Sunday, July 12, 2015

Benda Senang Jadi Susah..


SAJAK TERKINI DARI TUN DR MAHATHIR

AKU AKAN PERGI TAK LAMA LAGI

Bangsa yang merdeka

Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit
Hak memilih, hak mengundi
Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit
Maruah dijual
Bangsa dijual
Tanahair dijual
Segalanya dijual
Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja
Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimpin semakin tamak
Untuk tempat dan kedudukan tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia
Akan kembalikah bangsaku
Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan
Wahai bangsaku
Begitu mudahkah kamu lupa
Aku akan pergi tidak lama lagi
Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak
Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu
Ya Allah lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa
Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu
Kerana Allah
Kerana agama
Kerana bangsa
Kerana negara
Biarlah aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti…

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Julai 10, 2015



Apakah sama ertinya

Tun Dr Mahathir mahu menjatuhkan Najib

Dengan

Tun Dr Mahathir menarik balik sokongan dan minta Najib berundur.

Dakwaan sebegitu jatuh dalam kategori mana..
Fitnah ?
Seleweng ?
Spin ?
Muflis idea ?
Semuanya ?

Mereka sengaja cuba mengelirukan rakyat tentang fakta sebenar kenapa Najib perlu berundur.
Serangan Sarawak Report dan WSJ kepada Najib dari pelbagai sudut sedangkan Tun fokus kepada isu paling besar 1MDB, walaupun nampak sama tetapi motif berbeza.

Pendedahan mereka ke atas Najib adalah untuk memburukan Malaysia, melumpuhkan ekonomi supaya Malaysia tidak capai Negara Maju sebaliknya miskin dan bergantung kepada barat.

Serangan juga mungkin ada kaitan dengan pemenjaraan seorang banduan politik.

Berbeza dengan permintaan Tun Dr Mahathir meminta Najib berundur demi kelansungan kejayaan parti dan kestabilan negara.

Tun lebih awal menghidu wrong doing Najib yang akan dipergunakan musuh untuk memberi tekanan kepada Najib dan seterus menghilangkan keyakinan rakyat kepada umno.

Tanpa teguran Tun pun, serangan luar negara akan berterusan untuk menunjukkan kepada dunia betapa corrupted nya Malaysia dan secar langsung imej Islam akan tercemar. Najib adalah sebahagian legacy Mahathir yang turut musnah.

Kekecohan politik sekarang kerana Najib tidak menerima nasihat tersebut secara baik malah mengambil sikap memburukkan Tun untuk kekal.

Persaolan pokok:
Najib tahu kesalahannya tetapi mengambil sikap menentang kebenaran kerana yakin dia mampu tutup dan perbetulkan kemudian.
Sokongan berkepentingan membuatkan Najib rasa lebih yakin tanpa tahu apa lagi di depannya.

Najib disokong musuh atau kawan !!!

17 comments:

  1. Lain ulu lain parang; lain dulu lain pula sekarang. Amat berbeza sekali penulisan admin sekarang. Amat ketara admin lebih fokus kepada sesuatu topik sekarang dan tidak saperti dulu admin saolah2 saperti saekor helang yang membega untuk menangkap mangsa. Mungkin kerana style penulisan sekarang yang boleh dianggap sebagai pelaris kepada blog admin. Bukan kerana berita yang disiarkan menemui citrasa tapi "feel" yang diluahkan itu yang menjadi tarikan direncahkan pula dengan gaya dan cara penyampaianya. Saya orang tua kampung dan berpendidikan sekolah atap dan telah merasai kepimpinan SEMUA Perdana Menteri yang negara telah melahirkan, tapi masih mampu menerima lojik berita siaran. Terima kasih admin dan teruskan perjuangan mengikut naluri sendiri. Jadikanlah diri berperinsip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul kita hidup mesti ada prinsip , kalau hitam kita mesti kata hitam kalau putih mesti akui putih , Dunia sekarang dah berubah ,yang tak mau ubah kita , Allah swt , mengurniakan akal untuk kita fikir dan nilai , tapi kita lebih suka pada nafsu dan emosi , kalau malas fikir maka kita sentiasa terjerat , dalam isu yang diperkatakan sekarang segala fakta dihampar jelas , hanya kita saja harus akui atau menolaknya , betul kata Tun M Allah tak ubah keadaan sesuatu kaum itu kalau mereka sendiri masih leka dan tak mau berubah ,Jadi kalau kita masih nak kepada kerosakan dan kemusnahan maka dengan membelakangkan yang hak dan amanah silakan , tapi kalau dah tersungkur nanti jangan pula salahkan orang lain .

