Wednesday, September 10, 2014

Najib akui GST bebankan rakyat..

GST bukanlah langkah yang popular tetapi rakyat akan berterima kasih kepada kerajaan kelak kerana langkah itu membuatkan ekonomi negara kuat - Najib

Kenapa ekonomi negara sekarang tak kuat?Siapa Menteri Kewangan sekarang? Anwar @ Hadi ?

Anwar semasa Menteri Kewangan pernah sebut dan mahu laksanakan segera - Najib.

Bila Najib akui tidak popular, bermaksud ia membebankan rakyat. GST adalah neraka bagi rakyat miskin.
Dan rakyat yang berada dalam neraka akan berterima kasih kepada kerajaan kerana kewangan negara kukuh atas kertas !!! (?)

SIAPA RAKYAT MISKIN TERSEBUT?



Ingat lagi zaman paklah, petrol dinaikkan dengan margin besar konon untuk kerajaan sediakan frasarana pengangkutan yang lebih baik - habuk pun takdakk...berapa ribu kali rakyat nak ditipu !! Rakyat didahulukan - lancaucincau.

So what Najib kalau ekonomi kerajaan kuat? Bila tu? 
Kalau akan kuat pada 2020..tak ada maknanya..UMNO dah bungkus ma,sa tu..2018

Rakyat tak peduli siapa yang sebut dulu, Anwar atau Mahathir atau Rosmah atau Azizah? - jika itu satu yang sangat membebankan rakyat bawahan ia wajar tidak dilaksanakan, cari kaedah lain, itulah tugas PM.

Penekanan cukai harus ditumpu kepada kekayaan yang berlebihan dan ketirisan pungutan cukai dan penipuan mengelak cukai oleh ikan jerung...bukan kejar dan heret rakyat ke mahkamah yang tidak bayar cukai dua ribu ringgit atau denda gila pada yang sekadar tidak hantar borang.

Rakyat bukan patung mainan untuk direbut oleh pemimpin, siapa sebut dulu, siapa dapat dulu, siapa main dulu..

Lebih baik Najib berterus terang - GST adalah pungutan cukai yang paling berkesan untuk negara bayar hutang disebabkan sikap boros Najib !!!



# Dengan begitu banyak kegagalan, kalau sekarang saya PM, saya dah letak jawatan - Mahathir
Tentunya saranan Tun bukan kepada Najib, cuma kepada kepada siapa yang jadi PM sekarang !!



7 comments:

  1. Assalam bro,
    Puak pakatan dah lama hebah perkara ni..terutama yg tak lulus srp..dato mahfuz..walaupun org gelarkan dia mr bean..dan bnyk blogger menyanggah mahfuz..akhirnya apa yg bro kata sedikit sebanyak mengiakan apa pr cakap..

    Saya dah lama tgk gst ni merugikan rakyat..tap8 sebab sokong bn..sYa terpaksa explain psda org yg atas pagar ni kata gst adalah bagus utk ekonomi malaysia..walaupun saya sepatah haram tak paham apa itu gst..

    Ps..kata kj nak explain pada rakyat..mana nya? Ooo..lupa..sibuk angkat baldi berais..

    ReplyDelete
  2. Sebagai seorang peniaga yang sudah menghadiri taklimat GST - saya dapat bayangkan betapa beban ini akan ditanggung oleh rakyat - yang miskin bertambah miskin kerana segala beban cukai akhirnya akan ditanggung oleh end user !!!

    Pengilangan dan Pemborongan yang dikuasai oleh orang cina akan mengambil kesempatan GST ini sebagai alasan kenaikan kos menyebabkan rakyat tertekan dan salahkan kerajaan - hasilnya dapat kita fikir sendiri !!
    jangan harap kerajaan boleh kawal mereka...jangan harap Menteri Cap Ayam NS dapat menolong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sefaham aku (kalau slah betolkan), GST 6% bermakna semua cukai bla bla bla telah diserap pada cukai GST 6% tu kecuali barang2 yang dideclare 0% GST, maka kos2x lain akan tentukan harga barang misalnya kos pengangkutan. Ini bermakna, harga borong dari kilang tidak akan naik atau ada penurunan skit dari harga sebelum GST sebab terikat dengan cukai2 lain, jadik kos pengangkutan akan dijadikan alasan untuk menaikkan harga sket. MASALAHNYA KAT MALAYSIA:
      1. PENGUATKUASAAN LEMAH WALAUPUN ADA AKTA UNTUK MENGUATKUASAKAN.
      2. KERAJAAN TAKUT HENDAK KAW2X KENAKAN HUKUMAN SAMPAI PEKILANG ATAU PENIAGA BANGKRAP SUPAYA TIDAK ADA SESIAPA BERANI MENCARI FASAL.
      3. ADA PERJANJIAN X RASMI ANTARA XXXXXX DENGAN XXXXXX. KEUNTUNGAN BULANAN. KEKEKE (FAHAM TAK MAKSUD AKU).
      Maka alkisahnya dengan ini: peniaga x jujur biasanya bangsa xxxx akan gunakannya sebagai senjata ampuh untuk gulingkan undi kerajaan pada PRU14.
      Kekeke. Yang banyak jadik nyamuk dan ngamuk sakan adalah rakyat (orang melayu sebab x faham game c bangsa ini, bangsa dia cuma berlakon kasi provok jer bikin orang melayu panas hati dengan gomen).
      LALU Menteri Raya bleh buat menda? Menteri KASTAM dan CUKAI x berdaftar boleh buat apa?
      Cakap jer degar2x nanti akan serbu sana serbu cni, Tapi x bleh wat apa2x.
      Time kali nak raya apa2x raya, statement yg korang biasa dengar.... apa dia? korang pun tau.
      Itulah kerja berbayar Menteri Raya setiap kali nak raya. Kekekeke.

      Delete
  3. Saya yg asalnya penyokong kerajaan telah berpaling tadah kerana BRIM dan GST.

    Sejak awal lagi saya menentang tindakan bodoh kerajaan yg mengadakan BRIM..GST..GAJI MINIMUM..BLA BLA BLA

    ReplyDelete
  4. Najib dengar cakap rosmah n punaisehat di sekeliling nye saje, tiada idea n fikiran sendiri....

    ReplyDelete
  5. fikirkan jugak, bagaimana nak halau najib dari kerusi empuk PM tu...fikirkan segera sebelum parah ini terus kekubur!

    ReplyDelete
  6. Lebih baik Najib berterus terang - GST adalah pungutan cukai yang paling berkesan untuk negara bayar hutang disebabkan sikap boros Najib !!! <<<-------- inilah sebabnya jer... aku sekepala dengan KD. kekeke.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...