku cadang polis bagi je permit untuk demo bersih tu. minta kerjasama dbkl dengan bekalan penyapu sebatang sorang. bersihkan seluruh bandaraya kl dari sampah sarap. oleh kerana kerja mencuci jalan dh pas laksanakan, dbkl bayarla sikit elaun supaya pas akan selalu buat demo bersih ni. idea yg bagus dari org no 2 pas.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...