Saturday, November 4, 2017

TEMBAK TUPAI DAPAT MONYET






Belalang oh belalang..
Kan aku dah bilang. Jangan saman, buat apa kau saman...





http://kadirjasin.blogspot.my/2017/11/dakwaan-hidup-mewah-pemimpin-pas-di.html?m=1

http://shahbudindotcom.blogspot.my/2017/11/akhirnya-hadi-awang-yang-berjaya-heret.html?m=1






45 comments:

  1. Badut2 politician melayu UMNO/PAS yg memperalatkan agenda melayu dan agama sekarang ibarat bersilat di pentas opera Cina tapi lagu background pakai lagu Tamil dgn penonton2 yg semakin kurang. Semua dh tau ini semua wayang mau tipu saja...cerita sama tapi kasi belit2 sebab mau nampak lain. Apa2 hal harga tiket tetap naik setiap show. Jgn terkejut la lepas nie terpaksa buat tiger show sebab dah takde modal lagi mau bikin cerita. Cucu cicit pon mau kaya jugak alang2 masih ada melayu2 yg buta nie menonton.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat cytro A9...anda ada 4 jam je utk tangkis fake newsss..cepatt..cepatttt

      Delete
    2. Boss 9:17, banyak sangat le fake news berfakta, tak sempat nak serang balas..roger

      Tambah dedak..tambah dedak..roger

      Kikikikiki..roger and out.

      Delete
    3. Wow! Macai-macai dan tuannya dah panik dengan bajet 2018 Najib yang menyeluruh yang disediakan secara terperinci, teliti dan mengambil kira pandangan rakyat serta bermanafaat kepada semua lapisan rakyat berbanding bajet pakatan pembangkang yang berseloroh yang dibuat secara panik di bawah pohon Berangan.

      Delete
    4. "Kepala bapak kau"
      Ujar pendekar bugis merangkap pahlawan islam merangkap bapa pembangunan kaum india merangkap bapa pembangunan pengangkutan awam merangkap bapa berjiwa besar merangkap bapa saya tak gelabah merangkap bapa tiri anak rosmah merangkap bapa kleptokrat negara.

      Delete
    5. Wuuu! Siapa makan cili, dia terasa pedasnya. Baru Najib cuit sikit, sudah menjadi seperti kera terkena belacan. Itu belum lagi terkena penumbuk atau penerajang Najib. Kalau kena, boleh koma tak bangun-bangun.

      Hebat sungguh Najib aka si Pahlawan Bugis ini.

      Delete
    6. bukan pahlawan la cai.penyamun.perompak.penyamun plus lanun bugis la cai..klau vkap jer menipu ckap menipu..dulu janj8 mcammcam gak last skali habis dia jual. duit negara dia buat mcam makbapak dia punya..pm umno ni kaki temberang..macam dulula slogan rakyat didahulukan ..gi mabukla..jual ruma flat ratus ribu lepas tu cakap mcam bagus jer..camnila org umno bole la dia putar diaorang memang bole kena beli jama pun pencacai tapi yg lain pada umno .Melayu gak tapi dh malas asyik kena kencing jer...yg repotlamaantikusangbusuktugu slogan utk umno

      Delete
    7. Setakat menuduh Najib penyamun, perompak dan lanun tanpa bukti-bukti berfakta; memang macai-macai tanpa ragu-ragu lagi berupaya melakukannya. Sama seperti aduan-aduan untuk saman sivil DoJ yang pertama dan kedua yang akhirnya menemui titik-titik noktah kerana bukti-bukti rekaan, palsu dan auta yang tidak ada nilai di sisi undang-undang.

      Kalau Najib bersalah menyeleweng dana awam dan melakukan jenayah pengubahan wang haram di luarnegara, mengapa Najib tidak ditangkap seperti dakwaan macai-macai dan tuannya ketika beliau membuat lawatan ke luarnegara termasuk ke Amerika, United Kingdom dan Singapura? Malahan beliau dijemput dan bebas keluar dan masuk dari negara-negara tersebut.

      Itu sudah membuktikan macai-macai dan tuannya adalah para pendusta.


