Saturday, January 30, 2016

ADA SESIAPA YANG TAHU DENGAN PASTI HALATUJU NEGARA..

Nazir Razak adalah seorang korporat dalam dunia banking kebetulan juga berbinkan yang sama dengan Najib Tun Razak, PM Malaysia telah melontarkan kebimbangannya tentang masa depan negara...

Sudah tentu ia menuntut satu penjelasan dan satu tindakan dari kepimpinan sekarang dan sekaligus kepimpinan bayangan akan datang.

Jika Najib berundur, apakah Zahid dan Hishamuddin mempunyai daya kepimpinan dan selera baru yang lebih meyakinkan untuk kesejahteraan Malaysia dari segi politik, ekonomi dan sosio budaya. atau sekadar mewarisi sesuatu yang bobrok.

Apakah rasuah, kaberap, salahgunakuasa, pilih bulu akan terhenti sertamerta atau masih diteruskan tanpa rasa bersalah atau tanpa ingin membetulkan.

Negara bukan sahaja berhadapan dengan situasi yang serba tak kena dari semua sudut malah untuk menamakan seseorang untuk di letakan harapan pun kita tak ada calonnya !!!!

Paling selamat, walaupun seseorang pemimpin itu belum menunjukkan kepimpinannya tetapi memadailah jika dia mempunyai sikap bersederhana, amanah, fathonah dan tabliq.

Pemimpin macam tu kita ada...




15 comments:

  1. Sudah le orang kluang.... Hala tuju negara.... hala tuju sendiri pun X tau....apa ra

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepandai pandai tupai melompat, percayalah akhirnya tewas ke tanah. Hanya waktu akan menentukan dan bakal direkodkan di dalam sejarah untok pedoman generasi akan datang.

      Sudah lah.......sekarang biarkanlah tupai tu melompat2 dan berkinja2........biarkan

      Delete
  2. KD, menilai maksud kenyataan nazir razak bukan dengan emosi dan amarah kamu. Jika itu, maka fokus kamu terarah kepada najib razak semata2. Apa ke bodohnya nazir jika bidasan kepada abangnya dilepaskan secara umum sedangkan boleh disampaikan secara personal dan persaudaraan. Adakah nazir sudah lupakan razak, adik beradik yang lain, ibunda dan seluruh kaum keluarga sehinggakan bercakap mengaibkan keluarga di depan umum? Berlapang dada KD. Dalam maksudnya kata2 nazir tu. Bukankah ianya juga boleh dimaksudkan kepada tindakan segelintir manusia seperti kamu yang tak pernah serik menggodam, mencalar, merendah2kan nilai moral seseorang agar lebih dibenci dan dihina? Ia juga boleh difokuskan kepada tindakan bekas pm yang lupa usianya terlalu tua untuk meneruskan agenda menggantikan setiap pm selepasnya yang tidak akur dengan arahan dan kehendaknya. Bukankah kerosakan dan persepsi buruk terhadap kepimpinan kerajaan sekarang adalah sumbangan wira2 papan kunci hebat seperti kamu KD? Hati yang marah dan berapi adalah kunci kepada kerosakan fikiran. Fokusnya adalah agenda kemusnahan seseorang, bukan doa agar kelemahan dibetulkan dan HALA TUJU diluruskan. Fikiran manusia terhad waima siapa dia, oleh itu adalah lebih baik jika sayangkan agama, bangsa dan tanah air, betulkan HALA TUJU diri agar kemarahan kita tidak merosakkan masa depan anak cucu dan cicit kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau difikirkan secara Rasional... pemimpim yang menjadi nakhoda Negara tu sape ????... terang lagi bersuluh

      Delete
    2. HALATUJU SAYA dah jelas.
      Akan diteerjemahkan dalam PRU14.
      Cukup-cukuplah kita memainkan sentiman bangsa dan agama.
      Mula ubah mindset kita.
      Kak Fidah cakap, JANGAN TERLALU BERGANTUNG KEPADA KERAJAAN.
      Kena bergantung pada diri sendir, oleh itu tak kisah parti
      apa pun jadi kerajaan, kita yang tentukan HALA TUJU SENDIRI

      Delete
    3. Anon 3.29.
      Lain kali faham betul2. Jangan tunjuk diri tu pemakan dedek yang teramat bodoh. Apa kena mengena orang yang tak berjawatan dengan halatuju dan ekonomi negara. Keja kau orang memang nak spin jer..

