Wednesday, July 15, 2015

MENJELANG RAYA - PELBAGAI KABERAP AKAN TERPAPAR

Sedarkah anda pelbagai kaberap dalam segala bentuk sudah mula dipapar dan dikeluarkan menjelang Aidil Fitri kerana pihak tertentu menyedari viral yang akan bertebaran sepanjang musim perayaan khusus isu 1MDB dan penyaluran duit ke akaun peribadi PM yang masih panas.

Pelbagai bentuk pendedahan dan penafian, semuanya kosong atau lebih tepat biarlah pihak-pihak berkuasa memberi pengesahan akan sesuatu perkara itu.

Dalam dunia maya, semua orang boleh membuat pelbagai pengakuan, pertuduhan dan penafian sekadar untuk memberi keyakinan kepada rakyat.

Satu sahaja matlamat mereka - cuba memberi keyakinan kepada rakyat bahawa Najib sedang dikonspirasi...

Hakikatnya mereka terlupa mengolah jawapan-jawapan Najib yang lebih meyakinkan terhadap semua isu.

Apapun hak mereka untuk menghiburkan hati sendiri di Aidilfitri ini,  selamat mencuba !!!




PERINGATAN: Kluangmanexpress.blogspot  tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

8 comments:

  1. Tugas Rahman Dahalan sekarang adalah menteri 'Keberap'. Dia telah lupakan tugasnya menjaga PBT sehinggakan Kem. Kesihatan memberi amaran akan menyaman PBT2 yang tidak kisah dengan penularan wabak denggi di kawasan masing2.Sajanya hampeh!

    ReplyDelete
  2. Ni post paling lawak dari kau. Kaberap la pulak. Selama ni yg kau dok tulis itu dan ini yg boleh dikategorikan sebagai selander ok pulak yea?

    Cam ni aje la...sempena bulan baik ni....lebih baik kau cari isu lain dulu. Lepas dah terbukti najib ke yg salah atau si mamak ke yg salah....baru kau hentam balik.

    Tunggu gak komen pasal kes low yatt dari kau. Tak de sepatah haram pun. Tapi aku faham....mungkin hati kau dah gelab macam kulit mamak...tak boleh nak buat apa.

    ReplyDelete
  3. sekarang dah jelas siapa yang bijak. aritu orang cakap najib gelabah bila disoal pasal 1mdb . soal lain jawab lain. ada pula yang marah bila pembesar2 1mdb tidak direhatkan selepas kes "penyelewengan" timbul. ada yang cadangkan najib bercuti sementara siasatan dijalankan. sekarang dah ada orang yang kaberap mengatakan kes 1mdb memang fitnah. amacam??

    apapun, tugas kuangdemon, dintotey, dan geng yang sewaktu dengannya pula kaberap puak tu. alasan yang sedah tentu didahulukan ialah orang yang membuat pengakuan itu telah dibayar oleh umno.

    tak percaya??....kita tunggu!!!

    ReplyDelete
  4. Haha...sori kd aku tergelak. Geng2 najib 1mdb dh dpt point kaberap. Geng yg ko sokong kasi hantam najib apa macam? Apa jenis kaberap baru yg geng korang nak reka? Kaberap geng 1mdb dh tunjukkan ada konspirasi antarabangsa utk jatuhkan najib & kerajaan, dgn bantuan bajingan dalam negara. Entah betul entah tidak tidak penting sangat buat masa ni, yg penting.kaberap dah menjadi. Maknanya geng anti najib termasuk ko, makan hati ajelah!!!! Eloklah, esok raya makan lomang cicah hati masak kicap...lagi hitam lagi sodap!

    ReplyDelete
  5. Saya agak hampa kerna serpihan PASlah yang lebih cepat bertindak menubuhkan parti baru kerana sy penah mencdgkan awal tahun lalu supaya mahyudin berani menongkah arus dengan keluar UMNO dan menyatukan semua NGO untuk bergerak dalam satu platform menentang BN.

    Saya ternampak, orang2x muda, orang2x atas pagar dan separuh ahli2x UMNO yang marah dan kecewa dengan BN (sekarang) akan menunjukkan permainan kejam iaitu 'hendak jadi apa, jadiklah' asalkan kemarahan mereka pada UMNO dilunas.

    Saya merasa hairan, jika sokongan cina total kepada DAP dan gabungan partio barunya nanti, di mana BN hendak menang jika orang melayu juga berpatah arang berkerat rotan kepada pemimpin melayunya sendiri.
    Saya tidak tahulah jika di saat akhir, pimpinan BN bertukar orang kerana baru menyedari bahang permainan parti pembangkang yang ternyata lebih cepat menghidu gerak rasa kebanyakan rakyat yang rata-rata memendam rasa. Orang cina lagi relaks, mereka tak tunjuk apa apa pun, kerja macam biasa cari duit tapi kita tahu, apa mereka akan pangkah masa PRU nanti.

    Sy tak merasa heran jugak, di saat akhir ada pemimpin BN (mungkin partinya sekali) berpaling tadah di saat akhir.
    Mungkin pergerakan di saat akhir sudah terlambat KECUALI ada seseorang yang boleh menyatukan hati dan perasaan orang melayu yang tengah meluap-luap untuk kembali bersatu di bawah gabungan UMNO dan PAS totok. bagi menyelamatkan maruah dan agama orang melayu.

    "TIDAK GUNA MENYESAL BILA NASI DAH JADI BUBUR"

    "Cakap banyak pun dah x guna nanti.... Akta Hasutan masih ada untuk menyumbat kita sekiranya cuba cakap banyak melawan @ protes kerajaan baru bla bla bla...."

    Atau sempatkah PRU14 berlangsung......??? Saya tinggalkan persoalan ini untuk kawan2x mendalaminya....

    "LANGITNYA BEWARNA MERAH.... ASAP HITAM MENGGULUNG-GULUNG KE ATAS...."

    Sekian, pandangan saya (sahaja).

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya buat admin..

    Sebenarnya...

    Sebenarnya...

    Sebenarnya...


    Dragon ball ada 7 biji semuanya

    ReplyDelete
  7. Letih dah KD..kita tggu jer lar BN bungkus PRU14..harap2 seblm tu adalar parti melayu baru yg berkaliber muncul...

    ReplyDelete
  8. Itu yg betulnya saudara. Kita tunggu PRU14 dan kita buat pilihan .

    ReplyDelete

6ANGKA