      Delete
    2. Itulah membezakan KD dengan blogger lain. Dulu sy ada kumen pasal style KD.
      KD menulis mengikut luahan rasanya pd masa dia menulis blognya.
      Dan kekita jugak byk berbeza rasa, kdg2 sama kdg2x tidak.
      Sebab itu sy kuat berpegang prinsip saya, biar berbeza pendapat, jgn kita berpecah kesatuan.
      Siapa betul, kita akan jujur meminta maaf, kalau kita pula betul, jgn kita caci maki dan menyindir2x mereka.
      Kita bukan sentiasa betul.... Kdg2 buat silap sana sini, tapi jgn menuding jari ke arah org lain untuk menutup kesalahan dan kelemahan kita.

      Kes Najib dan 1MDB sy malas nak bgi pendapat lagi, apa KD luahkan, apa Tun M nampak yang tersurat dan tersirat sebagai orag politik dan bekas PM, sebenarnya bahaya sedang menanti kita disebbkan 1MDB ini.. Saya jugak spt tuan2x berpendapat Najib telah diperangkap dalam kes 1MDB oleh proksi zion2x yahudi yang menjadi punahsihatnya.

      Kita juga faham, Najib sedar dia telah/sedang diperangkap dan dia jugak sdg cuba memperbaiki dan menutupnya tapi masalahnya persepi rakyat sudah berbezaa. Rakyat telah menjadi musuhnya pada masa ini. Sebarang ckp dia, temberang dia rakyat mencemek dan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Bukankah ini bahaya kpd pemerintah (UMNO). X pasal2x rakyat benci dgn UMNO padahal kes Najib adalah kes peribadi dia dengan 1MDB sbb perjalanan 1MDB nipun menteri2x dan MT UMNO pun tak berapa jelas dan tahu sgt pada awalnya. BIla Tun M sound dan gegar, baru mereka terpinga-pinga.

      Tapi sy juga percaya, kaum kita (Melayu) sedang menanti takdirnya sendiri. Kita orang melayu di seluruh nusantara ini akan menjadi tembakan terakhir sebelum NWO.
      Malaysia dan Brunei sahaja yg masih degil, tapi Najib dan 1MDB telah memberi peluang untuk mereka memulas PM dan negara kita. Brunai pula cuba dihodohkan dengan hududnya.
      Apakah tujuan akhirnya mereka? Mereka berharap rakyat marah membuak2x, berbenci2x dengan pemimpin dan kerajaan mereka dan akhirnya rakyat mereka yang menjatuhkan kerajaannya sendiri.
      Mereka menyangka2x kes MH370 dan MH17 akan membuat rakyat memberontak, tapi ALLAH punya kerja, kita semua kaum bersedih dan tenang sahaja. Jadik misi mereka GAGAL lagi.

      Tidak perlu bom atom dan nuklear daripada Israel & USA. Kerajaan yang tak stabil dan mengikut telunjuk mereka ini akan menjadi hamba abad baru. Mereka telah mengkaji perangai bangsa kita sekian lama dan tidakkah tuan-tuan merasa aneh kenapa ada Israel di selatan negara kita?
      Mereka ada satu rahsia dan sebab itu mereka memantau orang melayu kita.

