Monday, July 6, 2015

SHAHRIL SAMAD TAK ADA BOLA NAK JUMPA NENEK

Di kalangan penyokong, yang boleh di anggap ada sikit vokal adalah Shahril Samad tetapi
pelawaan Azizah supaya Ahli Parlimen berkumpul untuk memberi pandangan terhadap kedudukan PM sekarang telah ditolaknya atas ulasan Azizah Kena Betulkan Rumah Sendiri Dahulu.

( Apakah Shahrir tidak sedar, rumahnya lebih teruk dari pembangkang apabila rumah sendiri sekarang sudah dimasuki orang luar sampai ke dalam kelambu, dah kena londeh pun tak malu lagi ke...)

Apakah kedudukan Najib itu sebagai PM atau Presiden BN atau Presiden UMNO yang hendak digunakan alasan tersebut.

Pembangkang adalah sebahagian dari Sistem Berpelembagaan Raja Berpalimen dan layak untuk bercakap dan memberi pandangan tentang PM di mana sahaja termasuk di Parlimen, dalam dan luar negara.

Secara baik apabila Pembangkang minta bersemuka di tempat yang sesuai, dalam negara, seharusnya Shahrir N2H bersetuju jika ada keyakinan diri dan inilah peluang BNBBC menjelaskan kedudukan PM sekarang kepada semua Ahli Parlimen supaya mereka dapat mendengar dari sumber yang lebih pasti, BNBBC itu sendiri.

Bila mahu bersemuka, lari dari untuk berjumpa - Bila Pembangkang ambil dari sumber luar atau bercakap di luar negara - tuduh pula sumber itu tidak sah dan berniat jahat dan tuduh juga pembangkang memburukkan negara di luar.

Apa punya pariah ni..

# Shahrir Samad boleh kumpulkan lagi beberapa Tokok Hebat seperti Ahmad Maslan, Nazri, Hassan Malek, Shabery Chik jika janggal berseorangan...

# Bukankah Muhyiddin Yassin, Zahid Hamidi, Hishamuddin, Kj, Shafie Apdal, Shahrizat merupakan Ahli Parlimen yang patut juga hadir..

Kerajaan dan Pembangkang sewajarnya tunjuk kematangan untuk membicarakan isu. Jika setiap isu mahu dikaitkan dengan lain-lain perkara, sampai bila pun politik dalam kain yang semakin hancing itu tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat.


#As Johorean, Shahrir Samad should joint JDT, how to show balls..

47 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat Butoh mana pulak ciplak the ORi trademark@TedManoff?

      Delete
  2. Apakah belengu yg di hadapi najib adalah persepsi semata-mata? Selagi belom disabitkn kesalahan..wajarkh kita jatuh hukum.. pr00tt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ted, belengu dan persepsi di tengkok Najib kena dibuang dengan pengurusan krisis yang cepat dan tepat, bukan flip dan flop..saman tak saman..

      Siapa yang nak tolong buang - Najib sendiri sebab kuncu, pak menteri, penasihat dah terbukti badot seperti kata seorang pensyarah tempatan..

      Delete
    2. Siapa yg mulakan persepsi?

      KD kau terbelengu dgn dunia fantasi.kau duduk lama didepan komputer sehingga menyebab halulisasi seolah2 dunia dah nak kiamat.

      1MDB apa Tun cakap?
      PRK rompin rakyat menolak isu tersebut.Tun akur isu 1mdb rakyat bawahan tidak faham..betul tak?Aku dah bgtahu lama berkenaan isu 1MDB ini...rakyat hanya berminat kalau Najib sapu duit je.

      Isu sekarang ya rakyat suka cuma disebabkan ianya berlaku di bulan ramdhan rakyat tak minat
      .Malah bila ianya dibawa oleh WSJ lagi rakyat tak minat.WSJ ini media barat.Orang Islamdah faham benar perangai media barat.

      Harapan kau melihat Najib tertekan tak kan berlaku.Najib roadshow bagi sedekah seluruh malaysia.
      Kau kena bersedia KD dari sudut emosi.Tun sudah tiada sokongan dari UMNO.

      Veteran,Naib Presiden..MT semua mendesak Najib mengambil tindakan undang2...Zaman Tun sembang tanpa bukti akan berakhir dimahkamah.

      Kalau aku jadi engkau aku akan istihar keluar UMNO.Dia lebih bermaruah dari jadi gunting dalam lipatan.

