Monday, September 9, 2013

Anwar Najib tolonglah telus dengan rakyat..

Ku Li Cabar Menteri, Bekas Menteri Isytihar Harta

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa kerajaan agar mewajibkan para menteri dan juga bekas anggota Kabinet mengisytiharkan harta demi menangani rasuah.
"Semua menteri termasuklah saya perlu isytihar harta mereka. Pastikan semuanya isytihar harta mereka.
"Kita tengoklah apa yang kita ada dan tidak ada dan kita bagi rakyat nilai memandangkan kita ini adalah kepunyaan rakyat," katanya.
 ...


KUALA LUMPUR 5 Ogos – Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) menyokong desakan agar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengisytiharkan harta masing-masing.
Pemimpin KITA Kedah, Zamil Ibrahim berkata, langkah itu penting bagi membersihkan nama mereka berdua daripada dikaitkan dengan ‘urus niaga’ sulit seperti didedahkan 6,000 surat misteri yang diedar di sekitar Permatang Pauh.
“Anwar dan Karpal perlu berani mengisytiharkan harta dan semua akaun bank sama ada di dalam mahupun di luar negara sebagai satu tindakan untuk membuktikan kepada rakyat bahawa mereka berdua ini bersih dan telus.
“Tindakan menyembunyikan harta dan akaun-akaun bank hanya akan menunjukkan wajah sebenar tokoh pembangkang sebagai hipokrit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Pengerusi Kerusi Undang-Undang Jenayah, Jawatankuasa Peguam Negeri Pulau Pinang, Ranjit Singh Dhillon mendesak Anwar dan Karpal mengisytiharkan harta masing-masing bagi membersih nama dalam isu tersebut.
........



Pengerusi kebangsaan DAP menyeru agar pemimpin dalam Pakatan Rakyat mengisytiharkan harta masing-masing seperti yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan Pulau Pinang.
Katanya beliau sanggup berbuat demikian dan meminta ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk melakukan perkara sama.

Tambahnya, semua pemimpin Pakatan baik anggota exco, ADUN atau ahli majlis harus mengisytiharkan harta mereka.

"Saya sentiasa menyokong amalan ini. Dalam khidmat awam, kita mesti sedia dinilai oleh orang awam dan pengundi semasa memegang jawatan,” kata MP Bukit Gelugor itu.

Kataya, beliau menunggu tarikh yang akan ditetapkan oleh ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk mengisytihar hartanya.

No comments:

Post a Comment

6ANGKA