      Ditambah agenx bermuka-muka bermata sepet yang ada campuran darah yahudi khazar ini. Dan ada darah orang melayu campur yahudi juga, yahudi keturunan baik2x.. Sebab itu ada kaum yahudi miniroti di israel memanggil kita sebagai saudaranya dan menyeru2 kita pulang ke tanah asal kita

      Israel bukan yahudi asal.... bukan dari keturunan bani Yaakob. Harap tuan maklum. Yahudi yang baik juga spt kita (org melayu) sedang ditindas di negara mereka. Skrg harap tuan faham, kenapa dah hampir 58 tahun merdeka, masih byk lagi org melayu kita mundur dan miskin. Ingat, Israel tidak akan membenarkannya sptmana mereka tidak akan membenarkan yahudi asal hidup lebih baik dan cerdik dprd mereka.

      Delete
  2. Bila mentaliti CASH IS KING, bila ditabur dengan dua tiga ringgit pun berkerumun menjadi pecacai Najib.

    Malahan pendirian Najib menggunakan CASH untuk mendapatkan sokongan akan menjadi bala bencana kepada kerajaan di mana jika rakyat sudah di tanamkan dengan pemikiran CASH IS KING, bila ada CASH ada sokongan, bila tiada CASH, sokongan pun tak adalah. Sampai bila kerajaan boleh gunakan CASH untuk beli sokongan rakyat? Kerana sekarang ni pun lihatlah, kerajaan dah tak cukup CASH untuk beli sokongan rakyat, maka dikenakan kepada rakyat Cukai Barang dan Perkhidmatan. Sekarang ni peminta sedekah pun kena bayar cukai, lihatlah betapa cacamarbanya Najib sekarang ini, dia sendiri dah tak boleh kawal kerosakkan yang berlaku, tapi dia sibuk nak berpaut pada kuasa lagi.

    Tapi juak-juak Najib ni masih kemaruk dengan CASH IS KING, mereka menyokong membuta tuli, dengan hanya dua tiga ringgit dilempar ke muka mereka, maka mereka ketawa riang dan girang berkemurun menjadi pecacai Najib tanpa mempedulikan apa yang mereka buat itu.

    ReplyDelete
  3. Najib mempunyai dua pilihan.

    Pertama menjadi orang yang bertanggungjawab dengan memikul segala kerosakkan yang berlaku demi menyelamatkan UMNO dan Barisan Nasional supaya terus menang dalam PRU 14,

    atau

    Kedua mempergunakan kedudukan beliau dalam Barisan Nasional dan UMNO untuk beliau terus berkuasa hingga PRU 14 dan UMNO dan Barisan Nasional tumbang dalam PRU 14 kelak.

    Setakat ini apa yang kita dapat lihat adalah Najib sudah tidak pedulikan apa terjadi kepada Barisan Nasional kerana dia hanya pentingkan dirinya sendiri sahajalah.

    ReplyDelete
  4. Isu Low Yat lebih penting. Melayu sedang dihalau oleh puak DAPIG. Jom kita bersatu dan sokong Dato Najib untuk kebaikan orang Melayu. Isu 1MDB boleh diketepikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 2 penting bro....yang penting orang melayu tgh tunggu kenyataan bangang menteri umno dalam kes low Yat ni!!!!

      Delete
    2. Utk papagomo,

      Aku salute keberanian kau bila berdepan dgn beruk beruk PR , aku juga ahli umno smpi ke tulang tetapi pada masa yg sama aku tak dapat nak menyokong kepimpinan lembik najib..ini perasaan dan hasrat akar umbi dan simpatisan umno..

      Delete
  5. Najib sebenarnya sudah tak ada jalan keluar atau jalan untuk berpatah balik kerana setelah dia degil tidak mahu mendengar nasihat dari Tun Dr. Mahathir sebelum ini.

    Dengan kerosakkan yang makin banyak yang dibuat oleh Najib terhadap negara ini, terutama penyelewengan di dalam GLC dan badan berkanun, maka sudah tak ada jalan keluar atau jalan berpatah balik kerana apa yang yang dibuat oleh Najib ini sudah merebak dengan begitu teruk.

    Samada Najib mengambil peluang dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri untuk terus selamat hingga hari pengundian PRU 14 dan dia larikan diri ke luar negara serta biarkan Barisan Nasional hancur lebur dan menjadi bahan caci maki serta penghinaan oleh puak PKR, PAS, dan DAP,

    atau

    Najib memikul segala kesalahnnya itu sebagai seorang pahlawan sejati demi menyelamatkan UMNO dan Barisan Nasional.

