TAIPING: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
menafikan sekeras-kerasnya tuduhan pihak tertentu yang mengaitkan
dirinya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bekas Setiausaha Agung
Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.
Sambil berseloroh, beliau 'menawarkan' DNA miliknya untuk dibandingkan
dengan DNA milik bekas pemimpin pengganas tersebut bagi membuktikan
tuduhan tersebut tidak berasas sama sekali.
"Ini merupakan satu fitnah yang amat dahsyat kepada diri saya sendiri.
Dan saya cabar mereka kalau mereka boleh buktikan dalam konteks DNA,
ambillah DNA saya dan periksalah DNA daripada debu-debu Chin Peng sama
ada saya ada perhubungan tali kekeluargaan.. Saya pun nak tahu juga.
"Tapi kita sebenarnya satu keturunan. Itu saja. Saya menafikan
sekeras-kerasnya.. Kalau mereka buktikan dengan DNA, saya boleh buat
pertimbangan semula," katanya sambil tersenyum.
Baru-baru ini, beberapa buah blog mendakwa Adun Changkat Jering itu
mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Chin Peng, di mana ibunya
dikatakan merupakan sepupu kepada bekas pemimpin pengganas itu.
Memetik dakwaan sebuah blog, Kulaan Niring
(http://kulaanniring.blogspot.com), Chin Peng juga adalah bapa saudara
kepada Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak,
Nga Kor Ming.
Nga sebelum ini turut menafikan dakwaan tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
UNTUK UMUR BAWAH 35
J ual 1 unit, komisen RM1,680 Ya betul. Jual satu pun dah cukup untuk bantu bayar ansuran kereta atau sewa rumah bulan tu. . Ramai tak tah...
-
Klik TERKINI APA SUDAH JADI.. # orang kedah makan nasi sebab tu tak berapa nak bodo.. .. POSTING ASAL Kenapa pemban...
-
Umpan rafizi dan team sudah mengena, ada pemimpin lain yang memberi komen.. Inilah yang mereka mahu dan nantikan. Kalau...
-
Two days ago, I had the good fortune to spend some time in the company of the Honourable Former Prime Minister of Malaysia. He ...

No comments:
Post a Comment