      UMNO semua peringkat memberi keputusan jitu dalam penangguhan pemilihan.Kali ini MENDESAK Najib mengambil tindakan.

      Delete
    3. Kau tak payah nak membohonglah, dalam PRK Rompin, mengapakah berlaku pengurangan undi sebanyak 40% terhadap calon UMNO walaupun calon berkenaan bukannya calang-calang calon, mantan Timbalan Menteri Besar Pahang. Sebenarnya calon UMNO tak ada masalah, yang bemasalah adalah Presiden UMNO, melingkupkan wang negara melalui 1MDB.

      Dalam isu terbaru melibatkan RM 2.63 bilion itu, pasal apa hingga kini Najib tak berani saman, kalau dia kata saman perlu ambil masa, pasal apa dia tak buat pengakuan berkanun (SD - Statutory Declaration) di mana dalam pengakuan berkanun itu mestilah seperti penafian dan tuduhan Najib terhadap Tun Dr. Mahathir dalam entry facebook beliau sebelum ni iaitu semua ini adalah didalangi oleh Tun Dr. Mahathir yang bersekongkol dengan media barat (yang dirujuk kepada Wall Street Journal dan Sarawak Report) untuk memfitnah Najib bagi menjatuhkan Najib dari jawatan Perdana Menteri disebabkan Tun Dr. Mahathir kecewa permintaan peribadi Tun Dr. Mahathir tidak dipenuhi oleh Najib. Nyatakan sekali apakah permintaan peribadi Tun Dr. Mahathir itu dan apakah permintaan itu benar-benar hanya untuk kepentingan peribadi Tun Dr. Mahathir sahaja di dalam pengakuan berkanun Najib itu.

      Malahan hingga kini pihak AmBank langsung tidak mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan penyonglapan wang hutang 1MDB ke dalam akaun Najib di AmBank, mengapakah ini terjadi? Apakah AmBank sendiri sudah gementar nak keluarkan kenyataan rasmi sebab takut dengan pengurusan tertinggi AmBank sendiri ditangkap?

      Kalau semua peringkat UMNO mendesak supaya Najib ambil tindakan, tetapi hingga kini Najib masih belum ambil tindakan sekurang-kurangnya membuat pengakuan berkanun, boleh diterangkan mengapakah Najib hingga kini kalau kata nak saman ambil masa, tapi buat pengakuan berkanun tak ambil masa yang panjang, tapi hingga kini Najib masih tak buat pengakuan berkanun untuk menafikan perkara tersebut, boleh Anon Monday, July 06, 2015 6:08:00 PM?

      Kita lihat apa lagi anon Monday, July 06, 2015 6:08:00 PM tu nak putar belit lagi lepas ni.

      Delete
    4. Jangan ciplak the ORi trademark@TedManoff..nanti kena sumpah jadi sekerat keluang sekerat caching gelang..

      Delete
    5. Ha ha Ted tiruan pun dah ada ke ..tertipu aku..alahai...

      Mamat anon 635

      Penurunan undi di rompin memang la berlaku malah di permatanh pauh pun sama..kau ini cerdik ke bodoh?
      PRK kajang pun turun gak..sg limau turun gak?

      Delete
    6. Tetapi tak adalah penurunan undi yang begitu mendadak seperti di Rompin kan? Itulah kalau dah bodoh tak pernah bersekolah, jangan nak berlagak pandai seperti orang ada ijazah.

      Delete
    7. Di Rompin hilang lebih kurang 7,000 undi, ini semua Najib punya pasal.

      Delete
  3. sori kali ni aku tak sokong KD. dalam politik kena paham pressure game pihak lawan. pada aku apa yg shahrir samad cakap tu betul. da berapa banyak fitnah geng jijah kipas buat. orang macam ni nak buat dok bincang. maafla tapi politik kita ni tahap politik dendam. so bila dendam2 tak mungkin bole bawak bincang. lagipun macam ko tulis, pembangkang kan dah ada platform cakap di parlimen. so bincang la puas2 kat situ. bawak usul. pandikar pun kena bagi laluan usul ni dibahas tak kira dari pembangkang atau kerajaan.

    jentayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan dan Pembangkang sewajarnya tunjuk kematangan untuk membicarakan isu. Jika setiap isu mahu dikaitkan dengan lain-lain perkara, sampai bila pun politik dalam kain yang semakin hancing itu tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat.

      Delete
    2. settle hal rakyat kt selangor dl...nenek kipas mkn gaji buta...

