Kaya Kesihatan Kaya Kewangan - Kaya Dunia Kaya Akhirat - Alhamdulillah +60198242500
Sunday, June 5, 2011
Rebranding: Parti Kebajikan Semalaysia (PKS)
Parti Islam Semalaysia sudah wajar bertukar kepada Parti Kebajikan Semalaysia (PKS) untuk mudah menghalalkan cara perjuangan ke Putrajaya sekaligus Kelantan ditukarkan dari jolokan Serambi Mekah kepada Kakilima Putrajaya.
Masa untuk PAS bertopengkan Islam dan Negara Islam, Membangun Bersama Islam, Hukum Hudud sudah berlalu, Wajah sebenar sekarang lebih mudah untuk menjurus kepada hal-hal berkaitan duniawi terutama perjuangan untuk menduduki Putrajaya di samping mendukung sekularisme yang dibawa oleh rakan kongsinya. Malah Pas juga selepas ini akan mendukung gagasan DAP termasuk mewujudkan "Malaysian Malaysia" atau hak sama rata di antara semua kaum.
Perjuangan untuk membela Anwar nampak lebih sesuai dengan wajah barunya. Ahmad Sabu yang pernah terpalit dalam isu yang hampir sama sudah tentu berpengalaman untuk membantu Anwar dari terperosok ke Sungai Buluh dan sebagai ganjarannya jika Pembangkang berjaya ke Putrajaya, Ahmad Sabu satu2nya pemimpin yang dilihat boleh diterima oleh semua pihak sebagai Perdana Menteri. Boneka yang paling sempurna bagi DAP.
Mungkinkah secara diam, PAS akan berpecah dua selepas ini.... kerja UMNO lagi ke?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3/5/2024 Hq Meeting Updates
3/5/2024 Hq Meeting Updates Payment Update - QM will begin to make payment from 10th May onwards up to July. ✅ - QM is committed to settle...
-
Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...
-
1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...
-
Lokasi: Hospital Kajang. “Boleh panggil doktor sekarang, tak? Bodoh ke buat mesyuarat sekarang. Janji nak beri balik pagi ni. Nanti tak...
No comments:
Post a Comment