      Delete
    8. Mengapa najib tidak ditangkap?
      Dia dibelakang tabir.
      Jikalau benar pahlawan kenapa lari nothing2hide?
      Jikalau benar pendekar kenapa OSA kan laporan audit?

      Masakan jho low masih bebas.
      Pemimpin umno dan cytrop bersusah payah nk meyakinkan pengundi, jho low dgn begitu mudah hidup bermewah.

      Berapa elaun jdk cytrop umno?

      Delete
    9. Bukan saja Najib tidak lari bersembunyi malah beliau pergi ke negara-negara di mana aduan-aduan jenayah dibuat oleh macai-macai. Beliau menerima cabaran tuan macai, jika ke luarnegara beliau akan ditangkap dan didakwa kerana kononnya melakukan pengubahan wang haram. Sudah terbukti beliau berani kerana benar, tiada satu negara pun yang mengambil tindakan ke atas beliau.

      Oleh kerana kemaluan kerana berdusta, terpaksalah macai-macai dan tuannya berselindung di sebalik laporan audit yang diOSAkan pada hal PAC dianggotai juga oleh 5 ahli Parlimen pembangkang yang diberikan masa dari 19 Mei 2015 hingga 11 Februari 2016 untuk meneliti laporan audit tersebut, memanggil setiap pihak yang berkaitan dalam prosiding dan bertanya soalan yang berkaitan dengan hasil laporan JAN. Kesemua hasil laporan JAN dan PAC ini juga sudah dimasukkan ke dalam Laporan PAC setebal 106 mukasurat.

      laporan PAC ini telah dibentangkan di Parlimen pada 7 April 2016 dan membuktikan tiada unsur jenayah dalam pengurusan 1MDB.


      Delete
    10. Maksudnya laporan PAC yg di edit oleh hasan cari makan?
      Manadia laporan audit?

      Pac dianggotai ahli parlimen.
      Audit negara dianggotai berkelayakan.
      Kenapa perlu OSA kan?
      Jawablah cacai kleptokrat penjual maruah

      Delete
    11. Kalau ada laporan PAC yang diedit yang boleh mengubah keseluruhan kandungannya, mengapa kesemua 5 ahli Parlimen pembangkang yang menganggotai PAC tidak membangkitkan perkara tersebut di Parlimen semasa pembentangan laporan PAC itu.

      Atau mengapa tiada laporan polis yang dibuat.

      Atau mengapa tidak membuat komen di halaman mana yang diedit dan ditunjukkan kepada umum?

      Delete
    12. Kenapa perlu OSA?
      kenapa perlu lari nothing2hide?

      Delete
    13. Kenapa tak berani bangkitkan isu laporan PAC diedit di Parlimen semasa pembentangannya?

      Kenapa tak berani tunjukkan mana satu laporan yang diedit?

      Kenapa tak berani buat laporan polis atau saman Hasan sebab mengedit laporan PAC?

      Delete
  2. Pak selekeh mcm ni nk tadbir Melayu? Perut boroi x jaga badan mcm ni jadi contoh pada rakyat? Sorry lah, zaman dh makin canggih orang x percaya dh dgn manipulasi agama dlm politik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah satu satunya senjata yg masih ada dlm simpanan mereka tetapi itu pun dah makin berkarat. Rakyat sudah tahu mereka hanya menggunakan isu kaum dan agama hanya utk terus kekal berkuasa. Hari pembalasan hampir tiba! Tak lama lgi dah!

      Delete
  3. Presiden PAS seorang yang cerdik. Bila beliau tembak Clareb, peluru beliau juga mengenai tepat kepada tuan Clareb dan tuan kepada tuan Clareb.

    Yang menariknya kes saman ini dibicarakan di Mahkamah London yang tidak boleh ditangguh-tangguh, telus dan adil mengikut piawaian macai-macai dan tuannya.

    Maka macai-macai dan tuannya hendaklah bersedia dengan bukti-bukti yang dikatakan ada dan kukuh yang mengatakan kononnya Najib terlibat dengan rasuah dan penyelewangan dana awam. Jangan nanti kata ‘tak tahu’ atau ‘lupa ingatan’ pula bila diminta memberi keterangan di Mahkamah London.

