Akhirnya duit sudah tidak boleh membeli segala galanya,
Duit tidak dapat menghiburkan hati,
Duit tidak boleh membeli tidor yang nyenyak,
Duit tidak boleh mengganti ketenangan.
Duit tidak boleh membeli semua orang,
Duit tidak boleh menjual semua temberang,
Duit tidak dapat membuat semua orang sayang,
Duit tidak dapat meninggi integriti,
Duit tidak dapat meninggi harga diri,
Duit tidak dapat memaksa penghargaan,
Duit tidak dapat memaksa kepercayaan,
Duit tidak dapat memanggil penghormatan,
Akhirnya duit menjerumus kehinaan,
Rezeki bukan semata duit,
Taqwa bukan atas banyak duit,
Berbohong kerana duit,
Menipu kerana duit,
Melanun kerana duit,
Buruk akhlak kerana duit,
Pecah amanah gelap mata tengok duit,
Tamak haloba macam tak pernah tengok duit,
Akhirnya jadi hamba duit.
Mati pun kerana duit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KESILAPAN LALU
1️⃣ Ramai orang bercakap tentang emas, tetapi tidak semua memiliki emas sebenar. Ada yang aktif mempromosi, berkongsi ilmu, atau berniaga ...
-
Dalam perundingan, untuk memuaskan hati semua pihak ia harus ujud tidak puas hati pada semua pihak - itulah kesempurnaan sebuah perundingan ...
-
Bonda yang sudah berusia, lagi sakit patutnya Nik Abduh nasihatkan supaya berehat dan lebihkan masa di tikar sembahyang, main dengan cucu² ...
-
Sangat pelik dan terlalu pelik kalau terus langsung dianggap dan dijamin najib selamat dan pasti menang di Pekan (?) Apakah kita menidakan...
Salam Bro. HANYA "duit Cina mati' je Najib dan KLEPTROKASI tak nak.
ReplyDeleteSalah besar ko KD.
ReplyDeleteDgn duit boleh buat film the wolf of wall street
Dgn duit boleh bli apartment kt amerika.
Dgn duit boleh beli lukisan mahal2.
Dgn duit bleh minum2 dgn paris hilton.
Dgn duit bleh shopping sakan di hawaii disaat negara dilanda musibah banjir besar.
Dgn duit boleh beli bersiri handbag hermes berkin dan permata.
Dgn duit boleh beli parti agama.
Dgn duit boleh jdk kleptokrat yg disanjung.
Dgn duit boleh tukar anak tiri menjadi putera mahkota.
Dgn duit boleh tukar cina bukan islam menjadi imam kpd abata.
Apa lg yg duit xboleh buat?