Monday, November 20, 2017

PH KENA MUHASABAH DIRI

Walaupun dilaungkan pendaftaran PH belum diluluskan sebagai petanda Najub takut memang tidak diragukan tetapi ia tidak menyelesaikan masalah dan ROS mempunyai sebab yang jelas untuk tIdak meluluskan.

Kekecewaan kerana Menteri Dalam Negeri tidak ada "di dalam" untuk ditemui dan kegagalan pihak ROS memberi jawapan awal kekurangan permohonan tersebut bukan patut dijadikan alasan, salahkan diri sendiri.

Semua pemimpin sebok "berpolitik" hingga lupa tugas tanggungjawab dan kerja yang perlu dibuat dan disempurnakan. 

Segala dan semuanya mahu bergantung kepada Tun hingga soal membuat susulan permohonan kepada ROS pun perlu tungu Tun. Apa tugas sekretariat dan setiausaha agung PH, goyang telor?

Begitu juga kegagalan PPBM mengujudkan cawangan, bahagian dan Mesyuarat Agung juga sangat mengecewakan. Kalaupun kecil dan tiada jutaan ahli itu bukan satu kelemahan.

Memang sudah ramai yang malas berparti tetapi sanggup memberi sokongan dalam bentuk lain.
Hatta perjuangan Tun sendirian melalui blog che det pun sudah mengoyangkan umno.

Apa Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung buat???
Apakah Muhyiddin dan Mukhriz masih "lembab" seperti di dalam umno dahulu..

Hakikatnya di PPBM sendiri musuh dalam selimut sentiasa berkeliaran dan mereka merupakan jerat yang dipasang dan tidak pernah melupakan mangsa walau sesaat.

PPBM boleh runtuh dan hancur bila bila masa sebelum PRU atas perancangan kuasa dan duit sekaligus merosakan ikatan  PH dan Tun akan dipersalahkan sepenuhnya.


Di PH sendiri masih ada puak yang merasakan mereka paling suci dan dewa untuk Tun minta maaf.. Mereka masih simpan dendam untuk salahkan dan burukan Tun.

Tak buat kerja, lengah dan lewat dalam memenuhi kehendak ROS juga satu pengkhianatan kepada perjuangan Tun dan pengkhianatan kepada harapan rakyat.






Ketidakstabilan pemimpin umumnya datang dari PPBM kerana sebahagiannya masuk ke parti tersebut atas kwcewa dan mereka inilah mudah disogok. Sangat sedikit berjuang atas keikhlasan dan kesedaran.

Teras sebenar PPBM adalah dari bukan ahli tetapi rakyat biasa seperti kami yang tidak ada kepentingan diri sekadar mahu melihat perjuangan nilai Islam seperti amanah dan akhlak terpacak di bumi Malaysia.


Asal bukan.ummo
Aamiin..


# Shahrudin akan disasat sebagai amalan biasa atas aduan 8 Ketua Bahagian PPBM Johor.

29 comments:

  1. Wang buat tutup kebenaran..bila diuji dgn wang dn wanita pasti sukar nk tolak..tiba2 buat sidang media kononnya hilang kepercayaan terhadap parti padahal dlm bank duit berkepul2..💰💴🚽💵💸

    ReplyDelete
  2. Maka benarlah kata-kata S.Buloh, P.Andan, K.Amanah, P.Roket, M.Arang dalam ceramah-ceramah mereka.

    - Ada ketua penyangak
    - Ada bapak rasuah
    - Ada bapak kroni

    Dalam pakatan yang merosakkan kepercayaan penyokong-penyokong. Ia umpama kudis buta yang mesti dibuang seperti bekas presiden itu.

    Itulah hakikatnya.