    Wau! Satu peluru, tiga mangsa buruan yang kena. Hebat sungguh Presiden PAS ini. Najib lagi hebat sebab duduk diam dan tengok saja, tiga mangsa buruan dah jatuh ke tanah mengelapar kena tembakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 1:35 "kepala bapak kau"
      Sorry saya tak boleh contol, tak ada fakta, tupasal saya pun mencarut...saya dah gelabah ni, umno dah nak mampus.

      Delete
    2. Cepat cepat ajarkan najib dan umno mengucap!

      Delete
    3. Siapa yang mengelabah dan siapa yang nazak pastinya akan diketahui selepas kes saman yang melibatkan Presiden PAS dan Editor Sarawak Report itu berjalan dan kemudiannya dirumuskan. Kes saman ini menarik kerana ia dibicarakan di Mahkamah London dan semakin menarik kerana ia melibatkan pula orang ketiga iaitu pemberi maklumat.

      Inilah peluang kepada macai-macai yang ditunggu selama ini. Maka gunakanlah peluang ini untuk mengfaktakan bukti-bukti rekaan, palsu dan auta itu. Selamat mencuba!

      Adakah WSJ dan Newsweek juga bersumberkan maklumat yang sama? Sama-sama kita tunggu.

      Delete
    4. Bro Macy,

      Ajar mengucap pun tak leh nak wat apa lagi pun kalau mata hati dah buta.

      Kesombongan deme membuatkan deme menafikan bahawa deme sedang berada di hujung nafas.

      Pada masa deme sedar deme benar-benar berada di hujubg nafas dah amat terlewat untuk mengucap.

      Baca talkin je lah selepas tu walaupun talkin hakikatnya itu tidak memberi apa-apa faedah kepada yang telah mati.

      Wal'ayazubillah..

      Delete
    5. Bila seekor anjing sudah dikepung dan diasak ke penjuru, dia akan menyerang dan menggigit sesiapa saja termasuk tuannya sendiri. Itulah yang terjadi.

      Bila sudah terdesak, ia terpaksa menamakan tuannya dan tuannya sudah tentu akan menamakan tuannya pula bagai teori domino. Tunggu dan lihat saja perkembangan yang menarik ini.

      Macai-macai pula ditugaskan mengalihkan isu ini daripada perhatian ramai dengan menyerang keutuhan UMNO dan BN sebagai tindakan terdesak.

      Cubalah lagi!

      Delete
    6. yang berani tapi penakut..mula2 tak ngaku lepas tu ngaku. yg kena sita harta kt u.s anak tiri dia lepad buat filem tak senonoh..ingat duit src 42 juta..sian org umno asyik kena kencing jer.asyik makan nanah jer..

      Delete
    7. Kalau macai ada bukti-bukti RM42 juta itu kononnya masuk ke akaun Najib, failkan saman ke atas beliau. Kalau AG tak mahu, saman Najib dengan menggunakan khidmat peguam-peguam pro-pembangkang.

      Saman juga Najib di negara penghantar.

      Saman juga BNM kerana membenarkan penerimaan wang tersebut.

      Apalagi mulakanlah langkah?

      Delete
  4. Not for a very long time some Warrior aka Pirate of The Bugis Trait hail spraying with all spits that came out from that stinky mouth that he could not stoop so low as did a 'previous leader'....

    Allah yang maha besar without any heckling nor pressure but from within his own embroiling self Najib spewed "...KEPALA BAPAK KAU..." a statement from a "...MORAL PM..."!? Huh???

    Gelabah teruk lanun-bugis nih......makes our job much easier despite our distance in a faraway continents.....Alhamdullillah!

    Point to note 'our job' is not a paid service nor any potential earning advantage...out of pure concern to stop the country from going to the donkeys.....

