Thursday, September 19, 2013
Mukhriz kurangkan kroni Najib..
Saolan pertama: Setakat manakah kebenarannya Mukhriz mendapat sokongan semua Ketua Bahagian UMNO Kedah untuk dia bertanding kerana ada antara Ketua bahagian yang sedia ada merupakan penyokong kuat paklah dan pernah memperdajalkan Mahathir di Kubang Pasu?
Ada dua perkara menarik yang belum ada keputusan setakat ini samada Mukhriz sah bertanding Naib Presiden atau tarik diri selepas dikatakan akan bertemu Zahid, Muhyiddin dan Najib.
1. Sebagai kompromi - Jika tarik diri - teori yang paling senang ialah demi kepentingan Hishamuddin.
2. Sebagai kompromi - Jika tarik diri - Akram akan dimenangkan Ketua Pemuda mengalahkan Kj
Teori kedua lebih menarik dan menguntungkan hayat UMNO itu sendiri. Dalam masa yang sama Hishamuddin tidak semestinya menang !!!
Persepsi yang popular setakat ini ialah UMNO sudah menjadi Sdn Bhd milik Najib sebagai pemegang saham terbesar selepas kepastian tidak akan berlaku pertandingan Presiden kecuali di saat akhir KuLi menawarkan diri atau ada anak lelaki sulaiman pelestine yang akan mengikut jejak langkah bapanya.
Walaupun Najib akan terus sebagai Presiden dan sekaligus PM itu tidaklah bererti saham Najib dalam umno tidak boleh dikurangkan oleh perwakilan. Langkah yang boleh diambil ialah mengurangkan kroni Najib dalam MT UMNO itu sendiri.
Siapakah kroni2 najib seperti yang dimaksudkan itu?
.......................................................................................
kemaskini:
ALOR SETAR 19 Sept. - Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir hari ini secara rasmi menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMN0 pada pemilihan parti bulan depan.
Pengumuman itu dibuat semasa beliau berucap pada majlis pengenalan calon-calon pemimpin UMNO dari Kedah yang menawarkan diri untuk bertanding pada pemilihan parti nanti. - UTUSAN ONLINE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
Sesuai sangatlah PRU kali ini kubur pas dan umno bersebelahan - berjiran. Dulunya kapir mengkapir, sembahyang dua imam, cerai berai, kendu...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...
No comments:
Post a Comment