    ReplyDelete
  3. Kah.... kah.....kah.... Nak tergelak aku dengar PH salahkan ROS. Kalau PH memerintah Malaysia nanti jangan hairan ia akan menyalahkan semuanya keatas "kerajaan terdahulu". Senang sungguh ye, habis semua rakyat di perbodohkan nya, maka yg memangkah PH lah dua kali bodohnya....Di kelentong bulat bulat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RON95 dah asyik naik, nak salahkan siapa? Bila boleh merasa RON95 RM1.30/liter?

      Delete
  4. Kita kasi sikit bola canggung pada pecacai, tengok pansai berhujah ke atau tidak atau masih pemikiran tahap longkang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda basic pun mantan madey boleh lupa gak ke? adui.....

      Delete
  5. Ceh... Ceh...bagi bola canggung la konon. Dalam PPBM ada mantan PM yg memerintah 22 tahun, ada mantan TPM, ada mantan MB dan macam macam lagi mantan, oopp.... lupa pulak mantan wartawan yg serba tahu. Tapi keperluan undang undang bawah akta pertubuhan pun boleh "terlepas pandang".
    Tak yah nak tunjuk bagus le.

    ReplyDelete
  6. Setakat tu je ke, itu aku dah ulas, hujah bagueh la sikit, baru berbalui dengan upah dedak..kemonn la

    ReplyDelete
  7. Bro KD,

    Hanya pihak yang lemah pada substance sahaja yang perlu bergantung kepada isu-isu teknikal utk tidak berhadapan dnegan kekalahan (padahal mereka tidak pula menang dan tidak mampu pun untuk menang).

    Lagi pula, kalau teknikal pun, isunya ialah sama ada perlembagaan telah dilanggar. Kalau tidak dilanggar maka ia bukan pun isu undang-undang melainkan isu pengurusan semata-mata.

    Apabila tiada cawangan yang didaftarkan, maka bagaimana mahu adakan mesyuarat cawangan. Ini isu pengurusan semata-mata.

    Yang dilanggar ialah sekiranya melakukan sesuatu yang bertentangan dengan peruntukan perlembagaan. Contohnya, cawanagn yang tidak sah hadir dan mengundi di peringkat bahagian.

    Kalau teknikal, maka rasanya UmNO juga telah melanggar syarat pendaftaran apabila menggugurkan perkataan 'baru' di belakangnya.

    Kalau betul isunya adalah berkenaan teknikaliti, kenapa selepas sekian lama, tiada sebarang surat ROS menjawab kepada permohonan pendaftaran PH dan sebab-sebab ia tidak boleh diluluskan.

    Hanya apabila Tun pergi barulah nak bagitau itu dan ini. Semua itu adalah taktik orang2 beralasan.

    Dan di dalam masa yang sama para pendedak disuruh bangkitkan isu PH masih belum pun berdaftar.

    Lidah bercabang, mereka yang sekat pendaftaran, tapi disuruh A9 berasakan dengan PH yang masih belum didaftarkan.

    Sudahlah beralasan di peringkat atasan, memutar lidah pula di peringkat dedak bawahan.

    Tapi bagi saya tak mengapa kerana kesemua haru biru, beralasan dan memutar belit mereka ini akan menjadi bukti kewajaran kebinasaan ke atas mereka kelak.

    Seperti yang saya katakan pada bbrp entry sebelum ini, apabila Najib tumbang kelak, apa yang berlaku ke atas Marcos dan Mugabe akan kelihatan ringan.

    Firaun sungguh tidak tumbang dari persada kuasa, sebab ia mati dalam keadaan masih berkuasa.

    Pada akhirnya Allah swt telah menyelamatkan Firaun daripada apa yang ia takuti dan hadapkan ia dengan apa yang ia kelihatan amat berani untuk berhadapan. Apakah itu?

    Firaun amat takut kerajaannya tumbang di tangan Nabi Musa As, tapi ia kelihatan amat berani dengan Tuhan Nabi Musa as (sudah tentu Tuhannya juga dan Tuhan sekalian alam). Maka akhirnya ia diselamatkan dari apa yang ia takutkan itu utk berhadapan dengan apa yang ia kelihatan amat berani sekali.

