Thursday, September 19, 2013

Pemimpin sudah bertukar kiblat..

Semuanya gara gara UMNO terhakis dan hilang kuasa majoriti politik negara. Dan lebih penting di UMNO sendiri, pemimpin sudah bertukar kiblat - dari Melayu kepada liberal. 

DAP dilihat berjaya dan berkuasa kerana di apungkan oleh PKR dan PAS. Mengapungkan DAP sebagai dominan boleh diambilkira sebagai kejayaan dan kemenangan utama PAS dalam sumbangan akidah dan politiknya.
 Dan lebih penting di PAS sendiri, pemimpin sudah bertukar kiblat - dari Islam kepada liberal.

Perebutan jawatan dalam UMNO sekadar pembaziran masa jika yang menang juga tidak mampu mengembalikan kuasa Melayu dan Islam. Walaupun mungkin samudin tewas tetapi suasanyanya tetap melahirkan Naib Presiden yang berwatakan samudin.

Jika dalam PAS, suara ulama sudah mula terpinggir maka apa kurangnya di UMNO, kuasa untuk utamakan Melayu dan Islam makin jauh di sanubari mereka. Apakah PAS lebih ulama jika melahirkan 1000 watak seperti Nik Aziz.

Pemimpin PAS dan UMNO sudah sama - yang mereka kejar ialah jawatan untuk kuasa dan harta. (Dulu boleh le jugak puak PAS kutuk UMNO sebagai asabiyah, tetapi sekarang..depa lagi teruk) Mereka dapat apa yang mereka mahu tetapi masih belum cukup. Mereka berlumba sesama mereka.

Oleh itu jika saban hari dalam pelbagai situasi, Melayu dan Islam dihina dicaci diperbodoh maka senerio itu adalah sekadar menunjukkan kegagalan pemimpin dan bangsa Melayu yang sudah mula diruntuh. Tidak perlu salahkan orang dan kaum lain kerana kesilapan terbesar datangnya dari kaum sendiri - MELAYU

UMNO dan PAS perlu belajar dari Al Arqam bagaimana memajukan ekonomi ummah untuk dipandang tinggi kalau malas sangat nak selak sejarah kejayaan Rasulullah dalm perniagaan.

Harapan yang diletakkan terlalu tinggi kepada Mukhriz dari sebahagian besar orang Melayu dan Islam di dalam atau di luar UMNO adakah hanya satu imaginasi sahaja? 




..

1 comment:

6ANGKA