Wednesday, July 15, 2015

PILIH PARTI DAN PEMIMPIN YANG TIADA SEKANDAL BESAR

PAS walaupun dilihat semakin kecil keahlian atau pengaruhnya tetapi dalam masa yang sama dapat membina imej baru yang lebih meyakinkan kerana golongan muda dan pelapis kini diberi ruang dan tempat.

Lebih sederhana tanpa mengorbankan asas perjuangan parti. Ini adalah satu tuntutan yang telah dibuat sekian lama untuk PAS kembali kepada perjuangan asal dengan memutuskan ikatan dengan DAP bagi merelevankan PAS dalam perjuangan seterusnya mengisi kekosongan dan sebagai alternatif yang lebih berkesan.


Sejarah Islam menunjukkan kemenangan bukan semestinya bergantung penuh kepada besar anggotanya tetapi kualiti diutamakan.

"Yang telah buat keputusan untuk
berpindah kita alu-alukan dan ucapkan selamat tinggal kepada mereka sama ada untuk sertai Harapan Baru atau sertai DAP."

"Kepada mereka yang masih keliru harapnya beri masa... lihat, dengar dan berfikir. Saya nasihat kekal istiqamah dengan PAS," 

"Saya yakin kepimpinan baharu cukup tenang untuk selesaikan isu-isu, sebagai contoh tidak ada tindakan drastik terhadap anggota yang berkasar dengan kepimpinan baharu meskipun banyak keputusan pelik dibuat ketika ini, pimpinan baharu itu lebih tenang," 
- Nik Abduh (sekarang Ketua Pemuda PAS)

#Pada peringkat awal ini PAS mungkin tidak mempunyai senarai nama besar tetapi memadailah nama-nama kecil yang ada jiwa, roh yang bermaruah, tenang  dan bersih.


# admin memilih tajuk yang lain pada kali ini membolehkan pihak-pihak yang bertelagah dalam UMNO dapat menghadam kueh raya dengan sempurna. 

6 comments:

  1. Pas ni bagus bukan tak bagus sebenarnya...tapi kadang2 tu terlalu cepat menghukum...apa yang aku nampak sekarang pas lebih mesra dari dulu, Pru 14 dalam 3 tahun lagi kita tengok kalau Pas betul2 putus hubungan dengan Pakatan mungkin orang melayu ada pilihan selain dari Umno yang sombong dan angkuh( macam Keris berayon nek tempoyak dan Ted manoff). Kalau pas masih kekal bersama palatan tapi Ah jib gor masih kekal sebagai Pm orang melayu cuma ada satu pilihan iaitu undi rosak. Kalau Ah jib gor turun InsyaAllah undi aku bersama Umno. Aku nak buat undi rosak nak tulis Ah jib gor turun hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soking 100%.. insyaAllah aku akan sokong PAS kalau PAS tak sokong DAP laknat dan PKR yg jadi lembu DAP.

      Semoga PAS diberi hidayah dan kekuatan.

      UMNO dah tak boleh harap.. sebuk jaga suku sakat periuk nasi sendiri..
      . Dgn perompak rakyat seperti 1mdb dan gst.

      Delete
  2. Alhamdulillah...macam ni lah artikel yg sepatutnya kau tulis kd. Dari menulis tentang sesuatu isu yg kita semua tak tahu hujung pangkalnya dan dipelopor oleh kaum kafir harbi...lebih baik isu sebegini. Walaupun ada pro dan kontra tapi ianya berkisar kepada org melayu.

    Tahniah kd. Selamat Hari Raya. Kipidap!!!

    ReplyDelete

6ANGKA