      Delete
    3. KD sembang bab politik seolah-olah ikut undang2 la dalam bab lain hancurr..KD tak payah sembang undang2 la..Undang2 UMNO pun kau langgar.

      Delete
    4. Juak-juak Najib bersorak girang bila Xiaver Andre Justo ditangkap oleh polis thailand, malah dengan riang juak-juak Najib kata semua tuduhan kepada 1MDB tak benar. Tetapi akhirnya polis thailand sendiri menyatakan isu penangkapan Xiaver Andre Justo tak ada kena mengena dengan Malaysia pun.

      Sekarang bila terdapat laporan dari pihak media antarabangsa mengenai isu penyonglapan wang hutang 1MDB sebanyak RM 2.63 bilion ke dalam akaun Najib di AmBank, maka dengan gelabahnya juak-juak Najib menuduh konspirasilah, fitnahlah, sedangkan hingga kini Najib tak berani saman atau buat pengakuan berkanun mengenai tuduhan terhadapnya itu.

      Malahan hingga kini pihak AmBank sendiri tak berani keluarkan kenyataan rasmi menafikan kejadian penyonglapan RM 2.63 bilion wang hutang 1MDB ke akaun Najib di bank tersebut.

      Fikir sendirilah mengapa Najib dan AmBank tak berani ambil tindakan undang-undang, sebabnya dokumen berkaitan telah dihantar kepada peguam negara, malahan serbuan terhadap syarikat yang menjadi alat untuk menyonglap wang hutang 1MDB berjumlah RM 2.63 bilion itu ke akaun Najib di AmBank telah dibuat, malahan pasukan petugas khas yang dibentuk oleh Pejabat Peguam Negara telah sita dan rampas dokumen yang dipercayai terlibat dengan kes penyonglapan itu, kalau tak ada kes, takkan saja-saja pasukan petugas khas itu nak sita dan rampas dokumen berkenaan, guna akal dan otaklah bila berfikir, jangan menyokong membuta tuli guna nafsu serakah sebab dibayar untuk disokong.

      Delete
    5. mamat anon kau ini tak abis citer ambank tak keluarkan kenyataan..kau ni ketinggalan keretapi bodoh semacam..nasib la kau sembang kat laman sini kalau di forum bank confirm kena delete..fakta bangang..

      Delete
    6. AnonymousMonday, July 06, 2015 11:09:00 PM, kalau kau pandai sangat, mengapakah hingga kini Najib tak berani saman atau buat pengakuan berkanun? Malahan Najib patutnya beri kebenaran untuk pihak AmBank untuk keluarkan kenyataan pasal akaunnya, pasal apa tak buat? Kalau dipihak benar, buat apa nak diselindungkan? Kau tu yang bangang tak tentu hala.

      Delete
    7. Bila Najib nak saman Wall Street Journal, Sarawak Report, dan Tun Dr. Mahathir yang dituduh berkonspirasi dan mendalangi fitnah untuk menjatuhkan Najib dari jawatan Perdana Menteri?

      Bila nak buat pengakuan berkanun sebagaimana dalam entri facebook Najib sebelum ini yang menuduh Tun Dr. Mahathir mendalangi serangan politik terhadapnya dan bersekongkol dengan media barat (yang dirujuk kepada Sarawak Report dan Wall Street Journal) di mana serangan politik yang dituduh oleh Najib itu adalah untuk memfitnah Najib dan menjatuhkan Najib dari jawatan Perdana Menteri kerana Tun Dr. Mahathir kecewa Najib tidak memenuhi kehendak peribadi Tun Dr. Mahathir, dan nyatakan apakah kehendak peribadi Tun Dr. Mahathir itu, rakyat mau tau lah juga.

      Tapi biasalah juak-juak dan balaci Najib jenis tak bersekolah, tak berpelajaran, bodoh, Najib memang pilih orang begini jadi pengikut sebab mudah diperguna, tentunya mereka tak mampu nak jelaskan apa yang disoalkan di atas.

      Delete
  4. KD tak payah nak ajar UMNO berpolitik.Kau pun bkn ada jawatan .Ketua cawangan pun tak layak.

    Pembangkang kau ingat ikhlas ke nak bincang isu songlap duit ini.?

    KD kau ni jenis terlampau marahkan Najib sampaikan apa sahaja dari pembangkang kau terima.Aku malas nak ulas
    tindakan pembangkang hari ini.

    Kau cari sendiri bagaimana blogger pro Kerajaan membicarakan.Jadilah matang dalam politik realiti KD.