      Delete
    4. cik minah jawapan terbaik..

      Negara sedang dicorakan oleh siapa? Mahathir? Kenapa tak uruskan beliau dengan berhemah !!
      Takkanlah kerajaan sekarang begitu lemah diperkotak katik oleh pihak lain?
      Jika lemah, siapa yang lemah?
      Kenapa tak ganti?
      Jangan asyik menuding jari pada orang lain !!!!

      Nazir spt Mahathir, dah bisik bisik tapi tak juga berubah..

      Sejarang nazir bercakap atas dasar netizen dan korporat..tahap dia sendiri pun dah tak boleh bertahan dan sabar...

      Pemajan dedak tolong jangan fokus pada mukhriz atau mahathir..they cant do anything kalau "hang" bagueh dan betul...

      Delete
    5. cik minah jawapan terbaik..

      Negara sedang dicorakan oleh siapa? Mahathir? Kenapa tak uruskan beliau dengan berhemah !!
      Takkanlah kerajaan sekarang begitu lemah diperkotak katik oleh pihak lain?
      Jika lemah, siapa yang lemah?
      Kenapa tak ganti?
      Jangan asyik menuding jari pada orang lain !!!!

      Nazir spt Mahathir, dah bisik bisik tapi tak juga berubah..

      Sejarang nazir bercakap atas dasar netizen dan korporat..tahap dia sendiri pun dah tak boleh bertahan dan sabar...

      Pemajan dedak tolong jangan fokus pada mukhriz atau mahathir..they cant do anything kalau "hang" bagueh dan betul...

      Delete
    6. Kau orang kat atas napa nak marah2. Tak dapat dedak yee. Aku dah kenyang...

      Delete
    7. Encik Kluang, sebenarnya saya sudah bosan dengan politik Malaysia sekarang ni. Hidup sudah cukup tertekan dengan kenaikan harga barang, cukai, GST, penghapusan subsidi dan sekarang biasiswa dan PTPTN. Jadi, apa guna kita pangkah UMNO/BN lagi, takda bezanya dengan memangkah DAP, PKR atau PASkan.......?????
      Kita perlu betulkan mindset kita - kena pikir, apa yang lebih utama....????
      Pada saya, keutamaan sekarang, ekonomi. mMtawang dan BSKL perlu dipulihkan.Najib tak mampu untuk melakukannya, jadi kita serah kepada orang lain pulak. Saya bosan hidup dalam kabus - terumbang ambing, tertanya-tanya, selamatkah duit saya di Tabung Haji, EPF dan PNB........??????
      Bagaimana kalau simpanban saya tetiba jadi derma Raja saudi Arab, sedangkan itu simpanan hari tua saya. Nak dipindahkan, sudah tidak berbaloi sebab matawang kita sekarang sudah jatuh Rm4.36. Dan nak pindah ke mana....??????
      Paling teruk BSKL langsung tak bergerak. Yang bergerak tu saham-saham berkaitan index, digerakkan oleh sesuatu kuasa - berlegar dari 1600-1630 untuk buktikan ekonomi Malaysia 0K selagi index di atas 1600. Duit kami terperangkap sebab volumenya sangat rendah. Bahkan ada kaunter-kaunter lengang. Kesian kat mereka yang terperangkap dalam Unit trust sebab unit trust juga bergantung pada BSKL.
      Macam Nazri, saya bosan. Tak tahu ke mana halatuju hidup kecuali PRU14 datanglah cepat supaya selesai segala-galanya.

