Monday, January 18, 2010

Nazri Mendahului Sultan dan Majlis Raja2 Melayu, Mahkamah, Majlis Fatwa...




Kata Nazri Aziz: Bukan Islam di Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak boleh menggunakan kalimah Allah.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/19/nation/5497328&sec=nation




Bukankah itu juga menganggu proses mahkamah ?


Bukankah itu juga menghina mahkamah ?


Bukankah itu juga mendatangkan rusuhan dan ketegangan kaum seterusnya mengancam keselamatan negara ?


Bukankah itu melanggar fatwa dan titah Sultan ?


Bukankah itu sembah derhaka namanya ?




Kesian pada Najib yang ada pecacai sebegitu rupa..


SEPINTAS LALU MENGENAI MIDDLE MALAYSIA DAP:
Apa sahaja yang dinamakan oleh DAP seperti Middle Malaysia atau 1Malaysia oleh Najib, ia sebenarnya seperti gula gula getah, enak dikunyah tetapi tidak mampu ditelan.

Lebih lebih lagi dalam keadaan negara di ambang kecah dan kecoh, adalah sukar menghasilkan sesuatu yang ideal dengan aman kerana prasangka kuat yang ada di semua pihak.

Ketika Mahathir meninggalkan legasi terbaik untuk Paklah, ia seharusnya diteruskan dengan sesuatu yang mengukuhkan dan bukannya cuba menunjuk pandai dengan merungkai untuk membina semula, akhirnya seperti tikus membaiki labu hinggalah ke hari ini.

Rakyat ingin menasihati parti parti tersebut bahawa slogan slogan mereka bukanlah tangkal azimat yang boleh menyelamatkan Malaysia jika 'cakap tak serupa bikin'. Rakyat ingin melihat 'tindakan' dan bukannya laungan slogan dan drama slogan yang dipamerkan media sekadar untuk terus 'memuji diri sendiri'.

Apa juga slogan, akhirnya setiap parti akan kembali kepada 'perkauman' untuk survival mereka. Tidak salah untuk kembali kepada kaum masing2 kerana itu yang kita mula dan asaskan sejak dulu. Tetapi dalam masa yang sama kembalilah kepada roh Perlembagaan dengan menghayati dan menghormatinya.

4 comments:

  1. DS Najib patut singkirkan Nazri ni. Dia dah jadi liabiliti pd BN!

    ReplyDelete
  2. Mengapa Nazri bagitu jelas tidak menunjukan sifat hormatnya kpd Najib?
    Kemungkinan Nazri banyak tahu rahsia Najib!
    Memang sukar jadi ketua jika diri sendiri tidak bersih.
    Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. Dah jelas lagi tersuluh, disuluh ngan matahari plak tu yang Islam ni memang ada had ada hari. Satu hukum tapi sana buleh buat, sini tak leh buat. Tak ker caca merba namanya...

    Kah kah kah!!!...

    ReplyDelete
  4. Kekadang, lebih baik jadi bodoh dan dungu daripada jadi 'pandai' macam Nazri tetapi 'menyusahkan' banyak pihak.

    Nazri patut 'diam' walaupun tahu, biarlah Menteri yang lebih kanan atau PM sendiri 'menjelaskan' sesuatu isu.

    Ketika DAP sedang mengemudi Middle Malaysia sebagai slogan sogokan bagi melembut dan menawan hati pegnundi Melayu, UMNO pula terus bodoh sombong.

    ReplyDelete

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...