    May ALLAH selamat kan Tanah Ayer Ku Malaysia, Amin! S

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Allah melindungi Najib daripada para pendusta. Di sebalik fitnah dan tuduhan ke atas DS Najib dan 1MDB. Beliau dan 1MDB telah dan sedang berjaya:

      1. Memberi biasiswa kepada belasan ribu pelajar.

      2. Menaja beribu-ribu jemaah mengerjakan haji.

      3. Menghentikan PPA yang pertama yang menyebabkan Petronas dan TNB kerugian RM100 bilion.

      4. Menyekat PPA kedua yang boleh menyebabkan Petronas dan TNB mengalami anggaran kerugian sebanyak RM200 bilion untuk tempoh 20 tahun berikutnya.

      5. Membiayai sepenuhnya pembangunan dan menaiktaraf 8 buah kem tentera termasuk sebuah pengkalan tentera udara Sendayan seluas 750 ekar.

      6. Membangunkan TRX meliputi pembinaan 106 tingkat Signature Tower yang lebih tinggi daripada Menara Berkembar Petronas. HSBC menjadikan TRX sebagai ibu pejabat wilayah berserta Prudential, Affin Bank, Australia’s Lend Lease.

      Delete
    2. Member reza aziz buat modal filem lucah
      Beri jho lo utk berjudi, kapal layar mewah dsbnya
      Loket berlian merah jambu kpd ehem ehem
      Lebai lebai pas utk jual ugama

      Dan mcm mcm lagi......

      Delete
    3. Wow..begini rupanya respons seblm 4 jam cytro A9...hehehe

      Delete
    4. Menuduh tanpa bukti atau dengan bukti palsu dan rekaan tidak akan membuahkan apa-apa hasil. Malah ia menjadi satu manifestasi bahawa si penuduh mempunyai agenda jahat atau berada di dalam keadaan yang amat terdesak.

      Saman sivil DoJ yang pertama diumumkan pada 20 Julai 2016 selepas prosiding ke atas 1MDB tamat. Ia diumumkan oleh Loretta E. Lynch, Peguam Negara AS ke-83. Loretta kini telah ditamatkan perkhidmatannya oleh Presiden Trump pada 20 Jan 2017. Ironinya, kes saman sivil DoJ yang pertama ini turut terkubur dengan pemberhentian Loretta.

      Saman sivil DoJ yang kedua diumumkan pada 15 Jun 2017 oleh Sandra R. Brown. Dia adalah seorang Pemangku Peguam AS bagi Wilayah Tengah California. Tanda-tanda saman tersebut bakal menemui titik noktahnya seperti yang pertama tanpa membuahkan apa-apa hasil sudah jelas kelihatan; apatah lagi Sandra berkemungkinan besar tidak akan disambung perkhidmatannya selepas 20 Jan 2018 nanti. Saman sivil ini dipercayai dibuat berdasarkan kesimpulan macai-macai sendiri yang PRU-14 akan dilangsungkan pada September 2017 tetapi ternyata ianya tersasar.

      Ironinya kedua-duanya dikatakan terlibat dengan Clinton Foundation yang dikatakan terlibat dengan pengubahan wang haram yang salah satu puncanya adalah wang IPIC yang diselewengkan. Apakah hubungan mereka dengan dalang-dalang yang menyeleweng wang IPIC tetapi cuba mengkambing-hitamkan Najib dan 1MDB dengan menggunakan Riza Aziz.

      Mengapa mereka tidak bertindak ke atas Khadem? Adakah takut tembelang mereka akan pecah?

      Dan bila pula macai-macai akan melancarkan saman sivil DoJ yang ketiga dan siapa pula yang akan dipilih untuk mengumumkannya?

      Delete
    5. klau asyik lari dari masaalah jer bole selesai ker?klau jual tanah dekat cina komunis tu kira org baik la yer.sikit hari cina komunis buat pusar pelacuran sekali anak kau keja kt sana camna? tulis panjang2 fakta kelaut kau buat penat jer ngok oh umno bongok

      Delete
    6. Apa pun derma 2.6b tu mmg lawak giler bro! Nak lawan isis konon, tapi isis x der lagi masa tu! Pulangkan balik pulak tu! Tu yg kelas najib ni! Tapi masuk akaun jho lo! Baru tau rupanya jho lo tu anak raja arab...klau tak mampuih ingatkan jho lo tu cina!

      Delete
    7. IPIC yang mengadu kehilangan wang bukannya 1MDB. Pusinglah kot mana pun, ia tetap wang IPIC yang hilang.