      Delete
  3. bila kepentinggan tiada tujuan.....
    kau tunggulah tuju2 yang akan dating muuaaaaah!

    ReplyDelete
  4. Bukanke dia tu salah seorang dari ahli geng G25?

    ReplyDelete
  5. cik minah...gerakan halatuju sendiri, keluarga...

    kalau mampu gerakan halatuju masyarakat...

    kongsi mindset dengan kawan, sahabat dan suarakan pandangan melalui maya..

    sebagai individu awam, kita dah buat yang terbaekkk dah..

    cuma malang, ada pemimpin bebal.

    ReplyDelete
  6. Ini salah satu tektik KD yang mencipta pengkomen2 macam cik minah.Tidak ada bezanya pangkah Umno,pangkah DAP atau pangkah PKR.Tekti Red bean Army yang menyelinap masuk dalam kampung melayu.Apakah gila duit simpanan dalam bank tetiba jadi derma Raja Arab Saudi.Nak buat kiasan pun jangan tolol sangat.Duit terperangkap dipasaran saham bukan cerita hari ini saja.Tahun 1999 indek komposit pernah berada dibawah 400 mata.Kalau tak faham tentang saham jangan cuba2 terlibat dalam permainan ini.Nak pusing cerita pun berpada-pada la KD

    ReplyDelete
  7. Anon 9.49....tahun 1999 memang index BSKL 400 tapi index Jakrta dan Thailand pun di bawah 200 mata!!!! Masa itu memang gawat satu dunia tetapi kegawatan berkaitan serangan matawang sahaja, tidak melibatkan wang rakyat macam EPF, Tabung Haji dan PNB.
    Rakyat marhaen tidak merasa keperitan kerana masih ada subsidi dan bisiswa dan tidak tertekan dengan GST dan kenaikan hargha barang.
    Yang merana masa tu cuma golongan korporat yang terperangkap dengan pinjaman bank dalam perniagaan mereka. Menteri kewangan masa tu (Anwar Al jub) mengarahkan mereka bayar balik hutang mereka dalam tempoh TIGA BULAN,maka banyaklah syarikat lingkup dan kena istihar muflis. Antaranya, my own brother yang membuka perniagaan kereta Produa - berhutang bank sebanyak TIGA JUTA!!! Kalau tidak dipakasa bayar hutang ni dalam tempoh 3 bulan, tentu dia dapat jual kereta-keretanya, malangnya bank foreclose. Kereta-kereta bernilai 3 juta dilelong. Dia pun diistihar bankrap.
    Tetapi masa tu masih belum ada UNIT TRUST. Mereka yang terperangkap di bursa saham tu, adalah yang mengguna margin. Tapi sekarang, orang keluarkan duit dari EPF beli unit trust, tapi hanya dapat unit berpuluh ribu, harganya bila dijual masih juga rugi! Kalau BSKL bergerak, barulah mereka boleh jual. Cuba awak tanya rakayat marhaen yang dirayu menggunakan wang EPF mereka membeli Unit Trust. Boleh dikatakan 65% pekerja terperangkap dengan Unit Trust.
    Penyimpan-penyimpan dalam TH dan ASB berasa was-was sebab wang mereka terdedah untuk disalahgunakan. Yang ditakuti ialah, institusi kewangan itu kering kontang macam bank-bank di USA semasa gawat ekonomi US tahun 2008 kerana masalah excess credit - wang dikeluarkan dengan banyak sampai bank kering kontang. Sekarang wang dikeluarkan dengan banyak to bail out saham di BSKL setiap kali index menjunam di bawah paras 1600. Bukan sikit wang yang hangus. Dulu Tun M selesaikan masalah dengan Capital Control, sekarang seghala-galanya terdedah untuk disalah guna. Nazri, adik Najib pun gerun apatah lagi rakyat marhaen macam kami. Tak perlu jadi macai DAP untuk berasa gerun. Semua orang gerun kecuali kamu.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...