Saturday, June 25, 2011

Orang Pandai yang Paling Bodoh di Malaysia..

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis malarang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan bukan sahaya tidak sah, malah melanggar perlembagaan.

“Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit.

“Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz (kanan) menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar.

Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang.

Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan.

Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Perskutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.

“Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya,” kata pensyarah undang-undang itu.

........................................................

Elok juga berdemo di pintu masuk rumah si bahalol ni atau rumah ambiga - tengok terganggu ke tidak kehidupan harian keluarga dan jirannya.

Keputusan dan tindakan pencegahan polis adalah untuk kepentingan dan keselamatan orang awam - perhimpunan haram tanpa permit samalah macam merompak atau lain lain jenayah, tak perlulah tunggu perompak membuat permohonan untuk merompak baru polis nak bagi tahu, permohonan rompak itu ditolak dan tidak diberi permit merompak - bahalol punya mangkuk.

4 comments:

  1. Memang mengikut undang2 tak salah bagi pendemo2 berhimpun di Masjid Negara atau Masjid Kg Baru.
    Oleh itu adalah wajar Masjid Negara dan Masjid Kg Baru ditutup buat sementara. Kalau tidak pendemo2 ini akan berkampong dan tidur baring di masjid dan mengotorkannya. Tutup aje pintu pagar dan pintu2 masjid rapat2. Adakan polis berjaga di situ dan tangkap aje orang2 yg cuba buat kacau!

    ReplyDelete
  2. Betul jugak tetapi knp lak bila ibrahim ali buat demo / tunjuk perasaan polis kasi permit...???

    Oh maaf ya kerana dia ngo KERAjaan ker...?

    ReplyDelete
  3. Tak peduli lah siapa pun yang buat demo, track rekod tengok jadi 'aman' atau 'kacau bilau'. Sebelum ibrahim ali buat demo, ada tak yang buat bantahan, berpuluh laporan polis ada buat ke tidak?

    polis wajar selepas ini tidak lagi mengeluarkan permit untuk mana2 pihak, jangan jadikan budaya rakyat malaysia berdemo, buruk lebih banyak dari baik. Kita sudah banyak sangat berpolitik setiap minit dan jam. Tak ada benda lain nak fokus ke? Pelbagai saluran intelek dan rasional masih ada, kenapa emosi mahu dimainkan?

    ReplyDelete
  4. DiMalaysia, sejarah Demonstrasi ni dimulakan oleh Parti Buruh yang diresapi fahaman komunis untuk meracuni fikiran rakyat.

    Tahun 60an demonstrasi didalangi anasir anasir komunis dan DAP hingga membawa tercetusnya peristiwa 13 may .

    Awal 70an pula adalah era Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, Hishamudin Rais, Idris Jausi dll.

    Jadi aku tidak heran kalau Budaya demonnstrasi ni muncul kembali di era Anwar menghadapi pelbagai kemelut. Apa rasionalnya anda sendiri yang fikirkan.

    AKU INGINKAN DEMONSTRASI alias PERARAKAN AMAN MAULUD NABI ZAMAN AKU KANAK KANAK DULU DIHIDUPKAN KEMBALI

    ReplyDelete