Wednesday, September 18, 2013

Mukhriz masuk perangkap!

Kenapa Mukhriz perlu terburu-buru untuk bertanding Naib Presiden UMNO?
Apa sumbangan Mukhriz terbesar setakat ini semasa menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Luar Negeri dan kini Menteri Besar Kedah.

Kalau kita ambil perbandingan, Khaled Nordin lebih sesuai dan berwibawa untuk bertanding Naib Presiden melihat kepada keberkesanannya semasa memegang Timbalan Menteri, Menteri, Exco Negeri dan kini Menteri Besar. Malah Khaled begitu stabil dan sabar dalam berpolitik dalam meniti ke jawatan sekarang.

Mukhriz wajar membuktikan dirinya terlebih dahulu sebagai seorang politik yang mahir dan berpengalaman dan pentadbir yang berkesan dan yang paling penting mampu tidak dibayangi kehebatan bapanya. Mukhriz tidak harus terburu-buru dengan kegahairahan yang disekelilingnya berharap untuk dia bertanding kerana mereka, penyokongnya juga mempunyai agenda tersendiri dan tersembunyi.

Adalah lebih baik Mukhriz membantu akram sanusi untuk menang bertanding dengan KJ.

Apa Mukhriz nak terjun? Apa jasa Mukhriz di dalam perjuangan UMNO dan Barisan Nasional terutamanya UMNO Kedah? Mukhriz cuma dapat menjadi Timbalan Menteri MITI, - Apa jasa Mukhriz didalam MITI? Berapa Banyak Funds yang berjaya di bawa masuk oleh Mukhriz ini?

Ini tidak Lain - Hanya Kebergantungan Yang Amat Keterlaluan kepada Tun Mahathir. Apa kita nak biar UMNO ini jadi Trade Mark Hak Milik Mereka-Mereka Yang Berkepentingan Sahaja?

Apa tidak ada orang Lain selain Daripada si Mukhriz nie seramai yang ada di dalam UMNO.

Ini kerana si Mukhriz Nie TAK LAYAK LANGSUNG, dia Tak layak dan tak pernah layak BUAT MASA INI.

17 comments:

  1. mintak maaf bang oi!!! bertanding atau tidaknya seseorang itu adalah hak peribadi serta semangat dan keberanian yang kental. UMNO adalah parti yang demokrasi dan sesiapa saja yang ingin bertanding, asalkan layak bolehlah dilakukanya. khidmat serta bakti kepada parti, hanya orang UMNO yang menjadi perwakilan saja yang menentukan. bukan kah baiknya kita sebagai orang luar, lihatkan saja atau memberikan peransang kepada sesiapa saja yang bertanding, sebab mereka mereka itu ada keberaniah. kalau nak dikira belum masanya, takkan pulak nak tunggu sehingga UMNO tersembam dan kalau yang sudah banyak berjasa itu, kalau berani, masuklah gelanggang. tak elok pulak nak dikaitkan dengan individu yang lain pulak. maknusia punyai pendirian sebab kalau dah tak nak, dibuat macamana pun tetap tak jadi.

    ReplyDelete
  2. Hak mutlak Mukhriz untuk bertanding sebagaimana hak mutlak ahli UMNO untuk memilih pemimpin mereka. Kenapa nak persoalkan pulak? Kenapa tak persoalkan kenapa Hishamudin masih mahu bertanding? Budaya cantas mencantas ni la yang rosakkan UMNO. Kata nak tranformasi UMNO tapi bila tiba waktu pemilihan, ada pulak pantang larangnya - orang ni boleh, orang tu tak boleh. Siapa sebenarnya yang memilih? Ahli atau pemimpin yang sedia ada sekarang?

    ReplyDelete
  3. Apa2 pun aku tetap sokong mukhriz bertanding..lantak kat kau la nak kata apepun yg pasti aku akan undi mukhriz masa pau nt..tak yah le nak baking sape2..kata demokradi..masuk bertandingla kalau berani..

    ReplyDelete
  4. biarlah YB Mukhriz bertanding. apa masaalahnya? Bukan jawatan PM atau TPM sekadar naib aje.

    ReplyDelete
  5. YG KITA SANGKA LAYAK TAPI BILA MENANG DIA DAH JADI TAK LAYAK
    YG KITA KATA TAK LAYAK , APA SUMBANGAN BILA MENANG DIA BARU KITA SEDAR DIA NI PATUT SANGAT , BILA DAH BERJAWATAN BARU ADA SUMBANGAN
    MCMNILAH KADANGKALA ADA ORG KAWIN BERTAHUN TAKDAPT ANAK ADA ORG BARU 6BULAN KAWIN TERPANCUT ANAK ,,,, NI LAYAK KE

    ReplyDelete
  6. Kalau nak dikenang jasa , apa jasa Najib kapada bangsa Melayu dan Negara ?.

    ReplyDelete
  7. Banyak yg sokong mukhriz bertanding adalah dari kalangan yg bukan perwakilan atas semangat cintakan melayu Dan sayangkan umno tetapi yg menentukan ialah perwakilan. Dan perwakilan terdedah kpd apa Dan siapa...

    Semasa mukhriz menentang budak hingusan untuk merebut kekosongan jawatan ketua pemuda, mukhriz juga cukup popular untuk menang tapi akhirnya TEWAS. Nasib baik najib pungut at as NA a mahathir utk jadi timbalan menteri.

    Kali ini naib presiden, mukhriz tidak boleh hanya berbekalkan 'lurus bendul' Dan 'bersih' untuk menang...sejarah mampu berulang.