    Secara teknikal mahupun hakikat , Firaun benar-benar tidak pernah jatuh dari kekuasaan. Ia hanya meninggal dunia dan meninggal dunia itu pun adalah lumrah kehidupan manusia.

    Oh ya, tapi jangan lupa, Firaun tidak dibinaskaan seorang diri sebaliknya Firaun membawa bersamanya konco-konconya sekali ketika ia binasa.

    Sesungguhnya di dalam kisah mereka itu ada pengajaran bagi orang-orang yang mahu menggunakan akal.

    Sama-samalah kita mengambil iktibar.

    Wallahu a'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perghhh merapu rapu lg. Mula dimukadimah nk bela PH.. Pastu mesti nk fitnah UMNO. Berjela jela tuuuuu...

      Sokong membabi buta je macai sekor ni.

      Tanya diri kau.. Apsal la bebal sangat tak follow up lepas mohon pendaftaran?? Apsal biarkn je.? Tp baru sekarang boleh pulak nk follow up?? Pastu beralasan nk salahkn semua org. Puak kau tu yg bebal sgt.. Benda kecik cmni pun tak mampu nk urus..pastu ada hati nk urus negara? Mampu ke? Kau yg bebal ni pulak asyik nk beralasan dn menipu je keja kau ni.

      Dulu dn hingga kini kau duk gempak yg rakyat bersama semua Madey.. Mana? Mana? Mana sokongan yg ramai tu? Ek eleh.. Kau temberang kan? Ngaku jela kau ni kaki kelentong..
      Keja kau menipu je siang malam. Cawangan pun tak terurus dn xde..lg nk sembang kencang. PH dh makin celaru dn Munge dh haru biru. Nk nafikn lg.?

      Aku nasihatkn kau pegi la jumpa pakar.. Dh terlalu kuat kau menderita "Denial Syndrome" ni.. Aku kesian kt kau yg hidup dlm kebebalan dn penafian semata mata. Berubat la.. Tak semua orang bebal mcm kau.

      Delete
    2. Sokong membabi buta tu mereka yg dpt power bank pasir.

      Tanpa follow up ROS tak boleh bagi jawapan ke? Katanya good governance & good service delivery.

      Sokongan ramai yg kau tanya tu ada dalam mimpi DS Najib. Kalau dah tau PH tu lemah cepat2 lah buat PAU & PRU. Kenapa mesti berlengah?

      Org yg bebal ialah mereka yg dpt power bank pasir.

      Delete
    3. Virgo muncul lagi sebagai anon di 3:20.

      Seperti biasa ia hanya mampu menjawab tetapi tidak menyangkal.

      Level dedak A9. Hanya penuh cerca dan nista dan ilmu mahupun fakta.

      Delete
    4. Pembetulan :-

      Level dedak A9. Hanya penuh cerca dan nista tanpa ilmu mahupun fakta.

      Delete
  8. Akhirnya komentar dari pro PH seperti jhon doe juga melintarkan hujah yang bernas...

    Sekejap lagi adalah yang maki hamun hilang akal bila kalah berhujah.

    Syabas john doe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bernas atau beralasan? Tunjuk bebal sebenarnya tu.

      Delete
    2. Yg bebal tu, mereka yg pulun copy & paste. Sdra John Doe dah guna otak. Boleh jer otak dia berfungsi karang sendiri tanpa copy & paste.

      Delete
    3. Syabas juga kepada bro KD yang komit dengan perjuangan di alam siber anon 4:09 dan semua rakan2 seperjuangan.

      In shaa Allah kita pasti akan menang dalam perjuangan ini.