    Isu jenayah atau salah laku engkau kena terima badan2 yg telah diberi amanah.

    Lihat Isu 1MDB audit dah hampir selesai.PAC juga dah terus terang bgtahu tiada unsur rasuh cuma bab pengurusan hutang.
    Isu WSJ yg menjadi berita keluar air mata sehingga gembira tahap cipan siapa yg uruskan sekarang?
    aku kena tulis gak psal ramaiyg bangang..PDRM,SPRM,Bank Negara dan AG.

    Malaysia bukan bergerak sendiri ekonominya dipantau badan2 di iktiraf dunia.Laporan Fitch ada baca tak? jangan asyik baca laporan ekonomi din turtle..payah la.Din turle menolak sistem perakaunan yg sedia ada.dia ni bodoh rupanya ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan hari ini elok jadi pembangkang tahun 2018 untuk tunjuk contoh terbaik.

      Aku kalau tak ada jawatan dalam UMNO aku tak akan sembang bab umno, buek habih boreh je..

      Aku kalau pandai ampu bodek..dah lama jadi exco negeri..

      Aku kalau suruh jadi tukang angguk je..lebih baik letak jawatan..

      Delete
    2. UMNO Selangor dan Penang jadi pembangkang...contoh terbaik sangat lah tu... PRU akan datang mesti kekal Juara Bertahan - Kekal Pembangkang

      Delete
    3. UMNO Selangor dan Penang jadi pembangkang...contoh terbaik sangat lah tu... PRU akan datang mesti kekal Juara Bertahan - Kekal Pembangkang

      Delete
    4. Inilah masalah UMNO sekarang ini, berlagak tak tentu hala.

      Macam kes perobohan logo UMNO di Penang, apa tindakan UMNO, semua kepimpinan UMNO di peringkat pusat menggelepar menyorok, malahan ahli UMNO yang bertindak balas membakar bendera DAP telah diugut oleh Setiausaha Agung UMNO iaitu Tengku Adnan yang telah mengancam untuk mengambil tindakan terhadap ahli UMNO yang bakar bendera DAP itu, lihatlah betapa baculnya kepimpinan UMNO sekarang ini, logo mereka dirobohkan oleh rejim DAP Zionist mereka takut nak bertindak, tetapi bila ahli bawahan UMNO bertindak balas untuk mempertahankan maruah parti, kepimpinan atasan pula ugut nak ambil tindakan.

      Kepimpinan UMNO sekarang ni memang bangang, sebab itulah kepimpinan UMNO bawahan iaitu di peringkat cawangan serta ahli akar umbi meluat dengan kepimpinan sekarang, tapi mereka tak berkuasa nak bertindak sahajalah, hanya tunggu pemilihan, tetapi kepimpinan UMNO atasan dah kecut telor, buat penangguhan kononnya permintaan akar umbi untuk tangguhkan pemilihan sebagaimana penerangan oleh Tengku Adnan dalam bulan puasa ini sambil memakai baju Melayu dan songkok, tapi akhirnya terbongkar bahawa itu bukannya permintaan dari ahli akar umbi, tetapi cadangan dari ahli MT sendiri iaitu Mat Hassan MB Negeri Sembilan, itu pun nak menipu lagi, bulan puasa pun menipu, pakai songkok dan baju Melayu pun menipu juga,

      Kalau kepimpinan UMNO pandai berpolitik, tidaklah jadi caca marba macam sekarang ni, tapi jenis penjilat tegar yang dibayar untuk menjilat, sanggup buat apa sahaja untuk membodek dan menjilat, malahan sanggup minum air kencing Najib dan pelahap berak Najib untuk membodek macam orang tak ada harga diri.

      Delete
    5. Umno memang tak sedar diri berlagak angkuh dan bodoh sombong macam keris.....

      Delete
    6. KD engkau ada jawatan...ha ha kelakar la..setakat goyanng kaki tak payah cerita la..

      Apa aktiviti yg kau buat selain maki hamum pemimp[in?

      Delete
    7. Minta tak payah sembang atas nama UMNO boleh tak?
      Di Terengganu 20 ribu sambut Najib baru2 ini.

      Semua ahli UMNO semua peringkat bersetuju penangguhan pemilihan. Sekarang semua bersetuju agar Najib sbg Presiden bertindak menggunakan undang2...

      Jangan lupa beli akhbar Utusan dan Bharian...baca muka surat depan.

      SR sudah mengelabah lamannya ditutup sementara..KD hang tak nak edit ke? Silap haribulan hang kena pecat ni..Lebih baik keluar UMNO dari kena pecat cukup sedih dan maruah dimalukan...