      Jika penama itu menerima wang daripada BSI Bank yang diselewengkan oleh pegawai-pegawainya yang pecah amanah. Itu adalah wang dan tanggungjawab BSI Bank, bukannya 1MDB.

      Apa kena mengena Najib dan 1MDB dengan wang IPIC dan BSI Bank? Ia tak relevan. Hanya orang-orang terdesak seperti macai-macai dan tuannya saja yang cuba menimbulkan persepsi palsu tersebut.

      Boleh cuba lagi!

      Delete
    8. Kelakar betul si najib ni! Ada ka derma dipulangkan balik, tapi masuk akaun jho lo! Rupa rupanya ada pqk arab mata sepet! He2 he2

      Delete
    9. Samanlah Raja Arab itu kerana memberi derma tersebut.

      Samanlah Najib kerana menerima derma tersebut dan memulangkan sebahagian besar derma tersebut kembali kepada Raja Arab itu.

      Apalagi mulakanlah langkah!

      Delete
    10. for 3:06 to come up with such excuse that went way off-topic...granted, only your cover for Q1 should be entertained...the rest would be a total waste in trying to explain away to donkeys that cannot comprehend!

      Your Quote :

      1. Memberi biasiswa kepada belasan ribu pelajar.

      Unquote.

      - Have your mouse-brain not remember the revised budget just after Budget2017?

      - 20 out of supposed 50 TOP GIFTED Students gets their due scholarships...a REDUCTION of 60%...get it, rodent?

      - 200 Special Engineering Students get to go for their studies from an announced 300 that were supposed to be getting their SCHOLARSHIP, a 33.333% lost opportunity! Can you explained that with your pea-brain?

      - 744 First Year Students whom supposed to start off their tertiary education got canned....whether its the brain or the heart...either way you have not got it function to justify your 1MDB claim....

      What a total bullshit trying to absolve Bugis-Lanun 1MDB and Jho Lo...

      Keep at your lying and you became so fused to the concept of protecting a LIAR, a Thief, a Transgressor as per Abuse of Power and a Mother-of-All CHEAT trying to hold onto power just because you have been EXPOSED by the WORLD...and to that you 3:06 and the rest of the donkeys are just so bloody CONFUSED!

      Delete
    11. 9:02 memang seorang pendusta menulis berdasarkan auta-auta.

      Bajet 2018 kerajaan prihatin Najib menyediakan peruntukan-peruntukan biasiswa, pinjaman dan bantuan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dan penuntut institut pengajian tinggi dan tingkatan enam antaranya:

      1. Peruntukan RM2,200 juta bagi pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan.

      2. Peruntukan RM90 juta bagi Program MyBrain yang memberi manafaat kepada 10,600 orang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan kedoktoran.

      3. 1,200,000 penuntut IPT dan tingkatan enam menerima bantuan baucar buku bernilai RM250 setiap penuntut.

      4. Peruntukan RM2,900 juta untuk bantuan makanan, buku teks, geran kapita dan biasiswa kecil persekutuan.

      5. 3,200,000 pelajar sekolah rendah dan menengah menerima bantuan persekolahan sebanyak RM100 setiap pelajar.

      6. Peruntukan RM200 juta ditambah untuk menaikkan jumlah pinjaman maksimum bagi pelajar daripada keluarga B40 yang mengikuti kursus berboleh-pasaran tinggi.

      7. Peruntukan RM250 juta disediakan kepada 500,000 pencarum berumur 7 hingga 12 tahun dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional yang dijenamakan semula sebagai Skim Simpanan Pendidikan 1Malaysia (SSP1M). Geran sepadan akan diberikan kepada yang mempunyai jumlah caruman sekurang-kurangnya RM500, dan hanya boleh dikeluarkan apabila mencapai usia 18 tahun.

      8. Peruntukan RM50 juta untuk program bantuan makanan komuniti kepada 5,000 pelajar Orang Asli.

      9. Bantuan pengajian RM3,000 kepada ibu bapa Orang Asli bagi perbelanjaan persediaan anak-anak ke IPTA.

      Delete
  5. Menonton video UAI itu mengingatkan saya kepada satu peristiwa saya hadir ke sebuah kenduri kahwin. Ini kisah benar.