      Delete
  9. Sebab terlajak pandai.... dicadang kan John Doe masuk bertanding kerusi parliament dlm PRU14 nanti. Kalau menang boleh lah jadi menteri dan tunjuk lah kepandaian sebagai Menteri. Panjang berjala merapu kat sini sikit pun terkesan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab terlajak pandai terus lantik jadi speaker lah Dewan Rakyat lah. Speaker yg ada pun tak boleh harap.

      Delete
    2. Terima kasih kepada saudara anon 3:30 kerana secara konstraktif telah mencadang dan menyokong saya menjadi ahli Parlimen.

      Saya orang biasa saja dan tidak muncul di sini kerana mengharapkan ganjaran mahupun jawatan duniawi. Sekadar mahu memperingatkan dan membantu menjelaskan kekeliruan sesetengah ahli A9 yang masih keliru dengan pilihan mereka dan menyangka dedak mereka itu adalah upah melakukan sesuatu pekerjaan yang baik, seperti saudara lah.

      Ada pula bagi si Virgo, ia memang sah tidak lagi keliru. Sebaliknya ia telah membuat pilihan yang tekad.

      In shaa Allah yang keliru akan menjadi jelas apabila tiba masanya.

      Delete
  10. Kesian aku tengok Tun M ni, ke hulu ke hilir punya la nak jatuhkan Najib walaupun usia sudah senja. Biarlah yg muda muda meneruskan pengurusan negara ini baik sebagai kerajaan atau pembangkang.
    Kesian aku tengok dia ni. Akhir akhir ini kempen dia dah macam tak de sambutan lagi. Mana tak nya, dah tiga tahun dok ulang siar cerita yg sama. Lebih baik buat tape banyak banyak dan mainkan di ceramah2 sebab cerita nya semua sama je.

    ReplyDelete
  11. Hakikatnya, Umno najib berasa gerun melihat sokongan rakyat yg jitu dan kekuatan di miliki PPBM,

    Kenapa umno najib perlu takut?

    Luluskan sahaja pendaftaran pakatan harapan, najib semakin hari dilihat semakin cemas dan ketakutan, tiada lagi wajah selamba bodohnya.

    Sebaliknya, najib semakin ketakutan, caca merba, rosmah di minta beri tarikh PRU, dengan tenang rosmah memberitahu kepada umum julai 2018 adalah tarikh PRU akan datang.

    Jelas dan terang Rosmah sebenarnya lah memberi keputusan dan ini
    mengembirakan abdul azeez abdul wahub, manakala rakyat berterusan dianaiya dan di zalimi.

    ReplyDelete
  12. Anon 4:47 AM ni kelentong je lebih.

    ReplyDelete
  13. Inilah taktik umno najib hari ini, taktik gestapo digunakan,mencari kesalahan teknikal untuk menyusahkan parti lawan.

    ReplyDelete
  14. Anon 5:09AM...... keseluruhan cerita anon 4:47AM tu kelentong semuanya. Memandai rekacipta je.

    ReplyDelete
  15. Macai, kami dah tidor baru nak letak komen ker?

    Ingat ye macai, kami ni nak cari rezeki halal, bukan mcm korang.

    ReplyDelete
  16. sistem doktrin payung.Bila minyak dimahakan, Ayahanda KB dan koncu akan keluar dgn program 1000 moto bawah 150cc minyak free sehari.
    Sistem Doktrin payung naung penting dijalankam bersama cabut bulu ayam, dedak ditabur.

    Rakyat keseluruhan perlu dususahkan (induced poverty),dan bantuan dan,projek2 disalurkan oleh Ayah2 kpd target terpilih.
    Disamping penasingan bangsa,momokan agama, sukatan2 kesusahan perlu diubat bantuan. Ini menjadi hukum utama UmnoBN.
    Lagi byk yg susah, lagi byk yg blur disedut akalnya, maka lagi berjaya Umnobn, direstui Pas.

    ReplyDelete
  17. Seronok tengok Puak MahaKUTTY buat perangai MUDAH LUPA depan ROS

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...