      Delete
    8. Sambut apanya heret habis budak sekolah, bawa naik bas, nasib baik tak ada PLKN tahun ni, kalau tidak mau pergi 30 ribu campur budak PLKN yang dikerah ke program Najib.

      Kepada si bongok pecacai Najib, sila jelaskan mengenai pembohongan Tengku Adnan yang mengatakan bahawa penangguhan pemilihan UMNO adalah kehendak akar umbi, sedangkan cadangan itu dibuat oleh Mat Hassan MB Negori dalam mesyuarat MT, apa semua ahli akar umbi hadir ke Mesyuarat MT itu jugakah?

      Bila golongan tak bersekolah yang menjadi barua Najib berbicara, memang dengan kenyataan yang bodoh-bodoh belaka.

      Delete
    9. AnonymousMonday, July 06, 2015 11:04:00 PM, aku buka laman Sarawak Report boleh buka pun, mungkin ada teknikal. Tetapi kalau lihat pada laman web Petrosaudi, banyak yang disembunyikan, entah perniagaan jadah apalah yang mereka buat, hinggakan tak diketahui siapa ahli lembaga pengarah, tak tahu siapa pegawai-pegawai di Petrosaudi tu.

      Tapi yang pelik tu, boleh pula 1MDB berJV dengan Petrosaudi, hinggakan hanya baru 6 bulan berJV dah batalkan JV tu, kemudian wang pelaburan 1MDB tak dipulangkan, malahan pelaburan ditukar jadi murahabah, lepas tu jadi tunai, lepas jadi aset, lepas tu jadi unit, dan lepas ni tak tahulah jadi jadah apa lagi.

      Boleh pecacai Najib jelaskan mengenai perkara ini? Saya tak haraplah sangat penjelasan dari korang pecacai semua, kerana korang golongan tak bersekolah yang menjadi barua Najib berbicara, memang dengan kenyataan yang bodoh-bodoh belaka. Tapi saja nak tanya mana tau ada dua tiga orang yang belajar sampai tadika atau darjah 3 saja dalam grup korang tu.

      Delete
  5. SHARIL SAMAD BEGITU NAIVE SEKALI.
    TAK TAHU BEZA MASAALAH PARTY DAN MASALLAH NEGARA.
    ORANG POLITIK MACAM NI PATUT ANGKAT BENDERA KALAH.
    SHELF LIFE DAH LUPUT......... ASHIK JADI APPLE POLISHER.


    BAGI PELUANG ORAN MUDA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkinkan puak-puak yang menyokong Najib selama ini terutama di dalam UMNO turut sama membedal wang hutang 1MDB yang disamun oleh Najib ke dalam akaunnya di AmBank itu?

      Bukan apa mereka ni dah jadi macam tak ada hala tuju, mereka hanya menyokong membuta tuli begitu sahaja. Malahan dalam isu 154 Ketua Bahagian UMNO yang sebelum ini kononnya menghadiri perjumpaan bersama Najib untuk mendengar penjelasan mengenai 1MDB, lepas program tu masing-masing kata dah faham sangat, Najib dah terangkan secara terperinci, tapi sebenarnya satu haram apa pun mereka tak tau pasal 1MDB, malahan perjumpaan itu bukannya Najib terangkan pasal 1MDB, tetapi mungkin mereka yang hadir tu dijanjikan habuan projek atau jadi calon PRU 14 akan datang. Malahan yang hadir itu turut mentekedarah RM 2.63 bilion itu dan Najib ugut mereka jika tak sokong, sama-sama masuk penjara, itu yang semua ketar dan sokong Najib membuta tuli selama ini.

      Saya hanya tanya saja, harapnya 154 Ketua Bahagian UMNO tu dapat beri penafian yang konkrit seperti membuat pengakuan berkanun menyatakan mereka benar-benar dengar dan fahami penjelasan mengenai 1MDB dan 1MDB sebenarnya tak ada masalah serta mereka tidak diberikan habuan seperti projek atau jadi calon pilihanraya dan mereka tidak mentekederah wang songlap RM 2.63 bilion itu bersama-sama Najib.

      Sila sahut cabaran ini jika di pihak yang benar.