    Najib perlu sedar bahawa dia sekarang ini sedang mengkhianati UMNO dan Barisan Nasional, kerana dengan wadah UMNO dan Barisan Nasional inilah dia mampu naik ke jawatan Perdana Menteri, tetapi lihatlah apakah balasan Najib kepada UMNO dan Barisan Nasional sekarang ini?

    Najib terlalu ego, dan keegoannnya yang melampau itu telah merosakkan dirinya sendiri. Dia tak harus menyalahkan orang lain, dia harus menyalahkan dirinya yang melakukan kerosakan kepada negara, serta pengkhianatan terhadap parti.

    ReplyDelete
  6. Papagomo, isu Low Yat itu adalah berpunca dari 1Malaysia yang liberal, dahulu tak ada kejadian sebegini, kerana rakyat Malaysia tahu hormat menghormati kerana anasiri-anasir yang nak menghasut supaya bersikap rasis akan ditangkap, tetapi di zaman Najib, ISA dimansuhkan, malahan anasir yang menghasut rakyat bersikap rasis dibiarkan.

    Jangan tengok isu Low Yat sahaja, tetapi lihat juga isu penghinaan oleh Patrick Teoh, Melissa Gooi, Alvin dan Vivian Porno, Namewee, ada Najib ambil tindakan? Tindakan liberal kononnya hak asasi yang bodoh beginilah menyebabkan puak-puak DAP naik tocang menghasut orang-orang Cina dan India supaya membenci orang Melayu, tapi di pihak kerajaan masih buat bodoh kerana masing-masing menjaga kedudukan tanpa mempedulikan apa yang berlaku kepada negara ini.

    Dalam isu Low Yat ini juga, lihatlah tindakan pihak berkuasa seperti kenyataan oleh Pengarah KPDNKK Wilayah Persekutuan yang menyatakan bahawa pihaknya memang menyedari dan menerima aduan, tetapi mereka perlu membuat risikan. Masalahnya di sini isu ini dah lama, bukan di Low Yat sahaja, tapi di Petaling Street, di pasaraya, bersepah-sepah kedai VCD, DVD, Permainan Video, peralatan komputer serta telefon bimbit yang cetak rompak dan tiruan bebas dijual sesuka hati oleh peniaga yang tamak itu, takkan para penguatkuasa tak pernah ke pasaraya, takkan mereka tak pernah nampak, tetapi kerana hanya sekadar bekerja untuk makan gaji, cukup bulan dapat gaji, tapi kerja macam haram jadah, tak ada gunanya, lebih baik ambil beruk jadi penguatkuasa kalau sekadar kerja nak dapat upah tanpa bekerja dengan betul, malahan lagi teruk ada yang jadi dalang melindungi penjual barangan cetak rompak dan tiruan itu dengan habuan beribu ringgit setiap bulan, oleh itu lebih elok letak beruk jadi penguatkuasa dan pegawai KPDNKK kerana sama jugalah, bukannya beruk tu buat kerja pun, hujung bulan nak gaji (pisang), tapi paling kurang beruk tu tak makan rasuah.

    Memang keras tulisan saya ni, kalau nak terasa tu, iku sukalah, kerana siapa makan cili, dia terasa pedasnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Menyaran poenggunan senjata adalah salah di bawah Kanun Acara Jenayah.

      Delete
  7. isu loyat tak ada kait dengan 1mdb. isu loyat terpisah daripada politik. bila masuk bab politik, melayu cuma tunggu arahan pemimpin. tapi bila masuk bab tepon, tak ada kena mengena dengan politik. kira kalu main bangsa, kita hayun sebab pemimpin politik tak ada. dah lama dah melayu kena hina, antaranya pemimpin umno tukar nama jadi ahjibgor, pemimpin umno bawa masuk budak cina yang hina melayu, agama dan negara ke dewan parlimen pakai baju t, melayu dah kena hina bila khutbah jumaat pun kena tukar kerana ada yang terasa dengan teks khutbah, nak guna nama Allah swt pun tak dapat dipertahankan kerana undi, deb pun jadi isu, dan banyak lagi. semua itu kait dengan pemimpin politik melayu. so, kita tunggu pemimpin yang bertelur. tapi malam tadi, bab tepon, tak ada kena mengena dengan politik. 1mdb salah laku guna kuasa dan keberhutangan yang tinggi. berbeza, jangan alih isu.