    DJ tiba-tiba umumkan ada orang terjumpa cincin dan minta sesiapa yang kehilangan cincin sila tuntut kepada DJ. Berulangkali pengumuman dibuat tanpa sebarang respon.

    Semua pihak hanya selamba ja sampailah DJ beritahu cincin itu. mengikut pakar yang menilai adalah berharga 24juta ringgit.

    Pada masa itu hadirin ada yang ketawa beramai-ramai dan ada yang terus sebut satu nama popular tapi bukan secara positif.

    Begitulah solidnya masyarakat ini meluat kepada pasangan penyamun kelepet ini sehinggakan hadirim kenduri kahwin itu pun boleh seia-sekata memahami lelucon yang cuba disampaikan oleh DJ sekalipun tanpa penerangan dari sang DJ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringat aku video-video klip siri ceramah jelajah negara oleh Sungai Buloh, Pandan, Ketua Amanah dan Penasihat Roket tentang kekayaan bapa rasuah, anak-anaknya dan rakan-rakannya.

      Mereka bercakap berbilion-bilion bukannya milion-milion. Berbohongkah mereka?

      Delete
  6. Keluar tajuk sikit ye kut2 KD sampingkan isu banjir di P Pinang sebagai tajuk yg tak relevant.
    DAP tu kan rakan PPBM dalam Pakatan Harapan....jadi KD kena la ambil tahu sikit.
    Beberapa bulan lepas LGE kata kerajaan negeri Kelantan tak pandai menguruskan banjir tapi sekarang P Pinang dilanda banjir besar... kata orang ludah ke langit jatuh tertempek ke muka sendiri.
    Itu la riak sangat. PPBM dan PKR setuju ke dg LGE ni, komen sikit.... sikit je.
    Pakatan Harapan tolong la hantar sukarelawan ke P Pinang, jangan harapkan kerajaan persekutuan je. Tun M hendak lah pegi sama ke P Pinang....tunjuk simpati, jangan tagih undi je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cakap mcam org bodoh.dh nama krajaan persekutuan tu tangung jawab najibla bingai pinang kt dlm malaysia klau tak suruh la dia jadi pm umbo jer ..tu yg member cakap umno ni bingai plus bongok ckap macam org bodo jef..yelah umnogok la katakan..

      Delete
    2. Umno ngan najib ni bila tang cukai jer dia anggap penang ngan selangor dlm malaysia. Bila ada masalah dua negeri ni bukan tanggungjawab kerajaan persekutuan. Politik haprak!

      Delete
    3. Menarah lereng-lereng bukit untuk pembangunan-pembangunan tanpa menghiraukan larangan JAS, sistem-sistem perparitan yang tidak ditambah untuk mengelakkan atau menghadapi banjir kilat, dan persediaan-persediaan menghadapi bencana-bencana alam adalah termasuk di bawah kerajaan negeri.

      Dulu kata Kelantan gagal dalam menangani banjir, kini kata-kata itu terkena diri sendiri.

      Delete
    4. Ucapan Najib membongkar penipuan macai-macai.

      Dalam kes Pulau Pinang, pakej penstrukturan semula air pada tahun 2010 melibatkan bantuan kepada kerajaan negeri bagi mengurangkan hutang mereka sebanyak RM655 juta, sambil memberi mereka geran tambahan RM1.2 bilion untuk membesarkan lagi empangan. Ini membolehkan Kerajaan Negeri DAP bermegah bahawa kononnya mereka telah mengurangkan hutang negeri mereka sebanyak 95%, padahal ini sebenarnya disebabkan oleh usaha Kerajaan Persekutuan.

      Delete
  7. Ooii Anon 6:52 AM...apa yg bangang bahlol sangat, otak kau kat lutut ke. Faham betul betul ayat tu.





    ReplyDelete
  8. Macy 7:45 AM.... jangan jadi bahlol bongok, Najib kata bencana alam termasuk banjir dibawah tanggung jawab kerajaan Persekutuan.... yang kau nak spin tu apa pasal.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...