      Delete
  6. ko ni kd, asal tak sependapat dan sealiran dengan ko, mesti orang ini akan dapat gelaran buruk. kalaulah diawal artikel ko, ko mendukung idea negara demokrasi, maka perbezaan pendapat dan perbezaan menyokong siapa pasti akan wujud. adakah ko menolak kepelbagaian, perbezaan pandangan dan pemikiran? ko tak sokong najib itu adalah hak mutlak ko. tiada siapa boleh sabitkan ko dengan mana2 undang2 atas sebarang kesalahan. bagaimanapun, ko juga kena berlaku adil, jangan paksakan pandangan ko dan kepercayaan ko kepada semua orang. boleh komen, boleh komplen cuma rasanya tak molek jika sesiapa yang tidak sama selera dengan ko sebagai 'si lemah otak'. mungkin atas kepentingan masing2 barangkali. kalau kepentingan peribadi sekalipun, tidaklah salah. cuma nampak kurang moral atau buta perut ajelah. tak gitu kd?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila jelaskan mengapakah JV antara 1MDB dengan Petrosaudi dibatalkan hanya dalam tempoh 6 bulan sahaja JV itu bertahan, sila berikan penjelasan, malahan mengapakah selepas JV itu dibatalkan, wang pelaburan lebih kurang RM 2 bilion tidak dipulangkan kepada 1MDB semula, tetapi dijadikan murabahah lepas tu unit, lepas tu entah jadah apa lagi, malahan mengapakah selepas JV itu dibatalkan 1MDB masih lagi menyalurkan dana kepada Petrosaudi? Sila berikan penjelasan.

      Kita mau tahu jugalah, apakah benar Najib menyonglap wang sebanyak RM 2.63 bilion wang hutang 1MDB yang disonglap ke dalam akaun Najib di AmBank? Jika tidak ada penyonglapan ini, mengapakah Najib begitu gelabah dan tak berani dan menyaman pihak yang dia tuduh mendalangi dan berkonspirasi memfitnah dia untuk menjatuhkan dirinya dari jawatan Perdana Menteri itu?

      Malahan jika Najib beri alasan bahawa nak saman ambil masa, tetapi mengapakah Najib tak berani membuat pengakuan berkanun? Apakah Najib tak tau nak buat pengakuan berkanun juga? Apa gunanya penasihat yang dibayar berjuta ringgit setiap tahun itu?

      Malahan nak tanyalah, bayaran kepada Lim Kok Wing untuk menaikkan imej Najib tu guna wang Najibkah atau guna wang milik kerajaan Malaysia? Kalau guna wang Najib lantaklah, itu wang dia, tapi kalau guna wang milik kerajaan Malaysia, sila berikan penjelasan di manakah di dalam Arahan Perbendaharaan atau peraturan kewangan negara yang memberikan kebenaran untuk menggunakan wang negara bagi menaikkan imej Perdana Menteri.

      Sila beri penjelasan mengenai hal ini. Daripada kau melalak tak tentu hala, sila jawab persoalan di atas, kerana isu semua melibatkan kepentingan negara malahan perlakuan Najib itu boleh diklafikasikan sebagai perlakuan jenayah.

      Delete
    2. Ini cara kau sembang bagus tapi takda nilai..Rakyat lebih mempercayai report dari audit negara dan PAC.

      SR tak payah sembang la semua kaki kelentong.
      Tun M mula kelentong kata lesap 42 billion lepas tu jadi 25 billion.

      Isu 2.63 billion sumbernya dokumen dari WSJ.penipu besar tu..rakyat lebih percaya SPRM,PDRM,Bank Negara dan AG.

      mulai sekarang tak payah nak ulang2 citer menyemak je.

      Delete
    3. Kalau audit negara pun pening, PAC pun pening, macam audit oleh firma Deliotte terhadap akaun 1MDB, telah ditegur oleh ahli PAC iaitu Dr. Tan Seng Giaw mengapakah pergi audit anak syarikat dulu, patutnya audit syarikat induk dahulu.

      Malahan berhubung USD 1.103 bilion yang dari tunai jadi aset lepas tu bertukar pula ke unit, pihak audit sendiri tak dapat nak jelaskan, malahan PAC pun pening dengan penjelasan putar belit oleh puak putar alam yang diketuai oleh Najib dan kuncu-kuncunya itu.