    ReplyDelete
  8. Isu lowyat mmg takde kaitan politik. Tapi isu loyat tu lah alamat Najib dah hujung nyawa. Dulu Tunku benda2 mcm ni lah jadi punca Tunku disingkirkan. Kegagalan mencari penyelesaian. Gagal mengawal nafsu diri dan emosi melayu. Bila Tunku byk pro barat dan dibela towkay cina.
    Kisah 1 mat rem curik telepon kemudian repeat dgn 7 kawan dia dan kene lauk ramai2 dgn peniaga cina hanya satu kiasan. Curi mmg salah, tapi bila dia dilauk itu tak adil. Kalau Jho Low sah bersekongkol dgn Najib curi usd500 juta melalui 1mdb boleh tak orang melayu lauk dia ramai2? Di satu sudut lain pulak budak tu curik hp dan pusing cerita pada kawan2 dia utk revenge balik boleh dianggap fitnah. Kalau Najib pulak sah ambik duit negara usd700 juta melalui 1mdb tanpa pengetahuan kabinet patut ke PDRM, UMNO bela dia? Takpelah kita tunggu keputusan repot yg taktau bila nak selesai. Nak pukul dia mmg tak layaklah walaupun nilai kehilangan duit tu besar. Dia pun tak cakap dia tak ambik, hanya dia cakap bukan utk kegunaan sendiri.
    Tapi memang betullah apa Rosmah cakap fitnah, tipu, curi besar dosa dia. Habis huruhara negara dgn fitnah semua lapisan masyarakat. Fitnah golongan pemimpin paling bahaya.
    Macamana pun keganasan tak dianjurkan dlm Islam. Penganiayaan juga mesti dihapuskan. Mungkin byk perkara tersirat di sebalik kejadian tu yg harus difikirkan utk pengajaran semua.

    ReplyDelete
  9. Bermula dgn Sabah kena ceroboh
    MH370
    MH17
    Banjir kuning
    1Mdb
    Gempa bumi di sabah
    Kubur Rohingya
    Nilai Duit jatuh
    Kapal tangki dirampas
    Low Yatt Plaza pertempuran melayu cina

    esok-esok????

    bila pulak giliran panglima bugis???

    ReplyDelete
  10. Terima kasih Malaysia maju
    Aman makmur indah permai.
    Bukan mudah buat bangsa bersatu
    Tiada bermakna tanah digadai

    Syukur alhamdulillah kami merdeka
    Berkat juang orang penyabar
    Bijak berfikir langkah pendekar
    Juga berani berkata benar

    Namun ugama pegangan hidup
    Jangan di olah menjadi untung
    Bila diubah banyak melingkup
    Awalnya cantik rosak dihujung

    Adat lama jangan dilanggar
    Walau maju mengejar dunia
    Melanggar hukum dikira ingkar
    Walau dunia harum namanya

    Kalau nak maju harus berfikir
    Quran lama jangan di baru
    Bila di ubah banyak yang kafir
    Tak kenal roh mengikut nafsu

    Allah satu tiada dua
    Quran satu tiada beranak
    Pedoman pemuda pada yang tua
    Bila berubah rosaklah akhlak

    Budimu tuan akan kusanjung
    Jasamu tetap jadi ingatan
    Perjuanganmu tuan pasti bersambung
    Anak melayu menegakkan kebenaran.

    Kehendak Allah siapa yang tahu?
    Qudrat Iradat kami pohonkan
    Allah memerintah Dia berilmu
    Menguasai alam dengan ciptaan.

    Jawapan pada negarawan.

    ReplyDelete

6ANGKA