    Saya juga sokong mukhriz, tetapi lebih meletakan kpd sekadar percubaan...

    ReplyDelete
  8. Semua ini adlah kerana cita cita politik Tun Dr M. Beliau mahukan anaknya menguasai politik untuk kepentingan keluarga. Cita2 Tun ialah menguasai politik dan ekonomi Malaysia. Itu cita2 Tun selama ini. Semasa beliau meletak jawatan, beliau merasakan dengan melantik Pak Lah cita2 nya itu akan dapat dilaksanakan kerana beliau merasakan bahawa Pak Lah akan menurut segala apa yang beliau mahukan. Namun itu semua tidak menjadi kenyataan kerana Pak Lah mendapat seorang menantu yang bijak. Segala yang Tun M rancang untuk kepentingan beliau diambil alih oleh KJ serta rakan2nya.Tun M amat marah pada Pak Lah atas perbuatan menantunya. maka dengn itu Tun M mula menyerang Pak Lah serta KJ dengan bermacam macam tuduhan. Malah Tun M mengkianati perjuangan dengan keluar dari UMNO bersama isteri serta rakan baik Sanusi. Kenapa Tun M tidak mengajak anaknya sekali keluar? Ini kerana Tun M hanya bermain sandiwara dalam meninggalkan UMNO. Dengan sudah tidak mempunyai sesiapa untuk dicucuk hidung mahu tidak mahu Tun M terpaksa untuk menonjol anaknya dalam politik UMNO dan seterusnya menjadi PM yang akan datang selepas Mahyuddin. Jika Tun M dapat menguasai MKT UMNO maka Najib akan tertekan dan disuruh meletakan jawatan dan diganti oleh Mahyuddin. Jika Mukriz menang jawatan Naib Presiden maka ia akan dilantik menjadi TPM. Wahai ahli UMNO semua jika anda sayangkan bangsa anda dan UMNO maka jangan terikut akan rentak politik Tun M dengan mmberi kemenangan kepada anaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. kalau mahathir nak naikkan anak beranaknya, dia akan lakukan semasa berkuasa mcm paklah dan najib buat sekarang.

      Delete
    2. hahaha..lg cerita dongeng puak yg takut dgn bayang2 sendiri..hidup melayu!!hidup ayahanda tun!

      ipohmarley

      Delete
    3. Orang Kedah sokong Mukhriz 100%. Orang Perak, Pahang, Johor ramai sokong Zahid-Hishamuddin.

      Delete
  9. Ko sape nak kata mukriz x layak? Ko sendiri belum tentu betol. Ape jasa ko ade?

    ReplyDelete
  10. Kalau setakat KJ menang dgn duit boleh la.. fikir dek akal la mcm mana mukriz yg dpt pencalonan paling byk boleh kalah??
    Kalau rasa layak bertanding kenapa khaled nordin tak bertanding? Takde twlur?? Nak harap hishamudin ptuiiii..

    ReplyDelete
  11. Kemasukan Mukhriz dalam perebutan naib presiden adalah atas strategi pihak tertentu untuk menguatkan semula Hishamudddin supaya menang dalam mempertahankan jawatan Naib Presidennya - Mukhriz hanya sekadar jadi batu loncatan dan mangsa.

    So how?

    ReplyDelete
  12. salam

    banyak benar halangan mukriz nak bertanding naib presiden...alhamdulillah..kemasukan mukriz tuk bertanding sbg naib presiden tak lain tak bukan untuk membuktikan kepada orang muda d luar sana,mereka ada tempat d dalam UMNO..suara mereka d dengar...itu sahaja...selayaknya memang mukriz belum ranum tuk pergi ke jawatan naib presiden,tapi siapa yang ingin ke naib presiden tuk hentikan hisamudin cium keris mitak maaf...

    tapi dengan nasihat untuk berjumpa mohd najib oleh zahid pembodek membuktikan kita UMNO milik mohd najib tun razak..dia boleh buat apa dia suka dalam negara ini...harap perkara ini tidak benar2 berlaku kerana nampak sangat yang UMNO milik mohd najib tun razak...kerajaan dah memang milik dia dengan mengatakan ya kepada pelantikan anak nazri...mempertahankan anak nazri...persepsi oh persepsi...begitu mekar dalam UMNO bawah mohd najib tun razak...

    siapa nak bertanding perlu ada restu calon presiden dahulu...bagus kan...layak atau tidak mukriz biarlah arus yang menentukannya..tapi dengan rintangan yang ada,bagus juga...mendewasakan ia...jangan terlalu ranum hingga punah ranah UMNO sukar untuk kita perbaiki lagi...sayangnya kita pada UMNO...tapi sayang seribu kali sayang...sedih lihat UMNO skarang ini bawah mohd najib tun abd razak...sedih sangat

    budakteranung

    ReplyDelete
  13. Khaled Nordin tak nak tanding nak jaga hati Hishamuddin dan Najib.tak usahlah banding sumbangan Khaled dgn Mukhriz. Klu nak ikut sumbangan ramai lagi yg banyak jasa dan sumbangan kepada UMNO,Melayu,agama,bangsa dan negara dpd pemimpin2 UMNO yg ada sekarang termasuk Najib,Hishamuddin dan Khaled Nordin tapi mereka bukan kroni dan pak turut.bertandinglah Mukhriz tuk ganti muka2 lama yg takde pendirian dan pengecut hanya penting kedudukan diri sendiri.

    ReplyDelete

6ANGKA