      Delete
    4. Kalau hanya sekadar Ali Tinju menggelupur dan menjerit-jerit serta berguling-guling di luar dewan semasa menantikan program Nothing To Hide pun dijadikan alasan keselamatan oleh Ketua Polis Negara untuk membatalkan program itu kerana Najib bimbang takut nak jawab soalan pasal Tun Dr. Mahathir, Datuk Seri Ahmad Said, dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan ramai blogger untuk mengkritik Najib pasal 1MDB ini hadir, apa kejadahnya semua ini? PDRM pun dipergunakan oleh Najib, sebab itulah patutnya Najib perlu 'dicutikan' sepanjang tempoh siasatan, kalau tak salah lepaslah dan ambiklah balik jawatan PM tu, kalau salah, kau pergilah 'bercuti' di Sungai Buloh kongsi bilik dengan Anwar.

      Delete
    5. Speaker Parlimen, Pandikar Amin Mulia pun boleh dibeli, dengan hanya jamban dibuat di pejabatnya, maka terus jadi balaci Najib, hinggakan Najib membohong dalam parlimen pun Pandikar Amin Mulia tak ambil tindakan mengheret Najib ke jawatankuasa disiplin parlimen.

      Macam mana rakyat nak percaya dengan institusi negara ini yang sudah mudah dibeli, CASH IS KING dah meracuni pemikiran pihak berkuasa dan institusi parlimen sekarang ini kot.

      Delete
  7. "si lemah otak" mana ungkapan tu kau dapat ?

    Kau tolong pergi baca blogger bangang (itu Najib yang cakap) Mykmu, Semut Hitam, Parpu, the unspinner, house pk.banyak lagi...apa yang mereka gelarkan pembangkang - nenek tua, barua, mat sabun, komunis, anjing,mahafiraun, orang tua nyanyok...dan baca komen-komen pecacai Najib, kalau tak maki tak sah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rilek saudara KD, teruskan perjuangan, sebenarnya juak-juak Najib dah kehilangan idea, mereka dah terkontang kanting tak tau macam mana nak putar belit, kerana lagi banyak mereka putar belit, lagi banyak mereka akan terbelit, malahan Najib pun takut nak membuat saman terhadap orang yang menuduhnya menyalahgunakan wang hutang 1MDB itu, malahan kalau dia kata nak buat saman tu ambil masa, patutnya dia buatlah dahulu pengakuan berkanun untuk menafikan hal ini, tetapi sampai sekarang tak ada apa tindakan pun dibuat oleh Najib, malahan AmBank sendiri hanya berdiam diri tanpa berani mengeluarkan kenyataan rasmi.

      Sebenarnya lagi banyak Najib dan kuncu-kuncu serta para balacinya nak putar belit, lagi banyak yang terbongkar.

      Malahan Najib sekarang dah tak ada arah hendak dituju, dia perlu memilih untuk terus melingkupkan negara ini dan menghancurkan kepercayaan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional, atau dia meletak jawatan dan berhadapan dengan pertuduhan salah laku, penyelewengan, salah guna kuasa, penipuan yang dibuat menggunakan 1MDB selama ini. Heret sekali kuncu, balaci yang turut makan duit haram tu sama ke mahkamah untuk diadili. Kalau salah, maka Najib perlu dihantar 'bercuti' di Penjara Sungai Buloh, letak satu bilik dengan Anwar, kuncu-kuncu tu letak di penjara lain, hantarlah ke Sungai Udang ke, Taiping ke, Pokok Sena ke, Sabah dan Sarawak pun tak apa.

      Delete
    2. Betul tu KD, terutama komen dari pecacai kesayangan nombor satu Najib iaitu Nek Tempoyak, dia punya carut tahap marathon olimpik, kalau ada pertandingan mencarut di peringkat olimpik, tentu Malaysi dah dapat pingat emas, kerana tahap carutan Nek Tempoyak tu memang tak dapat ditandingi kehebatan mencarut dan maki hamun dia itu.

      Delete
    3. kd, ko nampak tanda di kiri dan kanan ('.........') perkataan lemah otak tu? harap kp faham kenapa wujudnya kedua2 tanda tersebut. tiada ungkapan direct lemah otak dalam artikel tulisan ko. namun begitu, level yang ko beri kepada mereka yang tidak sependapat dengan ko ialah '.........'. Mykmu, Semut Hitam, Parpukari, the unspinner, house pk.banyak lagi adalah sebahagian blogger yang ada asas (mungkin sahaja asas penulisan mereka tidak selari dengan denyut jantung ko). mereka menulis bila ada asas. begitu juga penulisan ko, ada asasnya. namun asas penulisan kebanyakkan blogger mesti berdasarkan sentimen masing2, betul tak. kalau ko dah benci najib tahap kurap, mana mungkin ko akan memuji najib. boleh kena sawan ko kd. kalau ko kata blog2 yang ko takrifkan bangang itu memaki hamun, menghina dan sebagainya puak pembangkang, ko tak perlu jadi seperti itu. adakah jika mereka mencarut maka ko kena balas dengan carutan juga? sejak bila pulak ko menjadi pembela puak yang ko pernah ko tibai kaw2 dulu? masa ko tibai, ko tak rasa bersalah ke? cuba lihat artikel ko tahun lepas....
      eh, betul ke ko ada jawatan dalam umno? saja tanya.

      Delete
    4. AnonymousMonday, July 06, 2015 11:26:00 PM, masalahnya Najib telah menjahanamkan negara ini, menyusahkan rakyat kerana nak bail out hutang 1MDB yang dilingkupkan oleh Najib, termasuk yang disonglap ke dalam akaun AmBank Najib tu.

      Ini bukan soal benci atau tidak, ini soal integriti pemimpin, Najib hanya menafikan, dia tak bertindak, patutnya dia perlu saman, tapi kalau kata saman ambil masa, tak apalah, maka Najib patut terus buat pengakuan berkanun yang tak ada wang berjumlah RM 2.63 bilion itu disonglap masuk ke akaunnya.

      Hal ada jawatan tak dalam UMNO tu tak penting, kerana isu ini isu negara, bukannya isu UMNO semata-mata, kerana wang negara tu wang untuk kesejahteraan rakyat, bukannya untuk dipelingkupkan oleh pemimpin UMNO yang tamak lagi bodoh.

      Rilek saudara KD, teruskan perjuangan, jenis balaci Najib ni memang mentaliti rendah, jenis tak pernah bersekolah, sebab tu Najib pilih mereka, sebab bodoh senang diperguna.

      Delete
    5. Aku tentu tak boleh layan orang yang mengaku otak lemah..
      Aku cuma tolong kesian.
      Aku maafkan sebab ko tak curi billion-billion.

      Delete
    6. Ni lah kelemahan umno.... Yg ada jawatan sahaja Yg blh berbicara... Sekadar ahli biasa dudok diam2.... Anda diperlukan bila ada pilihanraya.... Berubah lah umno...pinjam kata2 pm...dengarlah denyutan nadi rakyat

      Delete
    7. Tahap ini je kd, untuk menutup isu 'lemah otak'? Tak sampai la kd, punch line tak kena. Takpe kd, kalau ko nak lari, aku juga tiada masa nak kejar. Game over.

      Delete
    8. KD, kesian ko tak layan budak yang tahap merayu ni, dah muflis idea...ini mungkin jenis nak pindah kapal kot..

      Delete
  8. Berdasarkan laporan terbaharu, pasukan petugas khas telah membekukan 6 akaun yang dipercayai terlibat, malahan beberapa dokumen melibatkan 17 buah akaun melibatkan dua buah bank juga telah disita dan dirampas oleh pasukan petugas khas.

    Siasatan sedang dijalankan.

    Lihatlah juak-juak Najib sekalian, kalau tak ada masalah, takkanlah pasukan petugas khas boleh bekukan 6 buah akaun, sita dan rampasi dokumen-dokumen melibatkan 17 buah akaun melibatkan dua buah bank.

    Serta terdapat ketidak patuhan terhadap peraturan bank negara oleh bank berkenaan.

    Harapnya juak-juak Najib dapat mengulasnya.

    ReplyDelete
  9. Apa yang paling lawak adalah selepas pendedahan mengenai penyonglapan RM 2.63 bilion wang hutang 1MDB ke dalam akaun Najib di AmBank, terus Najib tuduh Tun Dr. Mahathir sebagai dalang utama dan berkonspirasi dengan Sarawak Report dan Wall Street Journal untuk memfitnah bagi menjatuhkan Najib dari jawatan Perdana Menteri. Tambah Najib lagi, Tun Dr. Mahathir mendalangi dan berkonspirasi itu adalah kerana Najib tak penuhi permintaan peribadi Tun Dr. Mahathir, tanpa Najib menerangkan apakah permintaan peribadi itu.

    Sila Najib buat pengakuan berkanun dan tiru sebijik-sebijik ayat yang dia hentam Tun Dr. Mahathir itu ke dalam pengakuan berkanunnya itu. Bukan apa untuk buktikan apa yang Najib melalak itu adalah bukti kukuh, kalau sekadar melalak tak tentu hala, lembu di padang pun boleh buat.

    ReplyDelete

6ANGKA